Puteri Ajla Zulaikha. Seindah-indah kisah di antara kisah. Di matanya, ada seorang lelaki, bermata biru, senyuman manis bagai madu. Di matanya, lelaki itu harus dia kejar, harus ada di dalam genggaman tangannya, harus ada di dalam hatinya. Dia akan dapatkan lelaki itu walaupun maruahnya diragut dan egonya tiada. Dia bersumpah, dia akan kejar Yousuf sampai mati!
Muhammad Yousuf Bin Abdullah. Seindah-indah mata biru yang memandang. Di matanya, Zulaikha gadis yang bijak, berani, tegas dan lantang bersuara. Zulaikha ialah gadis yang seksi, menawan dan menggoda. Tetapi seorang Yousuf tidak mahu gadis seperti ini. Dia mahukan seorang gadis yang solehah, menutup aurat, sempurna agamanya. Di mata Yousuf, Zulaina, kakak kepada Zulaikha la orangnya.
Yousuf, hanya lelaki Irish, si mualaf yang bermata biru terbang dari Ireland ke negeri Melayu, hanya untuk menuntut ilmu baru. Agama Islam menjadi pilihannya setelah lama dia mencari hidayah dan taufik. Namun, dengan adanya seorang Zulaikha dalam hidupnya, imannya kaku! Hatinya goyah.
“Love me, love me hard. Or leaves me, to destroy your heart.”
Di antara dosa, cinta dan Tuhan, di manakah pilihan hati seorang Yousuf dan Zulaikha?
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah saya sudah tamat membaca kisah ini. Begitu banyak masam manisnya. Begitu banyak pengajaran yang dapat saya ambil darinya. Jadi di sini saya mahu memberi review yang jujur dari hati saya berkenaan kisah ini. Benar-benar jujur dari hati saya. Dan mungkin review ini akan menjadi sangat panjang.
Mula-mula sekali, suka saya nak berkongsi tentang pengajaran yang dapat saya ambil dari kisah ini. Penulis telah mengetengahkan kisah seorang wanita bernama Zulaikha yang terlalu tengelam dengan cinta pada Yousuf, akhirnya jatuh rebah dan diuji dengan berbagai-bagai ujian.
Sejujurnya saya suka membaca bahagian di mana saat Zulaikha hancur dan merasakan bahawa dirinya sudah tiada siapa-siapa, saat semua hanya memandangnya dengan pandangan yang jijik, Allah masih ada memandangnya dengan pandangan kasih sayang. Saya suka part itu kerana ia menyedarkan saya bahawa kita semua perlu ingat, Allah sentiasa ada untuk kita, menerima kita dan mengampunkan kita. Terima kasih untuk perkongsian ini :)
Kemudian ada juga penulis menyelit cerita tentang abi yang masih sudi menerima anak perempuannya walau besar mana kesalahan Zulaikha. Tentang besarnya cinta seorang bapa pada anak perempuannya. Betapa hebatnya cinta ibu bapa kita pada kita. Betapa kita perlu mendahulukan cinta Allah melebihi cinta manusia. Betapa kita perlu menghargai orang sekeliling kita.
Semua itu sangat memberi kesan pada diri saya. Terima kasih.
Namun, ada sesuatu yang tidak kena di samping semua perkongsian ini. Dan saya hendak berkongsi tentangnya di sini.
Pertama sekali, tentang abi. Bagi saya, abi ialah seorang yang soleh. Malah penulis juga mengetengahkan watak abi ialah seorang yang soleh, menjaga amal, dan pastinya nasihat beliau yang sangat berhikmah. Namun kesilapan besar bagi watak abi ialah saat dia mengizinkan anak perempuannya keluar berdua-duaan dengan lelaki ajnabi. Kali pertama saat dia mengizinkan Zulaikha naik kereta Yousuf. Sedangkan ketika itu yousuf ialah bakal abang ipar Zulaikha. Kenapa seorang lelaki yang soleh seperti abi boleh mengizinkan Zulaikha berdua-duaan dengan bakal abang iparnya? Bagi saya, keadaan itu memburukkan watak abi. Saya kurang senang membacanya. Sepatutnya jika benar penulis mahu jadikan watak abi itu soleh, jaga watak itu sebaiknya. Pastikan watak itu menjaga ikhtilat anak-anak perempuannya. Kemudian kali kedua ialah saat abi mengizinkan Zulaisyah naik berdua-duaan dengan matthew bila balik dari hospital. Kenapa abi boleh mengizinkan lagi anak perempuannya berdua-duaan dengan ajnabi sedangkan pada kali pertama dia izinkan anak perempuanya Zulaikha, Zulaikha akhirnya 'bersama' dengan Yousuf secara haram. Saya sejujurnya kecewa dengan keputusan abi di situ. Atau lebih tepat, saya kecewa bila penulis membuat watak abi sebegitu rupa.
