Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tragedi

Rate this book
“Sorry kacau abang. Tapi kita ada masalah sikit dengan client malam ni.”
“Masalah apa?”
“Encik Ghaffar tak jadi buat ritual, sebab dia tak nak tengok roh anak dia dalam keadaan yang tak baik. Cik Hasya pulak, tak ada barang daripada waris yang sedarah sedaging. Sebab dia anak yatim piatu. Dia tak tau mak bapak dia siapa.”
“Kalau macam tu, cancel sajalah dua-dua. Jom kita balik,” kata Mokhsen sambil mengangkat sebelah lutut, sedia untuk bangun dari silanya.
“Jap! Diorang ada suggest satu benda. Andika pun tak pasti boleh ke tak. Sebab tu nak tanya abang dulu...”
“Apa dia?” Mokhsen kembali bersila.

300 pages, Paperback

First published August 8, 2021

17 people are currently reading
182 people want to read

About the author

Ismi Fa Ismail

31 books339 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
134 (49%)
4 stars
86 (31%)
3 stars
40 (14%)
2 stars
10 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 81 reviews
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
263 reviews56 followers
August 24, 2021
Please kalau nak baca buku ni jangan baca dengan expectation ni buku hantu. I did that, and i was left disappointed.

Bagi aku cerita ni lebih berat kepada tema kekeluargaan campur thriller sedikit. Secara jujurnya aku mengharap penulis lebih kembangkan watak atau bahagian SENANDIKA sebab bagi aku ni part yang menarik. Dan kalau betul nak buat revenge, aku rasa akan jadi lebih menarik kalau revenge tersebut dibantu dengan mengggunakan tenaga kerja hantu2.

Walaupun begitu, aku suka penulisan penulis. Well ismi fa ismail kott memang penulisan dia menarik. Dan ending dia pun aku rasa it's a bittersweet ending yang aku sebenarnya agak suka.
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
August 27, 2021
Novel Tragedi - Ismi Fa Ismail sangat-sangat banyak trigger warning ya.

Peringatan awal untuk mereka yang belum baca.
Profile Image for Qihaa.
41 reviews
August 19, 2025
apa yang sedih sangat hidup Hasya ni😭 okey just finish all buku ifi yg under fixi. suka gila cara olahan penulisan. cuma apa jadi sandika tu??? takkan habis macam tu je
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
March 7, 2023
Tragedi mengisahkan tiga individu yang melalui tragedi yang perit dalam hidup - Hasya, Pakcik Ghaffar dan Ruhilah.

Hasya punya rasa ingin tahu yang sangat tinggi tentang apa yang akan berlaku selepas kematian. Pakcik Ghaffar pula ingin mencari pembunuh anaknya, Insyirah. Tragedi telah menemukan mereka dengan Andika dan Mokhsein yang menawarkan servis ritual untuk berkomunikasi dengan roh. Namun sejak upacara ritual tersebut dijalankan, satu hubungan baru mula terjalin antara Hasya dan Pakcik Ghaffar. Satu hubungan yang penuh dengan misi dan visi.

Pertemuan yang tak disangka antara Ruhilah dan Pakcik Ghaffar pula telah membuka mata Ruhilah yang selama ini 'buta'.

Tahniah buat penulis atas karya yang ohsem ini. 5 bintang!

Profile Image for Regina Ibrahim.
39 reviews9 followers
August 17, 2021
NO SPOILER ALERT!

Kamu menantikan fiksyen seram? Novel ini hampir hampir melewati lorong genre tersebut, namun ia lebih tepat dibaris sebagai novel Emotional Thriller.

Penulis memberi prolog kunci sambil berfalsafah tentang kematian untuk memikat pembaca. Tanpa bab bab tradisional sebuah novel (karya fixi seringnya begitu sejak tahun 2010) bab digantikan dengan tema urutan bulan. Prolog ditulis dengan begitu cemerlang.

Masuklah watak watak penting dan utama sebagai tunjang cerita: Ghaffar yang meratap kematian ngeri anak perempuan kesayangan, Insyirah. Bintang Instagram Hanna yang ceria dipertemukan dalam kiat plot yang begitu menarik sekali dan membawa kisah pilu yang tidak kurang tragis.

Keputusan penulis memperkenalkan siapakah di sebalik SENADIKA juga menarik, begitu juga Azlinda yang digambarkan polos mewarnai perjalanan cerita. Tragedi terus mempamirkan laluan perasaan manusia akibat kehilangan melalui watak Raheem dan Ruhila yang tidak kurang pentingnya untuk meruntun perasaan pembaca.

Begitu rapi plot dan aturcara babak perancangan membalas dendam dilakukan. Sensitiviti penulis pada hal hal kecil perlu dipuji (hal kecil namun penting banyak dipamirkan dalam karya ini). Babak seks terkawal penerangan melalui garapan bahasa kemas dan terma terma jelas dikaji tanpa semberono. Begitu juga keterlibatan peranti peranti zaman (IG, telefon pintar, mesej)

Editan dan susunan yang bagus di pihak editor (ayat condong, cuplikan wikipedia, terma, kata sebaris) begitu kemas dan memudahkan.

Karya yang tidak perlu diragui lagi berdasarkan pengalaman menulis barisan karya seram bestseller (yang sering berselit dengan bual bicara realistik , galur sosial, sinis manusia dan suasana moden yang tidak konvensyenal dalam penerbitan Melayu) - satu lagi karya yang ingin dicadangkan pada penulis pemula bila mahu merangka suasana dalam fiksyen.

Tragedi membariskan banyak falsafah ‘one-liner’ yang baik dan berkesan antaranya: Kegelapan lebih ketara bila ada sekelumit cahaya.

Meskipun ada beberapa perenggan yang boleh dianggap proses memperpanjangkan novel, ia ditulis dengan baik dan sedap dibaca.

Tragedi karya untuk pengemar novel Thriller Mystery ditamatkan secara bulat dan memuaskan.



4 bintang besar

Regina Ibrahim
Profile Image for junmembaca.
21 reviews3 followers
September 26, 2022
⚠️ TW — culik, rogol, seks, BDSM & suicide ⚠️

Hmm… jujurnya tak tahu nak tulis review macam mana memandangkan Tragedi mengisahkan sesuatu yang… gelap. Sangat gelap.

Aku suka penulisan IFI, cuma permulaan cerita Tragedi sangat perlahan dan panjang. Jadi, rasa lama sangat nak habiskan. Aku tak skip tapi aku baca bila rasa nak baca je. Memang makan masa sikit nak habiskan naskah Tragedi ni. Satu bab lebih 30 muka surat. Sampai 50 surat pun ada kalau tak silap. Jenuh tak tahu nak berhenti kat mana. Hahaha.

Bagi aku, tragedi yang Raheem & Ruhilah hadapi tu kalau takda pun takpa sebab aku lagi menarik nak tahu apa jadi dengan Andika & abangnya. Sampai ke sudah tak tahu apa jadi dengan dorang.

Selain tu, aku suka cara IFI kaitkan kisah tragedi yang terjadi antara Ghaffar, Insyirah & Hasya. To be honest, disturbing dan terlalu banyak TW kisah dorang ni. Tapi tulah, ini salah satu genre buku yang aku suka. Jadi, bolehlah terima bila baca benda-benda macam tu walaupun tiap kali baca akan mencarut. 🥹

Baik, secara ringkasnya Tragedi ni pasal tragedi yang jadi dalam hidup nama-nama watak yang disebut tu. Kalau korang strong dan open minded, bolehlah baca sebab korang akan faham kenapa ada watak sanggup bunuh diri— berani potong jari korang takkan jadi judgemental.

Aku tetap rekomen untuk korang baca walaupun dark but read at your own risk lah ya.

Rating: 4/5 🌟
Profile Image for Adrianz.
146 reviews22 followers
January 19, 2022
Mcm biasa buku IFI tidak prnh mengecewakan. Membuka kembali semangat membaca yg telah sekian lama terkubur (sejak thun 2020 lg huhu..on off mood). Baru ku perasan kulit buku ini melambangkan satu watak dlm kisah Tragedi ni. Lama2 tenung seram lah pulak walaupun crita buku ni xde lgsg kisah seram haha 😅
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
January 13, 2022
Sesuai sangat dengan tajuk dia..
Buku ini merupakan sebuah kisah mengenai tragedi yang menimpa beberapa orang manusia dan bagaimana tragedi itu menyatukan dan menemukan mereka..
Profile Image for Raglan.
8 reviews
March 11, 2024
Hm where do I begin

Rasanya, I am not the target audience for this book sebab too many sensitive issues were addressed. One of the reviews said not to have any expectations on this book being a horror book but I did and….I was disappointed.

