Jump to ratings and reviews
Rate this book

5 tahun 5 bulan

Rate this book
Menjadi orang gaji di rumah Encik Lafty sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu....

Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat pedas aje.
Masin sangat la ni... lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.
Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?
Bancuh Along kopi O. Kurang gula. Tapi campir sikit honey.

Namun inilah permulaannya dia belajar menjadi Ana...dan
dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya...

Kata
Saya bukan orang yang dicari,Along. Ana yang Along kenal bukan Jo yang sepatutnya Along kenal.

Kata hati
Tanpa diduga dia mengenali seorang Jo didalam Ana.

Siapa Ana? Dan siapa pula JO dalam hidup Along?

Seperti mana dia cekap sebagai orang gaji begitulah dia 'cekap' mengendalikan dirinya sebagai pelajar di Universiti of Aberdeen. Namun apabila bab 'hati' ada yang tidak kena dengannya sejak dulu. Hatinya pernah stupid,some men too.

509 pages

First published January 1, 2007

137 people are currently reading
2527 people want to read

About the author

Hlovate

17 books1,385 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1,402 (61%)
4 stars
584 (25%)
3 stars
236 (10%)
2 stars
54 (2%)
1 star
19 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 143 reviews
Profile Image for zairaidah.
409 reviews40 followers
March 6, 2018
Johanna. Kawan-kawan panggil Jo, mak abah panggil Juan dan family En Latfy panggil Ana. Macam ada 3 watak pulak. Jo tu macam stylo and coolio habis dengan kawan-kawan. Juan pulak macam manja-manja. Ye la anak tunggal. Dan Ana macam lembut sopan santun gitu. Macam seorang kakak yang baik dan penyayang. Dan nickname Ana tu hanya untuk seorang Along.

Johanna nak cari duit lebih, so dia ambil peluang untuk kerja as a maid di rumah En Latfy untuk tiga bulan je. Dan disini lah Johanna kenal Along@Afiq yang disangkanya along tu perempuan. Johanna yang pandai masak dengan style kain batik baju kurung kedah dan tudung. Mana nak cari??? Aku dah agak Along tu suka Ana, suka menyakat, kerap pulak tu balik rumah then buat list menu makanan kegemaran dan bagi pada Ana. Selepas Ana continue study ke Aberdeen, hubungan dia dengan Along macam ada something yang tak selesai. Along yang tak muncul di KLIA ketika Ana nak fly ke Aberdeen. Along mungkin terkesan selepas kantoi dengan Ana di depan Nikko Hotel. Dan Ana pulak rasa benda-benda simple macam tu tak perlu diberitahu pada orang lain. Dan selepas beberapa ketika mereka jadi rapat. Kadang-kadang macam adik dengan abang, kadang-kadang lebih dari itu. Along yang sarkastik tu sebenarnya sangat la ambil berat dengan Ana. Dah hujung-hujung cerita baru nak declare perasaan tu kan, sebenarnya dah lama ada simpan perasaan tu, tapi tu la ada je halangan-halangan tak diundang. Nasib baik ada Yaya nak tolong jadi orang tengah.

Banyak babak-babak yang aku suka dalam 5T5B. Kalau nak buat list memang panjang. Heheh... Persahabatan Jo dengan kawan-kawan di Aberdeen especially dengan Jebat Iskandar (sedap pulak nama ni), Aie, Noni dan Iyan. Oh tak lupa juga pada Fakhrul (pegawai pencegah maksiat). Bat yang faham dengan seorang Johanna. Yaya the best friend forever dengan ‘miss you like orang gilak’. Lastly Johanna dengan Along Serbia tu. Suka dengan scene Along dukung Ana like bride style bak kata Yaya bawak ke klinik. Along yang merajuk bila Ana tak buatkan peach cobbler (sanggup patah balik terus nak keluar rumah). Along yang post segala macam kuih raya ke Aberdeen. Along yang tiba-tiba MIA sampai buat Johanna bertapa dalam bilik (jenuh si Bat tu memujuk dengan suggest segala perisa aiskrim yang ada nak belanja Ana). Johanna yang dah pandai merajuk dan menangis dengan Along and Along yang tiba-tiba buat delivery roses pink untuk minta maaf. Nak tunggu Johanna mula kan dulu memang tak la, dia memang ada masalah dengan bab perasaan nih. Suka main aci kejar bila kena soal jawab bab hati dengan kawan-kawan.

