Anda perlu memilihi buku ini jika anda mahu: BEBAS daripada masalah kewangan pada masa hadapan BEBAS daripada belenggu hutang MENAMBAH pendapatan diri dan keluarga TAHU tentang risiko jika pendapatan meningkat MENCAPAI matlamat kewangan dari mula bekerja hingga bersara JAMINAN kewangan TIP mengurus wang pinjaman pengajian tinggi keluarga TIP merancang perbelanjaan untuk anak sejak lahir hingga dewasa MENDIDIK anak jimat berbelanja TAHU cara bijak berbelanja untuk persiapan raya PANDUAN merancang perbelanjaan majlis perkahwinan MELABUR secara bijak MENAMBAH pengetahuan tentang pengurusan kewangan dengan lebih Islamik
Anak kelahiran Kuala Lumpur. Pengasas dan Perunding Utama HIJRAH Wealth Management Sdn. Bhd., syarikat konsultan perancangan kewangan Islam ini merupakan akauntan bertauliah berkelulusan Bachelor of Economics dari Sydney University, Australia. Sebelum ini beliau merupakan Pengerusi Eksekutif HIJRAH Unit Trust Management Berhad yang mengeluarkan dana syariah pertama untuk wanita, dan Pengerusi Eksekutif ASNITA di mana beliau juga merupakan separa pemiliknya. Memulakan kerjaya di sebuah bank komersial tempatan sebelum berhijrah ke syarikat antarabangsa American Express sebagai Pengurus Akaun dan Kawalan Kewangan. Pernah menjadi Pengarah Urusan sebuah syarikat pengurusan dana Islam yang mengendalikan dana sebanyak RM150 juta.
Beliau pernah membentangkan kertas kerja di peringkat antarabangsa termasuk di Forum Perbankan dan Kewangan Islam di Bahrain. Beliau juga pernah ditemuramah Radio BBC, London. Dalam bidang sosial, beliau merupakan Presiden Persatuan Pengurusan Kewangan dan Harta Islam Malaysia, AJK Majlis Perunding Wanita Islam di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia serta Ahli Lembaga Pengarah Tabung Warisan Negeri Selangor.
Beliau telah menghasilkan buku-buku pengurusan kewangan peribadi, Cukup Wang Hati Tenang (2005), Ke Mana Wang Anda (2009), Bijak Mengurus Wang (2012), Cukupkah Wang Anda (2014) dan Ada Apa Dengan RM (2017). Beliau pernah mengendalikan slot rancangan Wanita dan Pelaburan di radio IKIM.fm, Tip Pengurusan Kewangan di Radio KLfm dan slot di MelakaFm. Beliau sering muncul di kaca TV dalam program berkaitan pengurusan kewangan seperti Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini, Selamat Pagi Malaysia, Astro Awani, dan beberapa program di TV3 dan TV AlHijrah.
Sangat2 berguna bagi semua golongan ..terutama golongan muda yang baru berjinak - jinak dengan alam pekerjaan. Sangat informatif dan teguran yang diberikan dalam buku ini ditulis dalam gaya santai.
Buku mengenai pengurusan kewangan yang efektif dan praktikal. Satu usaha murni yang wajar dipuji. Tahniah kepada penulis! Jarang sekali buku kewangan berdasarkan Islam ditulis bagi panduan kepada masyarakat. Banyak ilmu yang saya perolehi melalui buku ini. Jazakillah khairan kathira kepada penulis kerana membuka minda saya dan memberi kesedaran peri pentingnya simpanan wang dan perlindungan takaful. Banyak tip yang diberi oleh penulis dalam membimbing para pembaca menguruskan kewangan.
Antara yang terkandung dalan buku ni :
#Isteri sebagai pengawal bajet keluarga : 1)Tahu pendapatan bulanan pasangan. 2)Catat semua perbelanjaan keluarga. 3)Sediakan perancangan kewangan keluarga. -Surplus : lebihan bajet daripada perbelanjaan bulanan -Defisit : Over budget 4)Berusaha kurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan. 5)Berusaha meningkatkan pendapatan keluarga. 6)Sediakan garis panduan perbelanjaan keluarga.
#Dicadangkan guna Buku Perancangan dan Penyata Kewangan Keluarga yang dikeluarkan oleh BNM.
