Macam mana kalau, Ayaan tu sebenarnya petualang seperti yang dimomok Darwish?
Macam mana pula kalau, Haniya yang sebenarnya jahat dan mempermainkan dua lelaki tersebut?
Memori Haniya hilang setelah dia bangun dari koma. Dia terperangkap dalam ingatan dua tahun lepas. Makanya bila diberitahu dia telah bertunang dengan Ayaan, Haniya merayu minta putus. Siapa sanggup bertunang dengan lelaki asing, walaupun Ayaan tu jatuh katogeri kacak dengan sepasang long dimple?
“Awak pergi sebulan pun saya tak hairanlah.” – Haniya.
“Ya Muqallibal Qulub, sang pembolak-balikkan hati, hantarkan desiran rindu ke dalam kalbu si kurang kasih sayang tu. Agar dia tahu bagaimana nilai derita si jentayu yang menantikan hujannya.” – Ayaan.
Namun hari demi hari, mereka semakin serasi. Tapi Ayaan tak tahu, diam-diam Haniya sedang mencantum kembali puzzle memorinya. Yang mana kepingan puzzle tersebut disorok oleh Ayaan sendiri.
Haniya tak tahu, dia telah menghampiri garis bahaya. Ada seseorang yang memerhati dan menantinya penuh taksub. Apabila yang jahat lahir dari penganiayaan, ketaksuban diakhiri pembunuhan, haloba berganti penyesalan, apakah nafasmu masih dalam reda Tuhan?
Tanya Ayaan, bagaimana sang jentayu mengungkap syair rindu kepada si hujan?
Pembaca memanggilnya Ell. Anak kelahiran Melaka tetapi menetap di Kelantan ini mula serius menulis sejak 2017. Manakala Kekasih Segera adalah zine sulung bawah penerbitannya sendiri, Novella House (NH).
Cita-citanya ingin menerbitkan banyak lagi karya bersama NH dan amat mengharapkan sokongan para pembaca. Dia sangat sukakan cabaran dan sentiasa inginkan kelainan dalam setiap karyanya.
Andai ada sebarang cadangan, komen atau kritikan membina, boleh menghubunginya di laman sosial berikut😉
Facebook : Ella Syasdhia FB Group : Rumah Ungu Wattpad : @ellasyasdhia02 Instagram : @iam_ellasyashia
F tertarik dengan part kahwin sesama adik-beradik. Puncanya ayahnya tak beritahu dia ada anak dari isteri kedua. Ingatkan kebetulan nama ayah sama tapi mereka memang sebapa lain ibu. Allah!
Kesiannya. Meninggal diwaktu yang muda... tinggalkan anak² yang masih kecil. Allah. Sedih baca part ni. Sungguh² F nangis
Ingatkan dah berhenti nangis rupa²nya ada lagi part sedih, mereka tak diterima saudara keluarga malah dihina. Adik Aayan meninggal sebab kena buli. Teringat F kisah² yang benar tentang buli sampai mati orangnya.
Karya ini ada isinya.. isi itulah yang buat F tertarik.
Tahun 2022 aku tak ada mood, tapi nasib baik jumpa novel best! Permulaan baca, aku macam tertipu sikit sebab ingat novel ni sama je macam novel2 yang heroin hilang ingatan😂 Rupanya TAK!
Tapi dalam banyak2 konflik/isu yang diketengahkan, aku paling suka dan tak boleh move on dengan 2 ni.
1. Pasal buli (kesian gila weh dekat Sharaf😭).
2. Anak wathi syubhah (sepasang husband and wife yang tak tahu sebenarnya diorang adik beradik sebapa) Gilalah😨
Aku suka baca novel yang buat aku rasa pandai😂 First time dengar tentang hukum pakai stoking kulit. Pendek kata, novel ni berbaloi dimiliki (masuk dalam list boleh ulang² baca😜).
Buku ni sesuai untuk semua generasi. Banyak ilmu dan pengajaran yang aku dapat dalam novel ini. Olahan penulis yang sedap dibaca, ringkas dan padat.
Penulis kupas masalah fiqh yang rare dalam novel ni. Sedih baca kisah Ayaan yang kena hina atas kesilapan datuknya. Lagi bertambah sedih kes pembulian😢
Aku suka ayat² yang Ayaan beri pada Niya melalui origami. Tersipu-sipu baca ayat tu, terasa seperti Ayaan beri ayat tu pada aku😝 Salah satu ayatnya...
Jika rindu laksana perahu Nescaya karam ditabrak keghairahan ombak Seperti rinduku tak dibalasmu Karamlah aku dalam lautan nestapa.
Aushhh meresap ke sanubarilah ayatnya😍 Dan aku sangat² suka ayat sebelum tamat.
Sayangku Haniya, hawa cerminan bidadari. Tertewas sang mufassir dalam menterjemahkan pesonamu, apatah lagi kalbu arjuna yang tertawan. Sangkaku cuma layak memuja, tapi potret takdir melakar sebaliknya. Terima kasih, kerana menjadi pelangi sesudah badai.
Kekasihku Ayaan, sosok pahlawan dipahat sempurna. Akulah si majnun yang mencintai kerana jiwa luhurmu. Kagum akan kelopak keperibadianmu. Andai kau pinta coretkan syair kalbuku, nescaya penanya habis. Untuk setiap bisikan syahdu cinta ini, kubalas setia nan teguh.
Sabar itu nikmat sewaktu ujian mendatangimu. Lukiskan senyum sambil menanti awan mendung itu berarak pergi.