Baik, yang kedua ialah babak yang mungkin saya boleh katakan agak 'seksi'. Bila saya membaca buku ini, saya tahu penulis mahu menceritakan babak saat Zulaikha cuba menggoda yousuf. Kerana babak itu ialah babak utama untuk kisah ini berjalan. Tapi perlukah menceritakah dengan begitu terperinci? Renungan hero, sentuhan hero, belaian, bisikan dan macam-macam lagi yang penulis gunakan bila sampai di babak yang intim. Apatah lagi bila mereka sudah berkahwin, bagi saya cara penulis menyampaikan babak 'seksi' itu agak melampau. Diceritakan satu persatu bagaimana mereka saling menggoda dan bermanja. Saya.. rasa tidak selesa membacanya. Dan saya rasa tidak semua orang selesa membacanya.
Ada orang memberitahu saya, mungkin saya tidak dapat menerima babak itu kerana saya tidak membaca novel english. Mereka kata dalam novel english, lagi banyak scene macam itu. Dan lagi teruk lagi dari yang disampaikan penulis dalam novel-novelnya. Jadi babak itu memang dah biasa untuk yang biasa baca novel english. Persoalan saya, adakah jika novel english buat babak begitu, kita juga boleh buat babak itu? Kita juga diharuskan buat babak begitu? Katakan, drama melayu buat babak kiss. Pasti ramai kecam kan? Kemudian mereka berhujjah, Tak apalah, kalau awak biasa tengok drama english, korea, jepun, china dan semua negara lain.. banyak lagi scene kiss dia. Mungkin awak je tak biasa tengok drama luar negara.
Adakah awak boleh terima hujjahnya itu?
Saya bukannya hendak mengkritik penulisan dalam novel ini. Kerana novel ini berkali ganda lebih baik dari novel saya yang tak ada apa-apa itu. Novel ini lebih berpuitis, lebih menyayat hati.. Sedangkan novel saya cincai-cincai sahaja penulisannya. Tapi soalan saya, perlu kah buat babak seksi begitu? Yang mana jika ada lelaki membacanya, boleh jadi lelaki itu naik syahwatnya dan teringin melakukannya. Bukan sahaja lelaki, bagaimana jika wanita juga? Sesiapa sahaja?
Ke mana dosa itu akan pergi akhirnya jika tidak kepada penulisnya?
Jujur saya kata, saya sangat sayangkan elvroseth. Saya jadikan dia inspirasi saya waktu saya mula-mula menulis di wattpad. Saya sangat meminatinya waktu dia menulis di blog dahulu. Saya masih ingat waktu dia notice saya di blog, saya melompat dari katil kerana terlalu gembira. Dan sekarang, saya masih mengkaguminya. Saya masih sayangkan dia. Saya nampak dia pernah mengalami waktu yang sangat tertekan, kemudian dia dapat bangkit kembali kerana dia tahu Allah ada bersamanya. Saya kagum dengannya.
Kerana saya sayangkan dia, saya mahu dia cuba perlahan-lahan berhenti menulis babak yang boleh membawa kepada dosa. Penulisan novel ini bukannya perkara main-main. Apa yang kita tulis akan ditanya di akhirat nanti. Setiap satu huruf, akan ditanya. Samada kita ikhlas atau tidak. Samada kita membawa manusia kepada pahala atau kepada dosa. Samada kita membawa manusia ingat pada Allah atau semakin lalai dari Allah.
Berhati-hati dengan penulisan. Saya sayangkan elvroseth. Saya sayangkan semua penulis di luar sana. Saya sayangkan semua pembaca novel di luar sana.
Sekian review dari saya, Leena Syiha.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Mungkin rate drpd aku akn menjatuhkan rating TKB. Tp ini adalah satu komen jujur drpd aku.
Novel ke2 drpd penulis elvroseth .
Ada apa dengan The Khayalan blue? .
Kisah bagaimana seorang gadis, Puteri Ajla Zulaikha yg mengejar seorang Yousof. Lelaki berbangsa Irish, bermata biru. Misi utama Zulaikha adalah memikat Yousof hingga sanggup menggadaikn maruahnya sendiri. Yousof yg baru memeluk agama Islam, tersungkur dikaki Zulaikha .