#Have you ever denied your feelings for someone because your fear of rejection was too hard to handle?
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
April 15, 2013
1st time ever reading this author's book. Many said this author's books are awesome. Due to those reviews, i tried. Frankly speaking... Reading this book is tiring. Waaaah if any of the author's fan is reading this review, mesti i dah kena sumpah berbakul. Sabar dulu orang muda...
OMG... kenapa my review kluar sparuh je? Mesti diehard fan Hlovate hangen nih.... Nasib baik Gobokairina ada komen my review. Kalau tak, sampai sudah I kenek kutuk dengan Fans Hlovate... What I meant by tiring is tiring sebab lambat sgt masing2 nak luah prasaan n too much thinking of "WHAT IF". The wait reaaaally stressed me out but u know what? It was worth the wait because of the such sweet sweet ending. I was in Cloud 9, smiling and chuckling all the while during my reading. I especially like the phrase "ALONG SAYANG ANA" Awwwwwwwwwww..... C.A.I.R. All in all, luv it!!! Hlovate's writing is definitely different from others and that made Hlovate unique! Continue to be that n only that n u'll definitely stands out from others n u're definitely one of my fav authors now.
Profile Image for yyyasmin.
134 reviews19 followers
September 21, 2012
I wish Johanna has a more distinguishing character and can be separated more easily from Addin. I feel like their characters are just so similar. Ke aku je rasa cam tu :S And Hlovate never explores WHY Joanna often has all those headaches? I feel like it's weird because she sometimes talk about her headaches as if they were a big hindrance to her life. Or maybe she's suffering from some sort of, er, mental disorder? I don't know. still not very clear on that. And unfortunately, the book also tends to jump from point to point, never fully forming a linear and cohesive plot. All I remember from the book is Jo jadi orang gaji --> gaduh dengan Along Serbia --> sambung Medic overseas --> kahwin dgn Along...again, just like aA+bB, maybe what hlovate is trying to do is to present life as realistically as possible: it just plods along without being bombarded with major drama. Which is a good thing, really. I wish I knew who Jo is more.
Profile Image for Aina Shukri.
527 reviews43 followers
December 12, 2018
#11-2018

Sempena nak bukak sem baru ni aku pilih nak mengulang baca kisah seorang Johanna demi mencari kekuatan dan semangat nak menghadapi sem baru yang makin mencabar.

Kisah bagaimana Ana yang dulunya cuma seorang maid dirumah Along Serbia tiba-tiba transform menjadi Puteri Hang Li Jo, student medic di Tanah Aberdeen. Maunya si Along Serbia tak terkesima. Tambah lagi dengan kedatangan Hang Jebat keturunan bangsawan Melaka menghangatkan pentas teater drama kisah klasik Melaka. Sudahlah si Sultan 'Along' Mansor masih keliru dengan identiti seorang Jo dalam diri Ana, boleh pulak si Jo ni terdengar 'brother talk' antara Along dengan Apeh. Kusut jadinya. Ini kisah kecekalan seorang pelajar medic mengharungi hidupnya di tanah Scotland sebagai seorang Jo dan seorang Ana.
Profile Image for Bell.
115 reviews3 followers
December 29, 2023
Perasaan saya masih sama waktu membaca buku ni zaman sekolah dulu dan sekarang, waktu saya dewasa.

Suka cerita yang watak2nya bukan manusia sempurna.
Ana ada kekurangannya.
Along pun ada khilafnya.
Masing2 tak sempurna, tapi saling melengkapi.

Watak sampingan yang cukup dari segi segala.
Tak ada watak yang menyakitkan hati.

Bak kata Ana,
Lepas 5 tahun 5 bulan, dia pulang bawak tiga sijil.
Sijil degree. Sijil nikah. Sijil beranak.

So long, Johanna dan Along.
Profile Image for Nur Fatin Atiqah.
Author 1 book42 followers
April 19, 2012
Selalu orang cakap sana-sini pasal Hlovate. Siap penangan Hlovate ni sampai ada yang terus tukar nama kat FB ke Twitter ke, sama ada kat depan atau belakang mesti taruk Hlovate. Sekarang bila dah baca 5 Tahun 5 Bulan, baru tau dan faham penangannya macam mana. Karya Hlovate yang pertama kali saya baca ini tidak mendukacitakan, bahkan memberikan saya sedikit sebanyak untuk bermotivasi menghadapi kehidupan ini.


Watak utama Johanna takdelah nak kata menyerupai saya. Tapi sedikit-sedikit macam saya tu adalah jugak, mungkin dalam kadar peratusan 10%. Rasa terbuai jugak baca kisah si Johanna ni. Pencarian identiti, jauh sampai ke bumi Aberdeen. Dalam masa yang sama, dia begitu keliru dengan perasaan hatinya sendiri. Sampai nak mengaku yang dia suka kepada Inchek Along pun susah. Dan saya percaya, semua orang pasti mengalami perasaan macam ni, at least sekali.


Cerita ni jugak mengangkat tema, "Kalau dah jodoh takkan ke mana." Jauh merantau tetapi penyatuan hubungan Johanna dan Along tak pernah terpisah, bahkan akrab seperti biasa. Teringat jugak dengan apa yang cuba disampaikan oleh movie Ketika Cinta Bertasbih, so lepas baca buku ni saya rasa sebagai seorang Muslim, tak payah nak dihiraukan sangat dengan jodoh. Sampai waktunya, adalah tu.


Pastu bahasa slanga yang digunakan oleh Hlovate juga menarik. Tapi tak semuanya saya boleh terima kot sebab macam tak logik kalau semua watak menggunakan bahasa slanga yang sama. Itu pada pendapat sayalah. Mungkin Hlovate suka cakap macam tu, tapi lebih realistik kalau setiap watak guna bahasa slanga yang berbeza :)


Last but not least, 5 Tahun 5 Bulan membuatkan saya kepingin baca karya Hlovate yang lain. Nak tahu sama ada ia mencapai expectation saya ke tak :)
Profile Image for Mslvoe.
2,062 reviews200 followers
May 23, 2023
Seriously letih. Sangat² letih. But the end.. sangat² puashati 🥰

Korang memang suka kan buat hati F membara? 😆

Why Ana? Why Along?

Why lambat sangat confess? Why suka main tarik² tali. Eeee geram tau dengan 2 orang ni.

But F terhibur baca. Dengan sikap Along suka mengusik Ana. Apa yang ana masak serba serbi tak kena. Tapi minta macam².

F akui karya Hlovate ni mesti ramai kawan. Semangat setiakawan yang ditonjolkan dalam karya Hlovate mengimbas kembali zaman² study dulu.
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
August 26, 2013
5 Tahun 5 Bulan aku baca selepas terjerat dengan watak Jo, Along, Bat n Apeh dalam Anthem.....

Mcm pelik sikit, thought this is Hlovate 1st novel. Actually this is her 4th after aA+bB-[tunas]-Versus. (yg ditulis bukan yang diterbitkan)

Mungkin cubaan pertama pengarang untuk melahirkan watak yang agak dewasa melalui Johanna n Afiq Hafizi a.k.a Along Serbia.

For me) pencarian jati diri Johanna agak melelahkan + quizzes yang meletihkan. Bahasa yang digunakan agak 'kering' berbanding karya2 yang lain. Time jump agak mendadak tanpa apa2 significant babak yang menyokong plot.

TAPI, lovey-dovey tales paling berjaya dari Hlovate. Permainan tarik-tali-lari-dari-kenyataan Ana n Afiq membuat ku tersenyum bahagia. Rasa macam kisah gadis dan teruna pingitan sedang bercinta. Ataupun lebih mudah, rasa macam ditarik ke dalam zaman kesultanan melayu melaka. Ada Hang Jebat, Puteri Hang Li Jo, Sultan 'Along' Mansur Shah, Dang Wangi, Tun Teja......

Watak Along dilakarkan secantiknya. Seorang abang yang ingin mencari suri yang lengkap pakej sebagai seorang kakak menggantikan mama kepada Apeh, Nana n Nina. Kecewa bila dapat tahu Ana a.k.a JO sebenarnya seorang student bakal bergelar doctor. Rasa Along disembunyikan dengan perkataan 'brotherly love'. Along cuba mencari 'Ana' dan berjumpa Shahira. Ana kecewa lantas 'terserempak' dengan Bat. End up.... rasa Along n Ana bukan setakat kasih abang n adik.....sweeeet......

DAN.... bila dikaji dengan teliti dengan membandingkan semua karya2nya(cheh!), for me this is Hlovate (tanpa disedari atau tidak). Hlovate seolah-olah menceritakan siapa dirinya bawah sedar melalui 5T5B. -sebagai pembaca tegar novel melayu, pengarang terdorong untuk menzahirkan watak sendiri antara karyanya. Penulis juga manusia biasa, sentiasa mencari jati diri dan karya mereka akan jadi medium of escapism paling mudah- (mungkin sbb itu aku merasakan this is her 1st novel)... Atau aku yang tertipu kerana 5T5B terlalu 'jujur' untuk seorang Hlovate.....



Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
August 26, 2010
5T5B kalau tak silap adalah karya pertamanya tapi aku lebih tertarik dengan aA+bB hik3 lalala5

Kisah seorang Johanna, menjadi dua karakter Jo atau Ana. Jo lebih kasar, tidak suka cintan-cintun, manakala Ana lebih lembut dan bersifat lebih kepada suri dalam rumah. Ana yang menjadi orang gaji sementara menunggu keputusan panggilan ke luar negara telah mengambil hati seluruh isi keluarga Encik Lutfy. Walau dalam keadaan apa pun Ana tetap Ana, gadis yang cool. Aku suka sangat2 dengan adik-beradik Along ni, instead of Along yang memangnya Along Serbia hahaha

Pemergian Ana ke Universiti Aberdeen mengajar mereka erti rindu tetapi perasaan masih terpendam. Along pastinya tercabar dengan kehadiran Jebat dalam hidup Ana. Bagaimana kisah percintaan yang seperti tarik tali antara Along dan Ana, masing2 dengan prasangka. Dan Jebat nak letak mana? Love? Or just another crush?

Ada resepi Peach Cobbler di akhir muka surat – Bolehlah belajar2 buat ya! Ada juga Glossari terhadap beberapa perkataan yang tidak faham termasuklah nota kaki.

Seperti sebelumnya Hlovate tetap unggul dalam kategorinya tersendiri dengan penggunaan bahasa yang sungguh creative dan innovative, perumpamaan yang buat otak ni rasa segar. Sebab? Aku memang agak fail dengan bahasa yang berbunga2 hik3 lalala5 Lagi? Aku belajar kembali BM yang lama2, Premis 1… Premis 2… hahaha [I miss all the memories, yes I do.:]

Jo: Boys're stupid. Some men too.
Profile Image for Syahirah AlYajid.
18 reviews2 followers
February 3, 2022
Hlovate—Tak pernah tak cool. Tak pernah tak selamba. Tak pernah tak manis. Manis-manis butterfingers. Selepas Anthem, 5 Tahun 5 Bulan is my next fav. Masing-masing ada siblings yang cool!

Will miss you big time la, Puteri Hang Li Jo, Hang Jebat...and Sultan Mansur. Oh ye, Dang Wangi Liverpool sekali.
Profile Image for Mak Long.
35 reviews8 followers
May 27, 2014
Suka buku ni. Macam best je jadi si Ana ni. Dahlah belajar pandai, masak dan baking pun pandai. Sepanjang baca buku ni, rasa macam happy je. Macam terasa ikatan kekeluargaan yang begitu erat, especially ikatan antara adik beradik. Macam best je feeling tu... Cuma tu lah, slow bebenor si Along ni. Puas dah semua bagi green light, siap paved the way for him... Sket baik tak melepas abang oi! Hihihi...

