Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ketika Allah Menguji Kita

Rate this book
Setiap manusia tentu pernah menghadapi ujian dan masalah dalam hidup. Persoalan hidup merupakan hal yang lumrah. Namun terkadang manusia tidak sabar dalam mengahadapinya. Saat mendapat masalah mungkin dia akan banyak mengeluh, atau malah mempertanyakan takdir yang telah menimpanya. Padahal ujian dan masalah merupakan keniscayaan dalam hidup. Sebetulnya ia merupakan fungsi yang bisa memperkuat daya tahan serta mengangkat kedudukan kita. Sekiranya seseorang beriman dan bersabar, maka kesusahan yang dirasakannya saat menerima musibah akan mendapat ganti yang lebih baik nantinya insya Allah. Hal ini pulalah yang membuat Nabi shallahu'alaihi wasallam suatu kali tersenyum. Ketika para sahabat yang melihatnya terheran-heran dan bertanya mengapa beliau tersenyum, maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berkata, "Karena heran terhadap keluh kesah seorang mukmin akibat sakit yang dideritanya. Jika ia mengetahui apa yang ada di dalam sakit, maka ia akan lebih suka sakit hingga ia bertemu dengan Allah..." ( HR. Ibnu Abu Dunya dari Ibn Mas'ud ra )

Ada banyak sekali penjelasan semacam ini di dalam Islam, sebagai solusi jitu nan indah untuk menyelesaikan persoalan hidup yang kita hadapai. Dan buku ini, membicarakan semua persoalan tersebut dengan gaya tulisan yang mengalir dan komunikatif, dengan sejumlah ilustrasi dari kisah-kisah nyata, serta penjelasan orang-orang yang mendalam ilmunya berkenaan dengan persoalan ini. Semoga memberi pencerahan baru.

259 pages, Paperback

First published January 1, 2009

15 people are currently reading
181 people want to read

About the author

Alwi Alatas

24 books53 followers
Alwi Alatas has already written 19 books, most of which were published in Indonesia. He started publish book in Malaysia at the beginning of 2010. His books are about history, adolescence, religion, and motivation; fiction and non-fiction. He became head of Forum Lingkar Pena (FLP) Malaysia from 2008 to 2010. At the moment, he is doing PhD at International Islamic University Malaysia (IIUM).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
62 (52%)
4 stars
30 (25%)
3 stars
22 (18%)
2 stars
3 (2%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books351 followers
February 23, 2010
Saya menerima buku Bila Allah Menduga Kita daripada penulisnya, Tuan Syed Alwi Alatas, menjelang makan tengahari hari Khamis 11 Februari 2010, dengan sepotong janji. Beliau minta buku ini diulas di blog, beserta pesannya “tak perlu khawatir, saya akan menerima review yang diberikan, walau banyak kritik sekalipun.” Ini tugas sukar saya kira, bagaimana mengkritik sebuah buku yang telah dihadiahkan oleh penulisnya sendiri? Bagaimana saya dapat membendung kecenderungan biasa dalam hati manusia untuk terhutang budi pada si pemberi?

Namun Allah mempunyai aturannya sendiri. Buku yang saya tatap beberapa halaman pertamanya ketika waktu rehat 11 haribulan itu, rupanya menjadi bekal yang sangat penting menjelang petang dan malam harinya. Sekitar waktu Asar Khamis itu, saya menerima berita dari kakak sulung. Seorang adik sepupu yang sedang menuntut di UiTM Seri Iskandar, telah ditimpa kemalangan jalan raya dalam perjalanan pulang menyiapkan tugasan akademik dengan rakan-rakannya.

Saya bergegas pulang sebaik sahaja tamat waktu kerja, mencongak sama ada perlu ke Hospital Batu Gajah sebaik tiba di rumah, atau menunggu berita terkini keadaannya dari abang-abangnya yang sedang memandu ke sana. Namun dalam perjalanan, berita yang lebih memedihkan akhirnya tiba. Adik sepupu saya, telah dipanggil pulang oleh Allah. Pada usia 20 tahun.