Demi membalas dendam, Yousof menyakiti hati Zulaikha setelah mereka sah menjadi suami isteri. Zulaikha dibuang keluarga dan dia mengikuti Yousof pulang ke Ireland .
Sakit menyakiti antara mereka. Sedangkan dalam hati sebenarnya cinta. Dan akhirnya berlaku satu tragedi. Dimana Yousof kemalangan. Zulaikha buta .
Maaf penulis. Aku sedikit lelah dgn aksi2 intim antara Zulaikha dan Yousof. Kalau boleh dikurangkn sedikit part intim antara watak kerana kite sedia maklum, novel ni banyak lapisan umur yg membaca. Minimumkan part tersebut atau x perlu dimasukkan terus pon tk menjd masalah .
Aku suka bila penulis banyak memasukkan hadis2 dan sedikit ilmu buat pembaca. Yang itu aku tabik. Sebab sedikit sebanyak pembaca boleh menambahkan ilmu mereka tentang agama islam kita .
Kejarlah cinta Allah yg utama berbanding mengejar cinta manusia .
Jika lihat pada review dan rating orang lain, semuanya hebat2. Tp aku sebenarnya ada masalah dgn storyline penulis. Tak semua. Tapi satu hal saje. Berkaitan babak intim antara watak. Sepatutnya penulis tidak boleh menulis hal demikian secara mendetail. Nama elvroseth cukup gah.dan aku yakin el ramai followers dr beberapa lapisan umur. Please. Buku ini tidak sesuai utk bacaan bawah umur..aku yg dah berkahwin ni pon, xmampu nak hadam babak ini. Penulisan penulis cukup hebat. Aku tak nafikan. Cuma bg aku, perkara di atas tolong timbang balik. Elakkn memasukkan babak2 panas. Melainkan letak satu nota, yg novel ini sesuai utk bacaan 18thn ke atas shj. Tolong, perlihatkan balik perkara ini.😊 Sebab risau, ia akan membuka jalan kpd remaja2 luar sana mengenali dunia intim antara pasangan.
Harapnya penulis tak berkecil hati dgn kata2 aku. Aku bukan nak menghentam. Tapi sekadar memberi pendapat.
2.5 The broken English dialogue really bothered me, and there was a lottt. overall, the idea of this novel is super interesting however the plot keep changing and some of them seem unrealistic. plus, there was too much intimacy scene it became cringe.
Entahlah.. Macam mixed feelings.. Nak kata best, macam tak best.. Nak kata tak best, tapi macam tak la teruk sangat kot.. So let's just say it's neutral la.. But surely I won't buy it la.. Sekadar pinjam boleh la.. Dan ada orang complaint about lots of 18sx scene, I won't comment on that.. but seriously kenapa boleh ada scene you kissing dekat dapur bila the whole family dekat rumah? I mean your family is religious kot.. Dan lagi satu, kissing in front of your children? dekat public? hahaha so messed up.. dia macam lari jauh dari your so called imej islamik tu.. and the fact that bapak dia, an ustaz bagi anak dia keluar berduaan dengan lelaki.. ahh mixed feelings teruk ok baca buku ni..
Not my cup of tea, cringe dan kebudak-budakan baik daripada segi ayat mahupun plot. I dislike the plot so much dan rasa yang penulis didn't portray the characters' taubat as well as she should? And cerita ni aneh and romanticizing something that we could call as crimes???
Dan corak penceritaan penulis sepanjang I read her books are quite similar. Softporn, sorry penulis tapi you wrote a softporn book, quite a lot. Buku ni lama dah bacanya dan so far rentak penceritaan kebanyakan her stories filled with intimate scenes. Even in her latest book, Kaf pun ada tendency ke arah intimacy yang quite daring. Dan penulis suka campur intipati Islam with softporn like... Are you serious? For me macam penulis mempermainkan agama pun ada. Sorry ya, but I think you should stop buat romance stories yang berlebih-lebihan.
Contohilah penulis genre romance di luar sana yang baik-baik penulisannya. Bukan tak boleh ada skinship tapi I guess the writer herself yang capable of writing things, can already differentiate and knows the limits while writing especially benda lucah, you know it's wrong, jadi janganlah buat. Jangan ikutkan nafsu menulis yang bukan-bukan, even if you revamp pun, buku ni still terpampang nama you. Isi cerita macam ni still you pernah terbitkan. Nothing changes for things that have already been published. For me daripada you revamp cerita yang dah salah ni, normalize things yang aneh-aneh, better you create other stories yang lebih bermanfaat.