To be fair, the cover contribute juga kenapa aku rasa buku ini adalah dalam kategori horror dan sinopsis yang dipilih untuk letak belakang buku pun memainkan peranan. Bagi aku, orang yang di-highlightkan dekat sinopsis ialah orang-orang yang penting dalam buku ni. Don’t get me wrong, Hasya and Ghaffar ye banyak keluar tapi dua beradik tu??? Hilang macam itu sahaja lepas ritual. I wish there was more of them, especially lepas abangnya kata bapak tak advise untuk buat dengan roh yang takda tali kekeluargaan. Tell me I am not alone on this.

Banyak lagi sebenarnya nak comment but I will keep it to myself kot :p Like I said, I am not the author’s target audience (for this book.)

I enjoyed the other books by Ismi Fa Ismail, just not this one.

Also, I don’t think Ruhilah’s character did anything to the plot. Maybe it’s just me.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Author 2 books12 followers
September 18, 2021
Satu lagi karya lokal yang disambut baik oleh pembaca cerewet seperti saya 😅

Tiga tragedi tragis yang berlaku pada tiga orang insan. Saya memberikan bintang penuh kerana jalan cerita yang menyayat hati sekali gus mengingatkan saya untuk tidak leka dan lalai sementara hidup di dunia. Dari awalan bab lagi, buku ini sudah menjadi page turner. Jalan ceritanya seakan-akan pernah berlaku di dunia nyata dan salah satu watak di dalam buku ini berkongsi perasaan yang sama dengan saya. Oleh itu, cerita ini membuatkan saya tersedar dan membuka mata lebih luas lagi.

Ada beberapa bahagian di dalam buku ini tidak berlandas dengan agama contohnya, balas dendam, pemujaan, kandungan seksual dan bunuh diri. Namun, saya mengerti kerana itulah yang berlaku di dunia saat ini. Bahagian plot twist dan klimaks juga berjaya membuatkan saya menitiskan airmata. Syabas diucapkan! 💖

Btw, ini bukan cerita seram dan banyak trigger warnings (Rogol, Seksual, Pembunuhan, Nudity dan sebagainya)
Profile Image for Bayuu Haikalson.
159 reviews2 followers
September 14, 2021
Rupa-rupanya bukan novel seram. Aku tertipu.

Bagi aku, karya ini sedikit gelap. Emosi ada. Ada beberapa bab yang boleh aku mengalirkan air mata, yang buat aku tersenyum dan bab yang mata aku terbuka luas.

Ada banyak watak dalam karya ini dan selalu berkaitan akhirnya. Itu yang aku suka. Penulis mahu kita kita selam betapa kuat nya erti kesedihan itu bila kalau kita bersendirian. Jujur nya kesunyian itu kalau tak kuatnya kita atasi sendiri dengan kemahuan kita.

Dark theme juga lah karya ini.

Aku suka cara penceritaan yang di sampaikan oleh penulis. Details nya aku kagum teruk. Details mengenai mencari erti kematian, dirogol dan seks itu membuatkan seakan-akan kita yang lalui sendiri.

Aku perlu bersendirian seketika untuk menikmati karya ini.

Terima kasih, Ismi Fa Ismail.
Profile Image for rg Qirin.
27 reviews
December 27, 2025
TRAGEDI
oleh Ismi Fa Ismail
dari Buku Fixi

"Mungkin aku just assume yang aku akan mati macam kebanyakan orang lain. Bila dah tua kerepot. Manalah aku nak tau... yang aku akan mati semuda ni."

Sedihnya lah novel ni. I didn't see this coming from IFI. Langsung tak. Sumpah tak ready.

TRAGEDI bawa kita menelusuri kehidupan Hasya — seorang yang obses untuk faham kematian. Bukan sekadar mati itu apa, tapi apa yang jadi lepas mati. Then came SENANDIKA, yang bawa Hasya jumpa dengan Ghaffar, Insyirah dan juga kita temui Ruhilah dan Raheem yang turut menghadapi TRAGEDI mereka sendiri.

Novel ni, dari mukasurat pertama sampai mukasurat terakhir, bagi kau vibe yang muram. Bukan dark, dim. macam bukak lampu, tapi lampu tu tak terang. Walaupun Hasya ni merupakan character yang happy, yang ceria, tapi sedih tu tetap ada, sebab kau tahu apa TRAGEDI Hasya.

Gore-wise, TRAGEDI itu sendiri sangat mengerikan. IFI tulis apa yang berlaku dengan sangat teliti sampai kita yang baca boleh bayangkan dengan real. and the pain, sampai. sakit gila rasa.

