Jump to ratings and reviews
Rate this book

I'm Yours

Rate this book
Kerana takdir akan menemukan jalannya.
Soraya membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman bersama dua orang anaknya. Ada misi yang ingin dilaksanakan demi memulakan hidup barunya, namun tanpa dia sedar kepulangan itu bakal mengubah sejarah hidupnya.

Remi, lelaki asing yang tiba-tiba muncul dikampung itu lima tahun lalu tidak begitu disenangi oleh penduduk kampung, kecuali Tok Salim, ketua kampung. Kutu rayau, kaki lepak, itulah gelaran yang diterima. Namun itu semua langsung tidak diendahkannya.

Soraya, kepulangannya menjadi buah mulut.

Remi, kemunculannya menjadi tanda tanya.

Apabila hati yang terluka bersatu dengan hati yang penuh rahsia, akhirnya menimbulkan kekalutan. Remi dan Soraya cuba untuk meleraikan kekalutan itu, dan bersama mereka menemui dan membongkar satu rahsia yang disembunyikan bertahun lamanya.

Paperback

Published March 1, 2022

Loading interface...
Loading interface...

About the author

Anna Lee

24 books461 followers
Anna Lee is a published author living in Kuala Lumpur, Malaysia. Writing fiction since 2009. Before Anna Lee, she also known as Zuliana Abuas and Julia Esqa.

She holds a Bachelor's Degree in Economic (Natural Resources) from the University Malaysia Terengganu a.k.a KUSTEM. Previously, she worked in Oil & Gas Industry before she decided to be full time writer.

Her first novel Viva Sakura (2009) and then Bunga Di Rimba (2011). Korea I'm In love (2012) is her third novel under nickname Zuliana Abuas. She also published fantasy novel Puteri Karla (2011) under nickname Julia Esqa. Now she's stick with Anna Lee.

Under the name of Anna Lee she is the author of
Terukir Cinta (2013),
Mencari Mr. Charming (Dec 2013)
Aku Dia dan Pinky Promise (2014).
Mesej (2015)
Hello (2016)

She also author of many number of mini novel such as Diary Mrs Ben (Limited Edition - Yang Luar Biasa 2013) and latest mini novel Bukan Awak Tapi Dia (Limited Edition - Yang Aku Cinta).

Twitter : @annaleejue
Facebook Page :
https://www.facebook.com/pages/Anna-L...
Blog :
http://novelannalee.blogspot.com
http://www.instagram.com/annaleejue



Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
89 (60%)
4 stars
48 (32%)
3 stars
9 (6%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 41 reviews
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,130 reviews56 followers
March 28, 2022
[BOOK 50]

I'm Yours by Anna Lee.
.

Laju je aku habiskan buku AL ni. Rasa macam tak berbaloi je tunggu setahun nak baca buku AL, tup tup, masa sehari dah habis. hahaa
.

Baca buku ni, buatkan aku teringat tentang IIUM Confession kot suatu ketika dulu. Aku dah lupa aku baca kat mana. Yang pasal seorang lelaki ni, ngan family nya, balik ke kampung. Lepas tu, kat rumah pusaka tu, he noticed something weird. Dari bahagian luar rumah, dia nampak macam rumah tu some sort besar la jugak, tapi bila dalam rumah, ruangan tu much smaller. so, dia suspect ada ruangan tersembunyi. Lepas tu, bila dia cari dan selongkar, dia jumpa rahsia lain. Rahsia zaman Jepun dulu kot. Lepas tu, aku dah lupa. hahaha
.

Anyway, back to this story, Suraya kembali ke kampungnya bersama 2 anaknya, selepas diceraikan oleh Henry. Dia kembali semula ke villa tinggalan neneknya.
.

Masa ni la, dia kenal dengan Remi sebab Remi yang tolong baiki kerosakan kat rumah tu.
.

Lepas tu, bila wasiat neneknya dibacakan, rupanya, Villa tu hanya akan diserahkan kepada Suraya kalau Suraya bergelar isteri dan berjaya membaiki kerosakan vila tersebut dalam masa yang ditetapkan. Masa ni la, idea nak kahwin dengan Remi tu muncul.
.

Yang seronoknya, sebab watak pun dah matang. dah 30-40 tahun, so, takde la drama konflik pelik-pelik ni. Dorang just go with the flow.
.