#Catat semua perbelanjaan. Bawa buku nota kecil yang boleh muat dalam poket (bagi lelaki) atau beg tangan.
#Tukar kepada NGV silinder.
#Buat perbincangan keluarga langkah penjimatan. Contohnya tutup suis apabila tidak digunakan.
#Tumpang kereta jiran jika kerja di laluan yang sama.
#Ubah gaya hidup yang berlainan.
#Lihat PERLU @ MAHU? Contoh : beli 4-5 majalah sebulan, kini teliti dahulu yang mana lebih baik.
#Senaraikan SEMUA hutang. Selesaikan yang KECIL dahulu.
#Kurangkan makan di luar – berpiknik @ masak di rumah.
#Petua berbelanja di luar : 1)Tetapkan kekerapan. 2)Tetapkan bajet. 3)Pilih jenis makanan dan bandingkan harga. 4)Pilih restoran yang bersih. 5)Jika belanja kurang daripada bajet, tabunglah wang tersebut.
#Belanja raya : 1)Pakaian. 2)Makanan. 3)Duit raya. 4)Persiapan rumah. 5)Balik kampung. 6)Rumah terbuka.
#Tambah pendapatan dengan berniaga.
#Merancang percutian keluarga : 1)Bincang matlamat percutian. 2)Pilih penginapan – kos adakah termasuk sarapan percuma, kenal pasti kadar sewa. 3)Makanan. 4)Pengangkutan. 5)Ole-ole.
#Kenduri kahwin : 1)Tetapkan tarikh kenduri. 2)Anggar jumlah jemputan. 3)Rancang tempat yang akan diadakan. 4)Tetapkan menu yang akan disediakan. 5)Senaraikan keperluan pinggan mangkuk dan cara mendapatnya – beli atau sewa. 6)Senaraikan keperluan khemah, kerusi, meja. 7)Pemberian kepada tetamu. Tetapkan bajetnya. 8)Tentukan jumlah kakitangan.
#Tip-tip memiliki rumah sendiri : 1)Pelan rumah – pastikan sesuai dengan jumlah ahli keluarga. 2)Lokasi kediaman – adakah dekat dengan masjid, sekolah, padang permainan, pejabat, dan lain-lain. 3)Rancangan pembangunan – jika di situ akan jadi tempat pembuangan sampah, nilai hartanah akan jatuh nanti. 4)Cara memiliki rumah – pembiayaan / tunai ? 5)Ambil perlindungan takaful yang sesuai.
#Belanja untuk anak-anak : 1)Bayi ke tadika 2)Sekolah rendah 3)Sekolah menengah 4)IPT
a)Bayi : -Kos pemeriksaan oleh doktor dan melahirkan. -Peralatan bayi seperti basin, tempat tidur dll. -Pakaian dan lampin. -Perkakas penyusuan. -Kos perubatan / kesihatan bayi dan suntikan pelalian.
b)Tadika – yuran.
c)Sekolah rendah dan menengah : -Bagi anak wang saku. -Ajar anak isi buku Wang Saku yang dikeluarkan oleh BNM. -Bawa bekal ke sekolah.
d)IPT – Cara Menjimatkan Penggunaan Pinjaman Pengajian Tinggi seperti PTPTN, Mara dsb : 1)Tabungkan 20% yang diterima pada awalnya. 2)Beli polisi takaful untuk bagi perlindungan jika terjadi kemalangan pada diri. 3)Guna kad prabayar untuk telefon bimbit dan hadkan penggunaannya. 4)Elak makan luar berlebihan. 5)Sesekali makan roti untuk jimatkan wang. 6)Riadah – jogging atau main badminton. Elak tengok wayang. 7)Amalkan puasa sunat. 8)Buat kerja sambilan waktu cuti. 9)Buka akaun berasingan untuk tabungan anda yang TIDAK guna kad ATM.
#Sedia polisi takaful untuk anak yang bakal lahir.