Malam itu sanak-saudara memenuhi perkarangan bilik mayat Hospital Batu Gajah. Kami tiba saat jenazah sedang dimandikan, sempat turut serta mengafan dan mengucupnya sebelum disembahyangkan. Saya lihat wajah tabah ibu saudara saya, tidak ada air mata melinangi pipinya, dan ucapnya pada saya, dia reda. Saya cuba gambarkan diri di tempatnya, bagaimana kalau yang disembahyangkan itu anak saya, apakah saya bersedia?

Itulah sekilas inti buku Bila Allah Menduga Kita, yang sempat saya baca beberapa halaman, muncul semula dalam fikiran saya di sisi jenazah. Apakah saya bersedia jika dugaan Allah menimpa saya waktu itu, saat itu juga? Dan menurut pengarangnya, tidak ada yang lebih penting saat kita menerima dugaan, tidak kira dugaan nikmat atau kesedihan, melainkan persediaan kita. Ini kerana persediaan kita itulah yang akan menentukan, apakah kehidupan ini akan kita akhiri dengan penuh keimanan kepada Allah, atau sebaliknya, Nauzubillah.

Pada saya, buku yang telah saya khatam ini sebenarnya buku yang serba sederhana. Namun usah cepat bingkas, kerana acapkali, kesederhanaan itulah yang lebih menyentuh dan meninggalkan bekas.

Kesederhanaan pertama yang saya temui pada buku ini adalah dari susunan bab-babnya. Hanya ada tiga bab utama saja dalam buku ini, iaitu ‘Berprasangka Baiklah Pada Tuhanmu’, ‘Iman Terhadap Takdir’ dan ‘Agar Anda Selalu Menang dan Bahagia’. Di dalam setiap bab ada subbahagian yang merupakan tajuk-tajuk kecil yang saling berturutan dan berkaitan, menyoroti setiap topik dengan santun dan tidak gopoh-gapah, dibumbui pelbagai kisah dari zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah apa yang kita sering hadapi pada masa kini. Di sinilah kesederhanaan itu bagi saya bertukar menjadi istimewa, kerana selitan kisah semasa membawa kedekatan masalah kepada kita, dan tidak meninggalkan kita terawang-awang mengenai peristiwa ratusan tahun lampau semata-mata. Dengan jelas, aplikasi ilmu sudah dinampakkan kepada kita secara bersahaja.

Selain itu, pendekatan pengarang yang menulis dengan bahasa yang sederhana, tetapi mengajak dan sesekali sedikit menggesa pembaca menempatkan diri dalam keadaan tertentu, turut memberi saya kesan. Mungkin ada segelintir yang tidak selesa dengan cara penulisan begini yang dianggap menggurui pembaca, tetapi saya tergolong di kalangan yang tidak kisah. Apatah lagi kalau membaca buku agama. Pada saya, kenapa tidak boleh pengarang itu menggurui saya, kalau ternyata saya memang layak menjadi muridnya? Dan bukankah membeli buku agama karangan sesiapapun, bererti kita telah sudi untuk digurui pengarangnya secara tidak langsung?

Dan benar, Syed Alwi Alatas telah banyak menggurui saya melalui buku ini. Saya rasa saya mampu melihat ujian Allah dengan kaca mata baru setelah menyudahkan bacaan. Saya ingat antara pengulangan yang ditekankan oleh pengarang dari sebuah hadis Rasulullah s.a.w., “Raihlah apa yang bermanfaat bagimu”, walaupun ketika itu kita sedang bergelumang dengan ujian. Dua kisah dari riwayat hidup Hasan Al-Banna dan Ummu Sulaim, sudah cukup untuk menjentik hati dan meninggalkan kesan.

