TIDAK pernah terlintas di fikiran Maira yang janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Sehabis daya Maira memujuk, tetapi lelaki itu tetap mahu menikahi Sofia. Dia ditinggalkan mengutip serpihan harapan yang sudah berkecai.
Maira bangkit mendepani takdir. Bukan serik untuk bercinta lagi, tetapi salam kasih Fajar dibiarkan sepi. Namun, kesungguhan lelaki itu mendamba cinta, perlahan-lahan melarutkan kedukaannya.
Azhan muncul kembali merayu cinta Maira. Dijaja rasa hati yang tidak bahagia untuk meraih simpati, sedangkan bagi Maira, kasih yang sudah terputus takkan ada sambungnya lagi.
Sekali lagi ketabahan Maira diuji apabila Fajar dipaksa membuat pilihan oleh ibunya. Maira pasrah pada takdir ILAHI. Dia menerima hakikat bahawa hidup ini bukan semata-mata kerana cinta...
Anis Ayuni dilahirkan di Bentong, Pahang pada 1 April 1963. Mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya sehinggalah ke Tingkatan Enam di SMK Sulaiman, Bentong. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial dari Universiti Malaya 1986 (Pengajian Asia Tenggara). Kemudian melanjutkan pelajaran dan memperolehi ijazah Sarjana dalam bidang Perancangan dan Pentadbiran Pendidikan dari Universiti Malaya (2004).
Kini beliau memegang jawatan sebagai Penyelia Petang di SMK Seri Saujana, Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur. Ibu kepada dua orang anak lelaki ini terus aktif menulis setelah novel pertamanya, Suara Hati (2002) mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pembaca.
Dalam menghasilkan karya kreatif, beliau sedar garapan haruslah berupa gandingan antara fantasi dan realiti. Namun beliau sangat menitikberatkan logik dalam menggarap satu-satu peristiwa. Seboleh mungkin beliau cuba mengaitkannya dengan realiti yang biasa terjadi dan bukannya sekadar khayalan atau mimpi. Namun novel-novel beliau tidak lepas dari membicarakan soal cinta, sokongan ibu bapa dan keluarga serta prinsip seseorang dalam membuat keputusan. Dalam tawa, ada air mata dan sengketa. Itulah ramuan yang menyebabkan pembaca tidak jemu menatap hasil penulisan beliau.
Seperti novel-novel Anis Ayuni yang lain, kesabaran diperlukan untuk nak sampai kat part yang best =D
Kisah cinta Maira dan Fajar bermula sejak Fajar bertemu dengan Maira di gym. Tapi Maira yang masih kecewa dengan tindakan Azhan, tidak melayan Fajar. Tapi kalau dah jodoh, lari ke mana pun akan tetap bertemu.
Salam cinta Fajar sukar diterima oleh Maira. Pada dia, lelaki hanya pandai berkata-kata tapi janji tak boleh pakai. Tapi melihat keikhlasan Fajar, akhirnya Maira berlembut hati juga.
Malangnya status Maira sebagai janda tidak diterima oleh mak Fajar. Tapi Fajar tetap cool. Hanya Maira menjadi pilihannya. Kalau tak dapat Maira, then forever lah dia akan membujang.
Overall, N suka sangat dengan cerita ni. Fajar dan Maira sentiasa bersikap tentang, walau pun hubungan tak direstui mak Fajar. Dorang sabar jer, dengan harapan satu hari nanti hati mak Fajar akan lembut juga. Best, best, best!
Tajuk : Sungguh Aku Cinta Pengarang : Anis Ayuni Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd ISBN : 978-983-124-433-3 Mukasurat : 512 Halaman
Sinopsis belakang novel:
TIDAK pernah terlintas di fikiran Maira yang janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Sehabis daya Maira memujuk, tetapi lelaki itu tetap mahu menikahi Sofia. Dia ditinggalkan mengutip serpihan harapan yang sudah berkecai.
Maira bangkit mendepani takdir. Bukan serik untuk bercinta lagi, tetapi salam kasih Fajar dibiarkan sepi. Namun, kesungguhan lelaki itu mendamba cinta, perlahan-lahan melarutkan kedukaannya.
