A little girl revels in the colours , sights and sounds of a sunny flower filled garden – the perfect place to think, dream and explore. A beautiful book for the very young with lovely illustrations and simple English designed to delight the very young.
I simply cannot resist any book by Emila Yusof. Even though the book is meant for children, I can still enjoy reading them and they bring back the memory of my wonderful childhood. Her books are the ones I would definitely recommend to my own children.
Walaupun diterbitkan tahun 2014, buku ini sampai ke tangan saya pada tahun ini, 2021, dan ia menjadi buku yang seolah-olah diterbitkan tahun ini. Lakaran Emila Yusof memang selalu buat hati jadi cair dan jatuh cinta - ilustrasinya sentiasa evergreen.
Taman Bunga Emak Saya bercerita tentang seorang gadis kecil yang comel berbusana baju kurung meneroka taman bunga emaknya yang dipenuhi flora yang indah dan fauna yang pelbagai.
Tentunya garapan cerita ini bersekali dengan ilustrasi yang cantik menjadi panduan mudah untuk anak-anak mengenal jenis flora dan fauna di sekitar. Berkeliling bersama gadis kecil ini membawa kesedaran yang tinggi buat diri saya - di mana taman bunga saya? Adakah saya kenal dengan semua jenis bunga?
Seperti biasa, niat belikan buku ini untuk Umar baca. Sudahnya saya yang menatapnya lama dan ulang baca-tatap berkali-kali, ceritanya, warnya seluruhnya, lakarannya.
terima kasih Emila Yusof untuk sebuah buku yang bermakna, indah dan menyenangkan!
Buku yang sesuai untuk anak-anak untuk penambahan perbendaharaan kata dalam bahasa Inggeris. Bacakannya untuk anak-anak sebagai galakan mereka membaca bahan dalam bahasa Inggeris. Tidak perlu penguasaan bahasa Inggeris yang terlalu tinggi untuk membacakannya kepada mereka. Pada pandangan saya persembahan buku ini setanding buku terbitan luar Negara. Dan isinya sesuai dengan persekitaran Malaysia.
The text was very simple in this book, but I think that was part of its charm. It has beautiful illustrations evocative of the colors and plants that you see in Malaysia. The story was short and sweet, about playing with ladybugs, butterflies, and flowers in a garden. The Whirl Girl identified easily with the narrator and loved looking at the pictures.
I would love to use this book for a calming exercise. The beautiful colors and pictures are a great touch. The words seemed to help me calm myself which would be nice to show to a class.
Yang buat saya rasa bersyukur, karya begini walaupun nampak macam tema 'bunga-bungaan' masih menarik minat anak-anak saudara lelaki. Mungkin sebab kisah dalam urutan secara visual yang sangat jelas, senang difahami dan mudah dihadam mata pembaca cilik.
Saya mudah menarik lagi minat mereka dengan beri fokus juga kepada kucing, perubahan latar tiba-tiba kepada hujan dan watak gadis itu yang dilakarkan ada sayap yang besar, lagi menarik ada yang terbalik. Senang saya gerak-gerakkan halaman berkenaan untuk tambah imaginasi pembaca bahawa gadis itu sedang terbang. Apabila watak dijelmakan pada komposisi yang amat mesra pembaca cilik dan tukang baca (hehe), ia lebih berfungsi dan berkesan. Terima kasih kerana beri perhatian amat teliti kepada perkembangan watak utama yang kadangkala kurang diberikan perhatian oleh buku cerita bergambar kanak-kanak.
Maaf terpanjang pula sebab ia baru diperkenalkan kepada seorang anak saudara yang agak lewat bercakap dan baru-baru ini lebih petah pula. Anak itu petah bertanya hampir setiap haiwan dan serangga.
Sangat berterima kasih dengan karya demi karya kak Emila.