'Cinta yang buta.' - The Khayalan Blue by Elvroseth
Buku ini kisahnya tentang Zulaikha dan Yousuf. Tentang Zulaikha yang tergilakan Yousuf. Zulaikha yang mengejar Yousuf. Zulaikha yang cintakan Yousuf. Dan tentang Yousuf yang mengejar cinta Tuhan dan Yousuf yang tewas dengan Zulaikhanya.
(Lagu, nyanyi okii) Ketawa bersama, menangis bersama, ku bersumpah harap kita mati pun bersama.
Namun wajarkah cinta manusia itu lebih daripada cinta Tuhannya ? Tidak !
'Twinkle, twinkle little stars, can you twinkle my pain away from a far?'
Kerana akhirnya cinta yang berlebihan itu akan menghanyutkan diri ke jalan yang melalaikan. Membawa kau keluar dari dunia keimanan dan kebahagiaan lalu masuk ke dalam dunia yang penuh dendam dan nafsu, sakit dan pilu.
'You can cry when you laugh but you won't be able to laugh when you cry.'
Dan pengakhirannya ? Bacalah buku ini. Baca dengan mata hati. Cari di mana letaknya kunci kebahagiaan sebenar. Carilah apa maknanya 'mencintai Tuhan lebih daripada mencintai manusia'.
'If a rose is a rose, is it still a rose if its thorn, is all that remain ?'
- - - - - Definitely 5 🌟 from me. Menangis ? I do cry. A lot ! Every scene, every part.
Buku yang mengandungi 800+ muka surat ini tidak terasa ketebalannya kerana jalan cerita yang tidak meleret dan point serta isi yang ingin disampaikan sangat padat. Dan aku akui, isi dan point itu berjaya disampaikan kepada aku sebagai pembaca dengan mudah dan cepat.
Aku suka dengan karya kak el @elvrosethrone kerana karya yang dihasilkan pasti akan diselitkan dengan ilmu-ilmu keagamaan dan pengajaran yang dititipkan. Karya yang pastinya tidak kosong.
Tahniah kak el atas karya yang tidak kosong ini. Love sangat ! ❤️ Moga karya yang seterusnya akan lebih memikat hati saya 💐 psttt, hati saya masih pada Hayden 🙊
Tak ada spoiler sebab saya sayang #rakyatkakel (thanks to Kinah sebab wujudkan #rakyatkakel 🤣)
"Zulaikha yang terlalu kejarkan yousufnya sehingga dia buta terhadap cinta tuhannya"
Saya ambil 2 hari untuk habiskan buku ni. Dua hari tu hari sekolah. Kau rasa? HAHAHAH MEMANG TERMENUNG JE LAH AKU KAT SEKOLAH TERINGATKAN YOUSUFKU HAHAH.
sumpah best gile! Lagi lagi part hujung hujung selepas 2 tahun, saya tak boleh berhenti menangis sampai mata saya merah n membengkak. Bayangkan, dari pukul 130 petang (balik sekolah pukul 1) smpai malam saya hanya baca kecuali saya stop bila saya solat n makan n also mandilah takkan takmandikan hahah. Sampaikan saya terpaksa berhenti baca sekejap sebab mata saya terlalu pedih n sakit. Oke done mengadu.
*spoiler.
"Cinta zulaikha hanya untuk yousufnya"
Saya belajar banyak benda. Dari segi cinta manusia terhadap manusianya, dan cinta manusia terhadap tuhannya. Benarlah, ada hidayah jika tiada taufiknya tiada guna. Sedangkan zulaikha yang ada hidayah, ada taufiknya tetapi tetap terpesong juga.
Part yang paling saya suka? Part apabila zulaikha buta dan tak mampu lihat apa apa. Dan jiwanya diberi pada allah 100% dan percayanya pada itu, allah akan beri segala galanya, allah beri dia semula penglihatan, allah beri semula yousufnya. allah beri semula zulaina yang sebelum ini dendam dengannya.
Saya suka zulaikha punya part bila dia dapat yousufnya balik, dia mula mula lalai dan mula tidak solat. Sebab kat situ saya nampak sifat zulaikha yang masih manusia biasa. Bukannya seorang yang dah sempurna. Setiap manusia pasti akan lalai.
Part paling sweet? Part matthew n zulaisya ngn yousuf n zulaikha. Part diaorg kalau tak menjerit mesti tersenyum atau paling teruk menangis sebab sweet dia sweet yang jenis menusuk.
pastu part zuzuzu tu hahah comel! Lepastu part gucci cakap 'syekeret' tu sumpah ingat dederrr
"Matthew is the prince but yousuf is the king!"
Daisy..... RinduuuTT
.