Azhan muncul kembali merayu cinta Maira. Dijaja rasa hati yang tidak bahagia untuk meraih simpati, sedangkan bagi Maira, kasih yang sudah terputus takkan ada sambungnya lagi.
Sekali lagi ketabahan Maira diuji apabila Fajar dipaksa membuat pilihan oleh ibunya. Maira pasrah pada takdir ILAHI. Dia menerima hakikat bahawa hidup ini bukan semata-mata kerana cinta...
Ringkasan dari saya:
Lama juga saya nak menghabiskan novel ni, dalam 2 minggu juga. Awal-awal memang slow sikit, tapi setelah separuh novel barulah jalan cerita semakin menarik dan mengujakan.
Kisah Maira - Humaira yang telah diceraikan suami kerana mengejar kasih baru Sofia. Sofia tidak mahu berkongsi kasih dan memaksa Azhan menceraikan Maira yang telah dikahwini di luar negara, saat Maira masih belum habis study. Namun setelah Maira grad, dia telah diceraikan.
Maira yang sudah tertutup pintu hati terhadap lelaki, menjalani kehidupan dengan tabah dan sambil2 bekerja di kedai bunga milik keluarga. Hobinya yang suka bercamping dan beriadah menemukan dirinya dengan Fajar. Saat Fajar melihatnya terus terusik hati Fajar untuk mengenali Maira dengan lebih rapat.
Dalam pada itu Fajar diminati oleh Jezmine. Jez pula anak orang kaya, memang sesuai dengan Fajar, anak Dato', tetapi perangai Jez merimaskan Fajar. Fajar hanya mahu gadis yang sopan lemah lembut dan tidak terlalu murah hati.
Pertemuan secara tidak sengaja menyebabkan Fajar mengekori Humaira. Dan akhirnya dapat juga Fajar bersama-sama dalam ekspedisi Hutan Royal Belum. Maira pula tidak perasan Fajar yang mengekorinya. Trip yang seterusnya mendaki Gunung Kinabalu, di sini mereka bermain tarik tali, antara membenarkan Fajar mengetuk pintu hatinya atau tidak. Dia perlukan masa.
Hubungan keduanya tidak direstui Datin Yati - ibu kepada Fajar, sungguhpun pada mulanya Datin Yati menyukai Maira yang dengan tidak sengaja dikenalinya saat kejadian ragut. Maira lah yang menolong Datin Yati. Tetapi setelah mengetahui Maira janda muda tanpa anak, Datin merasa terhina dan mula membangkang hubungan mereka.
Namun kecelakaan menimpa keluarga Datin Yati dan Fajar, adik Fajar, Nur Suria ditimpa kemalangan, dan suaminya meninggal dunia ditempat kejadian. Sedih sungguh bila baca adegan ni. Kemudian tak sampai setahun Nur suria ditemukan pula dengan Tengku Zakir dan ingin mendirikan rumah tangga. Saat ini, barulah Datin Yati merasa dirinya patut memaafi Maira.
Keseluruhan jalan cerita dan isi cerita sangat menarik tapi sayang sekali penceritaannya agak perlahan. Membaca buku ini menguji kesabaran pembaca. Climax and plot yang cantik hanya akan muncul di pertengahan cerita. Mengisahkan Fajar yang jatuh cinta pandang pertama dengan Humaira namun Maira tak pedulikan Fajar. Jezmine pula yang sentiasa cuba dekati Fajar walau tahu dia tidak dipedulikan Fajar. Bagi pihak Azhan, dia menyesal berkahwin dengan Sofia dan melepaskan permata seperti Maira. Azhan mula menagih cinta Maira kembali. Banyak bahagian ada yang meleret-leret dan kisahnya ada yang berulang-ulang agak membosankan. Kadang-kadang melompat isi cerita kerana penulis terlalu fokus terhadap apa yang ingin dipaparkan. Walau bagaimanapun, saya puji hobi lasak seperti mendaki gunung dan merentas hutan yang digambarkan serta diceritakan oleh penulis. Tak banyak novel memaparkan kisah begini. Cuma pengakhiran cerita hanging lah pula. Kenapa short and sweet saja. Miftah pula terus hilang dari radar.
