Jump to ratings and reviews
Rate this book

Biarlah YM Berbicara

Rate this book
ABANG KAMAL... Walaupun... segunung cinta yang kau hadiakan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini. Namun mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati...

ENCIK FIRDAUZ... Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti kerana, cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan kalau bukan cinta mengapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi...

CHARMING... Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu. Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sunggu aku ingin wujudkanmu di alam nyata. Namun keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjad suri di hatimu...

AKU... Aku penasaran sendir. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya, cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagi pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang siur permainan duniawi ini...

582 pages, Paperback

First published April 1, 2009

Loading...
Loading...

About the author

Hanni Ramsul

19 books146 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
185 (41%)
4 stars
127 (28%)
3 stars
105 (23%)
2 stars
24 (5%)
1 star
7 (1%)
Displaying 1 - 30 of 43 reviews
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews106 followers
April 1, 2016
Buku dalam simpanan CP ni adalah cetakan ke19.. fuh laku keras rupanya... CP terlebih dahulu membaca novel HR yang lain.. ternyata HR memang suka mendera perasaan hero ciptaan beliau sejak awal ceritanya dibukukan .. tapi CP lebih terkesan dengan PAM , KSRI dan yang terkini SPST?

Kisah heroin blur dan tarik tali yang terlalu lama buat CP pulak yang tak sabar :P
Profile Image for Pink.
242 reviews25 followers
February 21, 2023
Pleaselah!!! Kenapa best sangat?! Haha. Adoi… lagi sekali author buat aku menyesal kenapa baru sekarang aku baca buku ni. Tak sabar nak sambung next story.
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
1,030 reviews125 followers
February 6, 2017
Akhirnya Joy habiskan juga novel ni. Sorry to say, Joy tak suka langsung dengan heroine nye, Adiya. To be honest, Joy memang suka permulaannya tapi selepas Bab 16, Joy dah start feeling irritated sangat dengan Tiya nie.

Adiya ni macam sebiji je dengan Bella; banyak peminat tapi sendiri tak perasan dan tak percaya dirinya cantik. See, serupa Bella Swan kan?

Joy bukan nak compare ye. Just trying to explain my dislike for Adiya yang tiada pendirian yang tetap, yang main tarik tali dengan hero. Kejap nak, kejap tak nak. Bila hero tak dapat dihubungi, dia cakap la hero tu tipu dia, sudah ada anak isteri, itu ini.

Bila hero dah contact dan explain, aiks, 360 degrees pusing balik, suka2 dan happy balik. Aduh, Joy memang tak tahan dengan heroine yang perangai begini.

Kesimpulannya, Joy kecewa sebab Adiya dah merosakkan cerita nie untuk saya. Susunan novel ini pun kurang kemas. Tetapi itu tidak bermakna pembaca yang lain tidak akan menyukai novel nie, lain orang lain cita rasa kan. Joy je lah yang takde jodoh dengan BYMB. Hehe.
Profile Image for Mslvoe.
2,333 reviews245 followers
April 10, 2023
F cam tiada hati baca buku ini. Maybe sebab sikap heroin yang memanjang blur dan suka tarik² tali. Tak penat ke dia?
Profile Image for Kiki.
59 reviews7 followers
April 24, 2013
Biarlah YM berbicara merupakan novel sulung Hanni Ramsul. Satu permulaan yang brilliant. When I first read the title, I thought YM tu maksudnya "Yang Mulia". Yalah, di Brunei, YM isn't really popular.

Gaya penulisan yang santai and very professional. It's not easy to describe surrounding when you're focusing on one point of view. Somehow I can see "everything" when I read this novel.

I like Diya's character tetapi kadang-kadang ada rasa menyampah sebab dia ne kurang keyakinan diri and terlalu merendah diri. Aku suka sifatnya yang pemalu dan cepat menggelabah. Very funny, especially semasa part yang last and memalukan tu. haha.

Encik Firdaus... I like his watak... pendiam and serious.

Banyak peristiwa yang mencuit hati and if you nak release tension, this novel is very much recommended. It'll seriously make you laugh


Sinopsis:

Abang Kamal… Walaupun segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini. Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati…

Encik Firdaus… Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti kerana cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan kalau bukan cinta, kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi…

Charming… Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu? Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin mewujudkanmu di alam nyata.

Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu…

Aku… Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang-siur permainan duniawi ini
Profile Image for Juliza.
208 reviews30 followers
September 8, 2011
(Suka beli, lama simpan, lambat baca - macam nak menjadi habit hamba aja ni. Orang lain dah menghadam buku ni, hamba baru nak belajar mengunyah. Hehe...)

"Biarlah YM Berbicara" - Menarik dan catchy yang amat tajuknya. Mata sesiapa pun yang membaca tajuk novel ni mesti akan pandang dua tiga kali dan belek berkali-kali sebab hati dah menggeletek nak membeli. Hehehe...