Betapa juga, pandangan saya tentang beberapa hal yang saya anggap kecil (tetapi hakikatnya besar) mengenai takdir, selama ini terpendam begitu sahaja dan tidak berani saya terokai, ada jawapannya dalam buku ini. Saya ada kisah peribadi yang sangat berkait Bab 2 (Iman Terhadap Takdir). Sewaktu arwah Ayah saya meninggal di Mekah ketika usia saya 15 tahun selepas waktu haji, lima hari sebelum pulang ke Malaysia, saya sangat tertanya-tanya, kenapa doa dan tangisan saya dalam solat hajat setiap malam, sepanjang beberapa puluh hari arwah di sana (kecuali satu hari saya tertinggal), tidak dikabulkan Allah? Adakah kerana satu hari yang tertinggal itu?

Saya tahu, arwah Ayah sangat uzur ketika bertolak, malah doktor mahu membuat pembedahan pintasan jantung sebelum arwah berlepas, tetapi saya sangat tertanya-tanya, kenapa akhirnya arwah tidak dikurnia usia lebih panjang untuk pulang bertemu saya yang telah berdoa dan berdoa? Meskipun saya telah meredai pemergian arwah lama dahulu, tetapi saya selalu mencari jawapan yang memuaskan, yang dapat memberi ketenangan penuh mengenai masalah takdir ini, dan Alhamdulillah, buku ini menemukan saya dengan jawapannya. Ya, sebuah buku yang sederhana, tetapi menjadi sangat bermakna!

Akhirnya saya memahami, ada dua senjata penting dalam menghadapi kehidupan, tidak kira sewaktu dunia saya sedang bergolak, mahupun ketika dunia saya diempuki nikmat, iaitu sabar dan syukur. Saya berharap saya dapat menggunakan kedua-dua senjata ini pada masa sepatutnya dengan rahmat dan kurnia Allah. Penerangan panjang lebar pengarang dalam Bab 3 mengenai dua keperluan penting ini, akan mampu memberi kejelasan dan ruang lingkup baru pengamalannya.

Namun tidak dapat saya nafikan, buku ini mungkin tidak sebermakna seperti yang saya luahkan bagi orang lain, kerana sudut pandang manusia dalam hidup tentulah berbeza-beza. Apatah lagi, buku ini saya baca saat sedang menghadapi dugaan kehilangan, serta desakan pengalaman lampau yang mengesankan jiwa remaja saya 15 tahun lalu. Semua penilaian berbalik kepada diri kita, kerana diri kita semua bukanlah ‘tabula rasa’. Selain itu, mungkin juga pandangan saya yang sangat menyenangkan mengenai buku ini tercipta kerana saya telah terhutang budi menerimanya sebagai hadiah.

Walau bagaimanapun, satu kehampaan yang ingin saya bangkitkan mengenai buku ini, iaitu ayat-ayat Al-Qur’annya hanya ditampilkan dalam bentuk terjemahan sahaja, manakala ayat-ayat yang asli tidak dimasukkan bersama. Penghayatan ayat-ayat Al-Qur’an dalam bentuk asalnya bagi saya adalah penting dalam sesebuah buku agama. Ini sedikit sebanyak mencacatkan, saya kira. Barangkali keputusan pihak penerbit turut memainkan peranan dalam hal ini.
Profile Image for Najmuddin.
Author 5 books47 followers
April 3, 2010
Bila Allah Menduga Kita, bolehlah aku kategorikan sebagai buku bergenre motivasi Islam, sebaris dengan buku seperti La Tahzan oleh Abdullah ‘Aidh al-Qarni misalnya. Sebenarnya mesej penulis kepadaku ketika menawarkan buku ini sudah cukup untuk merumuskannya. Ya, ia tentang ’syukur dan sabar’. Dua kunci penting dalam menghadapi cabaran hidup. Cabaran atau dugaan atau masalah, menurut penulis adalah kawan karib sepanjang perjalanan hidup. Dan pesan penulis “bukanlah masalah yang menjadi persoalannya, melainkan sikap kita dalam menghadapinya”. Menariknya, kata-kata inilah juga yang sering aku ulang sebut kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat ketika bergiat aktif dengan aktiviti dakwah sebagai pimpinan pelajar di MMU dulu. Dan tentunya, kata-kata itu akan aku pegang sampai mati.

