Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hikayat Hang Tuah

Rate this book
Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah epik Melayu yang lahir pada zaman kegemilangan masyarakat Melayu tradisional, mencakupi segala pesanan dan gagasan yang harus direnung dan dicerna oleh bangsa Melayu pada zaman moden ini. Ia mencatatkan riwayat hidup bangsa ini sejak awal melewati zaman pembangunannya, ke zaman kebesarannya, hingga ke saat kejatuhannya pada 24 Ogos 1511.

Hikayat Hang Tuah juga menggambarkan sistem sosiobudaya Melayu pada zaman feudalnya. Hang Tuah dan Hang Jebat yang mewakili masyarakatnya memperlihatkan nilai-nilai kewiraan yang didukung oleh masyarakat itu. Inilah determinisme atau takdir sosial dan sejarah. Prinsip ketaatan mutlak kepada raja itu merupakan prinsip feudal yang mungkin bercanggah dengan cita-cita keadilan yang terpendam dalam jiwa manusia. Justeru, inilah yang membuat Hang Jebat memberontak terhadap rajanya, sedangkan prinsip ketaatan kepada raja membuat Hang Tuah menerima hukuman mati yang dikenakan oleh raja terhadapnya dan kemudian menghalalkan membunuh Hang Jebat sebagai penderhaka. "

470 pages, Paperback

First published January 1, 1964

Loading...
Loading...

About the author

Kassim Ahmad

29 books41 followers
Kassim Ahmad is Malaysia's foremost thinker and philosopher. He grabbed national headlines in the 1950s with his dissertation on the characters of Hang Tuah (Perwatakan Hang Tuah), the Malay literary classic. In it he challenged the traditional interpretation and made the hitherto hero Hang Tuah as nothing more than a palace hack, and elevated the anti-hero Hang Jebat as the true hero, willing to kill even the sultan in defence of honor and principles. Kassim was jailed for nearly five years under the ISA for daring to express openly his political views, an experience which he recounted in his book, Universiti Kedua (Second University). Kassim again shook the Malay world with his "Hadith: A Re-Examination" in which he challenges the infallibility of the purported words of Prophet Muhammad s.a.w. Except for an honorary doctorate in Letters conferred by the National University of Malaysia, the country has not seen fit to honor this great public intellectual.

- - - - - - - - - - - - -
Dr Kassim Ahmad seorang politikus, penulis, penyair dan sarjana dilahirkan di Kampung Kubang Tampang, Lepai, Kubang Pasu, Kedah, pada 9 September 1933, dengan nama Osman, tetapi diubah namanya kerana sering sakit, mendapat pendidikan awal di Sekolah Bandar Bahru, Kulim.

Peluang meneruskan pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar pada 1949, membuka pintu khazanah ilmu serta persuratan kepadanya sehingga memungkinkannya melanjutkan pengajiannya ke Universiti Malaya (UM) di Singapura pada 1955.

Dunia pengajian tinggi di menara gading itu mendedahkannya kepada pemikiran sosialisme dan Islam melalui kepustakaan dan percambahan fikiran bersama-sama rakannya yang masing-masing membina ketokohan tersendiri, selain mula terbabit dalam Kelab Sosialis UM.

Dengan sokongan Pensyarah UM Singapura, JC Bottoms, Kassim menyahut pelawaan untuk mengajar bahasa dan sastera Melayu di School of Oriental and African Studies (SOAS), Universiti London, pada 1962 hingga 1966.

Dalam ranah sastera, Dr Kassim dikenali sebagai penyair yang tidak sunyi daripada kontroversi apabila menghasilkan puisi, Sidang Roh dan Jalan ke Parlimen pada 1960, selain disertasinya, Perwatakan Hang Tuah yang mencabar interpretasi keperwiraan Hang Tuah sehingga mengangkat Hang Jebat, turut mendapat perhatian.

Pembabitannya dalam politik pula menyaksikan beliau mengepalai Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) selama 18 tahun bermula beliau pulang ke tanah air pada 1966, sebelum mengambil keputusan untuk berundur daripada gerakan itu pada 1984.

Kassim pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama hampir lima tahun yang turut mendorongnya membukukan pengalaman itu dalam memoir Universiti Kedua.

Selepas mengundurkan diri daripada politik, Beliau menubuhkan Jemaah al-Quran Malaysia (JAM) dan menghasilkan buku Hadis: Satu Penilaian Semula yang mencetuskan kontroversi sehingga dianggap anti-hadis.
(Kredit: Mohd Nazmi Yaakub)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
51 (48%)
4 stars
30 (28%)
3 stars
10 (9%)
2 stars
6 (5%)
1 star
9 (8%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
22 reviews6 followers
June 29, 2011
This books follow the decline of Malacca Sultanate from it's peak until its falls in the hand's of Portugal invader.

The text originated about 1700 and as a manuscript 1849. The DBP manuscript was formerly owned by Tengku Ibrahim of Kedah.

Profile Image for Irfan Fahmi.
12 reviews2 followers
September 25, 2018
Penceritaan tentang epik hero Melayu iaitu kisah Hang Tuah digambarkan sebagai pahlawan yang berani dan memiliki kelebihan yang luar biasa hingga dapat melindungi Empayar Melaka untuk Sultan Melaka. Di sebalik nilai kepahlawanan Hang Tuah yang disanjung oleh masyarakat Melayu khususnya hingga hari ini tidak dapat dinafikan terdapat banyak nilai nilai negatif yang dipaparkan pada keperibadian Hang Tuah.

Nilai ketaatan membabi buta kepada Sultan Melaka itu jelas dan tak perlu diperdebatkan. Sikap ini lah yang akhirnya mengorbankan rakan karibnya sejak kecil iaitu Hang Jebat. Hikayat ini sangat penting untuk diamati dan diambil pengajaran khusunya kepada masyarakat Melayu tentang semangat feudalisme yang secara tidak langsung masih wujud hingga hari ini di dalam sistem sosial dan politik.
1 review
May 15, 2022
Too difficult to understand, but overall it's good
Profile Image for Norhasanin.
25 reviews1 follower
July 27, 2011
Satu pengembaraan menarik. Antara fakta dan mitos.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews