Jump to ratings and reviews
Rate this book

Seruan untuk Bekerja

Rate this book
Buku ini ialah terjemahan kitab al-Ḥaththu ʿalā al-Tijārah yang tulis oleh seorang ulama berwibawa dan disegani keilmuannya pada zamannya, iaitu Imam al-Khallāl (234-31H / 849-923M). Karya ini memaparkan 128 riwayat berkenaan keutamaan bekerja, akhlak dalam bekerja, sifat wara' dalam pekerjaan, islah harta, seruan untuk berdikari dan makna tawakkal yang sebenar.

Kitab ini ialah karya pengenalan dan penting bagi memaparkan semula pendirian ulama terdahulu terhadap kemestian setiap insan untuk berusaha dan bekerja mencari rezeki dan membetulkan semula kefahaman tawakkal dan zuhd yang seringkali disalahfahami oleh sesetengah golongan. Dalam masa yang sama, ia juga menggalakkan aspek akhlak dan adab yang terkandung dalam setiap pekerjaan mestilah sebati dalam usaha mencari rezeki, dan tidak boleh dipisahkan dengan bermudah-mudahan hanya kerana ia telah melepasi piawaian fiqh sahaja, tanpa mengambil kira dan mengutamakan pengamalaksanaan di peringkat adil dan ihsan. Inilah yang dimaksudkan dengan amal soleh.

Meskipun ringkas, karya ini amat berguna untuk dijadikan panduan dan peringatan kepada setiap individu masyarakat pekerja dan peniaga hari ini.

96 pages, Paperback

First published January 1, 1986

9 people are currently reading
57 people want to read

About the author

أبو بكر الخلال

12 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (32%)
4 stars
25 (50%)
3 stars
8 (16%)
2 stars
1 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for Nurul Suhadah.
181 reviews34 followers
August 1, 2021
“Katidakbergantungan adalah sebahagian daripada kesejahteraan”

Buku ini ialah buku terjemahan al-Hathu ala al-Tijarah oleh Imam al Khalal. Mungkin nama penulis asal buku ini seorang ulama Mazhab Hambali yang menjambatani pemikiran Imam Ahmad kepada umat manusia setelahnya.

Buku ini memgumpulkan 128 riwayat berkenaan keutamaan bekerja, akhlak dalam bekerja, sifat wara’ dalam pekerjaan, sifat tawakkal yang sebenar-benarnya dan banyak lagi.

Buku ini jika kita jenis yang tidak biasa membaca kupasan hadith atau riwayat, mungkin akan rasa buku ini sangat ‘dry’. Tetapi himpunan ini menarik untuk saya. Ia sangat memberikan motivasi untuk bekerja dalam ertikata yang sebenar.

Saya berpandangan; umat Islam perlu banyak mentelaah kembali karya begini. Kerana kita makin jauh dari apa yang sebenar-benarnya patut kita perbuat.
Profile Image for Faiz • فائز.
367 reviews3 followers
September 6, 2023
Terjemahan sebuah kitab yang dikarang dan disusun oleh Imam al-Khallāl, perihal pandangan Imam Ahmad bin Hanbal رَحْمَةُ الله عليه berkenaan bekerja dan bertawakal. Buku ini diolah dengan cara moden dan diletakkan nota kaki untuk membantu kefahaman pembaca yang terdiri daripada orang awam.

Buku ini memuatkan kalam-kalam salafus soleh berkenaan bekerja, bertukang dan berniaga sebagai tuntutan syariat sekaligus menyangkal dakwaan sesetengah golongan yang kononnya bertawakal dengan meninggalkan pekerjaan. Perbuatan -terlebih bertawakal- semacam ini diamalkan oleh para sufi (yang menyeleweng) sezaman dengan al-Khallāl.