Overall hamba suka medium utama untuk bercerita tentang kisah Nurul Adiya Fatiha dan Charming-nya. Memang tak banyak novel Melayu yang hamba baca berpaksi pada sesuatu medium khusus dan seperti novel tulisan Hanni Ramsul ini, YM-lah. ^^

Tajuk dan medium dah menarik sangat bagi hamba, cuma cara penceritaan tu macam agak flat. Lagi best kalau tak semua kisah kejadian ditulis dari sudut pandang Diya saja. Mungkin sebab hamba rasa watak macam Mia dan Abang Kamal sangat menarik dan perlu dikisahkan dari sudut pandangan mereka sendiri, bukan dari Diya.(hanya sekadar pendapat hamba aje ^^)

Apa-apa pun, syabas Hanni Ramsul. Bukan senang untuk mengumpul carik-carik kisah dan menjahitnya menjadi sebuah cerita lengkap dalam sebuah novel <3
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,122 reviews381 followers
October 29, 2013
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM7. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

As a whole, N rasa cerita ni biasa-biasa ajer. Tapi bakat penulisan Hanni Ramsul cannot be denied. Pada N, disebabkan kisah ini is from first person POV, watak-watak lain kurang menonjol. Bila terlalu banyak sangat al-kisah Diya, N rasa bosan. Sebabnya N nak tahu juga what goes inside Firdaus’s head.

Baca cerita ni, terus N teringat kembali zaman YM time studi dulu. Malangnyer N tak temui pulak Prince Charming macam dalam cerita ni. Balik-balik lelaki-lelaki miang dari India/Arab yang sibuk menganggu. Buang masa betol!
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews107 followers
June 29, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM13.00. Pm je....

Semuanya serba manis dalam BYMB. Watak Tiya, Firdaus, Abg Kamal dan Mia diplotkan dengan menarik. Keengganan Tiya bercinta ada musababnya. Khilaf Abang Kamal juga masih boleh dimaafkan atas nama darah muda. Godaan Firdaus masih ada batasannya dan keramahan Mia juga ada santunnya.

Aku sukakan bahasanya. Jatidiri Tiya juga ditonjolkan secukupnya.


Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
August 26, 2010
Sebuah karya online yang diangkat menjadi senaskah novel. Syabas buat Kak Hanni juga warga penulisan2u. Sebagai silent reader, aku lebih suka mencari cerita yang ringan seperti ini. Al maklumlah, membaca karya online adalah cara melepaskan tekanan kerja hik3 lalala5

Kisah tentang Adiya Fatiha yang berkenalan dengan Charming di medan chatting – YM. Menggunakan nama Ugly Betty, Adiya Fatiha pada mulanya main-main je dengan Charming tu tapi tak tahu la pula bila agaknya cinta bertunas di hati. Bila sedar je, Adiya Fatiha mula memikirkan baik buruknya bercinta dengan hanya mengenal suara tanpa bersua muka.

Kerjaya Adiya Fatiha memungkinkan dia untuk sentiasa online [terasa macam aku je hik3 lalala5:] Jadi, ada masanya sempat juga dia bermain cinta dengan pujaannya itu. Adiya Fatiha digambarkan sebagai gadis yang menarik walaupun dia sebenarnya gadis yang blur dengan persekitarannya. Mana tidaknya, dia turut diminati oleh teman-teman sepejabatnya malah dalam diam aksi dan tingkahnya turut menarik hati bos sendiri.

Encik Firdaus – gambaran watak bos ini nampaknya benar-benar membuai perasaan. Bekerjaya, handsome, baik hati, suka tersenyum, pemurah dan pelbagai sikapnya yang baik-baik ditonjolkan. Malah Encik Firdaus dengan slamber berjaya mengucar-kacirkan perasaan Adiya Fatiha dengan menanyikan lagu Dealova [Once:] di malam aktiviti tahunan syarikat. Dalam diam sikap keprihatinan yang ditunjukkan oleh Encik Firdaus turut mengikat hati Adiya Fatiha.

Namun pada masa yang sama muncul pula sepupunya; Abang Kamal. Memori lama menerjah kembali. Adiya Fatiha makin keliru. Apatah lagi emak kesayangan bagaikan merestui hubungan Adiya Fatiha dan Abang Kamal. Adiya Fatiha susah hati. Dia juga perlu membuat keputusan. Tanya pada hati, siapa pilihan? Abang Kamal, Encik Firdaus atau Charming?