Aku tahu aku dah cakap, tapi novel ni sedih gila. Sedih dia tu, aku habis baca petang semalam, aku dah tidur, aku bangun pagi ni, tulis review ni, aku masih rasa sedih tu.

Terima kasih Ismi Fa Ismail for TRAGEDI. You really caught me off guard here.

(one question tho: What happen with SENANDIKA after that particular scene?)
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
December 27, 2023
Wow! Tak jangka penulisan penulis ni sangat padu. Cerita ni lebih kepada cerita kekeluargaan yang sarat dengan tragedi ngeri. Baca ja dah rasa ngeri, tak boleh bayang. Novel macam ni lar kalau buat filem, baru gempak. Ni dah jadi penulis favourite daku untuk cerita-cerita ngeri.
1 review
August 28, 2021
Ismi Fa Ismail always give a different dalam penulisan dia❤️. Tak pernah mengecewakan.
Just reminder, ni bukan novel seram mcm sebelum ni. This novel is more to what just happened nowadays. Tak terima takdir, keadilan yg tiada dan pengalaman memaksa seseorang tu sanggup melakukan apa sahaja. Bawah ni saya ada letakkan dm saya dengan kak ismi❤️


Review jujur,
Assalamualaikum kak ismi🥰. Saya dah habis baca buku akak n nak bagi review. Should be buku ni habis baca dari awal lagi, but berebut dengan mak.. sebab dia pun minat karya penulisan akak😍❤️. Tbh, TRAGEDI memang banyak perkara yang ingin disampaikan kepada pembaca. Berlakunya suatu perkara tu mampu mendesak kita untuk menggunakan apa sahaja cara untuk mendapatkan keadilan. But srsly! Buku kali ni lain sangat, banyak perkara yang sebenarnya ada je dalam pemikiran kita. Persoalan, keterdesakkan, penafian, semua ada. Cuma pembaca perlu open minded. Tak boleh jenis kalau religus sangat, maksudnya terlampau ambil serius dengan novel TRAGEDI ni terutama bahagian jumpa bomoh and bahagian hasya korbankan diri dia untuk tuntut keadilan. Kalau jenis pemikiran sempit, diorg akan start kata "tak guna berkorban kalau tindakkan kau sama je macam bunuh diri".
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for HoneyGee.
146 reviews7 followers
Read
April 5, 2022
Sejujurnya saya tak layak untuk beri rate pada buku ini kerana saya membaca pada anggaran 10% sahaja daripada keseluruhan cerita. Tapi saya nak juga tulis pandangan saya terhadap kisah ini dengan pembacaan 10% itu. Saya rasa cerita ni agak perlahan dan menyebabkan saya malas nak sambung pembacaan. Tapi disebabkan nak tahu endingnya macam mana, siapa yang jahat, siapa mangsa etc, saya baca lompat-lompat bab dan baca sekali imbas.. sampai saya dapat tahu oh, dia ni yang jahat rupanya (ada plot twist di situ). Then, terus tutup buku.

Dari awal kisah pun sudah ada sedikit scene dewasa. Di pertengahan lagilah, tak cover langsung. Untuk yang ni, saya tak setuju dengan penulis, editor dan penerbit. Sebab, bukan pembaca matang sahaja yang baca buku ni, malah ada juga budak bawah umur. Disclaimer di cover page tak releven lagi sebagai amaran kepada pembaca sebenarnya. Malahan sebagai orang islam, babak sebegini seharusnya tidak wujud.

Saya pernah baca buku penulis sebelum ni, iaitu Jangan Baca Kombo Ni dan saya sangat-sangat sukakan cerita tu. Pasti sahaja dengan bakat penulis untuk berimaginasi menulis cerita yang menarik tak perlukan adegan-adegan berikut dalam karya penulis.
Profile Image for Akmal Danial.
46 reviews
September 8, 2022
Tragedi.. satu karya yang ternyata berat untuk dibaca, ia mengetahkan tentang topic kematian..bagi aku, buku ni la yang paling heavy dia punye pembawakan yang pernah aku baca

Aku suke cara penyampaian dialog dia x awkward, and setiap ayat yang di lontarkan tak bosan dibaca walaupun aku rase ada beberapa perenggan tu just utk memanjangkan cerita

Ceritanye terlalu sadis sekali , permulaan cerita kita dikenalkan dgn watak hasya yang teringin untuk merasai mati dan mengetahui bagaimana kehidupan selepas mati , permulaan pun sudah membuatkan aku speechless pabila dia mau masuk ke dlm almari mayat tu , di pertengahan cerita rupanye dia disahkan menghidap kanser
Seterusnye kite diperkenalkan dgn watak ghafar dan ruhaila yang kematian anaknya

Ternyata naskhah ini berjaya membuat aku merasai pelbagai perasaan , ada part yg aku menangis , ada part yang buat aku berdebar and anxious kerana detail seperti aku yang sedang mengalaminya dan ade part yg aku tersenyum membaca, aku enjoy membacanya

Warning naskhah ini mengandungi unsur2 nudity seks, gore and suicide , ternyata tidak sesuai untuk pembaca bwh umur
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Edi Rozaidi.
130 reviews
October 4, 2022
Buku ini bukanlah cerita tentang hantu. Tapi masa awal hanya mindset novel seram, tapi bila baca, rasa menarik dan tidak peduli sangat ada hantu atau tidak tapi lebih kepada jalan cerita.

Ada beberapa plot yang betul2 meninggalkan kesan dan rasa lain betul, antaranya bila saat Rayyan mati. Fuh, memang meremang dan rasa kesian, terpinga dan speechless.

Kedua adalah plot twist di hujung cerita yang dia beritahu pembunuh Insyirah. Santai sahaja sebab ulang baca 2 - 3 kali rasa tak percaya dan diterangkan dengan baik sekali.

Ending cerita ini pun baik dan membekas apabila kematian itu ada kalanya menghidupkan.
Profile Image for Dibah✨.
13 reviews1 follower
February 22, 2023
First of all I would like to remind, ‘Tragedi’ ni bukan genre horror tau. Dia thriller and suicide. Takdak langsungg perkara horror dalam tu. So sebelum nak baca jangan expect buku ni genre horror, maklumlah cover book dia mcm scary kan.

Aku bagi 4 bintang sebab ending aku boleh expect dari awal since Hasya contact dgn Ziyad😂 but apa pon jalan cita ‘Tragedi’ memang smooth. Tapi ada scene 18 yg dijelaskan dengan details😭 cumanya aku dpt faham la kenapa dia cerita details, dia berkait dengan scene yg seterusnya. That’s why perlu di details kan part tersebut.

Recommended to read 👍🏻👍🏻⭐️
9 reviews
February 20, 2022
4.5⭐️

I usually did not favour book with intense mature scene but this book is exceptional as I believed it was went together with the main plot instead of just unnecessary addition to spice the storyline.

Personally maybe writer can develop more on Senandika brothers backstory and include more in the storyline esp towards the ending.

Overall, the plot, storyline and ending is good.
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
Read
August 7, 2022
Menangis! Aku menangis bila habis baca buku ni 😭 sedihnya hidup seorang Hasya. Sedih weh sedih. 😭😭😭 korang patut baca buku ni. Tapi budak2 aku tak sure disarankan baca atau tak sebab ada part yg triggered sikit dan agak 18+.

P/s: aku menaip sambil menangis 😭
30 reviews1 follower
June 9, 2024
buku ni agak berat dan ape yang nak disampaikan tu tak sampai dekat saya. bila habis buku saya macam blur. mungkin saya je kot. orang lain suka je.
Profile Image for Wady.
36 reviews
September 24, 2024
Based on the cover i thought it will be so scary but nahh , it just a cover that dont match with the storyline ...

Tragedi is about 3 family have their own tragedi that traumatized each of them

1st family lost their first child cause of the carelessness , but the mom just not accept and suffer depression and the way she blame her husband that the accident cause by him is so unreasonable . She were there to and agree with the husband decision and from the beginning is was her idea.

2nd family single dad that lost her wife 3 year before his daughter died . This family more tragic than the first and the third one cause he lost his daughter because of the criminal , his daughter got killed after being rape without sympathy and the killer is free

3rd is not a family is just a orphanage girl that have a servical cancer , because of her teenage life that she force to find money for survive and no other choice accept do that service and being sold to a france old man for s/x slave *( )*

So the story began where the 2nd and 3rd meet up by fate at an old building where they get andika service where the 3rd one can get what she want and the 2nd one can meet up with her daughter again to ask who is the killer buy using black magic ( not scary at all ) but something happen and 2nd and 3rd decide to help each other problem and the ending quite bored -_-