(Ulasan penuh di sini: http://mudin001.com/2010/04/03/bila-a...)
Profile Image for Putra Aatif.
6 reviews
October 31, 2010
kepada sesiapa yg berasa sering ditimpa masalah, sering berasa gundah gulana, atau seumpanya... sila lah dapatkan buku ini..
pada saya, buku ini serba sedikit membuka minda kita tentang erti SYUKUR, SABAR, TAWAKKAL...

ingat lah.. hidup kita akan diselubungi masalah atau dugaan kerana itulah teman karib kita sejak kita lahir lg. tp adakah kita akan cekal menanganinya atau tewas lalu kufur kepada ALLAH atau menyalahkan takdir ALLAH?????
Profile Image for Kerlip Bintang.
167 reviews32 followers
August 15, 2010
Dari buku ini aku dapat ilmu baru.
Bukan cuma bahwa Sabar dan Syukur adalah 2 kunci kebahagiaan.
Bukan juga bahwa kebalikan sabar adalah putus asa.
Bukan pula kebalikan syukur adalah kufur nikmat.
Tapi kebalikan dari sifat syukur yang sesungguhnya dan gak pernah kita sadari padahal harus kita mawasi adalah "Merasa Aman dari Tipu Daya Allah."
Oh My God!

Satu lagi kutipan yang ngena banget buat aku:
"Persoalan hidup bukanlah apa yang mengenai diri kita. Permasalahan hidup bukanlah kesenangan atau musibah yang mengenai diri kita. Persoalan hidup yang sesungguhnya adalah ketika kita gagal memilih sikap yang tepat terhadap apa-apa yang kita alami. Persoalan yang sesungguhnya adalah ketika kita menjadi sombong dan lupa diri saat mendapat nikmat, atau mengeluh dan berputus asa saat menerima musibah."
Profile Image for Mohammad Ghazali.
1 review1 follower
October 21, 2010
buku ini sangat memberi motivasi kerana pengarang bijak menggunakan bahasa yang mudah difahami para pembaca. saya sering membaca buku ini andai saja diri ini dipilih oleh Yang Maha Berkuasa untuk menerima ujian-Nya. Buku ini sangat membantu meningkatkan keyakinan dan ketabahan seorang muslimin. Insya-Allah
Profile Image for Ezdwan.
17 reviews
March 1, 2010
Realiti kehidupan sebenar di dunia.
Profile Image for Saidatina.
1 review
March 1, 2010
cerita kehidupan...setiap ujian Allah hadirkan pada individu2 itu tersendiri... cerita kesabaran untuk menghadapi ujian...perulaku manusia ketika menghadapi ujian....
Profile Image for Killfun.
4 reviews
May 15, 2010
it tells us to sabr and syukr..believe in fates..qada' and qadar
12 reviews1 follower
September 29, 2010
Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...al-Baqarah: 286.
Profile Image for Sari Ilhami.
6 reviews3 followers
October 1, 2010
masa depan selalu tidak pasti..hampir saja putus asa menghadapi semua ini... ujian ada dua : kesenangan dan kesedihan. dan kedua nya mempunyai konsekuensi yang baik bagi seorang muslim
Profile Image for Aulia Afifhuda.
5 reviews
June 22, 2013
Buku ini memberikan kenyataan-kenyataan yang memang sering dijumpai ketika menghadapi suatu ujian hidup. Buku yang fantastis.
Profile Image for Nur.
631 reviews17 followers
April 12, 2012
I love this book so much.....
Displaying 1 - 17 of 17 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.