Selain tu, banyak lagi rahsia tersembunyi sebenarnya. Tentang kejadian kebakaran suatu ketika dulu. Tentang siapa sebenarnya Remi. So, kind of mystery and adventure gitu.
.

Oh ya, masa mula-mula baca buku ni, aku dah terfikir, kenapa villa ni macam berhantu. hahah..Aku terfikir, adakah Anna Lee dah bertukar genre?
Profile Image for SA.
227 reviews6 followers
July 20, 2023
I actually finished reading this in one sitting.

It has a light plot and not so much of a conflict, although for some, this might not be their cup of tea.

But this one right here - every fangirl's goal for real!

What I would do to have this kind of experience... a girl can always dream, haha~
Profile Image for Eyd1410.
660 reviews19 followers
March 29, 2022
Baca karya Anna Lee mmg kita rasa dibawa ke dunia lain. Ke dunia yg namanya bkn melayu😂. Karya penulis lebih ke arah corak penceritaan buku² english. Dan of course saya sangat menggemarinya. Walau ceritanya ada yg klise tetapi klise tu dpt ditutup dgn olahan yg berlainan dan plot twist yg kita tak terfikir akan ada.

Kali ini Im Yours lebih pada kisah cinta. Walau Soraya dan Remi bukanlah pasangan sweet meleleh bak air gula, tetapi kita boleh rasa romantisnya Remi dlm cara dia yg tersendiri. Sentiasa berlembut kata dgn Soraya dan ank² tirinya tapi dlm masa yg sama ada unsur ketegasan sehingga Jebat dan Mawar mudah diluntur sikap degilnya. Dan yg bestnya Mawar sendiri boleh bezakan layanan ayah kandungnya dgn ayah tiri terhadap ibu mereka.

Misterinya Im Yours adalah kerana villa peninggalan arwah nenda Soraya. Seperti biasa, akan ada perebutan hak, terungkainya kematian kedua ibu bapa Soraya dan seterusnya ttg identiti sebenar Remi. Sorry Anna Lee. Part ini saya dah boleh jangka siapa Remi yg sebenarnya!

Ermm dlm byk² watak bkn perangai Rina yg ku menyampah tetapi perangai Gina yg seakan² gunting dlm lipatan. Depan baik belakang dialah raja segala fitnah. Kenapa eh dlm ramai kawan, mesti ada kawan yg toksid mcm ni.

Apapun, karya Anna Lee sentiasa terbaik dlm carta hati saya❤️. Lain dr yg lain dan di luar kotak ceritanya dr cerita melayu yg lain yg ada di pasaran di luar sana👍
Profile Image for Mslvoe.
1,042 reviews109 followers
March 27, 2022
Berteka-teki F baca karya Anna Lee. Baca karya Anna Lee ibarat kita baca karya Enid Blyton, Nancy Drew.. kisah penyiasatan masa kita budak kecil dulu

Dah-lah masa mula² register karya ni.. ramai pulak nama author yang sama. Jenuh dok update nama sampai jumpa author yang betul.

Kisah Henry kahwin lain, Soraya cerai bawa balik anak² ke kampung.

Balik ke villa peninggalan nenda-nya. Rupa²nya surat bercop tu mengenai villa. Villa yang lama kosong.. banyak nak kena repair

Balik kampung jumpa Remi and Tok Salim. Remi ditawarkan kerja untuk baikpulih villa.

Wasiat itu ada dinyatakan Soraya boleh miliki villa jika masih berkahwin. Alamakk Soraya dah bercerai, takut Henry ambil hak penjagaan anak².. Tok Salim offer Soraya kahwin dengan Remi.

Bermulalah kisah Soraya-Remi-Jebat-Mawar. Kisah ayah tiri yang hebat dari ayah kandung. Kisah partner-scandal yang akhirnya bersetuju untuk hidup sama selama²nya.
Profile Image for amal_is_reading.
104 reviews38 followers
December 11, 2022
So far, I’m Yours adalah buku terbaik Anna Lee yang pernah aku baca jika mahu dibandingkan dengan dua lagi buku beliau yang dibaca iaitu Mesej dan Jika Aku. Ada satu level of maturity that was a little bit lacking in the other two books I mentioned.

I’m Yours mengisahkan Soraya yang pulang semula ke kampung halamannya bersama dua orang anaknya iaitu Mawa dan Jebat selepas dia bercerai. Dalam proses untuk dia membaik pulih villa tinggalan arwah neneknya, dia bertemu dengan seorang lelaki misteri bernama Remi.