There a scene where the orphanage want to call the single dad , dad cause she dont have any parent so she wishing to have a dad before everything end this one so damn sad not lie im cry the way she call abah and the single dad respond it with saying ye anak abah , ye syg wahh dang it sad T-T
Profile Image for Naqibah (_ibsread).
50 reviews6 followers
June 9, 2022
𝘼𝙟𝙖𝙡 𝙞𝙩𝙪 𝙨𝙚𝙥𝙚𝙧𝙩𝙞 𝙨𝙚𝙗𝙪𝙖𝙝 𝙡𝙖𝙪𝙩𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢. 𝙎𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙢𝙖𝙣𝙪𝙨𝙞𝙖 𝙠𝙚𝙣𝙖𝙡 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙧𝙢𝙪𝙠𝙖𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖. 𝙏𝙖𝙥𝙞 𝙩𝙞𝙖𝙙𝙖 𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙥𝙪𝙣 𝙢𝙖𝙝𝙪 𝙙𝙞𝙩𝙚𝙣𝙜𝙜𝙚𝙡𝙖𝙢𝙠𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖.

Tragedi, secara teknikal, memang fiksyen seram yang melibatkan unsur paranormal. Namun, unsur ini cuma merangkumi 20% daripada keseluruhan plot. Jika mahukan cerita horror, seperti aku, anda akan rasa agak tertipu dengan potongan dialog di belakang buku. Mild spoiler menyusuli.

Buku ini lebih dekat dengan genre thriller dan falsafah, mempersoalkan tentang mati, tentang keadaannya, tentang apa yang ada selepas mati. Meskipun konsepnya menarik dan persoalan yang dikeluarkan membuatkan kita berfikir, harus aku tegaskan sesetengah daripadanya terpesong jauh daripada Islam.

Buku ini juga mengandungi babak penderaan fizikal dan seksual yang sangat jelas dan terperinci. Ada juga kehadiran BDSM. Sememangnya buku ini hanya untuk pembaca matang dan saya harap pihak Fixi memeriksa umur pembaca yang mahu buku ini, jika boleh.

Rentak buku agak konsisten dan laju bagi aku. Kemuncak plot sudah dijangka pada pertengahan buku dan aku boleh katakan sebagai langkah yang bijak untuk menyimpulkan keseluruhan cerita. Namun, aku jujur mengakui tidak selesa dengan kebergantungan salah satu watak terhadap kaum lelaki. Aku juga lebih suka andai penulis mendalami hubungan antara Hasya dan Insyirah yang boleh mengukuhkan lagi sebab bagi rancangan Hasya.

Disebabkan beberapa isu yang bertentangan dengan pendirian, aku cuma beri 3.5⭐ untuk Tragedi.
Profile Image for meenie.
321 reviews3 followers
August 28, 2023
weh sedih yang terlampau sedih 😭😭😭😭😭😭

dalam buku ni banyak watak. dan setiap satu ada berkait dengan satu sama lain. each of them has different backgrounds yang tak akan terjangka dek otak. mulanya saya ingat hasya main character tapi ternyata salah. semua adalah main characters di sini.

hasya, instafam. ada rahsia tersendiri. nak ada perasaan untuk mati. nak feel. ada motif tersendiri. ditakdirkan ada enam bulan sahaja masa untuk hidup

ghaffar, bapa kehilangan anak kandungnya. satu-satunya anak peninggalan arwah isterinya. sadis. cara insyirah mati. dirogol dan dikoyakkan kemaluannya. tak ubah seperti binatang dibunuh hidup-hidup.

ruhilah yang juga kehilangan anaknya, rayyan. mati kena hempap dengan almari yang dibaling oleh suaminya raheem tanpa sengaja. takboleh terima. griefing the whole time.

mohsen dan andika. adik beradik. boleh communicate dengan makhluk halus. buat service.

ditakdirkan hasya, ghaffar nak buat service berhubung dengan benda dah mati. nak tahu siapa bunuh insyirah. dan pembunuh dia sangat unexpected. masa silam hasya sangat memainkan peranan penting dalam cerita ini.

cerita ni menarik. banyak pengajaran. terutama sekali dari segi kekeluargaan. aku enjoy baca. also tw:- banyak benda libatkan darah dan trauma. well ni bukan buku hantu jugak jangan expect hantu walaupun cover dia cam hantu. apa yang aku tak puas hati kenapa hasya? haih- baca lah sendiri. korang pun tahu ismi fa tak mengecewakan kan? kombo jangan baca novel ini popular kot ha go grab this one-
Profile Image for Watishaari.
42 reviews2 followers
July 22, 2024
Novel yang membawakan 3 kehidupan manusia yang telah melalui tragedi hitam dalam hidup mereka
.