Kadang saya rasa saya nak jadi macam zulaikha. Tapi bila fikir fikir balik nak jadi zulaisyahlah sebab yousuf gelojoh hahahha lepastu dengan kisah cinderkillernya.
Oke la tukar. Nak matthew. Matthew sweet apa HAHAHAH LEPASTU MATTHEW TAK GELOJOH. TAPI YEKE TAK GELOJOH? TAKPALAH SAYA SUKA. HAHAHHA JANJI TAK DE CINDERKILLER.
Dua hari tau saya tak tgok twitter sebab ada yang spoiler kat sana. (Tiberrr) lebiuuu kakel
1. Kisah Zulaikha the rebellious girl from a very religious family jatuh cinta head over heels dengan Yousuf, lelaki Irish yang baru masuk Islam. Yousuf ni anak somebody kat Ireland yang jadi anak angkat keluarga Zulaikha.
2. Dia sanggup buat apa saja untuk dapatkan Yousuf termasuk gunakan taktik2 kotor yang menyebabkan Yousuf terpesong dari agama. Berjaya ke Zulaikha dapatkan Yousuf? Apa yang jadi seterusnya korang kenalah baca buku ni.
3. Buku ni emotional rollercoaster betul. Kejap kau gelak, kejap kau marah, kejap kau sedih, kejap kau despair sebab malang bertimpa2 kut cerita ni.
4. For sure aku memang tak suka gila watak Zulaikha ni. Dia macam protagonist & antagonist at the same time! But character development buku ni surprisingly good.
5. Watak Yousuf ni luaran nampak perfect tapi actually full of flaws. Ada good side ada bad side. So apa yang aku baca tu lebih realistic.
7. Yang aku tak puas hati kenapa ending dia macam tu 😭😤 kau jadi serabut pulak fikir hidup ke tak 😂
Penulisan novel ini banyak bagi ilmu, keinsafan dan pengajaran pada saya. contohnya watak zulaisyah yang banyak bagi inspirasi dan kesedaran kepada saya.
Tetapi apabila melibatkan adegan adegan antara zulaikha dan yousuf.... hmmm sedikit kecewa kerana novel ini umpama memberi keinsafan dan kemudiannya melalaikan pembaca..
apa-apa pun masih panjang perjalanan penulis untuk membaiki dan membawa satu karya yang mungkin lebih baik serta hebat.
Superb!! Buku pertama cik penulis yang sis cuba baca. Lepas ni bleh start follow cik penulis. Sis suka cara penulis elaborate every scene in details. Sangat² details, bermadah² bagai. Rasa macam meresap masuk dalam hati masa membaca.
Kisah mengenai Zulaikha yang evil nak mampus, kejam gila, keji gila perangai dia sebab dia beria² nak dapatkan juga si Yousof the mualaf, Irish guy. Sis suka cara penulis gambarkan watak Zulaikha ni. Lahir dari keluarga yang baik², dapat didikan agama yang sempurna, tapi hati dia memberontak nak hidup sebagai islam liberal. Depan keluarga lain, tapi bila belajar kat Dublin, habis terbang semua tudung², handsocks dia bagai. Baju serba tak cukup kain. Perangai, nauzubillah. Bila dia jumpa Yousof, jatuh cinta pandang pertama, terus dia berazam nak dapatkan juga Yousof. Kisah yang keji, kejam, tragis, penganiayaan, penipuan dan sedih ni semua bermulanya dari sini. Kisah cinta Zulaikha dan Yousof ni dah macam sama hebat dengan kisah cinta Laila dan Majnun.
Yousof - si mualaf bermata biru gelap seperti permata Tanzanite, dirujuk sebagai The Khayalan Blue oleh Zulaikha. Watak Yousof ni kadang² buat sis confuse, dia ni sebenarnya suka ke tidak dengan Zulaikha ni? Sebab kadang² cara dia layan Zulaikha tu, dengan tindakan² dia tu buat bagi sis confuse apa sebenarnya perasaan dia. Bila dah di penghujung² cerita tu baru dapat tau perasaan sebenar si Yousof ni.
Watak Zulaisyah - sebagai adik yang sangat² matang berfikir, sentiasa sayangkan kakak dia Zulaikha walaupun kakak dia ni perangai macam setan dah. Zulaisyah selalu bagi kata² semangat dan selalu bimbing Zulaikha. Macam dia pula kakak.
Dalam novel ni, apa yang sis suka, penulis banyak sangat kongsi ilmu yang sangat² bermanfaat. Banyak sangat ilmu sis belajar dalam ni. Apa yang paling penting ditekankan dalam novel ni ialah, cari cinta Allah dahulu, kemudian yang lain² akan menyusul dengan izin Allah.