Kepada penulis, mak long dah copy resepi Peach Cobbler ye. Minta halal tau. Nanti kalau datang seru, Mak Long nak buat. Mak Long ni pun selo gak cam si Along... ngeh ngeh ngeh....
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
July 9, 2020
Bukan cerita ni tak best. Cerita best. Tapi geram dengan Jo, geram dengan watak Along. Sama² macam mahu tapi malu. Pastu dok main tarik tali. Along pon lambat buat keputusan, Jo pon dok nak tak nak. Itu yang jadi 5 tahun 5 bulan tu...tunggu si Jo tu habis study dulu. Hurm...kurang berkenan cerita yang dragging macam ni.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Noor Maizan.
85 reviews9 followers
December 8, 2022
Plot yg mendatar, mungkin usia dah terlalu lewat utk enjoy buku ni. Huhu..
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
September 7, 2022
Saya dah cuba tapi tak boleh 😭

Tak tahulah kenapa, mungkin sebab reading slump? Mungkin sebab cerita antara Jo dan Along?

Atau mungkin sebab ini antara buku terawal Hlovate buatkan saya kurang gemar buku ni?

Sebenarnya, saya harapkan ada character development untuk Johanna. Begitu juga dengan Afiq. Banyak lompong yang buat saya berkerut kening untuk jalan cerita buku ni, sebab saya tak nampak arah tuju buku ni sebenarnya. Bila dah hujung penceritaan, saya simpulkan buku ini fokusnya untuk kisah hidup Johanna dari seorang gadis yang keras kepada Johanna seorang wanita yang lembut juga.

Terlalu banyak tarik tali, dan saya rasa Hlovate terlalu memaksa pembaca untuk faham setiap tindakan Johanna hingga buatkan saya sangat² keliru. Ditambah pula gaya penulisan Hlovate yang penuh dengan 'tell' dari 'show' buatkan saya lelah baca naratif Johanna.

Selain tu saya tak rasa klik antara Johanna dan Afiq, entah kenapa saya tak dapat romance tu hingga hujung buku ni. Begitu juga karakter Johanna yang saya rasa zaman tu bila perempuan tak suka pink, suka lagu metal, tak pakai heels, tak pakai dress dikira luar biasa sedangkan benda itu biasa saja sebenarnya. Afiq pula aduhai, saya harapkan banyak naratif dari pihak Afiq tapi saya rasa cukuplah sampai situ saja. Tak boleh nak suka lebih² pada Afiq.

Untuk mesej buku ni, bagus sebenarnya dan saya suka. Lagi² bila penulis cuba nak sematkan di mana jua kita berada jati diri sebagai orang Melayu Islam jangan pernah ditinggalkan. Cuma ada beberapa kesalahan yang mungkin zaman Hlovate dahulu dah biasa penggunaan perkataan tersebut contohnya penggunaan kata muhrim. Sedangkan yang dimaksudkan mahram iaitu yang haram dikahwini, muhrim itu orang berada di dalam ihram untuk ibadah haji.

Begitu juga tentang McDonalds, ini tidak usahlah saya ulas. Boleh dicari cariannya tentang perkongsian saham antara syarikat McDonald Malaysia dan syarikat McDonald US sehingga mampu membuktikan kebenaran dan kesahihan Pro-Israel tersebut.

Okay itu sajalah pendapat saya tentang buku Hlovate kali ini, ini buku ketiga beliau yang saya baca tapi saya tak mampu untuk cintakan buku ini seperti mana Contengan Jalanan dan Aa+Bb.

Saya bagi 3.5 ⭐️
Profile Image for Bax.
514 reviews35 followers
February 24, 2018
I finished this last night. When I first read this book, I was 15. I didn't really suffer from heartache because I wasn't really in love with anyone. A few crushes here and there, but nothing serious. So this book was just another sort of romance book that I loved to read. If you must know, I reread this book every weekend for about three months. 10 years have passed since then. I went through a lot in that 10 years. I have loved and I have been heartbroken. And I have broken a few hearts too. Rereading this now, after 10 years, I realised how naive I was when I was 15. I couldn't see the bigger picture back then. Now I do. I see it. But I think it might have been a little too late for me to change anything.

Welp this no longer seems like a book review. Anyhow, this book still manage to make me think about a few things regarding relationship and also religion. 15yo me was smiling ear to ear reading this. But the me now, I actually cried :')
Profile Image for Faiz • فائز.
362 reviews3 followers
September 18, 2022
Ini karya pertama Hlovate yang aku baca. Jujurnya sudah lama tidak membaca karya cintan-cintun kerana asyik bergelumang dengan bahan bacaan akademik dan separa-berat.

Cerita mulai bergerak (menurutku) selepas dua per tiga bahagian berlalu, saat Jo terbang ke Aberdeen —bermulanya konflik.

Aku sedikit sebanyak mulai memahami keadaan yang dialami oleh sahabat-sahabatku yang belajar di luar negara. Pergaulan bebas; tidak dapat tidak sukar untuk dipisahkan. Mungkin kerana penulis buku ini sendiri pelajar luar negara, maka tulisannya adalah berdasarkan pengalaman sendiri.

Benarlah, yang menjadi benteng akhir kepada diri ialah iman —saat diri bisa menujah langit, kadang lupa bahawa dunia ini hanyalah langit pertama. Fakhrul ialah identiti sampingan dalam novel ini, yang mungkin sedikit watak sepertinya dalam kehidupan sebenar, tapi masih ada, barangkali(?)