Okay. Secara ringkasnya, aku memang suka dengan buku ni. Cukup segala perencah untuk jadi satu buku slice of life romance. Ada kelakar, ada heartwarming element, ada mother-daughter bond, ada sedih. Overall, it was such a fun reading experience.

Dekat-dekat nak ending, ada reveal siapa Remy yang sebenar, which was a bit obvious to me sebenarnya bila dah tengah-tengah cerita. It was okay. Aku rasa it was just there sekadar nak bagi connection antara Soraya dan Remy. But it was still fun.

So nak diringkaskan, aku highly rekomen buku ni.

ps: Aku berharap akan ada spin-off novel tentang kisah Mawar dan classmate dia, Umar. 🤭
Profile Image for zulaika.
98 reviews5 followers
November 20, 2022
First of all! Zu nak bagitahu. Buku ni fav zu. Top 1 if i have to choose from Anna Lee punya karya. So please, beli and baca! Serious ✋🏻 kalau boleh zu rasa macam nak baca balik for the first time.

Soraya, seorang ibu tunggal kepada dua orang anak. Bagaimana gelaran janda itu boleh tersandar pada dirinya? Ya, Soraya dah bercerai dengan bekas suaminya. Atas sebab perbuatan lelaki itu, terlukanya hati seorang isteri. Musnah harapan. Terasa seperti selama mereka menjadi suami isteri, hanya sia-sia sahaja. Terasa dirinya ditipu.

Remi, kemunculan dirinya dalam kawasan kampung itu menjadi tanda soal. Siapakah lelaki ini? Walaupun sudah 5 tahun duduk disitu tetap menjadi buah mulut perbualan orang kampung. Kalau disembang dengan perkara baik, tak apa lah juga. Ni yang buruk, kutu rayaulah, kaki lepaklah, penagih ha macam macam lah. Tapi betul ke?

🎈

“𝘈𝘸𝘢𝘬 𝘯𝘢𝘬 𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘢𝘱𝘢?”

“𝘋𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘥𝘶𝘪𝘵𝘭𝘢𝘩. 𝘒𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘯𝘪”

“𝘛𝘢𝘬 𝘭𝘢𝘬𝘶 𝘥𝘶𝘪𝘵 𝘢𝘸𝘢𝘬 𝘵𝘶 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢. 𝘒𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘴𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨, 𝘣𝘢𝘳𝘶 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘪𝘮𝘢”

“𝘔𝘢𝘩𝘢𝘭 𝘩𝘢𝘳𝘨𝘢𝘯𝘺𝘢”

“𝘖𝘬𝘦𝘺, 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘮𝘢𝘤𝘢𝘮 𝘵𝘶 𝘭𝘦𝘱𝘢𝘴 𝘯𝘪 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘴𝘢𝘮𝘣𝘶𝘯𝘨 𝘴𝘩𝘰𝘱𝘱𝘪𝘯𝘨 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 𝘤𝘶𝘬𝘶𝘱 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘢𝘸𝘢𝘬 𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘴𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨”

🎈

Buku ni menarik untuk dibaca sebab storylinenya kisah pasal Soraya yang kembali ke halaman kampungnya dan bertemu dengan si Remi. Then apa jadi? 🤔 Dua dua dalam usia yang matang. Soraya ni janda and Remi ni duda 🤣 haaa terkejut tak HAHAH so conflict/angst pasal cerita ni tak merepek pun smooth je bila baca

Remi ni green flag sangat tau, hati i is sudah cair teruk 🥺 waktu first time remi panggil sayang pun soraya dah terkedu, jangan kata soraya je sebab zu pun rasa butterfly teruksz ✨ dah lah pandai masak ✅ tahu bertukang ✅ soft spoken ✅ matang ✅ penyabar ✅ pandai layan budak-budak ✅ pandai nyanyi ✅ rajin ✅ ha apa lagi apa lagiii 😭 so baca tauu zu hasut ni !
Profile Image for Amal Lee.
132 reviews24 followers
October 3, 2022
Dengan ini saya mengistiharkan bahawa Anna Lee merupakan penulis kegemaranku. cukup rencah. cerita santai.
Profile Image for aira (airareadz).
78 reviews16 followers
December 26, 2022
4.9/5 ⭐

kejap kejap, nak jerit jap.

