Gejala keciciran ini banyak memberi akibat buruk terhadap perjuangan islam. Antaranya ialah:
– Menyebabkan tersebarnya fitnah serta meracuni gerakan yang boleh meruntuh dan merugikan islam dan dakwah – Terbuka rahsia-rahsia yang tidak mungkin terbuka sekiranya tidak berlaku fitnah ataupun jika lidah dan telinga tidak dapat dikuasai oleh syaitan – Melemahkan gerakan dan menarik musuh unutk menghancurkannya. – menghilangkan kepercayaan orang ramai terhadap gerakan. Jika ini berlaku segala rancangan dan perjalanan gerakan akan terhenti
Fathi Yakan (Arabic: فتحي يكن), was an Islamic cleric who held a seat in the parliament of Lebanon in 1992.
He was among the pioneers of the Islamic movement in the 1950s and the head of the Islamic Action Front (Lebanon). He is regarded as Islamic Group (Al Jemaah Islamiyah)'s grandfather and leading ideologue.
He initiated a political effort between Prime Minister Fouad Siniora and his allies on the one hand and the opposition in a bid to end the rule crisis in the wake of the 2006 Israeli war on Lebanon.
Sheikh Yakan was married to Mona Haddad with whom he had established a private Islamic university, Jinan University (Lebanon). He has four daughters and a son. He has authored more than 35 books, some of which were translated into many languages.
Bila berada di dalam jalan dakwah dan tarbiyah, setiap dari ikhwan akhowat pasti akan menyaksikan fasa-fasa mereka yang berjuang bersama kita perlahan-lahan meninggalkan jalan ini. Alasan yang diberikan adalah pelbagai dan bermacam faktor yang tersendiri kepada setiap mereka.
Dalam buku ini, penulis merungkai faktor-faktor yang lebih utama yang menjadi sebab dan punca kenapa ada ikhwah dan akhowat yang meninggalkan jalan juang ini.
Pada saya sangat penting isi kandungan buku ini untuk ditelaah dan diibrahkan oleh semua yang berada di jalan dakwah dan tarbiyah ini, kerana pada saya, kita akan lebih memahami kenapa perkara yang mengharukan ini berlaku dan untuk kita membuat refleksi, sudah cukup teguhkah keikhlasan kita berada di jalan ini atau masih ada keinginan peribadi yang kita mahu dapatkan daripadanya. Juga untuk kita lebih meningkatkan kejelasan kita tentang tugas kita sepanjang berada di dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini agar kita lebih berjaga-jaga agar faktor-faktor yang menyebabkan mereka yang tidak lagi bersama-sama kita, terjadi pula kepada kita.
Kita sendiri pun tak tahu sejauh mana kita akan terus kuat. Kita sendiri tidak tahu adakah kita akan terus dipilih Allah untuk terus menjadi orang yang menyeru kepadaNya. Kita juga tidak mampu menjamin kitalah yang pada akhirnya akan memimpin jemaah ini. Maka, bacalah buku ini, ambil iktibar dan teruslah meningkatkan istiab dan keyakinan kita untuk terus berada di jalan ini.
Golongan yang tercicir menceritakan tentang bagaimana seseorang individu boleh tercicir di jalan dakwah melalui tiga aspek iaitu faktor-faktor disebabkan gerakan (organisasi), faktor individu tersebut sendiri dan juga faktor-faktor luar yang menekan. Buku ini wajar dihabiskan buat mereka yang menggerakan dakwah agar dapat muhasabah, menimbang tara sifat-sifat yang boleh menyebabkan keciciran.
Bahkan mungkin tanpa kita sedar sesetengah dari kita mungkin tercicir dengan hanya meninggalkan jalan dakwah tetapi tidak meninggalkan islam, seolah-olah islam itu tetap subur tanpa perlunya ada penggerak dakwah. Begitu mudahnya tercicir disebabkan lemahnya sudut tarbiyah dalam diri, berkobar-kobar mempersembahkan kejayaan dakwah yang sebenarnya rapuh akibat tidak didasari ilmu agama, kekuatan jiwa dan rohani. Tarbiyah, kekuatan jiwa dapat menghalang segala niat untuk kepentingan individu.
Bacalah buku ini secara berulang-ulang, ambil ibrah dari kisah golongan yang tercicir pada zaman Rasulullah, agar kita tidak menjadi salah satu daripada golongan yang tercicir. Alangkah ruginya.
Walaupun ada cerita cerita peribadi dari Fathi Yakan, aku suka juga. Sebab ceritanya tu realistik, dan akhirnya didatangkan pula sandaran untuk mengiyakan yang kisah begitu benar benar boleh berlaku pada orang lain juga.
Dukacitanya, poin poin Fathi Yakan sangat common berlaku pada orang orang kita yang pada mulanya ingin berdakwah. Tapi akhirnya kecundang. Kecundang sebab apa? Bacalah buku ini.