Ana, Jo, Juan. Tiga identiti dalam satu watak. Pergolakan dalaman watak utama sangat rumit, tapi penulis pada hemat saya berjaya menampilkan watak remaja perempuan kini dengan baik; yang bergelumang dalam suasana caca marba tapi masih mengharapkan redha Tuhannya.

Panjang lagi ulasan sebenarnya, tapi cukuplah sekadar tahu bahawa kisah ini persis dengan….
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
April 13, 2016
Cuma boleh beri tiga...

Tapi kalau cara penulisannya aku boleh kata agak bosan untuk 5 tahun 5 bulan, sebabnya aku sudah skip banyak part sampai rasanya baca 3-4 last chapter.

Awalnya, wow~ sangat memikat hati sebab bila Johanna jadi orang gaji sementara kat rumah En Lutfy. Sort of, dia ni macam genius yang menyamar gitu~he he.

Tapi bila dia dapat tawaran ke Uni. Abeerdeen barulah semua rahsia terbongkar dan disitu permulaan kebosanan tahap~tak ingat aku pada novel ini. Memang mereka bercinta jarak jauh~ tp rasanya kurang berkesan apa yang cuba nak disampaikan tu.

Still, even I skip until the last page. I did read it for the second time with new feel&soul.
Profile Image for Bay.
264 reviews4 followers
February 3, 2025
No words needed. Comfort book 🥰
Profile Image for Ain.
138 reviews14 followers
April 12, 2012

drmuslimah.blogspot.com


Tajuk buku : 5 tahun 5 bulan.
Penulis : Hlovate
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 509 m/s



Ulasan Ain Sabrina :

5 tahun 5 bulan adalah satu lagi karya tulisan Hlovate.

Ana , bekerja sementara sebagai orang gaji di rumah Encik Latfy. Di sana dia dipertemukan dengan anak-anak Encik Latfy. Kerjanya tak mudah namun tidak la sesusah mana jika watak Along tidak ada. Along yang Ana gelarkan Along Serbia, hanya kerana dia suka sahaja mengomen setiap hasil kerja Ana. Ada saja yang tidak kena dengan pandangan Along yang pada saya dari pandangan pembaca, Along nampak sengaja ingin mengenakan dan memberi ujian pada Ana. Ternyata Ana sentiasa tenang. Dan siapa sangka , ada rasa yang bercambah dalam hati Along lebih-lebih gerak gaya Ana melayan adik-adiknya mengingatkan dia pada arwah mamanya.

Namun tidak sempat rasa diluahkan , dia dikejutkan dengan kewujudan Jo. Karektor Ana dan karektor Jo ternyata berbeza. Jo lebih kasar, tidak suka cintan cintun, manakala Ana lebih lembut, dan bersifat lebih kepada suri dalam rumah. Along terkejut dan terkesima dan sehingga sebelum Ana berhenti kerja , mereka masih dingin antara satu sama lain.

Pemergian Ana membenihkan rasa rindu antara satu sama lain namun perasaan masih dipendamkan. Tiada luahan antara mereka.

Di sana Ana dipertemukan dengan Jebat. Bersahabat baik sampaikan ada satu saat Ana seperti ada rasa buat Jebat sehinggakan Along turut rasa tergugat. Akhirnya setelah semua salah sangka dibersihkan , Along akhirnya berani meluahkan rasa dan setahun tempoh diberikan untuk Ana memikir.

Hubungan jarak jauh, mampukah?



Komen Ain Sabrina :

Komen saya mungkin agak bias , sebabnya saya ni memang peminat karya Hlovate. Walaupun ada orang kata cerita ini klise dan pengakhirannya sudah dapat diketahui , namun bagi saya kisah ini masih menarik. Menarik bagi saya adalah saya boleh mengulang baca novel ini lebih dari 10x pun. ^^

Watak Ana , yang sangat cekap di dapur mebuatkan saya rasa iri hati dan ingin menjadi cekap seperti itu juga suatu hari nanti. Wataknya seakan lengkap dan sempurna , gadis yang cekap mengenai hal isi rumah juga bijak dalam pelajaran. Nampak fantasi la juga , tapi tak mustahil boleh jadi macam Ana , kalau ada usaha yang gigih. (^_^)

Watak Afiq @ Along , digambar sebagai seorang abang sulung yang bertanggungjawab. Walaupun dia tegas pada adik-adiknya , namun masih terpancar kasih sayang buat adik-adiknya. Saya sangat suka pada watak-watak adik-adik along terutama watak Angah @ Apeh.

Dalam mengulang novel ini , saya paling suka ulang 2 bahagian. Bahagian yang depan , masa Ana jadi orang gaji rumah Along dan bahagian IV (bahagian akhir). Baca bahagian IV boleh buat saya senyum sampai ke telinga dan juga menangis gembira (ya, itulah saya, waktu gembira pun boleh nangis ^^) . Cara Along meluahkan rasa , boleh buat saya tersenyum satu malam.
Profile Image for Fazlina.
29 reviews
November 25, 2010
HLOVATE, penulis yang saya percaya memang digilai ramai. Bila beli novel Hlovate, dalam minda saya, ini ialah novel islami. Walaupun tidak diterjemahkan pada tajuknya, novel ini tetap ada pengisian rohani.Novel ini agak ringan berbanding penulisan-penulisan beliau selepas novel ini. Mungkin kerana ini ialah salah satu novel permulaan beliau dalam dunia penulisan.