AHHHH!!! SEMUA SILA BACA!!!

ok done.

this book is just sooo good i read it in one night!! walaupun saya kadang tu agak annoyed dengan perwatakan Soraya, tapi saya rasa wataknya sangat realistik. orang orang sekelilingnya pun. fuh main banyak peranan ya. the plot tidaklah menyakitkan kepala sebab throughout the book boleh dapat hint tapi girl, bila terbongkar tu memang semua perasaan muncul.

Soraya. seorang janda anak 2, Mawar dan Jebat (pls i love their names, sangat klasik 🫶🏼). selepas diceraikan, dia decided to balik ke kampungnya di terengganu dan duduk di villa arwah nendanya. little did she know, rahsia rahsia bakal terbongkar di sana. Soraya ni sangat sangat motherly vibe. membebel, garang, dan akan buat apa sahaja demi anak anaknya. seriously, i salute her. love juga how dia tak give up walaupun tengah susah, dan berusaha untuk provide everything for her children.

Remi. merantau ke kampung Soraya 5 tahun lepas. dia yang difitnah amek barang hanya sebab dia lepak bersama budak yang suka merayap. dengan rambut panjangnya, jambangnya, baju dan seluar kotornya, mana tak orang beranggapan buruk. termasuklah Soraya. tapi bila dah kenal betul si Remi ni, beb, sumpah hati boleh cair! sangat caring, penyayang, soft! spoken! also, dia tahu how to handle degil Soraya tau!! looove! pastu tahuuu je macam mana nak pujuk Mawar and Jebat. pls, i fell in love with him!!! (baca je lah, nanti fahamlah kenapa kita suka hihi)

plotnya tidaklah gah, twistnya pun tak hebat seperti buku kak jue yang lain, tapi besst! already become one of my comfort book! sangat realistik for me disebabkan kawan kawan KL dan kampung Soraya. tolong jangan pandang buku ni cinta semata, sebab the main point of this book is not romance.

no matter what you do, people will talk. either you take it negatively or you just be a better person.
Author 4 books24 followers
May 23, 2023
4.7⭐

I'm Yours ni ceritanya ringan je jika nak dibandingkan dengan novel Anna Lee yang lain tapi bagi aku tetap best. Gaya penceritaan tak pernah menghampakan. Buat orang nak tahu selok belok cerita. Ada twist yang dapat diteka dan ada yang tak.

Aku suka watak Remi, Soraya, Mawar dan Jebat. Kelakar betul. Masing-masing ada personaliti tersendiri.

Masuknya Remi dalam keluarga Soraya sangat menyempurnakan keluarga itu. Remi sangat caring. Dia buat apa yang Henry tak buat sebelum ni. Aku sangat suka apa yang Soraya cakap kat Aisha dan Henry diakhir cerita. Padan muka! Kena setepek dua ketul tu 🤣
Profile Image for Bell.
48 reviews
August 15, 2023
Seronok betul baca buku ni
Punyalah hopeless romantic kita ni, ada scene pegang tangan pun kita siap tumbuk2 angin
Dari dulu memang suka baca storyline bercinta lepas kahwin sebab rasa comel

Remi ni wujud ke tak ya irl hahahahhaa
Profile Image for Watie Shaari.
367 reviews39 followers
June 6, 2022
Kegagalan dlm perkahwinan membuat Soraya mengambil keputusan utk pulang ke kampung halaman. Bertemankan dua orang anaknya Mawar dan Jebat
.

Suaminya Henry, berkahwin dengan Aisha demi menyelamatkan bisnesnya. Soraya tidak mahu bermadu, dan mengambil keputusan utk berpisah
.

Vila milik datuk neneknya di Terengganu menjadi tempat permulaan hidup bru bagi Soraya. Namun kenangan hitam yg menghantui dirinya, membuat dia ingin menjual vila tersebut. Tapi bukan semudah yg disangka. Ada perjanjian yg perlu dipatuhi Soraya demi mendapatkan haknya
.

Remi. Lelaki misteri yang masuk ke kampung Soraya 5 tahun lalu. Kemunculannya di kampung tu mencetus tanda tanya dan kebencian penduduk kampung. Sikap dan diri Remi sering menjadi bualan orang kampung. Mereka anggap Remi sebagai penagih dadah disebabkan penampilannya. Mujur ada Tok Salim yg menemaninya
.