Hanna Hasya. Nama Yang cantik. Namun kisah hidupnya tak secantik namanya. Dilahirkan sebagai anak pelacur. Tinggal dirumah anak yatim. Tiada sapa yang ingin mengambilnya sebagai anak angkat pabila mengetahui statusnya. Dipaksa mengemis oleh penjaganya. Hinggakan pada usia 13 tahun dia mulai mengikuti jejak langkah ibunya. Hinggalah dia diambil oleh seorang lelaki Perancis. Namun dia Hanya dijadikan tempat pemuas nafsu
.

Ghaffar. Kehilangan isteri sangat menyakitkan. Ditambah kehilangan anak angkara manusia bertopengkan syaitan lagi menyakitkan. Insyirah. Dua dirogol dan dibunuh. Mayatnya sangat mengaibkan. Ghaffar tak mampu untuk menerima tambah2 pelakunya belum ditangkap
.

Raheem dan Ruhilah. Kehilangan anak membuatkan Ruhilah hilang jiwanya sendiri. Dia hidup tapi mati. Meratapi satu2nya zuriat yang dia punya. Lantas kesalahan diletakkan di atas bahu Raheem
.

Senandika. Mokhsen dan Andika. Dua beradik yang mempunyai kelebihan untuk memanggil roh orang yang telah mati. Target mereka adalah Hasya, Ghaffar dan Ruhilah
.

Hasya - ingin mengetahui alam kematian
Ghaffar - ingin mencari pembunuh anaknya
Ruhilah - Hanya dia yang tidak menggunakan perkhidmatan Senandika kerana Raheem telah menyembunyikan sürat yg dihantar Senandika
.

Setiap manusia mempunyai tragedi hitam. Cuma sama ada hal itu mengubah mereka ke arah yang lebih baik atau sebaliknya
.

Novel ni tiada berkaitan hantu ya. Hanya melibatkan tragedi hitam yang dilalui oleh mereka yg Di pilih oleh Allah S.W.T
Profile Image for Hidayat 08.
14 reviews
May 5, 2023
Tragedi?dgr macam citer hantu or maybe thriller.I agree buku ni ada elemen thriller but not that strong as emotional.Expect less and you will not get disappointed.Thats where im wrong..maybe expectation aku dh tinggi before baca buku ni and buku ni end up not that great(my opinion).But actually,kalau reader baca and dh set low expectation,i can guarantee that this book will be great.

Buat julung kalinya baca IFI punya buku.dihasut oleh utube like always.setiap baris kata tu memang poetic.tapi,agak kurang penyampaian dia,i mean its poetic but susah nk faham..kena baca 2 3 kali jugak untuk fhm or x faham..maybe sebab ilmu cetek and x mendalami bahasa.so its not that important on this part

Tapi..baru perasan yg synopsis dia pasal Andika ngan abg dia.tapi jalan citer dia focus on Hasya,Ghaffar mostly.Ruhilah sikit..and not highlighting on this two brothers.So,x sesuai la agaknya kan?

For me,ritual untuk panggil org yg dh mati oleh andika and abg dia tu just minor sgt point dia.so x perlu lah letak dlm sinopsis.kann?

Mesej?Aku nmpk apa fokus yg dia cuba nk terangkan and boleh ambil iktibar from every single thing that happen.Hasya,Insyirah and also Ruhilah.tapi,i dont understand ruhila punya part..why??why citer dia camtu je..x connect ngan Hasya,Ghaffar and also Andika..just surat-menyurat dh setel..sgt plain and boring...

Sorry but this is the negative side of this book...yg positive boleh nilai sendiri..
7 reviews
March 13, 2024


At first I was expecting for a horror novel that related to witchcraft based on the synopsis, turns out ‘Tragedi’ is more likely leaning to a thriller rather than horror. I loved the fast pacing, plot and the character development of the character especially, Hasya’s character. However I hoped there would be more space for character development in Senandika and his brother. Also, I think that Ruhilah, Raheem and their son part was quite unnecessary because it wasn’t really do much for the plot.
Nevertheless, I find it is still an enjoyable work and kudos to the author.
Profile Image for Hafiz Kamaruddin.
97 reviews8 followers
August 29, 2021
📖 Ke-55 2021

"Ajal itu bukan sesuatu yg boleh disukat. Bagaimanakah seorang insan mahu melihat, sesuatu yg tidak mungkin tertampung oleh ruang matanya? (hlmn 155) 😢

"Kenapa bersama setiap tragedi, akan ada watak² aneh yg muncul utk menambah garam pada luka?"
(Ismi Fa Ismail, Tragedi 2021 ;hlmn 21)

🔅Membaca karya penulis kali ini memberikan aq satu 'vibe' yg lain drpd penulisan beliau sebelum ini. Sapa yg tak kenal dgn karya Ismi Fa Ismail bukan? Bermula dgn novel 'Jangan Baca Novel Ini' penulisan beliau tak boleh disangkal lagi. Elemen² seram, mistik, fantasi & thriller mmg sebati dlm gaya penulisan beliau.