Bila baca novel Hlovate tak tau nak ulas apa, novel ni best. Bahasa pun sempoi, tapi kekadang tak faham jugak bahasa Inggeris yang ada diselitkan dalam novel ni. Nampak sangat English tak power. :( Jalan cerita pun unik walau pada asasnya anak majikan jatuh hati dengan orang gaji. Tapi pengembangan cerita adalah menarik. Conform tak bosan. Siap ada resepi lagi. ;)

Life did not originate as the result of unconscious coincidences as evolution claims, but as the result of the creation of God, the Almighty, the possessor of infinite knowledge and wisdom…
Profile Image for Madam Lola.
213 reviews37 followers
June 11, 2014
Okey... Hemmm Bagi ML lah, nilah rasanya Karya Hlovate yg cukup santai. Kalau yg lain, kita baca dlm mood serious , tp bila baca 5T5B ni, confirms sengih jer memanjang. Lawak spontan dan bersahaja, memang buat bibir ML senyum jer...

Tiba2 muncul watak Jebat. Eh... Eh... Jebat dlm rooftop ek... Walaweh... Tp McM lain jer watak Jo dlm rooftop tu. Seingat ML , Jo tu, lemah lembut. Dan yang ni... Hehhehe... Brutal tahap gaban. Honestly, ML lagi suka Hang jebat. ML sedikit keciwa bila Hang jebat terus setia dengan Dang Wanginya... Hadoi... ML turut keciwa bila Jo penasaran bila me lihat Jebat dan Along serentak...

Apa lagi nak ckp ek.. Oh ya, ML rasa, Karya ni, kurang ummppphhh lah..x. Tahu Kenapa ...


http://limauasam.blogspot.com/2014/01...
Profile Image for Ameerah Hilmi.
30 reviews
June 10, 2025
Saya suka banyak aspek dalam buku 5 Tahun 5 Bulan. Paling utama ialah bagaimana penceritaan disampaikan dari sudut pandang Jo, dan bagaimana dalam usahanya untuk menipu dirinya sendiri, secara tidak langsung dia juga menipu pembaca. Dan betapa lemahnya dia dalam menipu, sebab kita sebenarnya boleh agak dari awal yang Jo memang sudah suka Along sejak dia masih jadi orang gaji lagi.

Saya juga suka dinamik antara Apeh, Nana dan Nina, walaupun cam tak tau lah realistik ke tak, tapi yang penting kelakar.

Cuma, yang saya kurang gemar ialah terlalu banyak gila time jumps yang berlaku dalam cerita. Kadang-kadang agak rasa cam dipinggirkan dan ditinggalkan. Saya juga berharap dapat mengenali lebih lanjut tentang ibu bapa Jo mereka terasa agak jauh dan tidak dikupas mendalam.

Subplot kegemaran saya sudah tentu ialah persahabatan Jo dan Bat, and inadvertently catching feelings, dan bagaimana kedua-duanya rasa bersalah. Ada satu unsur yang sangat halus dan ‘meta’ i feel like: perbuatan Bat yang secara tidak langsung curang secara emosi itu terasa seperti cara Hlovate menyampaikan mesej bahawa kecurangan, walau secara emosi sekalipun, tetap satu pilihan.

i also don't understand the book cover
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for SORA.
184 reviews7 followers
March 6, 2020
Karya Hlovate yang keenam saya baca untuk tahun ini. Masih meneruskan marathon karya-karya Hlovate yang berbaki hanya beberapa buah lagi.

..

Cerita ini jalannya ringkas, mudah difahami dan cepat dicerna. Boleh diletakkan sebaris dengan [tunas] dan aA+bB. Berfokus kepada proses pendewasaan dan pencintaan Johanna. Namun, cerita cinta Johanna tak sesenang macam orang lain kerana dia terjerat antara perasaan suka dan philophobia.

..

Saya tersenyum bila hikayat Puteri Hang Li Jo dan Hang Jebat mula menyapa mata.
Profile Image for naa.dee.o.
135 reviews4 followers
August 23, 2020
"When we want to talk to Allah, we pray and say prayers. When we want to hear Allah talk to us, we read the Quran." - 5 Tahun 5 Bulan.

Nasib dapat kawan ber'function' macam yaya. Ini dok, main tarik tali. Naik geram pula aku membacanya. 100 eps tak sudah.

"Dan hanya orang-orang yang cetek pemikiran akan berfikir rasa cinta antara lelaki dan perempuan tu adalah segala galanya. Kalau berkecai, tanda berkecailah dunia. Manusia... Memang kadang-kadang lupa..."
Profile Image for Zafida Zakaria.
1 review
March 21, 2017
Cerita ini agak berbeza dengan novel2 yang lain. Perbezaannya menyebabkan cerita ini sangat menarik. Hubungan diantara H dan h satu hubungan yg realiti bukan fiksyen yg selalu memaparkan hubungan yg romantik tahap gaban giler. Saya tidak sabar untuk membaca karya2 lain penulis ini.
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books51 followers
November 15, 2021
Judul buku: 5 Tahun 5 Bulan
Penulis: Hlovate
Terbitan: Jemari Seni
Tahun terbit / Cetakan: 2010, Cetakan Ketujuh
Jumlah muka surat: 509
Tempoh bacaan: 5 jam (5 Nov 2021)