Demi mendapatkan haknya, Soraya perlu menjadi isteri. Tapi dia janda. Takkan nak rujuk balik dengan Henry. Atas nasihat Tok Salim, Remi menjadi pilihan. Walau ragu2, Soraya bersetuju, tp ada syarat yg ditetapkan. Makcik Rina,maksu Soraya tidak senang akan hal itu. Kerana baginya dia lebih berhak ke atas harta2 tersebut. Perancangan demi perancangan yg dilakukan demi mengagalkan rancangan Soraya
.

Siapa Remi sebenarnya? Apa yg dia cari di kampung itu? Adakah Soraya dapat haknya?Berjayakah Makcik Rina menggagalkan usaha Soraya?Im yours? Apa maksud disebalik tajuk naskah ini? Well korang kena cari jawapan dlm novel ni
.

Siapa yang tak kenal penulisan Anna Lee kan. Memang terbaik. Highly recommended
Profile Image for NORASIKIN.
85 reviews7 followers
March 30, 2022
11/2022

I'm Yours..... Pertama kali beli karya Anna Lee di shopee. Baca buku ni selepas 3 hari dalam bungkusan. Anna Lee jarang buat kita rasa kecewa. Karya kali ni pun buat saya rasa terpukau utk tamatkan hingga ke helaian terakhir. Walaupun penamatnya happy ending tapi masih rasa tak puas nak baca.. Rasa singkat pula kisah Soraya dan Remi.

Suraya pulang ke kampung bersama 2 orang anak setelah bercerai dengan suaminya Henry. Ingin memulakan hidup yg baru bersama anak2 di Vila peninggalan nenek Suraya. Hadirnya Remi datang menghulurkan bantuan utk membaiki Vila Suraya. Dugaan menjelma hingga memaksa Suraya berkahwin dgn Remi. Selepas berkahwin satu persatu rahsia terbongkar. Rahsia siapa sebenarnya Remi, rahsia punca kematian ibubapa Suraya, rahsia bilik tersebunyi di Vila dan macam2 rahsia lagi lah.

Saya suka watak Jebat yg matang, watak Mawar yang kadang2 gedik tapi anak2 Suraya sangat sayangkan mama mereka. Watak Remi yang romentik tanpa kita sedar. Remi sangat tenang menyelesaikan setiap masalah berlaku. Watak Tok Salim paling penting dalam cerita ni.. Klu tak ada Tok Salim mesti Suraya dan Remi tidak bersatu.

Banyak lagi nak cerita tapi biarlah pembaca yg nilai sendiri karya terbaru Anna Lee ini. Tahniah Anna Lee.
Profile Image for Suraya (thesuraya).
617 reviews163 followers
July 4, 2023
I think this is the best work of Anna Lee that I've read by far. Cukup rasa semuanya.

p.s. prolog media punya cover semua cute tapi most of the time it doesnt resemble the vibe of the book. cover buku ni cute gila kot, macam anime your name tu. one would think this is a cute romance, padahal ni sebenarnya cerita duda-janda
Profile Image for junmembaca.
21 reviews1 follower
March 29, 2022
Jalan cerita I'm Yours bergerak dengan pantas dan begitu lancar sekali! Pada aku, aku suka novel sebegini! 🤩

Novel ini mengenai kisah cinta antara dua pasangan yang sudah berusia 30an— yang masing-masing sendiri pernah mendirikan rumahtangga sebelum mereka berdua bertemu. Jadi, kemanisan yang melampau-lampau itu tidak ada, tetapi, Remi masih mampu menggoyahkan iman aku. Maklumlah, #teamsukalelakitua. Ahaks!

Gaya bahasa yang digunakan pun menarik pada aku. Pada siapa yang pernah baca penulisan Anna Lee, pasti tahu bagaimana cara penulisan beliau. Aku suka!

Soal watak pula, aku paling tidak sukakan watak Henry yang gila talak, Maksu Rina yang gilakan harta dan kawan-kawan Soraya yang masing-masing talam dua muka itu. Semua watak ini menyakitkan hati tapi aku masih boleh tahan diri daripada mengeluarkan kata-kata kesat. Haha.

Sebut watak, sampai sekarang aku masih musykil dengan watak Jebat. Berapa umur beliau yang sebenarnya? Cara percakapannya, tak seperti budak umur 8 tahun langsung! Adakah budak sebaya itu memang ada yang bercakap seperti orang dewasa?— atau paling kurang, bercakap seperti sudah akil baligh pada usia 8 tahun?