Setiap plot disampaikan dengan ayat biasa dan cukup santai, sejajar dengan karya online. Cuma, aku kurang berpuas hati kerana Adiya Fatiha; seorang akauntan itu boleh ‘naik pangkat’ menjadi setiausaha Encik Firdaus. Bagaimana pula kekosongan itu boleh berpindah ke tangan Adiya Fatiha? Namun tak perlulah difikirkan logik, asalnya pun ia cerita ringan yang penuh humor dan memang senyuman tak pernah hilang bila aku membaca cerita ini. Selak-selak di blog, nampaknya cerita ini bagaikan ada sambungannya. Benarkah wahai Puan Penulis? hik3 lalala5 ;D
1 review
April 1, 2021
Saya dah baca biarlah ym terus berbicara dulu sebelum baca biarlah ym berbicara and cerita BYMTB sangat lah menarik .. novel nih dah lama and mana nak dapatkan buku BYMB lagi yew ?? saya harap masih ada kerana saya teringin baca versi buku ..
34 reviews
May 17, 2020
Ermmmm.. Plot cerita ok. Cuma watak heroin yg terlalu lembik, perasan, asyik ckp bodohnya diri sndri (dan sy akui mmg heroin tu b****) dan byk lg yg negatif tu buat sy rasa story jd longgar..
Profile Image for Kaki Novel.
18 reviews45 followers
December 1, 2009
Penulis : Hanni Ramsul
Semenanjung : RM 20
Sabah Dan Sarawak : RM23
Abang Kamal… Walaupun segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini. Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati…
Encik Firdaus… Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti kerana cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan kalau bukan cinta, kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi…
Charming… Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu? Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin mewujudkanmu di alam nyata. Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu…
Aku… Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang-siur permainan duniawi ini….
12 reviews
February 4, 2010
Abang Kamal… Walaupun segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini. Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati…
Encik Firdaus… Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti kerana cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan kalau bukan cinta, kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi…
Charming… Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu? Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin mewujudkanmu di alam nyata. Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu…
Aku… Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang-siur permainan duniawi ini
194 reviews9 followers
October 5, 2016
buku yang aku beli ni cetakan yang ke-20. hebat! sebelum2 ni, rasa xminat nak baca novel ni disebabkan tajuk dia mcm tak menarik. ni mesti cite psl chatting.

tp baru2 ni tergerak nk baca penulisan hanni ramsul. jadinya beli la buku ni. macam dah ketinggalan sebab 2016 ni YM dah tak popular. tp utk org yg pernah melalui zaman chatting ni, serious, memang boleh relate time2 chatting dgn tah sape2 ni. :-)

cumanya, ada beberapa perkara yang buat mood hilang:
1) sikap Diya yg melulu buat kesimpulan, mmg memeningkan. sebab sikap dia ni, tak pasal2 je memendam rasa sendiri.
2) nampak murah la pulak sebab Diya mcm senang2 je bg Kamal dgn Firdaus pegang2 dia.
1 review
Read
February 7, 2010
The focus of this book is about the love story via internet as an instrument of love. The story is about a heroin which liked to chat through internet. While in the same time her boss love her but afraid that she would not accept him. So he has chatting with the girl and lastly the heroine now who he is. A lot of conflict arise later on but due they was mean together, so they remains together and happily ever after.....

This book is full of romantic, comedy, happy, sadness and teach us that we should enjoyed and appreciate our life.....
Profile Image for Jessica.
171 reviews
December 19, 2014
Novel lama dan baru baca. Hanni Ramsul. Inilah pertama kali saya baca karyanya.

Menarik dan menghiburkan. Ada sweet juga Firdaus ni sebenarnya. But for me, agak lambat ceritanya.

Diya terlalu berdolak-dalik. Nak jumpa susah sangat. Padahal sudah nampak macam mana serius Charming tu.

But still menarik. Best! Boleh.beli punya. Tak tahu lebih lagi pastikan grab one and read!
1 review1 follower
Read
July 28, 2009
Seronok membaca dan bahasa yang mudah difaham dan ada certa..
1 review
February 5, 2010
cerita yang menarik dan kelakar, bahasapun x berbunga sangat senang nak faham
1 review
February 5, 2010
best sesangat & klakar. bahasenye sng faham sbb gune bahase pasar.
5 reviews
April 7, 2010
After 4 tahun tak baca novel...
best sgt novel ni...tak rugi kalau baca...

hanyut dalam dunia novel pula...~

=)
Profile Image for Farah Adila Abdullah.
23 reviews2 followers
April 10, 2010
jangan tertipu. jika tertipu kerana kasih dan cinta, janganlah terlalu bersedih. dia sayang kamu, kamu tahu tak? ;))
Profile Image for Suria A.Rahman.
100 reviews6 followers
October 12, 2010
Seronok Sangat Baca Novel Ni..Men flash back semula kenangan lalu. Ni yang nak kembali ber YM ni..hahhahahha. Untungnya kalau kalau dapat Teman Hidup mcam si Firdaus dalam novel ni..hhuhuhuhuhu......
Displaying 1 - 30 of 43 reviews