Jump to ratings and reviews
Rate this book

Namaku Epal Kuning

Rate this book

328 pages, Paperback

First published January 1, 2010

Loading...
Loading...

About the author

Roslan Jomel

17 books26 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (20%)
4 stars
20 (51%)
3 stars
11 (28%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Luc Abdullah.
Author 6 books61 followers
Read
July 21, 2012
Re-read.

1. Ini adalah koleksi fiksyen yang sangat berlainan dari bentuk konvensional dan aku terfakap banyak kali kerana aku tak faham sangat. (bukan sebab buku ni tak bagus, buku ini sarat sebenarnya sampai aku rasa aku tengah lemas dalam kolam renang)

2. Boleh dikatakan ini koleksi fiksyen absurd (rasanya) sebab illogical yang berasimilasi dengan dark humor dengan membawa tema kritikan sosial dan masyarakat, intelektualiti, politik dan attitude (Melayu?). Mungkin, kau boleh tergelak kalau kau faham sinikal yang terkandung dalam ayatnya.

3. Si penulis menggunakan watak utama yang kecil di mata masyarakat seperti Mak Guard, lelaki tua dan si kanak-kanak.

4. Aku menggemari cerpen 'Lelaki Cantik Tidak Pernah Berpakaian'(cerpen terakhir dalam susunan) kerana wataknya seumpama parodi seorang wanita tipikal Melayu yang tonton Melodi dan mengikuti perkembangan artis.(Tapi kau lah yang membaca, kau nak suka mana satu atau semua sekali).

5. Cerpen 'Lelaki dengan Sebelah Kepala' pula mengangkat watak seorang orang kecil yang menjadi burung Kakak Tua pada seorang Bapa Besar (pemimpin negara), burung Kakak Tua yang hanya tahu meniru percakapan tuan dan sekelilingnya. Nice juga (bagi aku lah).

6. 'Lelaki Tua Berseluar Pendek' seakan memainkan sebuah filem pendek (isi dan latarnya) di mana ia berlingkar tentang kritikan - filem yang bagaimana diiktiraf sebagai filem. Hanya mampu membaca tetapi agak kurang faham cerpen ini.

7. 'Jerusalem Baharu' tentang bagaimana Yahudi mempunyai negara sendiri akhirnya setelah berjaya mengawal Tuan Rumah (Amerika?).


Maka sebegitulah cerpen-cerpen lain yang aku tak ter-taip di sini. Cerpen 'Namaku Epal Kuning' seumpama mukadimah koleksi ini. Nice though membaca sesuatu yang melawan konvensi.
Profile Image for Hanif.
34 reviews
Read
October 24, 2012
Aku baca Namaku Epal Kuning selepas baca The Stranger karya Albert Camus. Jadi,bila penulis menyebut tentang Meursault, aku boleh faham sikit-sikit kesimpulan dari keseluruhan antologi dari watak-watak yang terdapat dalam buku ni.

Mungkin aku ada masalah nak 'relate'kan jalan cerita yang tinggi gaya bahasanya (bagi aku) yang disulam dengan nilai-nilai falsafah membuatkan aku seperti memaksa diri menghabiskan keseluruhan buku.

Dua bintang bukan bermakna buku ini tak bagus tapi masalah dengan diri sendiri untuk hadam. Tapi ini tak bermakna aku give-up untuk karya terbaru penulis,Selamat Datang Ke Malaywood. Buku ni aku dah masukkan dalam wishlist buku wajib beli untuk bulan depan.
Profile Image for Ophan Bunjos.
Author 8 books36 followers
May 24, 2012
Dari dalam sebuah kamar yang sempit, konkrit, ada suara bergema, melantun, melanggar dinding-dinding kamar dan kemudian masuk kembali ke dalam kotak suara. Diam.

Suara itu berulang-ulang, ulang alik, berpusar antara 2 ruang. Ruang kamar dan ruang kotak suara. Diam.

Roslan Jomel oh Roslan Jomel. Lepaskan semuanya. Lalu diam.

Namaku Epal Kuning, semakin matang kemanusiaan.
Profile Image for Hana Ahmad.
57 reviews27 followers
October 19, 2012
Keningku sedikit berkerut-kerut ketika menghadamnya. Dikunyah perlahan-lahan supaya segala yang ditelan dapat dihadam dengan baik. Kerana Namaku Epal Kuning, aku meronta-ronta pula mahu menghadam Selamat Datang Malaywood.
Profile Image for Fahmi Khir.
71 reviews3 followers
February 7, 2018
tiap kali habis satu cerpen saya akan tertidur. bukan sebab mengantuk tapi lebih kepada kepenatan. paling tidak saya akan minum segelas cawan.
.
kita akan dan selalu mencari noktah dalam satu-satu perenggan. dan saya fikir cerpen-cerpen roslan jomel tak boleh ada noktah dan saya harap tak akan ada pun noktahnya. malangnya ia tetap ada dalam perenggan yang terakhir
.
noktah itu diganti dengan pintu pada akhirnya. sama ada pintu keluar ataupun pintu masuk.
.
tiada benda yang tak boleh kita ceritakan perihalnya. dari sebatang jarum atau sebesar epal. dari sebiji butang hingga sebesar dosa. dari sebuah kota sampai ke bawah katil. kumpulan cerpen ini membuktikannya.
.
maka jangan pernah mengeluh. kalau mahu pun biarlah keluhan itu sebesar gunung agar orang lain pun boleh nampak. dan biar sekecil serangga agar orang lain boleh elak dari terpijak lalu menundukkan kepala untuk melihat.
Profile Image for Ema.
1,151 reviews
March 29, 2018
Apa perbezaan antara Roslan dengan Wan Azriq?
Profile Image for HANIFF YUSOFF.
Author 9 books5 followers
January 27, 2014
Apabila membaca karya penulis yang berkongsi tarikh lahir dengan saya ini, kita perlu bersedia untuk memasuki dunianya. Imaginasinya tinggi!
Displaying 1 - 7 of 7 reviews