Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aku, Buku dan Cinta

Rate this book
Ibn 'Aqil menceritakan tentang "Aku berusaha sekuat tenagaku memangkas waktu kesibukanku yang lain demi menjaga waktu agar dapat membaca lebih banyak kitab. Aku rela tidak makan roti dan hanya makan manisan dengan secawan air, kerana jika aku makan roti, maka banyaklah masaku yang terbuang."

Sayangnya pada masa sekarang ini, masyarakat kita nampaknya lebih gemar sibuk mengurus hartanya daripada ilmu. Jangankan satu hari, satu jam pun rasanya berat bagi mereka untuk meluangkan waktu menuntut ilmu. Pada zaman sekarang, seseorang akan lebih dihormati ketika dia mempunyai banyak harta benda. Ini merupakan keadaan yang membuatkan muka kita berkerut sedih.

Masyarakat kita lebih gemar mempunyai koleksi barangan berjenama berbanding membeli dan menyimpan buku di rumah. Mereka juga sangat kedekut untuk mengeluarkan wang bagi membeli buku yang mengandungi ilmu. Padahal membaca itu boleh menjadikan mereka cerdik. Kita mudah meniru budaya negatif Barat seperti mengagungkan hiburan dan fesyen. Padahal budaya membaca yang dipelopori dunia Barat, langsung tidak kita endahkan. Bagaimana kita mahu menjadi bangsa yang maju jika kita sering ketinggalan di dalam semua bidang?.

Kita adalah umat IQRA' dan semestinya kita menjadi bangsa yang rajin membaca bagi meraih kejayaan dalam segala aspek kehidupan di dunia ini. Buku in menceritakan kepada anda bagaimana kisah-kisah ilmuan dan tokoh muslim memperoleh kejayaan dan menghasilkan karya-karya agung lantaran mereka rajin membaca. Dengan membaca buku ini diharapkan anda lebih terdorong dan termotivasi untuk lebih banyak membaca.

282 pages, Paperback

First published January 1, 2009

11 people are currently reading
122 people want to read

About the author

عائض القرني

258 books4,071 followers
عائض بن عبد الله القرني داعية إسلامي من السعودية، وصاحب كتاب لا تحزن الذي حقق نسبة مبيعات عالية، وكان إمام وخطيب جامع أبي بكر الصديق بأبها. وهو صاحب منهج وسطي لأهل السنة والجماعة من مواليد قرية آل شريح من آل سليمان في سبت العلايا عام 1379هـ/1960م. درس الابتدائية في مدرسة آل سليمان، ثم درس المتوسطة في المعهد العلمي بالرياض، ودرس الثانوية في المعهد العلمي بأبها، وتخرج من كلية أصول الدين بأبها، وحضر لشهادة الماجستير في رسالة بعنوان: كتاب البدعة وأثرها في الدراية والرواية، ثم حضر لشهادة الدكتوراه في تحقيق المُفهِم على مختصر صحيح مسلم. له أكثر من 800 خطبة صوتية إسلامية في الدروس والمحاضرات والأمسيات الشعرية والندوات الأدبية.
-------------------------
A'id al-Qarni is animam and preacher of the Mosque of Abu Bakr Abha.

He went to the primary school in Al-Suleiman, continued his education on the Scientific Institute in Riyadh, on the high school in the Scientific Institute in Abha, and earned a master's degree from the Faculty of Theology in Abha.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
36 (59%)
4 stars
14 (22%)
3 stars
11 (18%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books350 followers
September 17, 2015
1. Kalau tak sukakan pengulangan, bab 1 dan 2 boleh dibaca sekali lalu sahaja. Bab 3 dan seterusnya sangat kaya dengan hikmah dan saranan pembacaan lanjut buku-buku Islam.

2. Buku ini satu seumpamanya, kerana tidak banyak buku yang membicarakan mengenai buku, dengan fokus yang Islamik dan memperkatakan buku-buku agama.

3. Bagus untuk rujukan lanjut kitab-kitab muktabar dunia Islam, termasuk bagi para pembaca yang tidak biasa dengan kitab-kitab itu.

4. Penterjemahan sangat perlu ditingkatkan mutunya, dan lebih baik lagi jika istilah-istilah Arab yang kurang biasa digunakan dalam masyarakat diberi penerangan ringkas. Manakala beza budaya dalam penterjemahan kalau kurang diperhatikan, boleh memberi kesan bahawa pengarang buku ini 'smug' orangnya, padahal bukan demikian kalau diambil kira gaya bahasa Arab sebenar.