Overall, its a good story. A very good moral story. Thumbs up!!
Novel yg ada kekuatan nya tersendiri. Novel yg menceritakan tntng tak semua org sempurna. Adapun yg sempurna pasti akan ada kekurangan nya masing2. Jika ditanya tentang cerita ini... Jujurnya aku puas hati dengan jalan hidup mereka yg diceritakan penulis. Untuk mndaptkn bahagia itu tidak senang. Psti akan ada ujian nya. Apalagi jika bahagia dan kepuasan yg didapatkan dngn cara yg tidak berapa baik. Seperti Zulaikha. Penulis mmbawa kita kepada kisah hidupnya yg tidak brjalan seprti yg dia mahu. Hati Zulaikha tdak tenang. Lagi2 dngn dugaan yg dia dpt.
Puteri Ajla Zulaikha. Dari sudut fizikal org akan pandang dia sempurna. Tetapi hakikat yg dibentangkan tntng perangai dia cukup kontra. Yg membacanya psti akan geram memula dngn sikap nya yg mahukan Yousuf dngn caranya yg khilaf.
Trlalu suka dan cintakan Yousuf hingga snggup mmbinasakan diri sndiri.
Tetapi jngn dipandang keburukan itu selamanya. Apa yg mmbuatman dia sedar. Dan kehancuran apa yg dilakukan nya hingga mmbuatkan dia sedar. Ujian nya dia mnghadapi saat2 sukar yg dia hadapi. Aku suka dngn semangat nya yg kuat walau brbagai ujian yg datng. Tapi juga dngn prtolongan org sekeliling nya yg bnyk support dia.
Yousuf Zulaikha menggelarnya The Khayalan Blue kerana mata biru nya. Seorang mualaf.
Diuji dngn seorang wanita yg menggoda mmng bukn mudah. Dia sndiri tergoda. Tetapi caranya untuk menghindari buat kita sndiri jadi geram. Dia lebih pilih Zulaina dari Zulaikha walau selepas kejadian yg brlaku antara dia dan Zulaikha. Sebab dia ada alasan nya trsndiri. Tu kena baca sndiri buku ni.
Ada part yg buat aku mau highlight. Dan ada part yg sungguh buat aku trkesan. Dan part yg buat ku nangis btul dekat akhir tu. Cannot move on dngn part tu. Bkn yg Yousuf tu tapi yg sebelum tu. Terus teringat malam tu. Pesanan yg meruntun hati. Part Abi cerita tntng masa kecil Zulaikha tu aku nangis. I is lemah lah bab bapa ni. Part abi betul2 menyentuh jiwa.
Novel ni mngajr tntng kekurangn dan jngn terus menghukum. Dimana mmng mulanya Zulaikha itu sprti watak protagonis. Tetapi smakin kita selami kita akan thu yg tak selamanya kan yg manusia tdak sedar akan kesilapannya. Pengalaman dan ujian mengajarnya untuk sedar kmbali.
Novel ni juga mngjar tntng erti kasih sayang keluarga. Sokongan yg tidak berbelah bagi. Walau buruk mana seorng itu dlm kluarganya.. Tetapi kluarga tak akn prnah lepas tngn. Saat susah juga itulah mereka dtng kmbali pada seorng anak yg dibuang.
Novel ni juga mngajr tntng cinta. Cinta yg mana hndknya kita letak pada Allah dahulu. Kerana bilamana hilng nya org yg dicinta kita tdk akan terpesong ke jalan lain.
I love each character. Daisy.. Kau akan trus kuingat. Ya.. Walau dlm sedihnya Zulaikha.. Bdak kecil ini ada sebgaai pengubat. Tapi... Hadirnya hanya semntara.
Zulaisyah dan Matthew. Comel btul pasangan ni. Zulaisyah ni bnyk memain peranan juga dlm cerita ini. Aku suka watak dia.
Bermain dngn emosi btul novel ni. Dri awal tulah. Shingga akhir pula tu! Yg akhir tu... Ya walau ending bgitu...tak kisah..sebab sdh dijanjikan akn ada juga mereka di cinderkiller.. 😂😂
Tapi actually aku pi juga buka blog di bab 2 HTE. Hahaha.. Tak ralat sngt.
Hero -5 bintang Heroin -5 bintang Plot -5 bintang Seluruh cerita - 5 bintang Pengajaran Dan ilmu 5 bintang
Novel Ni mmang lain dari lain. Aku tabik dngn setiap pengetahuan yg ada. Ada kekuatan trsndiri.
