Jump to ratings and reviews
Rate this book

Don’t Worry, Allah Lebih Tahu Yang Terbaik

Rate this book
Pernahkah kita berasa Allah s.w.t. tidak berlaku adil kepada kita kerana Dia belum mengabulkan doa dan permintaan kita? Pernahkah kita berasa Allah s.w.t. berbuat kejam kerana menimpakan suatu ujian atau musibah kepada kita sehingga kita berasa Allah s.w.t. tidak sayang kepada kita? Di dalam buku ini, ada jawapannya.

189 pages, Paperback

Published March 24, 2021

9 people are currently reading
34 people want to read

About the author

Miftahul Asror Malik

10 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (26%)
4 stars
19 (33%)
3 stars
15 (26%)
2 stars
7 (12%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
November 10, 2021
Rasa "down"? Bacalah buku ni. Semoga dengan membaca buku ini dapat memotivasikan diri kita utk menjadi lebih baik dan bersikap positif dalam sesuatu perkara.

- Bersangka baik dengan Allah kerana Allah itu Maha Adil dan tidak akan menzalimi makhlukNya.

- Adab Berdoa? Mulailah sesuatu doa dengan berzikir dan memuji Allah, berselawat kpd Nabi dan kemudian berdoalah sesuai dgn kehendak kita (hadis sahih).

**Ada sedikit kesalahan pada m/s 76 iaitu nama di antara dua pemuda tersebut tertukar.
Profile Image for Aiza Idris (biblio_mom).
622 reviews211 followers
April 23, 2021
"Allah ingin kita bermuhasabah sehingga kita menjadi orang yang lebih baik, Allah sedang menunda doa kita untuk dikakbulkan pada waktu yang tepat, Allah mengubah jawapan kepada doa itu dalam bentuk yang menurut Allah lebih baik untuk kita, Allah mengabulkan doa kita di akhirat nanti dan menggantikannya dengan pahala yang lebih besar".

Penulis merekomendasikan buku ini untuk dibaca kepada sesiapa yang mahu menjadi seorang yang baik, ingin hidup bahagia, rezeki yang berkat, jodoh idaman, masa depan cerah, mencapai cita-cita, dan doa cepat dimakbulkan. Ia menawarkan jawapan kepada setiap pertanyaan kita, solusi kepada setiap masalah kita, jodoh seperti keinginan kita, rezeki yang menjadi dambaan kita, dan masa depan seperti impian kita.

Buku ini merangkumi 5 topik :
1. Hidup kita adalah nasib kita, 2. Mengubah takdir rezeki kita, 3. Menjemput jodoh yang terindah, 4. Menjemput masa depan yang bahagia, 5. Rahsia doa kita cepat dikabulkan.

Pada pendapat jujur saya, buku ini kurang menepati objektifnya dan melalui pembacaan saya, sesetengah penulisannya kedengaran "menghakimi" atau "pukul rata" golongan tertentu, contohnya ayat di mukasurat 94 "Sebenarnya, orang yang suka berasa tertekan tentang soal jodoh adalah orang yang masih tidak meyakini kekuasaan Allah", dan ayat nombor 6 pada mukasurat 116. Setiap buku bukan untuk semua orang. Bagi yang baru berjinak-jinak mahu membaca buku islamik, atau yang lebih suka penggunaan gaya bahasa yang jauh lebih lembut atau berkias, ini mungkin bukan untuk anda.

Rekaan kulit buku ini sangat cantik. Tahniah pada pereka! Ada banyak kata mutiara yang indah-indah belaka dan penulis juga meletakkan sirah-sirah Nabi yang bertepatan dengan setiap topik yang dibawa. Ia juga bersifat interaktif kerana ada diletakkan ruang untuk menulis jawapan kepada persoalan yang dikemukakan dan untuk refleksi diri. Buku ini mengingatkan saya agar sentiasa bertawakkal atas sesuatu yang tidak diketahui, redha dan usah gusar atas apapun kejadian yang tidak menyenangkan kerana sesungguhnya Allah lebih tahu yang terbaik.

