Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dari Salina ke Langit Petang

Rate this book
Dari Salina ke Langit Petang adalah hasil tulisan bercorak autobiografi, rakaman pengalaman A Samad Said yang menceritakan bagaiamna dia lahir menjadi seorang pengarang serta proses penghasilan tiga novelnya yang Salina, Sungai Mengalir Lesu dan Langit Petang. Dengan jelas, Samad dapat menghidupkan kembali suasana penciptaan tersebut, satu proses yang panjang dan perit. Novel-novelnya lahir hasil paduan dari pembacaan, pengamatan, pengalaman, pemikiran dan kekuatan daya imaginasi.

112 pages, Paperback

First published January 1, 1979

5 people are currently reading
142 people want to read

About the author

A. Samad Said

72 books428 followers
Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said ialah Sasterawan Negara 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan "Anugerah-anugerah Menulis Asia Tenggara" (SEA Write Awards).

Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal, termasuknya novel-novel berikut:

* Salina
* Langit Petang
* Sungai Mengalir Lesu
* Hujan Pagi
* Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri.
* Adik Datang
* Cinta Fansuri

Antara antologi puisinya ialah Suara Dari Dinding Dewan (2003), Dirgahayu Dr. Mahathir dan Rindu Ibu (2004).

Antologi Esei terbaru adalah Ilham Di Tepi Tasik (2006).

Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.

(Sumber: Wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
56 (44%)
4 stars
49 (38%)
3 stars
18 (14%)
2 stars
2 (1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
August 1, 2018
Ah macam terngiang-ngiang suara mersik Pak Samad membacakan (menceritakan) sepotong demi sepotong riwayat hidup beliau.
Profile Image for Bsplayer.
39 reviews3 followers
May 16, 2011
Menghayati buku ini, seolah-olah saya dapat ‘melihat’ suaranya, tak terdengar janggal dia berbahasa baku, redup matanya dibalik cermin kaca yang dipakai, bibir yang bergerak-gerak tak nampak-dibalik kumis dan janggut putih yang mengurai dan wajah sejuta damai. Jikalah sesungguhnya beliau sedang berkata-berkata di hadapan kita, kita tidak akan mampu mengeluarkan sebutir suara melainkan mendengar tekun setekun-tekunnya. Tetapi sebagai seorang pembaca yang berkhayal liar seperti saya, saya tidak segan untuk berkata “Bapak, saya mahu mandi dulu. Nanti kita sambung” sambil meletakkan buku itu di atas meja kopi atau “Bapak, saya mahu pergi makan dulu” tetapi saya tidak akan tega duduk di meja kedai makan lama-lama sedangkan seorang Seniman menunggu saya untuk dikhatamkan ceritanya.

http://budakkilang.wordpress.com/2011...
Profile Image for Nuruddin Azri.
387 reviews174 followers
April 4, 2015
Buku ini secara keseluruhannya mengisahkan pengalaman A Samad Said dalam proses penciptaan novel beliau. Penulis memulakannya dengan berkongsi bagaimana minatnya terhadap bidang penulisan mula membibit iaitu sejak dari kecil lagi ketika beliau mendengar kisah-kisah klasik Melayu seperti Batu Belah Batu Bertangkup yang diceritakan dengan penuh menarik dan suspens oleh ibunya. Bermula daripada fasa itu, beliau mula mengembangkan minat penulisan beliau.

Pada bab-bab yang seterusnya, penulis berkongsi mengenai latar dan di sebalik tabir penghasilan novel beliau. Apa yang menarik sekali mengenai buku ini ialah apabila penulis berkongsi beberapa tips penulisan, menyebut ramai seniman Melayu mahupun penulis prolifik Barat khususnya dalam bidang sastera dan novel serta mengulas beberapa karya melalui kaca mata sastera.