Saya beri 5* kerana tidak ada buku lain bernada santai dan popular, tetapi mengetengahkan isi yang padat mengenai buku-buku Islam dan pengarangnya. Kelebihan Dr 'Aidh saya rasa, adalah cara penyampaiannya dan format bukunya yang mampu sampai ke khalayak awam, seperti juga bukunya La Tahzan.
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
October 20, 2022
Buku tentang kegilaan alim/ulama' dalam menuntut ilmu dengan bermacam gaya dan ragam. Ada yang meminta rakannya untuk membacakan buku di luar ketika sedang berada di dalam tandas, ada juga menjual rumahnya semata-mata mahu mendapatkan buku yang diidamkan, ada pula yang terpaksa menyamar menjadi peminta sedekah demi menuntut ilmu di depan pintu rumah tuan gurunya bagi mengelakkan jadi buruan pihak berkuasa. Penulis juga membincangkan taraf tafsir Quran seperti dan hadis yang mana dipilih sebagai kitab paling lengkap (pilihan utama dijadikan rujukan), sahih dan kurang daripada kesilapan.
Profile Image for Fariza.
212 reviews54 followers
December 13, 2010
Buku ini secara keseluruhannya adalah mengenai kecintaan Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni terhadap buku. Bab satu dan bab dua menjadikan pembacaan saya agak lambat kerana penuh dengan ucapan yang berulang-ulang tentang kecintaan beliau terhadap buku, betapa pentingnya ilmu, betapa dia hanya mempunyai buku sebagai kawan dan banyak lagi. Dua bab ini ditambah dengan penterjemahan yang teruk menjadikan saya hampir berputus asa terhadap buku ini.

Tiba-tiba semasa saya hampir berputus asa beliau menasihati pembaca, "Anda jangan terburu-buru menginginkan hasil daripada bacaan anda." Zapp! Saya rasa seperti terkena tamparan. Di dalam hati saya berkata "Wah macam kasyaf je Dr. Aidh ni".

Seterusnya.. jenguk.. http://farizahrin.blogspot.com/2010/1...
Profile Image for Nik.
60 reviews5 followers
July 12, 2015
Kagum. Lama dah baca buku ni. Tak setanding kita ini nak dibanding Dr Aidh dalam membaca. Sambil memandu boleh minta pekerja bacakan buku. Kita?
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
August 25, 2017
Aku, Buku dan Cinta. Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni. Al-Hidayah. 2009.

1) Buku ini merupakan terjemahan daripada Kitab 'Asyiq & diterjemahkan oleh Susilawati Husin Kaderi.

2) Mengandungi 282 mukasurat. Dibahagikan kepada 6 Bab.

3) BAB 1 : Sesuatu Yang Diburu
BAB 2 : Buku, Aku Cintakan Engkau
BAB 3 : Ilmu dan Para Pemburunya Satu Hati
BAB 4 : Bersama Para Pemburu Ilmu
BAB 5 : Bagaimana dan Siapa Yang Anda Cintai ?
BAB 6 : Fikrah-Fikrah

4) AKU : Aku sebagai pembaca sejujurnya mengambil masa yang lama untuk habiskan buku ini. Isi dia agak berat.

5) BUKU : Penulis memberi komentar terhadap pelbagai kitab yang ditulis oleh Ulama'-ulama' teedahulu. Kitab Akidah, Kitab Feqh, Kitab Nahu & banyak lagilah.

6) CINTA : Penulis menyatakan bahawa betapa cintanya ulama'-ulama' terdahulu terhadap ilmu. Mereka begitu asyik ditemani bermacam-macam buku sehingga ada yang sanggup untuk berkahwin pada umur yang sudah lanjut. Bukan macam kau, sejak dari Tadika asyik fikir pasal kahwin je. Hahahaha !

7) Aku, Buku dan Cinta juga menghimpunkan kata-kata mutiara untuk pencinta buku & ilmu.

8) Contoh : Mati dalam menuntut ilmu lebih baik daripada hidup puas dengan kebodohan. Buku adalah sahabat yang terbaik di antara semua makhluk. Kenikmatan terbesar adalah ketika kita boleh membaca hasil pemikiran orang lain.

9) Apalah ertinya hidup ini bila kita malas membaca ! 😝

10) Ok, itu sahaja. Selamat membaca !

