Jump to ratings and reviews
Rate this book

Nota Fikir Untuk Zikir

Rate this book
Buku ini ditulis dengan mesej yang jelas: Zikir tanpa fikir akan menghasilkan individu yang beku, kaku dan mundur walaupun mungkin baik tingkah laku.

Fikir tanpa zikir akan membentuk manusia yang aktif, dinamik tetapi merosakkan dirinya dan orang lain dengan pelbagai kemungkaran dan kejahatan.

Pada cerita dulu-dulu, ada jejak iktibar yang perlu disusuri semula. Pada alam ciptaan Tuhan, ada pengajaran yang dapat diambil.

Ia bergantung pada bagaimana kita melihatnya. Dan bagaimana kita melihat sesuatu, bergantung pada siapa diri kita.

Dengan gaya santai dan simple, penulis mengocak ‘fikir’ dan ‘zikir’ pembaca – langkah kecil yang diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada langkah yang lebih gah untuk memantapkan ‘fikir’ dan ‘zikir’ ummah.

“Kelebihan yang terdapat pada beliau (Pahrol Mohd Juoi) adalah keupayaan mengolah sesuatu persoalan daripada dimensi yang berbeza dan memberikan persepsi baru terhadap perkara yang digarapnya.” – Ann Wan Seng, Setiausaha Agung Kehormat MACMA

Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian:

Bahagian 1: Iktibar Kisah Dulu-dulu – Mencari hikmah dan ibrah, teladan dan sempadan, daripada cerita rakyat yang merupakan suara hati orang bijaksana untuk mendidik umat.

Bahagian 2: Berguru dengan Alam – Melihat nikmat tanpa melupakan Pemberi nikmat, dengan menjadikan alam sebagai Maha Karya Tuhan yang sentiasa berbicara dengan manusia tentang keagungan Penciptanya.

Bahagian 3: Kata Dikota – Memuatkan kata-kata yang indah dan benar, yang mampu mengubat rasa yang gundah serta membuat fikiran menjadi lebih besar, seterusnya mampu mengubah jiwa!

169 pages, Paperback

First published January 1, 2010

22 people are currently reading
167 people want to read

About the author

Pahrol Mohamad Juoi

40 books252 followers
Pahrol Mohamad Juoi memulakan pengajian di sekolah kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh dan kemudian ke sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Jitra, Kedah. Walaupun berkelulusan dalam bidang Teknologi Makanan UiTM, namun sejak 1985 lagi beliau telah bergiat dalam bidang penulisan khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam. Ini dibuktikan dengan komitmennya sebagai wartawan, pengarang dan akhirnya Ketua Pengarang kepada beberapa buah majalah bercorak Islam sejak tahun 1986 hingga 1995.

Pernah menjadi Ko-kaunselor Yayasan Nurul Yaqeen pada tahun 1997/98, namun minat sebenarnya tetap dengan bidang penulisan. Sejak itu hingga kini, komitmennya dalam penulisan diteruskan dengan menjadi kolumnis kepada beberapa buah majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Falsafah, Minda, majalah I dan Anis.

Selain itu juga beliau aktif menulis lirik-lirik nasyid bagi kumpulan nasyid Tanah Air seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, UNIC, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain. Antara lirik nasyidnya yang popular ialah Sumayyah, Suci Sekeping Hati, Mendamba Kasih, Siti Khadijah, Cinta Zainab, Setanggi Kasih, Zinnirah, Umar Al Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Ratu Syahadah dan lain-lain lagi. Beliau juga menghasilkan skrip bagi rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO). Menjadi Pengacara dalam rancangan Islam di RTM.

Kini beliau adalah Pengarah dan Penyelidikan Modul merangkap Pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding dan latihan yang terlibat dalam program latihan bagi agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan syarikat-syarikat swasta. Pengalamannya menjelajah negara-negara ASEAN, Uzbekistan, Pakistan, Turki, Jepun, China, Jordan dan Mesir menambah kematangannya dalam bidang penulisan dan latihan.

Hingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku dari pelbagai genre penulisan. Antaranya: Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi Sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan kesannya terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir. Terkini, beliau juga adalah ketua editor majalah SOLUSI keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
99 (43%)
4 stars
92 (40%)
3 stars
33 (14%)
2 stars
6 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 24 of 24 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
July 29, 2019
Terbaik! Tulisan Ustaz Pahrol memang sedap dan menenangkan jiwa. Baru aku perasan betapa "tak berguna"nya kisah batu belah batu bertangkup, betapa menyeronokkan kisah Si Luncai dengan labu-labunya, betapa hebatnya rumput daripada diri ku dan betapa banyak lagi yang kau boleh fikir-fikirkan.

Buku ni berjaya buat si pembaca berfikir sambil merenung alam.
Profile Image for Edi Rozaidi.
130 reviews
April 20, 2024
Antara buku islamik motivasi yang sangat sedap dibaca dan tak bosan.

Setiap bait-bait perkataan disusun dengan sangat baik dan dipilih secara teliti. Jika ia makanan, buku ini ibarat makanan yang sedap dilidah, mengenyangkan, menyihatkan kerana penuh nutrisi dan segar.

Sudah pasti akan rekomen kepada orang lain untuk membacanya.
Profile Image for Naim Hassan.
19 reviews36 followers
May 8, 2011
Nabi Muhammad SAW pernah mengingatkan bahawa orang yang bahagia adalah orang yang dapat mengambil pelajaran dari orang lain. Buku ini bukan sahaja membawa kita melihat pengajaran dari kisah rakyat bahkan membawa kita berfikir tentang kejadian alam. Pelajaran yang menarik dari laut, tembikai, pisang, lalang, rumput, unta dan sebagainya. Banyak perkara yang dapat kita pelajari dari alam jika kita melihat, merenung dan berfikir. Bukan hanya melihat dengan pandangan kosong. Tidak penting apa yang kita lihat, tetapi yang lebih penting adalah bagaimana kita melihatnya. Lihat, renung dan fikir.
Profile Image for khalifah.
33 reviews18 followers
July 13, 2011
aku sentiasa mencari tulisan ustaz pahrol. aku suka olahan2 daripada beliau. termasuk buku ini. ia mudah! asasnya, cerita2 rakyat yang kau dengar sejak kecil. asasnya, pelajaran dari alam tempat kau berpijak. dari pokok...lalang...buah...laut...langit...dan seterusnya kau bacalah sendiri!

lihat pada apa yang ada, barulah kita bersyukur. jangan dikenang apa yang tiada, nanti kita kufur!
Profile Image for Putri Nurfariza Ahmad Darji.
8 reviews1 follower
August 9, 2013
Buku yang sarat dengan ibrah. Dari cerita satira melayu, hinggalah tadabbur alam. Semuanya diceritakan kembali untuk kita mengambil pengajaran dari kaca mata islam. Bahan bacaan santai yang agak baik. Walaubagaimanapun, saya secara peribadi tetap merasakan buku Nota Hati Seorang Lelaki lebih terkesan di jiwa dan minda.
Profile Image for مستور١ مكنن.
90 reviews8 followers
April 4, 2014
seperti biasa buku ustaz pahrol mmg best. banyak la kata2 yang memberi inspirasi.. dan dalam buku ni juga yang paling aku suka adalah pengajaran yang boleh diambil dari alam.. antaranya lautan. ohh.. baru tau hikmah allah jadikan laut tu sangat masin. tak ke? cewwah. sebabnya kemasinan laut tu mampu menyerap semua bau busuk dari alam ni..subhanallah :)
3 reviews
May 14, 2011
zikir tanpa fikir akan menghasilkan individu yang beku, kaku dan mundur walaupun mungkin baik tingkah laku. Fikir tanpa izin akan membentuk manusia yang aktif,dinamik tetapi merosakkan dirinya dan orang lain dengan pelbagai kemungkaran dan kejahatan.
Profile Image for حزا ليني.
33 reviews2 followers
July 28, 2012
It's a book that let us to contemplate behind those malay children folk stories we used to hear when we were young. Something we dun normally relate them with the creation of Allah but in this book, he did.. The author always manage to think out of the box which i very much appreciated :)
Profile Image for Syamil A Samad.
25 reviews2 followers
November 10, 2012
Buku ini berada pada tahap OK mengikut pendapat peribadi saya. Ayat yang digunakan mudah difahami dan tidak berbelit. semuanya terus kepada pokok perkara yang ingin dibincangkan. mudah, ringkas dan padat.
Profile Image for Raja Ahmad.
4 reviews
December 6, 2013
Kisah di balik tirah sebuah kisah. Penulisan Penulis yang sangat santai. Dihamparkan kisah-kisah yang begitu dekat dengan orang Malaysia. Tidak rugi untuk membaca.