Antara penulis yang memberikan pengaruh terhadap cara fikir dan teknik penulisan beliau ialah HAMKA (dengan novelnya Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Di Bawah Lindungan Kaabah), Shahnon Ahmad, Leo Tolstoy, Charles Dickens, Steinbeck dan beberapa lagi gergasi lain dalam bidang kesusasteraan. Penulis tampaknya lebih konvensional dan kurang tertarik dengan seniman-seniman kontemporari.

Pada akhir buku ini, penulis melakukan refleksi terhadap bidang penulisan itu sendiri. Penulis menyedari akan peri-pentingnya untuk mengabdikan sesuatu idea dan pengalaman dalam bentuk penulisan. Penulis juga menemui bahawa pengalaman seseorang itu juga penting dalam menghasilkan efek yang 'real' terhadap karya yang ditulis tanpa menafikan pembacaan buku-buku untuk memahami sesuatu latar tempat dan situasi pada zaman tersebut. Novel Salina dan Langit Petang tidak akan terhasil tanpa pengalaman beliau (walaupun sekejap) ketika di zaman penjajahan Jepun dan ketika penulis berada di Singapura.

Buku ini tuntasnya sangat menarik dan tidak membosankan kerana penggunaan kosa kata yang tidak 'redundant' dan adunan cerita dan faktual yang diolah baik oleh penulis.
39 reviews2 followers
October 19, 2020
Ini bukanlah pertama kali aku membaca buku ini.

Buku Dari Salina ke Langit Petang ini memang sebuah buku yang bagus untuk dibaca oleh mereka yang baru hendak menulis atau yang mahu memperbaiki penulisan mereka. Ia mengandungi banyak nasihat yang sangat berharga dari Pak Samad. Katanya ini satu-satunya buku beliau yang tidak pernah diulang cetak selama dua dekad. Aku terima buku ini sebagai hadiah apabila aku membeli buku Hujan Pagi sempena ulangtahunnya yang ke-30, dalam tahun 2018.

Dua hari. Hanya dua hari masa diambil untuk membaca buku ini. Itupun sepintas lalu.
Naskah ini, menurut Pak Samad, tidak pernah lagi diulang cetak sejak dua dekad yang lalu. Cetakan kedua sahaja diterbitkan pada 2008, 10 tahun lalu.

Buku ini merupakan sebuah autobiografi seni yang menyelusuri kehidupan Pak Samad sebagai seorang penulis. Tajuk pada setiap bab sangat puitis. Contoh seperti "Dari Salina ke Langit Petang" yang menjadi tajuk buku ini dan juga "Salina: Dari Subuh ke Subuh".

Namun sebenarnya setiap bab membawa kita dari satu tahap ke satu tahap dalam bidang penulisan.

Di dalam buku ini Pak Samad berkongsi perkara-perkara berikut :-
~ Apa yang mencetuskan minat seseorang untuk menulis? Apakah pendorongnya?
~ Bagaimana seseorang itu boleh menambah dan menajamkan pengetahuannya sebelum dia mula menulis?
~ Apa itu ilham? Bagaimana hendak mendapatkan ilham?
~ Awan-awan yang terapung. Bagaimana menjadikan awan-awan yang terapung menjadi khazanah bahan untuk menulis?
~ Pentingnya membina rel untuk setiap penceritaan.
~ Waktu paling sesuai untuk menulis.
~ Teknik-teknik penulisan.
~ Cara dan tempat menulis.
~ Pentingnya khazanah pengalaman.
Profile Image for Sahidzan Salleh.
Author 14 books77 followers
Read
March 9, 2016
- Tidak ramai manusia yang sempat memikirkan apa ertinya kehidupan mereka. Makanya, dengan cara sendiri, dengan kehalusan seninya dan kekayaan daya imaginasi dan pemikirannya, penulis yang seniman berupaya menyingkapkan pengalaman baru kepada sesiapa saja yang meresapi atau menghayati karyanya - Catatan belakang buku.