Ayat yang banyak kali baca masih tidak bosan. Jantuh cinta berkali² dengan olahan si penulis♥♥♥
Assalamu'alaikum. Macam sdh lama ndak up review sini. Jadi marilah ai mulakan dngn buku ni dulu. Baru hbis baca juga ni.
𝐉𝐞𝐧𝐭𝐚𝐲𝐮 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢 𝐇𝐮𝐣𝐚𝐧 by 𝑬𝒍𝒍𝒂 𝑺𝒚𝒂𝒔𝒅𝒉𝒊𝒂
Cerita yg boleh aku katakan tak trlalu rush. Yg mana perjalanan ceritanya dapat kita senang hadam. Lagi2 pada awal nya, karakter hero tak dimunculkan terus semasa si Haniya bangun dri koma nya. Yg aku sukakan adalah cara bagaimana logik yg ditunjukkan dngn cara keluarga Haniya bertindak.
Cumanya- smpat emo kejap dngn Haniya. Tapi tak lama bila dia pndai juga berfikir untuk percaya pada tindakan family nya.
Ayaan. Kalau tanya aku sebagai pmbaca.. Msti lah aku akan kata aku suka wataknya. Tapi jngn disangka lembutnya tu tak ada baran nya.
Tapi kesabaran dia aku tabik lah. Hahaha. Kuat mengusik juga!
Makin diteroka... Semakin kita akan mnjumpai watak yg kita akn mula thu siapa mereka dalam kehidupan antara dua watak utama ni.
Yg menariknya- pengetahuan tntng status Ayaan. Aku tak pndai nak keluarkan tntng pengetahuan atau pengajaran ni.. Tapi yg pasti.. Sngt berbaloi baca cerita ni. Ada pengetahuan yg aku bru tahu. Pengajaran dan nasihat2 secara kata2 yg diungkap di novel ni.
Betapa pnting menjaga aurat. Menjaga kehormatan diri dan keluarga. Juga betapa penting nya menjaga lidah. Kerana trkadang.. Kata2 yg tak baik boleh mmbawa kepada pembawaan diri seseorng. Seperti Haniya. Mujurlah ada Ayaan yg selalu nasihatkan dia untuk sabar.
Tapi bagaimana jika ada seseorang yg tak org yg boleh menariknya ke arah kebaikan? Yg tak pedulikan nya?
Haaa yg tu tak boleh reveal siapa. Tpi serius aku sebak menuju akhir tu. Sdh habis baca pun teringat ingat.
Watak Khairil bawa kepentingan juga. Kasih dia sebagai abang tu buat aku sebak.
Banyk nilai aku dpt dri cerita ni.
Satu lgi yg aku mahu ungkapkan- masa ni masa aku baca di part yg kisah silam family Ayaan. -betapa pnting nya uar kan sesuatu pernikahan dan tak merahsiakan sesuatu yg boleh mmbawa kepada masalah dikemudian hari.
Kepada penulis. Terima kasih hasilkan cerita begini. Please hasilkan lgi cerita yg boleh mmbawa pengetahuan dan nilai sprti ini. Lagi2 nilai keluarga dan ikatan kekeluargaan tu.
Daj lagi, seorang watak sampingan yg juga memainkan peranan. Sayangnya wataknya tak lama. Tpi tetap mmberi kesan semasa pemergian nya.
Ceirta yg mmmbawa sebuah kisah, memori yg buatkan aku sedikit sebak melepaskan nya hbis. 😭🧡
Pertama sekali, terima kasih Ell untuk buku ini. Sesungguhnya, aku suka. (Sebenarnya, ni buku kedua penulis yang ada dalam koleksi aku. Yang pertama ialah Dia Muntaqibah Hatiku. Tapi gitulah, tak tahulah aku nak peram sampai bila). .
Bila Haniya sedar dari kemalangan, dia hilang ingatan. Dia lupa siapa Ayaan, tunangnya. Pada masa yang sama, dia mendapat bayangan seorang lelaki dalam mimpinya, Darwish. Jadi, dia mula ragu-ragu, siapa yang patut dipercayai? .
Aku suka watak Ayaan ni. Sangat gentleman. Dan suka mengusik Niya. Dia suka usap kepala Niya, tanpa sedar. Tapi dalam baiknya seorang Ayaan, ada rahsia yang disembunyikan. Itu yang membuatkan dia mengamuk dan berubah jadi seorang yang menakutkan. Tapi cepat je dia sejuk. .
"Budi ditabur sebab Niya ikhlas. Seperti surah Al-Ikhlas yang tak ada perkataan ikhlas di dalamnya. Selama ikhlas itu masih terucap, bermaksud belum sampai ikhlasnya. Kerana yang ikhlas akan sentiasa berbuat tanpa disebut keikhlasannya." .
Aku suka sebab buku ni ada nasihat yang disampaikan. Suka watak Ayaan yang berhikmah dalam menegur. Suka dengan penggunaan ayat penulis yang berpuitis tapi tak terlalu banyak. .
Dan dalam pada aku ingatkan yang ni cerita romance je, rupanya ada part yang mendebarkan bila ada part orang jahat tu la. .
Oh ya, tak tahu la kenapa, aku sangat tersentuh dengan watak Ayaan ni. Nampak je suka mengusik Niya, tapi dia sebenarnya banyak terluka. Dengan sejarah keluarganya menyebabkan dia dihina dan adiknya dibunuh. Allahu, part Sharaf mati dibunuh tu, mengingatkan aku pada arwah Zulfarhan. Maka aku turut bersedih bersama Ayaan. .
Buku ni banyak ilmu dan nasihat. Bacalah. .
p/s: oh ya, kalau tak salah aku, ni buku pertama penulis yang diterbitkannya sendiri. Tahniah kerana kualitinya bagus.