#duniaBOOKku📚
#alonalonjanjikelakon
#breathNread
Profile Image for Aradweb Aradweb Adil.
76 reviews1 follower
February 13, 2012
Pertama, jika kamu belum punya semangat untuk memulakan tabiat membaca, inilah buku pertama untuk kamu baca semoga sehabis sahaja membacanya kamu akan memperolehi suntikan dos-dos pembakar semangat untuk kamu memulakan tabiat membaca.

Kedua, jika kamu sudah punyai tabiat membaca tetapi pada masa yang sama mencintai wanita usahlah kamu tersinggung dengan kata-kata mutiara yang menyebut orang yang cintakan wanita, kalian sebenarnya rugi!Bukulah satu-satunya yang indah di dunia ini! kerana cinta anda akan lebih berilmu dengan wanita itu.

Ketiga, kumpullah duit mu agar suatu hari nanti dapat kamu memiliki kitab Fath Al-Bari yang diwar-warkan oleh pengarang buku ini.

Ya Allah! Ya Rahman! Ya Rahim
Aku bermohon kepada mu agar diberi kelapangan waktu, penglihatan yang jelas, semangat , keasyikan & iltizam agar dapat aku melaksanakan seruan IQRA mu seperti mana engkau menyeru nabiku Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril supaya IQRA! IQRA! IQRA!
Semoga aku tergolong di dalam umat IQRA itu Ya Allah.
Ameen Ya Rabbalalamin!

Bacalah, Nescaya Anda Memegang Kuasa
Profile Image for Ummudurrah.
8 reviews3 followers
February 15, 2011
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Bagi sesiapa yg pecandu buku tegar, buku ini mungkin menjadi buku pengubat sedih dan penambah semangat untuk membaca buku ketika rasa dipandang pelik kerana asyik2 melarikan diri dari orang semata-mata nak habiskan baca buku..

Apa-apapun, buku ini saya kategorikan sebagai santai-santai.. dan tidak terlalu berat. Seperti mana yg kita sedia maklum, Dr 'Aidh sangat suka menyelitkan sekali syair-syair arab yg menyentuh jiwa.. dan inilah tarikan dia yg sebenarnya. Sesuai bagi sesiapa yg baru mula berminat membaca atau yg mula mencari-cari buku apa yg patut dibaca sebagai seorang penuntut ilmu.

Bacalah!
Profile Image for Mohd Fadzil Yusof.
28 reviews2 followers
January 24, 2019
Buku tentang cinta terhadap buku. Saya banyak mengambil manafaat daripada buku ini. Sangat baik buat semua pembaca buku. Tentulah semangat wahyu pertama subur dalam buku ini. Saya bersungguh mendapatkan Musnad Imam Ahmad dan Al Mughni dan Saidul Khatiir kerana buku ini.
Profile Image for Hariz S. H..
78 reviews18 followers
October 12, 2019
Kalau dihitung judul karya Al-Qarni dalam rumah saya, mahu ada 4-5 judul. Rasanya sudah jelas pegangan beliau bukan anlussunah wal jamaah(aswj).

Tapi saya tidak menafikan ilmu dan tujuan buku ini yang baik. Kekurangannya, ialah;

1) Tiada bahagian khusus untuk kitab tasawuf
2) Tiada rujukan baik untuk akidah aswj(sudah pasti)
3) Terlalu mengagumi tokoh yang mendasari wahabi.
anda dapat lihat muka 254 & 235, atas beberapa ayat yang 'contradictory'. Muka 254, pengaguman beliau terhadap Ibn Taymiyah melebihi Imam-imam mazhab. Atas dasar 'bias' atau 'suspected intentional-bias' oleh penulis ini walaupun Imam Nawawi dan Imam Ghazali ada disebut, tapi di'reduce'kan hanya kepada beberapa ayat pendek. Walhal manfaat dan cara mereka terhadap Ilmu dan buku adalah lebih besar jika kita membaca kisah mereka berkaitan ilmu dan buku. Oleh kerana pegangan beliau, beberapa manfaat tersebut tidak dapat dipelohi oleh pembaca.

Tidak sanggup saya menyanggah satu buku berfaedah, cuma saya rumuskan perlunya berhati-hati terhadap buku beliau. Cara beliau mengutamakan tokoh-tokoh tertentu agar mudah masyarakat menerima mereka (normalization). Buku ini bukanlah untuk mereka yang baru bermula berjinak-jinak dengan agama Islam.