#Merancang keperluan kewangan untuk anak-anak melanjutkan pelajaran : 1)Catat umur anak anda sekarang dan jangkaan umur mereka apabila ingin lanjutkan pelajaran. 2)Bila dah tetapkan jurusan pendidikan. Pantau kecenderungan anak tahun demi tahun. 3)Nyatakan kos yang akan dikenakan bila ambil kursus yang dikenal pasti seperti tiusyen, saran, tempat tinggal. 4)Jangkaan gaji ibu bapa apabila anak-anak melanjutkan pelajaran kelak. 5)Pilih instrument kewangan untuk menabung / melabur bagi menetapi keperluan kewangan : -saham amanah -saham amanah ekuiti -saham amanah bon -simpanan di Tabung Haji -Pelan Pendidikan dan Pelan Simpanan
#Catat butiran hutang :
1)Nama institusi kewangan : 2)Jumlah pinjaman yang diambil : 3)Tempoh pinjaman (tahun / bulan) : 4)Baki sekarang (tarikh) : 5)Ansuran bulanan (jumlah) : 6)Kadar faedah / kos yang dikenakan : 7)Cagaran (rumah / kereta / tanah / saham) atau tiada : 8)Nombor telefon / nama pegawai : 9)Ansuran tertunggak (jika ada, nyatakan bulan dan jumlah) : 10)Status kutipan dengan bank (surat tuntutan / surat nak tarikh / hadap di mahkamah / lelong) : 11)Status rayuan anda (telefon, surat, sudah jumpa) :
#Keperluan persaraan :
1)Kenal pasti jumlah saraan yang diperlukan sebulan apabila bersara kelak. -Ambil kira tanggungan anda, pembayaran hutang jika masih ada, tanggungjawab pergi haji, perubatan / pembedahan. 2)Jika jumlah ini RM 2000, kira ‘terbalik’. Andaikan duit ditabungkan di bank dan terima 4% sebulan, berapa jumlah simpanan yang diperlukan? RM 2000 X 12 = RM 24 000 RM 24 000 / 0.04 = RM 600 000 3)Oleh itu, RM 600 000 X 4% = RM 24 000 / tahun atau RM 2000 / bulan. 4)Berapa anggaran simpanan KWSP yang anda akan ada pada tarikh bersara dan tolak angka yang diperlukan seperti untuk dapatkan tambahan tabungan yang diperlukan.
1. Kalau tak boleh tambah pendapatan, kurangkan perbelanjaan. 2. Kurangkan membeli barang yang tidak perlu. Jangan mudah terpengaruh dengan promosi jualan murah. 3. Beli barang ketika jualan murah. 4. Kurangkan makan di luar. 5. Pelbagaikan bentuk pelaburan dan tabungan. 6. Jadikan pelan takaful sebagai salah satu hantaran khawin..alah, macam salah satu iklan dalam tv dulu tu. 7. Elakkan penggunaan kad kredit (ni yang payah ni), biasakan diri menabung untuk membeli perabut rumah. 8. catat semua perbelanjaan harian. 9. ketepikan sebahagian pendapatan untuk zakat dan sedekah. 10.pastikan produk kewangan kita halal dan mengikut prinsip-prinsip syariah. 11. Mulakan perancangan takaful untuk anak-anak sejak dari mereka dalam kandungan lagi. 12. paling penting, sentiasa berdoa agar diri dilapangkan hidup dan dijauhkan dari hutang. 13. Produk takaful itu bukan sekadar tabungan dan sistem perlindungan diri tapi di dalamnya ada konsep tolong-menolong dan ada saham akhirat juga. 14. Kalau ada peluang, jadilah sebahagian dari dai kontemporari (agen unit amanah dan takaful) untuk mengembangkan sistem kewangan islam. 15. Paling penting, jangan lupa tulis wasiat- catat jumlah aset dan juga liabiliti yang kita ada.
Buku yang patut dibaca oleh semua orang yang ingin menguruskan keadaan kewangan mereka dengan lebih baik demi masa depan yang terjamin. Buku ini menjelaskan dengan ringkas tentang pelaburan, perlindungan, wasiat, cara-cara untuk berjimat dan menjana pendapatan sampingan, dengan pendekatan islamik yang boleh diterima pakai oleh ramai pihak. Penulis adalah seorang profesional yang sering keluar di tv dan juga radio memberikan nasihat2 kewangan.
A simple to follow guide book on how to manage your money for working adults and parents. Only thing, some of the guide need further reference to her individually ie. consulting her financial consultation company for that matter. Still worth to read for starter.