Sa-buah autobiografi yang saya bagi lima bintang.
Profile Image for Rebecca.
Author 16 books155 followers
July 23, 2013
Bagaimana A. Samad Said bermula sebagai penulis, bagaimana beliau menangkap idea yang terapung-apung, merangka, berimaginasi dan akhirnya menukilnya yang abstrak-abstrak itu dalam bentuk yang konkrit.
Read
June 23, 2009
A Samad Said recalled his memories on how he started to be a writer..
After read this book I was inspired to start writing. I will start with writing short article, and after that, A BOOK!!
Author 1 book2 followers
February 21, 2024
Secara ringkasnya, Dari Salina ke Langit Petang adalah cerita semula pengalaman dan kerja-kerja mengarang Sasterawan Negara ini. Wajar diteliti mereka yang meminati kerja-kerja pengarang Salina ini.

Setiap bab menceritakan pengalaman beliau yang tersendiri dan bagi sesiapa yang mengerti, dalam tulisan-tulisan itu ada nasihat-nasihat berguna buat pengarang yang punya cita bergelumang dengan kerja-kerja bercerita. Buku ini juga menceritakan tentang kisah-kisah sebalik pembikinan novel-novel Sasterawan Negara ini. Misalnya, beliau menulis Salina hingga lewat malam dengan mesin taipnya hingga ditegur jiran-jiran kerana bunyinya. Ketika berceritakan tentang Langit Petang pula, tak disangka-sangka pula ia sebenarnya tiga cerpen yang digabungkan.

Akan ditulis dengan lebih baik reviu ini nanti. Yang pastinya, ia naskah berguna buat anak-anak muda yang baru mengenal dan kurang kesempatan dengan Sasterawan Negara ini.
Profile Image for ' Syamil.
244 reviews6 followers
November 21, 2025
Minat membaca pak samad bermula dengan mendengar cerita lisan dari ibunya bertajuk Batu belah batu bertangkup.

Kemudian berkembang dengan membaca majalah Hiburan dan Mutiara yang serta buku yang ditulis oleh Harun Aminurasyid.

Pak samad juga menerangkan perjalanannya menghasilkan karya novel salina yang tebal hampir 400 muka surat ketika bekerja di Utusan Melayu bersama Usman Awang.

Prof Ungku Aziz pernah menyebut kepada pak samad di singapura bahawa membaca karya dari tokoh besar sedikit sebanyak akan memberi kesan juga pada penulisan kita.
Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
August 31, 2017
kisah bagaimana pak samad mula terinspirasi untuk menulis.Seterusnya perjalanan penulisan novelnya dari salina,sungai mengalir lesu sehinggalah langit petang.

Iktibar kepada para penulis menghayati liku dalam bidang penulisan.
Profile Image for Wan Ritini Wan Ismail.
1 review7 followers
January 6, 2026
"Apa yang penting ialah mengapa seorang itu membaca buku dan apa yang dicarinya?"

Selalu meminati karya² Pak Samad.
Profile Image for Hairul Fariz.
2 reviews2 followers
January 13, 2016
Kisah peribadi Pak Samad,kisah kisah yang menarik hati.Perjalanan pertama beliau diungkap mudah.
Bagaimana "Salina" terhasil dan menyelami jerit perit tika menulis Salina dan karya seterusnya,membuka mata,menerang hati saya.
Juga,banyak ilmu ilmu yang diturunkan Pak Samad.Harus dimiliki,dibaca dan difahami oleh penulis penulis baru dan peminat peminat karya karya beliau.
Profile Image for Si Kandil Hijau.
18 reviews
June 12, 2011
Sebuah karya diari penulis yg meluahkan seluruh kepercayaannya pada dunia penulisan. Bermula sedari anak kecil hingga sekarang. Memang mengundang nostalgia setiap kali saya membayangkan suasana hitam putih dunia penulisan zaman dahulu. Sayu dan mengujakan!
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews56 followers
April 25, 2008
Dari Salina ke Langit Petang by A Samad Said (2007)
Profile Image for Kamal.
23 reviews2 followers
September 1, 2013
... sungguh menginspirasikan ... & terinspirasi!
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.