Ulasan:
Hlovate. Bukan hanya nama pena bagi penulis karya ini, tetapi membawa bersama gambaran karya yang ditulisnya. Mungkin pada awalnya, saya hanya melihat ‘Hlovate’ sebagai gabungan Hate – Love relationship. Tetapi, menelusuri karyanya, mendalami jiwa wataknya, ia bukan hanya Hate-Love relationship semata. Ia Hate, yang merujuk kepada apa yang dibenci watak itu sendiri. Benci pada perkara yang boleh menyakitkan hati. Hubungan yang tak pasti. Love pula merujuk kepada sesuatu yang disukai, seperti buku, skates, bikes …

5 Tahun 5 Bulan, bukan hanya ada semua yang diperkatakan di atas. Malah, lebih lagi bila ia mengetuk minda kita agar menilai setiap kata-kata, perlakuan dan pemikiran watak di dalamnya. Pemikiran yang ada di antaranya mewakili pemikiran tipikal masyarakat kita. Pemikiran yang suka menilai tahap IQ seseorang melalui pekerjaan atau pakaian.

Di dalam cerita ini, watak utamanya, Johanna atau dikenali sebagai Ana ketika bekerja sementara sebagai orang gaji, telah dianggap tidak tahu apa oleh anak majikannya. Apeh tak rasa nak berkongsi rasa di hati kerana menganggap Kak Ana, si orang gaji tidak mungkin faham apa yang akan dikongsi nanti. Sebaliknya, bila penulis meletakkan watak Johanna sebagai seorang gadis luar biasa, punya minat yang tak disangka, Apeh terkesima.

Dia tak sangka Kak Ana yang nampak kampung itu kenal akan bikers pujaannya. Malah lebih lagi bila Kak Ana tahu tentang skates!

Apa iktibar yang boleh diambil daripada babak ini adalah, usah menilai pada pekerjaan seseorang. Orang gaji tidak semestinya cetek ilmu pengetahuan. Tidak semestinya buta pada perkembangan dunia semasa. .Penulis cuba menarik minda kita agar membuang segala pemikiran lama. Johanna orang gaji yang bekerja sementara menantikan panggilan ke luar negara bagi jurusan perubatan. Bekerja hanya untuk menambah sumber kewangan bagi perbelanjaan menyambung pelajaran. Jangan menilai tanpa kenal diri seseorang.

Di dalam cerita ini juga, Ana mengajar Apeh biologi dan matematik tambahan!

Cerita ini bertambah menarik bila Ana marahkan along menggunakan istilah perubatan. Biasanya kalau kita marah, kita akan menyumpah seseorang paling tidak menggelar dia ‘mangkuk ayun’, ‘tenuk’ atau baik sikit, ‘budak bertuah’. Tetapi, watak Ana marah dengan menyumpah along, Dopamine! Sejenis ubat untuk merawat orang yang kurang darah. Bila saya terjemah, seolah-olah Ana mengatakan along ini sebagai seorang yang menaikkan darah! Buat orang marah!

Sangat unik bila unsur simili menggunakan istilah perubatan begini. Berbeza dengan karya Hate-Love yang sedia ada.

Di dalam cerita ini juga, penulis turut mengajak kita mengulangkaji pelajaran sejarah bangsa. Watak-watak seperti Jebat, Dang Wangi, Hang Li Po dan Sultan Mansur menjadi pemain cereka bila nama mereka digunakan bagi memasangkan watak-watak yang ada. Jika kita buta kisah, kita sukar nak mengaitkan setiap nama tersebut dengan watak di dalam cerita ini. Bagaimana hubungan di antara keempat-empat watak ini terjalin.

Mengapa Ana menjadi Hang Li Po (atau Hang Li Jo) dan dipasangkan dengan Sultan Mansur? Kisah ini jadi menarik bila kita tahu bahawa hubungan di antara keduanya adalah pasangan dengan ikatan perkahwinan.

Bukan sekadar kisah pendam perasaan, benci dendam, rindu tapi juga kisah insan yang menuju dewasa. Usia menginjak rasa. Menguji minda, jiwa dan kematangan Johanna, juga Afiq (aka along) dalam menilai setiap hubungan dan tindakan. Ketakutan kepada sebuah hubungan memerlukan peleraian. Jika tidak, ia akan selamanya tersimpul tanpa penyelesaian dan memungkinkan penyesalan.

Membuat keputusan bukan mudah. Jika tidak berpandukan ilmu, pasti segala-galanya dibuat melulu. Tanpa nasihat sahabat dan keluarga juga, akan jadi tak tentu.

Watak Johanna adalah watak yang membaca. Buku Harun Yahya menjadi panduan kepada dirinya dalam menterjemah perasaan, pemikiran dan mencari hala tuju. Malah, memujuk hati bagi setiap perkara yang terjadi. Buku yang di dalamnya penuh dengan nasihat insan berTuhan. Ada dalam pelbagai tajuk termasuk bab berkait hati.

Rujukan utama pastilah al-Quran. Tidak pernah ditinggal dalam mencari diri yang kadangkala hilang. Qiyam menjadi amalan waktu tak nampak jalan.

5 Tahun 5 Bulan, sebuah cerita kehidupan manusia menuju kedewasaan, juga menuju Tuhan.
Profile Image for Sarah Yasmin.
86 reviews31 followers
July 11, 2013
Thanks to Masharah sebab hadiahkan buku ni untuk saya. Novel yang best.