Secara kesimpulannya, buku ini sangat berpotensi kerana secara asas, idea yang dibawakan sangat baik. Mungkin hanya gaya bahasa yang digunakan penulis boleh dibaikpulih. Satu perkara tentang membaca sesuatu buku dengan kritis, ada saja sesuatu yang kita tidak setuju dan mempunyai pandangan peribadi tentang topik yang dibawakan. Apa-apapun, buang yang keruh, ambillah yang jernih.

Buku ini boleh didapati di website dan menerusi media sosial Puteh Press, PTS Publishing atau di kedai-kedai buku berhampiran anda. Terima Kasih pada rumah penerbitan kerana telah menghantar saya naskah ini!
Profile Image for Haliza Ali.
212 reviews10 followers
March 24, 2023
Good book to remind you about putting your trust on Allah S.W.T
Profile Image for Safa Safwan.
99 reviews26 followers
August 13, 2021
'Worry' –yang bermaksud risau atau bimbang adalah satu perasaan yang sentiasa berlingkar dalam kehidupan setiap insan demi memaknai sebuah kedewasaan.

Kita perlukan rasa risau untuk bertumbuh dan menyantuni kehidupan dengan sebaiknya. Namun, rasa risau itu perlulah diletakkan pada posisi dan keadaan yang sewajarnya agar ia tidak menguasai emosi kita secara keseluruhannya.

Rasa 'worry' yang bertatahkan lillahi ta'ala akan menginspirasi kita untuk memperkasakan setiap harapan dan impian melalui doa dan tindakan.

Buku 'Don't Worry, Allah Lebih Tahu Yang Terbaik' ini menghuraikan langkah-langkah dan saranan buat pembaca untuk kekal dalam konteks 'worry' yang dituntut oleh agama.

🔸Apakah nasib merupakan sebuah takdir?
🔸Apakah rezeki itu dalam hal-hal yang melibatkan kegembiraan sahaja?
🔸Tentang cinta, jodoh dan mendepani masa depan dalam perkahwinan; adakah kita meletakkan risau pada tempatnya?
🔸Tentang doa; bagaimana untuk optimis bahawa Allah itu adalah al-Mujeeb dan kita sebagai hamba tidak boleh putus asa dalam berdoa?

Penulis @mift_asrormalik berjaya mengupas setiap satu darinya dengan baik sekali. Setiap saranan, buah fikiran serta pengolahan yang ringkas menghadirkan rasa percaya dan membangkit kepada jiwa pembaca.

Tahniah juga kepada kru penerbitan @putehpress
@bukupts
kerana terus istiqamah menerbitkan konten Islami yang segar serta tidak berat untuk difaham hadam oleh pembaca umum seperti kami.
Profile Image for NOR NADIA.
32 reviews
July 12, 2021
A light, encouraging read.

“Hari ini, hari semalam, dan esok datang dalam berurutan, tidak akan bertindih-tindih, dan tidak pula dahulu-mendahului, namun boleh saling membengaruhi.”

Penulis kaitkan kandungan dengan tajuk iaitu tentang perkara yang ramai orang risau. Contohnya masa hadapan, bisnes, jodoh, etc. Sebenarnya apa yang kita dapat pada hari ini adalah hasil usaha kita pada masa lalu manakala apa yang kita lakukan pada hari ini mempengaruhi hasil yang akan kita dapat pada masa hadapan. Yang penting adalah letak kebergantungan kita pada Allah untuk hasil usaha kita. Apa yang diberikan-Nya tak semestinya apa yang kita inginkan, tetapi semestinya apa yang kita perlukan.

Isi kandungan juga memberi penekanan dan peringatan kepada sesiapa yang risau akan jodoh.

Bahagian yang paling suka ialah bahagian penulis kongsikan tentang kekuatan doa, kenapa manusia berdoa, sebab-sebab doa kita tak dimakbulkan yang kita tak sangka, cara berdoa dengan betul, adab2 berdoa. Bahagian ni sangat menarik pada pendapat saya.
Profile Image for Fatin Azira.
89 reviews2 followers
September 18, 2021
My quick review, buku dengan idea yang kritis tapi disampaikan dalam bahasa yang ringkas, tanpa penerangan yang panjang. Straight to the point.