230 reviews4 followers
December 31, 2011
Buku ini mengajak kita untuk belajar dari alam di sekeliling kita. Banyak nasihat.
Profile Image for As.
2 reviews
Read
April 30, 2012
Sangat menarik. Cerita pendek yang mempunyai maksud tersurat dan mendalam.
Profile Image for Muhammad Fahmi Ahmad.
12 reviews
July 13, 2012
Isinya membantu kita berfikir lebih jauh
Lihat bukan sebarang lihat,lihat dengan mata hati,baru akal celik,baru zikir dihayati
Profile Image for sarah diyana.
8 reviews
December 15, 2012
Dakwahnya santai dan tidak terlalu berat utk dibaca.senang untuk faham dan senang masuk dalam hati
Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
April 29, 2017
tazkirah santai dari ustaz pahrol.
Berasaskan iktibar dari 3 perkara.Pertama iktibar dari kisah/hikayat orang-orang dahulu.Kedua berguru dengan alam.Ketiga mutiara kata/kata-kata hikmah.
Sesuai dengan ungkapan di hadapan buku.Ustaz pahrol mahu mengajak kita berfikir akan moral/iktibar dari 3 perkara seperti yang disebut di atas."bukan soal apa yang,yang dilihat tetapi bagaimana kita melihatnya". Hikayat/kisah terdahulu tidak diceritakan semata-mata hikayat atau untuk hiburan.Akan tetapi mengandungi teladan dan sempadan untuk dihayati oleh kita.Kisah-kisah seperti si tanggang, arnab dan kura-kura, batu belah batu bertangkup,kisah bangau,raja tidak berbaji dan lain-lain.Iktibar yang dilontarkan oleh ustaz pahrol berdasarkan kisah-kisah,sesuai dengan akal kita yang menginjak dewasa.
Seterusnya,Berguru dengan alam.Bahagian paling saya suka.Bagaimana kita mahu mengambil ibrah/pengajaran dari kehidupan alam.Ini mengembalikan kenangan saya dan rombongan dari jejak tarbiah ziarah ke padang indonesia.Sewaktu di sana,mengingatkan saya akan salah satu pepatah orang minangkabau iaitu "alam takambang jadi guru".Bermakna orang minang banyak berguru dengan alam dan mengambil iktibar dari kejadian/perjalanan alam.Salah satunya diceritakan bagaimana mengambil iktibar dari ayam menetas untuk digunakan bagi promosi barang.Ayam yang menetas akan berkokok sebelum, semasa dan selapas menetas bagi memberitahu akan telurnya akan keluar.Jadi sebagai seorang peniaga.Jika mahu mengeluarkan barang perlu promosi sebelum barang dikeluarkan dan seterusnya semasa serta selepas barang dikeluarkan.Supaya pembeli berminat untuk membeli produk peniaga.

Allah menyuruh kita melihat kepada kejadian alam adalah untuk kita ambil iktibarnya sama ada untuk kelangsungan hidup duniawi atau ukhrawi.Tetapi paling penting adalah pada kejadian alam adalah untuk kita mengingati kebesaran Allah.
Dalam buku ini mengandungi kisah-kisah untuk kita fikirkan.Dan pastinya saranan berfikir ini bertujuan utama untuk kita berzikir kepada Allah.

#fikirzikir
Displaying 1 - 24 of 24 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.