Selain itu, mengenai watak Remi, aku dapat tebak dengan tepat sekali! Terasa mahu menari-nari di awangan. Hahaha. Tetapi, aku juga musykil dengan Remi. Remi ada American Express Platinum Credit Card??? Tapi penulis ada sebut soal duit simpanan Remi berkurang. Jadi... sedikit aneh. Remi kaya atau biasa-biasa saja sebenarnya? Lagipun dia hanya ada bisnes katering, bukan? Mungkin aku ada terlepas pandang soal ni. 🤔

Pendapat peribadi aku tentang novel ini, ia sesuai untuk orang yang mahu baca sesuatu yang "tenang" & konflik yang tidak memecahkan kepala. Sejujurnya, aku suka novel ni!

Kalau orang yang suka dengan jalan cerita cinta yang santai dan tak mahu memecahkan kepala otak sendiri untuk fikir yang bukan-bukan, inilah novelnya! Pada pendapat aku lagi, novel ini juga sesuai untuk mengubati penyakit reading slump. 😋

𝐒𝐤𝐚𝐥𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡𝐚𝐧: 4.5/5 ⭐️
Profile Image for Mommy Farah.
321 reviews13 followers
December 15, 2022
I'm yours. Dulu, kini dan selamanya.

As usual Anna Lee berjaya membuat pembaca hanyut dan tenggelam dalam penceritaan. Cerita tentang Soraya dan Remi.

Soraya pulang ke kampung halaman bersama 2 orang anaknya setelah bercerai dengan suaminya Henry. Kepulangannya menjadi buah mulut orang kampung.

Kemunculan Remi dengan imej kutu rayau tidak begitu disenangi oleh penduduk kampung kecuali Tok Salim.

Kerana sebuah wasiat mereka berdua disatukan. Bermulalah kisah Soraya-Remi-Mawar-Jebat. Kisah seorang ayah tiri yang hebat, kisah patner-scandal yang akhirnya bersetuju untuk hidup bersama selamanya.
Profile Image for Wan rohani harun.
175 reviews6 followers
March 29, 2022
Hati berbunga-bunga. Imej faizal tahir/ remi ishak berlegar dalam kepala sepanjang membaca kisah ini… ya allah, this book makes me fall, hard, for the male lead! Still di awangan ni. I love this book. I adore remi. Tagline: “kerana takdir akan menemukan jalannya…” sangat la indah. Highly recommended!
29 reviews2 followers
June 25, 2022
Novel yang sweet dan hello I need Remi too! Jkjkjk

Watak paling aku suka?
Soraya, Remi, Mawar, Jebat. Happy family. Rasa macam nak minta puan penulis sambung kisah diorang ni. Tapi bila difikirkan balik, tak apa, penamat I'm Yours ni pun dah manis seadanya.

Yang paling aku tak suka?
RAMAI. Tapi aku pilih Henry. Muka tak tahu malu betul ye mamat ni nasib baiklah tak terlalu banyak scene dia ni.

Banyak pengajaran dalam novel ni sebenarnya and memaparkan realiti kehidupan. Tak semestinya yang bergelar sahabat tak akan mengutuk kita dari belakang. Saudara mara sendiri pun boleh saling benci membenci, apa nak hairankan. Rambut sama hitam, hati lain-lain.

Jelaslah juga sebagai seorang perempuan, perlu ada sesuatu yang boleh melindungi nasib kita di kemudian hari. Banyak kes bila sudah diceraikan, hidup terkontang kanting sebab tak ada duit simpanan, tak pernah bekerja dan lebih parah, bekas suami tak memberi nafkah untuk anak-anak. Perit. Hidup Soraya pun aku dah dapat rasa keperitan dia tetapi mujurlah masih ada cahaya untuk segala duka yang dia alami.

Aku suka cara Remi slow talk dengan Jebat & Mawar dan bagaimana Jebat dan Mawar mahu mendengar nasihat Remi. Sebab Remi tak memaksa, pandai mengambil hati dan gentleman.

Sepanjang pembacaan aku, banyak kali aku ketawa dan tersengih macam kerang busuk. Baca gelagat Soraya yang 'melamar' Remi, dan juga telatah Jebat dan Mawar.

Overall, buku ini sangat menarik untuk dibaca, bacaan yang santai dan tak banyak konflik. Kalau anda tengah stress, boleh baca buku ni dan dijamin anda tersengih sorang-sorang.