Sedikit petikan daripada buku yang elok dijadikan panduan bersama: "Kefahaman zuhud dan tawakkal yang benar ialah menyeimbangkan antara mencari dunia dan Akhirat, iaitu sementara tubuh badan melaksanakan urusan mencari harta kecukupan kehidupan, hati pula meletakkan sepenuh pergantungan kepada Allah ﷻ semata-mata dan meyakini segala pemberian dan rezeki adalah ketentuan daripada Allah ﷻ jua."
Profile Image for محمد المُفَرِّج.
186 reviews36 followers
January 6, 2022
كتاب نافع، أورد فيه - رحمه ﷲ - ١٢٨ حديثًا وأثرًا مسندةً فيها الحث على المتاجرة والاحتراف والعمل، ويزيد على ذلك فصل في الإنكار على المتواكلين الذين لا يعملون ويمدون أيديهم إلى الناس، ويليه فصل في من صدق في توكله، ولم يطمع بأخذ شيء من الناس.
Profile Image for Muizu ismail.
111 reviews4 followers
January 13, 2022
Buku ni simple gila,dia ringkasan untuk satu kitab tu, dan ia ambil perkara panting saja. Boleh dikatakan ia ringkasan untuk setiap bab dari kitab asal. Kalau nak yang jelas,baik beli sendiri buku asalnya tu. Yang ini macam nota kaki, dan ringkasan. Dan semuanya agak menarik untuk setiap bab dalam buku ni, terutama bab orang yang tahu nak bertawakal tapi Pemalas tak nak kerja, sedangkan allah sendiri ada kata dalam al quran, allah tak akan tolong hambanya kalau hambanya tak berbuat sesuatu atau usaha dulu. Senang cerita tawakal ni penting dan kerja tu penting, kalau terlalu bergantung dengan bertawakal saja, susah macam tu. Jadi kesimpulannya kerjalah, dan dalam masa yang sama bertawakal dan sentiasa bersyukur. Sebab kerja ni pun kira rezeki, dan ada hadis nabi pun ada cakap yang nabi tak suka orang yang terlalu nak bertawakal, tapi tak ada harta atau duit untuk hidup kat dunia ini. Memang menarik buku ni, rasa semangat nak teruskan hidup ini.
Profile Image for vugilatorz.
41 reviews26 followers
June 19, 2024
Very poorly structured and boring. It just a translation of quotes. But this is a good book if you want to find out the importance of working in islam. The answers are straightforward and clear. This book is only good as a quick reference
Profile Image for Saiful Sazali.
12 reviews
March 27, 2025
Sebuah buku terjemahan daripada penulisan asal Imam al-Khallal iaitu al-Haththu `Ala al-Tijarah (seruan untuk bekerja). Disajikan dengan terjemahan yang baik dan mudah difahami. Buku ini merupakan pandangan Imam Hambali terhadap kepentingan pekerjaan demi menyara hidup. karya ini ditulis bagi menolak pegangan sesetengah pihak yang mendefinisikan istilah Tawakal itu secara salah. Bagi pihak tersebut, hanya dengan tawakal (tanpa usaha) Allah akan hadirkan rezeki kepada mereka dan secara tidak langsung mereka akan mula menyusahkan orang lain dengan sifat meminta-minta. Kefahaman zuhud dan tawakal yang sebenar ialah "menyeimbangkan antara mencari dunia dan akhirat."

Buku ini juga ada menunjukkan makruh hukumnya jika seseorang itu bermusafir untuk menunaikan Haji dalam keadaan bekalan tidak mencukupi dan tidak melihat dirinya mampu bertahan.

Buku yang seronok untuk diteladani akan kepentingan bekerja.
Profile Image for Norziati.
Author 9 books84 followers
January 2, 2022
Kalau mahu mencari sebab mengapa perlu bekerja atau apa pentingnya bekerja sendiri, berniaga dan usaha mendapatkan rezeki yang halal, buku ini ada jawapannya. Kalau berusaha mencari keuntungan, kita pun diberikan panduan agar tidak menindas. Kalau kita risaukan pekerjaan itu menyebabkan kita rasa sedikit lari dari urusan akhirat, ada contoh dan kisah ringkas yang boleh kita jadikan panduan. Suatu yang perlu kita ingat (dan kadang-kala lupa) bahawa mencari rezeki juga satu usaha ibadat, bukan semata-mata duduk di tikar sembahyang!
Profile Image for Durrah.
380 reviews50 followers
Read
October 13, 2025
كتاب من النوادر التراثية في العمل والكسب المشروع، مفندًا مزاعم بعض من أذعنوا لـ “التوكل” وتركوا أسباب السعي تحت ستار الزهد، وأنه في حقيقته "تواكل مذموم" يخالف سنن الأنبياء والصالحين، وجمع فيه من أقوال السلف وأفعالهم المسندة بالأسانيد وإقامة الحجج الشرعية على من رَكَنَ إلى البطالة والورع والوهم المغلوط في ترك العمل والكسب.