Sungguh Aku Cinta. Perkenalkan watak Fajar & Maira. Penceritaan yang menarik. Antara bab ke bab tidak panjang & mudah faham situasi. Cerita simple penuh dengan pickupline dari Fajar. Tapi saya benci dengan mak Fajar. Pentingkan kedudukan dari kebahagian keluarga.
Mengisahkan Fajar & Maira yang kenal semasa ekspidisi bersama teman-teman. Fajar mula terpikat dengan Maira, tetapi Maira suka tarik tali dengan Fajar. Status janda Maira membuatkan mak & kakak Fajar berubah dengan merasakan cepatnya balasan Tuhan. Akhirnya macam biasa, happy ending.
Rasa sebak masa part Maira diterima semula oleh mak Fajar. Kau pandai bermain emosi Anis Ayuni. Scramm you. Btw, novel ni terbaik. Mudah hadam & kena dengan jiwa.
SAC membawa kita mengembara dan menjelajah bukit-bukau, gunung-ganang dan hutan belantara. Membawa para pembaca mengenali sisi alam semula jadi yang semakin dilupakan. Sesuatu yang harus dipuji kerana keberanian penulis mengabadikan kisah alam dalam novel cintanya.
Humaira [Maira] janda muda yang ditinggalkan suami tercintanya. Cinta yang termeterai ketika di luar negara tidak berpanjangan. Janji setia suaminya; Azhan pudar melewati waktu. Tidak tahu di mana silapnya, lelaki itu tetap mahu melepaskannya walaupun Maira sudah setuju membiarkan Azhan mengahwini Sofea. Membawa hati yang parah ditinggalkan, Maira kembali kepada keluarganya. Dia bangkit menghadapi takdir kehidupannya. Cuba menyibukkan diri dengan aktiviti kembara dan ekspedisi supaya pedih di hati bisa hilang.
Fajar; lelaki yang selama ini tidak pernah fikir akan perempuan terpaut dengan Maira. Cinta pandang pertama yang begitu mengasyikkan sehingga Fajar sanggup mengejar Maira walaupun ketika itu dia tidak pernah tahu akan nama Maira. Kebetulan pula minat yang sama menyebabkan mereka berdua sering saja dipertemukan.
Bukannya Maira tidak suka pada Fajar tetapi hatinya yang duka itu bagaikan sudah tidak mempercayai lelaki. Namun kesungguhan Fajar menyentuh hati Maira. Perlahan-lahan hatinya mula dibuka, membiarkan Fajar terus menyentuh hati kecilnya. Sesungguhnya kehadiran Fajar berjaya mengusir pergi kelukaannya selama ini.
Namun seperti sangkaan Maira, ibu Fajar; Datin Yati sukar menerima kenyataan yang bakal menantunya itu seorang janda. Stigma negatif masih melekat kuat di mindanya. Selebihnya dia malu pada teman-temannya yang mungkin akan memandang rendah padanya.
Kemunculan Azhan yang kembali merayu cinta Maira begitu menyesakkan. Apatah lagi dengan masalah hubungannya dengan Fajar yang tidak direstui. Apa pengakhiran cinta Maira dan Fajar?
Sebagai penulis tersohor, aku kira ini bukanlah sentuhan terbaiknya. Sorry, no hard feeling ok! Kisah cinta yang romantis sebelum ini lebih memorable, misalnya dalam GK & BR. Mungkin kerana percubaan pertamanya menggunakan sudut pandangan orang ketiga, menyebabkan cerita ini menjadi sedikit kaku. Walau bagaimanapun, buat peminat AA, novel ini harus dibeli sebagai koleksi peribadi anda :))
Fajar - Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkannya jatuh cinta, sedangkan dia tidak berniat untuk menyambutnya [page 308]
percintaan fajar n humairah amatlah sweet. walaupun ade halangan dr mak fajar tl dorang still kwn. n lastly mak die restu gak sbb kakak fajar jd janda dan kawen dgn org bujang. bg aku pun ape salahnye janda. xsemestinye die bkn pompuan xbaik kan. kena la cek ape punce die pernah cerai sblm ni. hehe