Aku beri 10 ⭐ untuk Remi dan 4.5 ⭐ untuk I'm Yours.
Profile Image for Theplain.
92 reviews27 followers
March 25, 2022
Utk novel kali ni, kak anna tak keluarkan teaser atau sinopsis kat sosial medianya hinggalah ke saat akhir. Dan peminatnya (akulah tu) membelinya tanpa perlu kami membaca sinopsis. Hehe.

Dan dua ceritanya aku baca tntg wanita yg mengalami kegagalan rumah tangga. Ops, tak termasuk Cinta Gila sbb aku rasa heroin dia bukan gagal cuma berkorban demi si suami. Bagi aku yg single ni dan lebih banyak baca or tgk drama tntg perempuan single, this is like watching a love story in different view. Which is i like. Siapa kata our happy ending is marriage. Itu hanya permulaan kisah cinta.

Aku tak nak komen tntg jalan cerita sbb kak anna mmg terkenal dgn ketelitiannya menyusun atur setiap plot cerita sampai at the end all the drama make sense.

You know the worst thing of being a woman? Bila kita dikhianati, disakiti oleh kaum kita sendiri. Grup para isteri is really a toxic circle of friend, like how prmpuan mcm soraya blh terbabit dgn dorg. Kwn2 sek soraya ok lg la, cuma i pity with org mcm jamilah yg suka fikir negatif in all things.

This story is like a fairy tale. Dengan rumah besar tepi pantai, dgn unlimited love of a kind guy like remy. Tp cbrnnya pun blh tahan. Siapa je yg mampu hidup dlm keadaan setiap saat org judge kita dan tak tolong kita pun bila kita susah. Like we are almost dying dan kena selamatkan diri sdiri but the toxic people just tgk dan dont stop judging us.

Human just want a peaceful life.
Profile Image for Liya71.
86 reviews13 followers
April 6, 2022
Mula2 baca dah tertarik nak tau apa kenapa bagaimana betul ke.. semua tu persoalan yg bermain diminda setiap kali membuka mukasurat baru.
Well, cik writer tidak pernah mengecewakan peminatnya seperti acik.

Dia kata cerita cinta klise biasa2 je, tapi pada acik, something different. Coz ada view pantai dan bunyi lagu legend tuh!
Profile Image for sofeaa.
10 reviews
July 15, 2023
Suka gila buku ini. I rasa macam ada really close connection dengan Mawar and jebat as someone grew up with divorced parents. Tak tahu mana satu ingin pilih. pihak sebelah sana mengata pihak sebalah lagi satu. Litterally cried everytime ada scene mawar and jebat talking about their father.
Profile Image for Zully Azizan.
287 reviews7 followers
June 25, 2022
Puas hati. Thanksss darling @annaleejue

Kisah Soraya tu real. Siyes tak tipuuu!!

Hampir separuh dari cerita tu sama! Sama dengan cerita 'Soraya' yang real tu. (Anna, shsssss......hik!)

Aku baca sambil sengih sengih sendiri. Macam kenal la dialog neh. Macam pernah baca sebelum ni. HAHAHAHAHA!!

Dan dialog last neh pun. Ngam gilerr!
'Terima kasih Aisha sebab ambil Henry, terima kasih Henry sebab curang!'

Naissssss beybehhhh!!!

Banyak aku nak ulas sebenarnya, lagi lagi tentang Remi yang dah hampirrrrrr mengugat kedudukan Duta dalam hati aku neh. Dan tergugat kot! Haihhhh! (Anna pliss help me....!)

Anna, thanks. Cerita ni dekat sangat dengan hati zully. Thanks.... Love you much lah!
Profile Image for Maira.
311 reviews29 followers
November 15, 2022
4.25 bintang!

Plotnya saya sudah boleh jangka dari awal lagi. Tapi entah macam mana, sangat menghiburkan pulak jalan ceritanya bagi saya. Senyum tak lekang sepanjang baca buku ni. Mungkin sedikit cringey bagi sesetengah orang tapi mungkin sesuatu yg saya perlukan buat masa ini.

Gaya penceritaan yang digunakan oleh penulis mungkin boleh membuatkan saya meluat jika pelaksanaannya gagal tapi nasib baik terhibur saja ketika membaca. Gaya penceritaan yang saya maksudkan tu ialah di mana kita sebagai pembaca tahu apa yang sedang berlaku dan akan berlaku tetapi watak utama masih lagi blur.