وهو من المصنفات النافعة التي تُبرز جانبًا مهمًا من الفكر الاقتصادي والاجتماعي في الإسلام.
Profile Image for Irfan Muhaimin.
93 reviews3 followers
November 16, 2023
Karya ini boleh disepadankan dengan Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri karya Pendeta Za’ba. Asas utama buku ini menyeru agar umat Islam agar belerja lebih kuat, gigih dan kendiri serta bukan berminta minta. Iman Al Khalil merupakan nak murid kepada Iman Ahmad bin Hambal maka setiap ulasan itu berkaitan dengan pandangan Hambali. Bagi penulis, kesemua para iman, sahabat dan nabi semua belerja sendiri untuk mencukupkan kehidupan dan apabila kita mendapat laba banyak maka ramai mendapat faedah. Selain itu, membaiki tanggapan sufi palsu yang bertawakkal tanpa membawa apa apa bekalan mencukupi tanpa mengharap apa apa bantuan daripada orang ramai terutama apabila mengerjalan haji. Seterusnya, setiap manusia mestilah bertawakkal kepada Allah tetapi mereka harus kembali kepada diri sendiri dengan berusaha dan bekerja. “Bukankah dikira kamu mencintai dunia apabila kamu mencari daripada dunia apa yang dapat membaiki keadaan kamu”
Profile Image for Thein Oak Kyaw Zaw.
16 reviews
June 21, 2022
Seruan Untuk Bekerja - sebuah buku terjemahan karya al-Haththu ‘ala al-Tijarah oleh Imam al-Khallal. Dalam buku ni, ada 128 riwayat seperti keutamaan bekerja, akhlak dan sifat wara’ dalam bekerja.

Juga membincangkan topik berdikari, harta dan tawakkal. Lepas baca, pasti dapat faham pendirian ulama dalam kemestian pencarian rezeki dan harta dalam Islam.

Bagi yang fikir Islam tu agama zuhud / kuno dimana pencarian harta dan kerja tu tak penting, buku ni akan bantu betulkan fahaman. Ingatlah, “ketidakbergantungan adalah sebahagian kesejahteraan”.

Juga menekan bab akhlak, adab dan zuhud dalam bekerja. Sangat bagus untuk setiap pekerja dan peniaga.

#buku #tentangbuku #malaysia #seruanuntukbekerja
Profile Image for Ain Atila.
84 reviews2 followers
January 18, 2024
Buku kedua daripada Inisiatif Belanjawan ✅ Buku ni ialah buku terjemahan daripada kitab Abu Bakar al-Khallal, anak murid Imam Ahmad bin Hanbal. Dalam ni ada kompilasi hadis tentang keutamaan untuk bekerja, sifat tawakkal yang sebenar dan tegahan daripada meminta-minta. Beberapa nama rasul yang bekerja juga disenaraikan—bukti Islam tak suruh pun umatnya beribadah khusus 24/7.

Zaman al-Khallal ada ramai ahli sufi yang “bertawakkal” semata-mata dan menyebarkan fahaman tersebut, al-Khallal panggil mereka sebagai ahli sufi yang palsu. Yang penting buku ni ada bibliografi daripada penterjemah itu sendiri.

4/5 ⭐️
Profile Image for Ahmed Telb.
148 reviews5 followers
July 7, 2021
كتاب جيد من حيث المنقول، وإن كان به منقول رأيته غير ضارب في الموضوع بقوة كأنه بدهي، ولكن تعليقات الشيخ أبو غده روّح الله روحه كانت نفيسة وكذلك المنقول عن النبي صلي الله عليه وسلم، ويوجد حديث فيه تبيين وفوائد جمة لطريقة النبي في تبسيط الطريق لمن يشتكي الفقر ومساعدته بالعلم وليس المال إلا للفقر المدقع.
كما هناك فوائد أخري في تبيين شيء من حياة الإمام أحمد ورأيه في العواطلية البطالين.

ديننا الأمجد دين علم وعمل. اللهم سددنا.
Profile Image for Khairul Ikhwan.
38 reviews8 followers
July 7, 2025
Buku seumpama ini jadi mesin masa bagi saya: Melihat ulama dan masyarakat zaman dahulu berbincang seputar mencari rezeki, lalu pendirian mereka diambil dan dibawa ke zaman ini dijadikan penyegar semangat untuk terus bekerja.
Profile Image for Najda Fadilla.
7 reviews
September 15, 2024
Berisi hadis-hadis tentang pentingnya bekerja untuk seorang Muslim. Seseorang yg bekerja tentu lebih utama karna gak bergantung, minta-minta dan menyusahkan orang lain. Meski begitu, gak perlu berlebihan, sekadar mencukupi kebutuhan dan tanggungan seseorang. Jangan sampai bekerja membuat kita lalai dari beribadah kepada Allah. Jangan berlebihan dalam berbelanja. Lastly, tawakkal bukan bergantung pada Allah semata, tapi butuh ikhtiar pula. Jangan justru berserah diri kepada Allah tetapi dalam dirinya justru berharap diberi pakaian dan makanan oleh orang lain.
14 reviews
June 10, 2021
Berkenaan seruan untuk bekerja. Bagaimana kehidupan para sahabat dan ulama' terdahulu menyara hidup dengan bekerja.

Peringatan untuk tidak meminta-minta kerana bimbang akan merendahkan meruah, apatah lagi jika masih bertenaga.
Profile Image for Syamim.
67 reviews
June 21, 2021
Lenggok bahasa terjemahannya indah, sedap dibaca.
Displaying 1 - 18 of 18 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.