🔅Tragedi membawa pembaca utk menelusuri kisah penuh tragis yg berlaku kpd 3 watak utama yg langsung tiada kaitan namun akhirnya bertembung di satu titik jalur yg sama. Seperti karya² sebelum ini, penulis bijak mencantumkan semua 'puzzle' dlm satu titik yg menemukan mereka semua & menjawab seluruh persoalan yg timbul sepanjang kisah ini disajikan.

🔅Hasya, seorang gadis yg sarat dgn kisah hitam & Ghaffar seorang bapa yg baru kematian anak gadis dlm keadaan yg sgt sadis secara tak sengaja bertemu dlm 1 ritual yg ditawarkan SENANDIKA. Bermula drpd pertemuan tersebut, mereka menjadi akrab & mempunyai 1 misi bersama. Apakah misi itu? Berjayakah mereka? 🤔

🔅Dlm novel ini, terdapat byk kritikan sosial yg diselitkan oleh penulis disamping nilai-nilai persahabatan yg sgt tinggi ditonjolkan melalui watak Azlinda. Jika dlm karya sebelum ini, penulis byk menyajikan elemen fantasi & seram, namun dlm karya kali ini pula, penulis bijak mengetengahkan isu² realiti yg agak berat yg sebenarnya secara tidak lgsung memang wujud & berlegar dalam kehidupan masyarakat kita.

🔅Apakah yg sebenarnya terjadi pd 3 watak utama ini? Semuanya hanya akan terjawab dlm novel ini. Nak tahu? Kena lah beli & baca sendiri. Hehehe 🤣

📩 Akhir kata, tahniah buat penulis utk karya terbaru ini. Saya sgt berpuashati & jujur karya kali ni terlampau deep & byk 'quotes' menarik yg boleh dijadikan pengajaran. 5 🌟 penuh & teruskan berkarya ☺
Profile Image for Brown Guy Reads.
64 reviews1 follower
November 30, 2023
The theme of this book is dark, and if you're open-minded, this book is definitely for you. The scenes in the book are written very well in detail. The book involves a father's love towards his daughter, the love of a mother, and how far they would go for their loved ones. It also covers life after death and the ability to cope with life after a tragedy. It's a fast-pacing book. The magic of Ismi Fa Ismail's writing has brought the book to life.
.
.
Don't judge a book by its cover. It's not entirely a horror novel. It contains horror elements. It's a well-delivered thriller novel. Comment down below if you've read this book.

#ismifaismail #tragedi #bukufixi #bookstagram #bibliophile #igreads #currentlyreading #bookreview #instaread #lovetoread #booksarelife #readingisfundamental #whatimreading #bookreviewer #bookaddicts #bookpost #tbrpile #justread #bookishphotography #whattoreadnext #readallday #bookworms #booksofinstagram #bookwormproblems #bookaholic #bookpic #newreads #booknerd
Profile Image for Miss A.
9 reviews
August 22, 2022
This plot is very touching and ada banyak benda yang kita boleh belajar disebalik kisah-kisah tragedi yang menimpa terhadap watak-watak dalam buku ni. Bagi aku sedih jugalah apa yang terjadi dekat kisah lalu Hasya, kehilangan anak perempuan yang dijaga baik oleh Encik Ghaffar dan lagi seorang watak aku tak ingat apa nama dia, dia pun kehilangan satu-satu anak lelaki. Aku tak sangka pelaku yang membuat perkara begitu rupa-rupanya orang yang kita kenal. Memang tak boleh terimalah apa yang dia dah buat dekat nak perempuan Encik Ghaffar. Memang disgusting la. Tak payah jadi manusia la kot. Tapi aku suka ending terhadap watak yang kehilangan anak lelaki, aku tak ingat nama dia. Ada harapan. Aku kesian kat husband dia, walaupun isteri dia jadi macam agak tak terurus lepas apa yang dah jadi tapi husband dia still love her.
Displaying 1 - 30 of 81 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.