Really enjoyed this!
Profile Image for lovelhiaa.
38 reviews
June 23, 2023
Hm awal-awal sy baca buku ni pun saya dah jatuh suka hehe.
Suraya- watak yang saya suka,menggambarkan seprang wanita yang kuat dan tabah dalam menempuhi kehidupan bersama dua orang anaknya selepas dikhianati bekas suaminya.Dia pada awalnya agak terkapai-kapai merentasi lautan gelora bergelora,namun tak lama seorang insan yang berhati mulia sudi membenarkannya berlayar bersama.

Remy- pada permulaan bab saya tak berapa curiga dengan identitinya.Saya cuma beranggapan dia sama seperti orang kebanyakan menetap di kampung bagi menghabiskan hari tua di situ mungkin,ketenangan yang dapat diperoleh.Rupanya saya silap,dia memang di situ untuk tujuan itu,tapi bagaimana dia boleh di kampung Suraya malahan mengatakan dia sudah lama mengenali Suraya menjadi persoalan.Apa-apapun apabila kebenaran terungkap saya tiba-tiba terbayangkan Remy seperti penyanyi terkenal Indonesia Noah tu.Best ooh lagu dia.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ezzan Haqis.
61 reviews3 followers
July 19, 2022
Seperti biasa, Anna Lee.... mana pernah mengecewakan peminat & pengikutnya. Setiap kali watak hero yang dicipta mesti buat ceq terjatuh cinta. Mencik la camni. Ceq asyik terjatuh cinta berkali-kali dengan semua hero rekaan Anna Lee ni. Hahahaa....

Kali ni awal-awal lagi ceq dah terjatuh suka dengan watak Remy. Tak kisahlah Puan Penulis gambarkan buruk camne sekalipun si Remy ni, ku tetap nampak Remy sangat sempurna dengan cara yang tersendiri. Eceehhh...Melting weh...

Dalam masa sama suka watak-watak tambahan lain macam Mawar. Entah kenapa ku terbayang watak Mawar ni Yuna Rahim bawakan. Dengan muka kerek pada awalnya. Eh! 🤣🤣🤣

Apapun best cerita ni. Buat tak lepaslah buku ni. Meronta-ronta hati nak tahu apa terjadi lepas ni. Lepas tu pulak camne? Seterusnya? Then? Haaa... silalah dapatkan buku ni dan baca. Confirm tak mengecewakan. Kali ni tak berat sangat. Tapi masih ada vibes tertanya-tanya.

Teruskan menulis dengan idea-idea yang best ya Anna Lee. I'm one of your die hard fan tau! 😉
Profile Image for Hn.ssss.
39 reviews1 follower
November 19, 2022
I'm Yours - Anna Lee

Rate : 4/5 ⭐

" Ayah kandung pun ramai je yang kejam. Jadi jahat tu bukan kerana statusnya ayah tiri , tapi kerana hatinya." - Remi

" Serah segalanya kepada DIA. Sebab semua yang berlaku ni bukan salah sesiapa. Semua ni sudah ditentukan. Sudah disusun saat roh kamu belum ditiup lagi. Cuma kamu perlu berserah, berusaha dan kemudian bertenang." - Tok Salim

I'm yours.
Talk about realiti kehidupan kita . Sekeliling kita. Kawan yang kita anggap sahabat tapi rupanya talam dua muka , gunting dalam selimut 💁🏻‍♀️

First time baca novel @annaleejue andddd....whoa impressive 👏 patut semua novel lovers kena ada novel² dia. Dah boleh kot hunting pelan² 🤣 btw , i love the messages . And dont judge the book by its cover ☺️ - Remi .

#annalee#bookstagram#novellovers
#booksinreview
Profile Image for libraryofaisha.
56 reviews4 followers
September 16, 2023
I'm Yours, secara rasminya mendapat tempat di hati saya ecehh

- One of the cutest love stories I've ever read. Tolonglah, buku ni buat I meroyan macam orang gila tau, kawan ii menjadi saksi....Buku ni macam cliche tapi tak pun. Faham tak ? Cara Anna Lee mengarang cerita dapat membuatkan pembaca jadi lebih tertarik dengan karyanya. Cerita ni memang menarik, ada plot twist yang mendalam and twisted dan tak predictable. Watak dan perwatakan dalam buku ni memang semuanya saya suka, sekali ii dengan watak antagonis dia lagi saya suka, memang menyakitkan hati tapi worth it untuk dibaca. Watak Soraya, Jebat and Remi oh my saya tersangatlah suka !! Kalini takde komen negatif nak cakap pasal buku ni.
Displaying 1 - 30 of 41 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.