Kalau jenis yang baru nak berjinak baca buku keagamaan mungkin boleh cuba yang ini. Tak 'sakit otak' sangat, sebab its very direct.

Point ringkas ni, bagi aku it's a hit or miss.
Ada orang yang dengan penerangan ringkas tapi boleh dipanjang-panjangkan pemikirannya.
Ada orang tak faham bila penerangannya ringkas.
Ada orang yg cukup je dengan ringkasan sebegini.

Ilmu aku masih cetek, tapi adalah beberapa points yang aku tak berapa setuju, tapi that's the beauty of this kind of book. Kita meraikan perbezaan pendapat, asalkan berasas.

Hehe tapi kalau penulis keluarkan sambungan, mungkin aku masih akan beli :)

Kudos!
Profile Image for Bidasari.
305 reviews
January 12, 2025
Perkara yang dibicarakan adalah hampir sama dengan buku-buku motivasi lain yang den pernah baca.
✅Ujian adalah ruang untuk kita muhasabah diri untuk menjadi lebih baik
✅Sentiasa berusaha tanpa berputus asa.
✅Kita mempunyai fasa hidup yang tersendiri
✅Jangan membandingkan hidup kita dengan orang lain
✅Kita pasti berjaya

dan topik-topik lain yang seangkatan dengannya.

Cuma ada 2 perkara yang den rasa perlu semakan semula penulis dan penerbit kerana ada diperkatakan tentang konsep Law of Attraction (LOA) dan Feeling is Prayer di dalam buku ini.

Beberapa ulasan mufti dan ustaz termasuk Bayan Linnas, dijelaskan dengan terperinci tentang konsep Law of Attraction (LOA) dan Feeling is Prayer, etc yang bercanggah dengan Islam.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for liyanalovesbooks.
21 reviews1 follower
May 30, 2021
Kulit buku menarik. Tajuk pun catchy. Isi kandungan pula menyentuh isu2 yg berkaitan dgn kita sebagai manusia. Penulis ada selitkan beberapa potong ayat Quran dan hadis bg menyokong hujah2. Buku ini pun berbentuk dua hala, di mana penulis mengajak pembaca utk menulis apa yg kita rasa. Bagus. Apa yang saya suka, buku ini jg ada quote berbentuk ‘summary’ di beberapa helaian. Overall saya suka dan akan rekemen rakan utk baca 👍🏻😊
Profile Image for Ezan Ezany.
57 reviews
June 22, 2021
saya bagi 3.5/5 bintang.

Saya dapati terdapat 2 kali pengulangan hadis yang sama dan terdapat kesalahan susunan ayat pada m/s 76 di mana pada saya boleh membuat kekeliruan pada pembaca :/
Honestly buku ni sedikit sbyk memberi kesedaran jiwa kepada saya.
Bab 3 bahagian jodoh agak kontroversi tetapi releven.
Profile Image for Imanina.
1 review
October 24, 2021
This book is so good. It helps those who always worry about the future. Isi , topik yang baik ditambah dengan hadis dan ayat Quran. It is such a heartwarming book. This book reminds us of our dependence on Allah.
Profile Image for Al.
82 reviews1 follower
October 27, 2021
Aku rumuskan buku ni sebagai buku ulangkaji untuk diri aku dan juga pencerahan.

Topik dalam buku ni, topik biasa kita baca tapi cara penulisan yang berbeza. Dah penulis berbeza, pandangan pun berbeza la.

Topik berkisar pasal nasib, rezeki, jodoh, masa depan dan doa.
Profile Image for Ammar.
27 reviews
April 3, 2022
Buku ini menjawab persoalan mengapa doa kita tidak dikabulkan dengan muhasabah diri kita sejauh mna hubugn kita dgn Allah SWT. Perkara lain yg disentuh mengenai ketentuan nasib kita, rezeki kita dan jodoh. Doa dan usaha adalah seiring kesinambungan kepada doa yang kita hajatkn.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
October 1, 2023
Buku yang mengingatkan kita untuk sentiasa bersyukur dan percaya kepada Allah..
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.