The Khayalan Blue❄️ ~Aku ceritakan kepadamu, seindah-indah kisah di antara kisah.~ 5🌟
Yousof, seorang mualaf berbangsa Irish dan bermata biru. Zulaikha, seorang gadis yang cuba menggoda Yousof agar menjadi hak miliknya.
Sejujurnya, aku suka kisah ini. Banyak perkara yang boleh dipelajari dan aku juga kadangkalanya terkesan dengan nasihat tersebut. Terutamanya nasihat abi sungguh meruntuh hati aku. Hubungan manusia terhadap Ilahi dan juga hubungan kekeluargaan diterapkan dalam kisah ini.
Sebuah kisah yang mengajar manusia untuk tidak terlalu mengejar cinta manusia. Kejarlah cinyaNya terlebih dahulu. Jangan angkuh dan sombong tatkala berdiri di atas muka bumi ini.
Menangis? Ya, terlalu banyak. Aku terkesan terutamanya dikaitkan dengan ibu ayah. Sikap Zulaisyah yang tidak pernah jemu menasihati Zulaikha. Umi dan Abi yang menyayangi anaknya bagai menatang minyak yang penuh. Kisah seorang hamba yang mencari tujuan hidup sebenarnya.
'If a rose, is a rose. Would it be a rose if its thorns, is all that remain?'
Manusia tidak pernah lari dari kesilapan. Pendosa... "Kerana tiada yang sempurna, lebih dari-Nya."
(Seperti biasa, aku copy paste je dari IG) Speechless sebenarnya 🤣
Akhirnya tamat juga. Dah lama sebenarnya tak baca novel setebal ini. Walaupun ambil masa berbulan-bulan untuk tamatkan, bukan bermakna ceritanya tak best tau. Aku je yang makin liat membaca😮💨
Kalau ikutkan hati nak bagi 5⭐ sebab suka dengan idea, storyline, character development Zulaikha-yusuf.
Yang paling aku suka dalam ni adalah part terlalu banyak ilmu dan pengajaran yang penulis berjaya sampaikan dengan sangat baik
Tapi terpaksa tolak 2⭐ disebabkan banyak faktor lain seperti adegan yang berlebihan, di hadapan kanak-kanak pun ada... Dan ada juga beberapa part yang aku kurang setuju
Tapi tapi tetap nak tambah 1⭐ jugak sebab segala maklumat, ilmu, penerangan dan pengajaran yang ada sangat memberi manfaat
well,walaupun FL agak liar sikit awal" tu,sy suka character dia nampak la drpd zaman jahiliyah ke zaman kembali ke pangkal jln.pada sy,ujian FL agak berat since like dia macam almost hilang semua yg perna dia ada. And this novel ni sgt lh ala-ala sang Zulaikha mengejar Yusufnya and so on. Yusuf eh,sy suka bila dia Yusuf bukan apatah nama sblm dia Islam tk igt dh but mcm biasa lah dia kan mualaf mesti besar dugaan dia ye tak. And diorang ni romantic giler nk dekat last" tu and novel ni tergantung ye ending ye.Dengar kata ada sambungan tp entah bila walaupun author pernah akan ada.So novel berbaloi since byk teladan boleh ambil
Segala puji bagi Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.
Sejujurnya, saya tak tahu nak mulakan dengan apa. Jadi dengan hati yang lapang ini, saya mulakan dengan kalimah basmalah sebagai mukadimah.
Kisah ini ialah retold kisah Nabi Yusuf dan Rail atau didalam kitab israiliyat disebut sebagai Zulaikha. Dan penulis terinspirasi daripada kisah Nabi Yusuf dari kitab israiliyat.
Walaupun kita tidak boleh percaya 100 peratus dengan kitab israiliyat kerana dia boleh merosakkan akidah umat islam tapi, kita boleh ambik pengajaran yang baik disitu. Seperti cerita ini, ia mengisahkan tentang Nathanial Joseph Langford yang kafir mendapat hidayah dan taufik dariNya untuk masuk ke dalam agama islam.
Terbang ke Malaysia dan belajar agama bersama abi. Abi mempunyai 3 puteri. Zulaina, Zulaikha dan Zulaisyah. Kesemuanya dijaga rapi seperti bunga yang cantik tanpa ada satu tangan pun yang menyentuhnya. Dipelihara di satu taman bunga yang cantik dan berwarna warna. Sungguh indah semuanya.
Sehinggalah satu hari, saat sepasang mata perang ini bertemu dengan sepasang mata biru yang mengkhayalkan. Zulaikha mula tahu apa matlamat sebenarnya.