Andai ada masa terluang, saya akan 'edit' komen ini dan senaraikan karya-karya lain sebagai alternatif untuk buku ini.
Profile Image for Niena Aniesza.
195 reviews7 followers
December 2, 2016
Sangat indah membaca buku ini. Penulis merupakan seorang pencinta ilmu yang ingin mengajak para pembaca menjadi pencinta buku dan ilmu. Banyak kisah iktibar di dalam buku ini, sebagai contoh, bagaimana seorang pencinta ilmu sanggup menjual rumahnya untuk membeli buku.

Ada seorang yang lain pula, tidak akan keluar dari rumah selain membawa bersamanya buku-buku. Dibawa buku di atas pundak sehingga kantung buku menjadi basah kerana dibasahi peluh sehingga orang menyangka kantungnya itu basah kerana terendam di dalam air.

Ada yang sanggup tidak tidur kerana mahu membaca, dan ada pula yang sanggup berlapar kerana tidak mempunyai wang untuk makan.

Ada yang tidur dengan buku sentiasa ada di dada.

Jika beginilah sikap para ilmuwan terdahulu, maka tidak hairanlah banyak karya-karya agung yang dihasilkan pada masa dahulu. Dan karya-karya mereka masih digunakan sehingga ke hari ini.

Hidup ini singkat, sedangkan bahan bacaan yang perlu dibaca amat banyak. Maka, saringlah bahan bacaan hanya kepada yang bermanfaat sahaja dan tinggalkan bacaan yang sia-sia.

Membaca bahan bacaan yang bermanfaat pula tidaklah berguna jika ia tidak dimanfaatkan melalui penulisan dan pengajaran. Jadi, apabila sudah membaca, sampaikan ilmu tersebut sama ada dalam bentuk penulisan atau mengajarkannya kepada orang lain.

Seorang pencinta ilmu mempunyai darjat yang tinggi di sisi Allah dan di sisi manusia. Mereka sudah dimuliakan sejak di dunia lagi.

Para ilmuwan yang hebat pada zaman dahulu tidak kisah dengan gelaran atau pangkat, yang mereka inginkan adalah ilmu.
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews173 followers
April 4, 2016
1. Buku ini sangat menarik dan bagus untuk mendapat recommendation kitab-kitab rujukan Islam yang perlu ada di librari rumah. Ini banyak dihuraikan pada bab ketiga buku ini.

2. Bab satu dan bab dua lebih kepada pengalaman membaca penulis ketika kecil dan bab dua pula (yang merangkumi hampir setengah daripada buku ini!) memuatkan kisah-kisah ilmuan terdahulu yang begitu tinggi minat membacanya. Ia bagai pengulangan kisah yang hampir sama seperti dalam buku Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dalam kitab Qimah az-Zaman 'Ind al-'Ulama' (Nilai masa di sisi cendekiawan).

3. Penulis tidak bersetuju dengan falsafah, maka kurang buku-buku cadangan untuk genre tersebut. Namun, uniknya penulis ialah apabila penulis menyebut pro and cons untuk setiap buku yang dicadangkannya.
Profile Image for Nor.
Author 9 books106 followers
February 9, 2017
Buku yang sarat dengan motivasi untuk pembacanya terus mencintai buku dan terus membaca pelbagai buku yang disarankan.
Dr Aidh berkongsi cerita tentang diri ramai individu dalam kalangan ulama' yang gilakan membaca. Bagaimana rakusnya mereka menghadamkan buku pada setiap waktu. Bagaimana pembacaan itu mendorong mereka untuk menulis berbagai buku dan berjilid-jilid buku.
Dikongsikan juga maklumat buku-buku yang bagus untuk dibaca mengikut bidang-bidang ilmu dalam Islam. Dijelaskan kelebihan dan kekurangan setiap buku yang diceritakan.
Pelbagai kata-kata motivasi berkaitan membaca turut disenaraikan.
Sememangnya buku ini sangat bagus dijadikan penggalak untuk terus membaca.
Profile Image for Nur.
631 reviews17 followers
April 9, 2012
Love this book so much
Profile Image for Wan Siti.
140 reviews9 followers
May 6, 2010
Menghilangkan kejemuan di kala diri dihindari rasa rajin
Displaying 1 - 20 of 20 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.