"Manusia mulia itu sudah wafat. Kita akan berasa sedih apabila membaca kisah Baginda di dalam buku ini. Kerana sehingga pada saat-saat akhir sebelum wafat, apa yang difikirkan adalah mengenai kita, umatnya." Dicky Kentsela, (Pemilik Ghazi Publishing)
Bagaimanakah karakter Muslim sejati? Jawapannya hanya satu, seperti karakter Baginda Rasulullah SAW. Hadirnya seseorang yang menjadi contoh tauldan amatlah penting. Kerana ada banyak ideologi di luar sana, yang tidak memiliki contoh untuk diikuti, kemudian menjadikan para pengikut ideologi itu berpecah belah dan akhirnya sesat.
Karakter baginda amat penting, kerana di saat kita hendak mengetahui yang mana ajaran Islam yang benar, kita hanya perlu merujuk kepada penjelasan para ulama yang bersumber dari amal perbuatan yang pernah Baginda lakukan.
Di sinilah kepentingan generasi Islam menyelami kembali perjalanan hidup dan perjuangan dakwah Rasulullah SAW. Lebih-lebih lagi ada banyak kisah hidup Baginda yang menakjubkan yang akan menjadi lautan hikmah yang tiada batasnya bagi kita. Buku ini akan mengungkap sedikit sahaja dari kisah-kisah yang menakjubkan tadi.
Terima kasih kepada pihak Buku PTS kerana sudi berkolaborasi bersama aku bersempenakan Kempen Maulidur Rasul dan buku ini adalah buku kedua yang aku baca untuk kempen ini.
Sebelum ini, aku review jilid 1 buku ini. Jikalau dalam jilid 1, mengisahkan tentang Rasulullah berdakwah secara rahsia dan akhirnya terbuka sehingga berhijrah ke Madinah, jilid 2 pula bertumpukan tentang kisah hidup Rasulullah selepas berhijrah ke Madinah. Apakah yang baginda buat di Madinah selepas diusir oleh kaum Musyrikin Mekah?
Mesti kita semua tahukan apa yang terjadi? Rasulullah berperang dengan para Musyrikin Mekah di Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandaq sebelum akhirnya Rasulullah berjaya menakluki Mekah semula. Tapi oop oop!!! Bukan itu sahaja tau yang berlaku selepas penghijrahan baginda SAW. Banyak lagi sebenarnya yang terjadi!
Contohnya, baginda mengerahkan pasukan tentera Islam yang sebanyak 3000 orang berperang dengan tentera Rom Byzantine yang mempunyai 200000 orang tentera! Ya, dalam jilid ke-2 ini banyak mengisahkan perang-perang yang dilalui oleh Rasulullah selepas berhijrah dan itu membuatkan aku rasa seronok sangat ketika membaca. Lagi-lagilah aku ini memang suka baca kisah perang! Hehe!
Kisah yang paling buat aku meleleh semestinya kisah kewafatan Rasulullah. Paling sedih, apabila Abu Bakar nak imamkan solat subuh dan Rasulullah lihat melalui jendela biliknya dan tersenyum. Weh, serius sedih. Menangis aku dibuatnya!
Seperti biasa, ilustrasi di dalam buku ini semuanya cantik-cantik belaka dan gaya bahasanya pun santai. Sesuai untuk dijadikan bahan pembacaan yang santai. Bukan kanak-kanak dan remaja je boleh baca, tapi orang dewasa pun boleh baca, okay?
Silalah beli buku ini! Tidak rugi dan amat bermanfaat untuk dibaca!
Bahasa yang sangat mudah untuk difahami dengan gambar rajah seperti peta dan ilustrasi yang menarik. Sangat sesuai kepada yang nak baca ringkasan penuh sirah Rasulullah sebelum pergi ke buku buku yang lagi tebal, mendalam dan terperinci.