Mengisahkan tentang Johanna, seorang gadis muda yang bertemu dan menjadi rapat dengan keluarga Encik Latfy ketika menjadi orang gaji semalam 3 bulan di rumah beliau. Di rumah itu, dia menjadi seorang kakak yang baik kepada Apeh, Nina dan Nana. Tetapi kepada Along, mereka sering bergaduh dan ini membuatkan Johanna tidak sekepala dengan Along. Permulaan cerita yang bagus dan banyak kali buat saya tersenyum. Banyak jugak resepi2 baru dari permulaan cerita ni sbb Johanna tu pandai masak segala makanan!

Then, Johanna melanjutkan pelajaran ke Aberdeen, UK. Di sepanjang perjalanan hidup dia di sana, dia menemui Bat, yang juga menjadi kawan baiknya di sana. Dalam masa yang sama, dia menjadi rapat dengan Along kerana Along selalu menghubunginya untuk bertanya khabar. Part dia kat Aberdeen ni mmg saya rasa macam lama sikit nak habiskan pembacaan. Tak tau la mana puncanya. Tapi saya dah agak dah yang Johanna suka kat Along walaupun dia tak menyuarakan perasaan hati dia.

Aku rasa semua jadi cepat balik bila Johanna tunang siap2 dengan Along and diorang akhirnya nikah. Masa tu Johanna tinggal lagi setahun pengajian dia kat UK. Along dapat jugak sambung masters dia setahun dan habis sama-sama dengan Johanna. Balik Malaysia je, diorang dah ada cahaya mata bernama Amir.

Waaaaa, ending yang cukup baik dan rasanya boleh agak dah ape akan jadi lepas tu. Happily ever after :) Thanks Hlovate sebab buat saya rasa bahagia jugak bila baca kisah 5T5B nie. Rasa nak jugak macam tu. Study kat luar negara dengan yang tersayang. Tapi, rasanya tak kot sebab dpt study kat dalam negara je. Life goes on. I think, tak salah kalau nak berangan sekali-sekala. Ahah!
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
April 30, 2009
Johanna @ Ana @ Puteri Hang Li Jo merupakan seorang anak tunggal yang bijak dan sudah biasa hidup berdikari. Sementara menunggu keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, dia bekerja dengan keluarga Encik Latfi untuk mendapatkan duit saku sendiri. Bermula di sini dia mengenali Apeh, Nina, Nana dan juga Afiq @ Along @ Sultan Mansur Syah.

Identiti Ana terbongkar pabila dia terserempak dengan Along pada hari dia menghadiri temuduga untuk menyambung pelajarannya. Ana terpaksa melepaskan tugasnya dan memulakan hidup baru di Universiti Aberdeen, Scotland sebagai penuntut jurusan perubatan.

Ana yang sememangnya tidak pernah menaruh kepercayaan terhadap kaum Adam dan selalu cuba menghindarkan dirinya dari terjebak dalam hal-hal yang berkaitan hati dan perasaan. Tanpa disedarinya, sepanjang di perantauan dia mula merindui Along meskipun lelaki itu sering membulinya tetapi lawak jenaka beliau tidak pernah padam di mindanya.

Along yang berada di Malaysia juga terasa sunyi bila ketiadaan Ana. Dia sentiasa ingat keenakan masakan gadis itu, telatah dia melayan Apeh, Nina dan Nana sehinggakan dia merancang sesuatu untuk memiliki gadis itu. Apakah Along berjaya? Bagaimana pula Ana cuba mengubah pendiriannya terhadap lelaki?
Profile Image for Akma Hayati.
48 reviews
April 16, 2013
I am definitely a huge fan of Hlovate!! Can't wait to buy more books of his. I have finally finished reading Rooftop Rant, Versus and 5 Tahun 5 Bulan which I bought few months back.

I really love Hlovate style of writing.
In the beginning and in the end will always be fun and best. And I usually got bored in the middle. The story become monotonous and boring. But I persist on reading and it totally worth it! If I think back again, don't you think life is like that? Life gets monotonous in the middle right?

And Hlovate definitely encourage me even stronger now to read the books of Harun Yahya which I am currently downloading. Link here: http://www.harunyahya.com/list/type/1...

Recommended by Hlovate:

Romanticism: A Weapon of Satan
Maryam: An Exemplary Muslim Woman

Can't wait to start reading :D

P/S: This book really makes me want to become an even better future-doctor ^^
Profile Image for Zetty Khairunisa.
125 reviews2 followers
October 31, 2015
Cubaan pertama membaca tulisan Hlovate. Sanggup aku beli satu set lengkap secara online. Harap2 berbaloi. Dan 5T5B ini boleh dianggap sebagai permulaan yang baik.

Sukanya aku dgn dialog selamba yang dituturkan. Ditambah pula dgn sentuhan agama dan moral yg sesekali mendekatkan aku pada Dia dlm jeda bacaan itu. Kisah cinta Along dan Johanna bukanlah satu kisah cinta luar biasa tapi suntikan jenaka bersahaja, ikatan kekeluargaan dan latar tempat yang diceritakan dgn baik, mungkin sebab itu aku rasa Hlovate punya peminat yg tersendiri.

Cuma ada beberapa helai yg aku lompat baca. Drag sedikit di penghujung atau sebenarnya aku tak sabar nak tahu kesudahan perhubungan Along dan Jo? Mungkin.

Tulisan yg agak muda untuk usia aku tapi ya, hlovate kan, mana boleh tak suka!
Displaying 1 - 30 of 143 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.