Yousuf. Ya, dia perlu dapatkan lelaki itu.
Segala cara telah Zulaikha lakukan untuk memikat hati seorang Yousuf tetapi..
"Yousuf mahukan seorang Zulaina"
Zulaikha tidak boleh terima semuanya. Dia hilang maruahnya hanya untuk lelaki itu. Masakan kakaknya pula yang menjadi isteri lelaki itu. Tidak putus asa disitu, Zulaikha tetap berusaha untuk mengenggam erat seorang yousuf digengamannya.
Sehinggalah satu hari menjadi penyebab mereka bersatu. Hati Zulaikha hancur apabila melihat air mata kekecewaan dari cinta sejatinya, umi dan abi. Lebih menyedihkan lagi, hati seorang Yousuf juga beralih dari tuhanNya. Agama mula ditinggalkan. Hidup selepas mengenggam seorang yousuf, tidak sebahagia mana.
Twinkle, twinkle little stars, How I wonder what you are?
Twinkle, twinkle little stars, Can you twinkle my pain away from a far?
"Yousuf milik Allah. InsyaAllah milik Zulaikha"
"Allah butakan mata ini, supaya aku boleh melihat cinta Allah dengan mata hati"
"Kejar cintaNya dahulu, Zulaikha"
Apa yang boleh saya kata, cerita ini tersangat best. Saya suka. Tapi sejujurnya ia amatlah memenatkan saya. Sehingga saya rasa saya perlu berehat dari kesedihan 'zulaikha' ini. Dari mula sampailah ke ending tak pernah berhenti menangis.
Apa-apa pun, semoga kak el terus success dalam bidang penulisan.
I fall in love with this tale from the first read. The Khayalan Blue is a gorgeously engraved story, A stunning composition that teaches us about life which I believe will personally bring the reader closer to Islam. When you open your heart and assimilate what the author trying to convey then your eyes will see it. I'm not an enthusiast of Islamic romance, I believe this is my first. Nevertheless, it is elegantly inscribed and almost poetic that I couldn't put down. You can learn a lot from the speeches between every single one of the character. I always enjoy a well-researched book, the plot in TKB is cleanly composed, refined with well-put values that are worth reading. I wouldn't alter anything from this novel. It's perfect. Read it in intention to learn and you will find hidden gems of life in it. I have Instantly ordered the other works by this novelist. Keep writing Elvroseth, your pen could be a powerful tool that may change a reader life. Looking forward to reading more from you! . 5⭐
THIS IS SUCH A GREAT BOOK! I HAVE BEEN WAITING FOR IT TO PUBLISH FOR ALMOST A YEAR! Habis baca buku ni lebih kurang dalam 6 jam sbb takleh tahan nak Tau apa jadi lepas tu. Tertangguh semua assignment sbb nak baca tkb hihi. Will always sapot u kakyel! Tak sabar nak tunggu karya kakyel YG lain utk publish!
Secara keseluruhannya, novel ini agak menarik bagi saya. Dari segi idea, olahan ayat semua kena dengan selera saya dan kalau ditanya sama ada saya akan terus membaca novel dari Elvroseth, jawapan saya adalah ya. Saya suka watak utamanya, Zulaikha. Mungkin bagi sesetengah orang dia agak gedik tetapi bagi saya, dia seorang yang berani dan tahu apa yang dia lakukan. Tapi itulah, kesilapannya adalah dia terlalu menagih kasih Yousuf dan sanggup tuduh Yousuf cuba merogol dia. Perbuatan dia tu agak keterlaluan lah sebenarnya. Tak pasal-pasal Yousuf marah dan cuba berubah menjadi 'Nathaniel' semula. Satu yang saya kurang berkenan dalam TKB ini. Babak intimnya sangat banyak. Sepatutnya chemistry antara Zulaikha dan Yousuf tidak perlu ditunjukkan dengan babak dalam bilik tidur. Kalau sikit-sikit, takpe kut. Cuma kalau dah melebih-lebih, itu yang agak menganggu. Sebab tu saya rate 3 bintang. Tapi, apapun penulis dah buat yang terbaik dan semoga lebih maju jaya selepas ini!
TKB lebih tersusun berbanding TKH dan I love this storyline better. Bagi saya isu yang dibawa agak berat ya sebab nak menceritakan mengenai Akidah seseorang. Jika tersilap tulis, memang boleh jadi lain.
Hero yang da masuk islam then berubah balik sbb diuji dengan kes khalwat tu, yeah boleh faham kenapa.
Tapi…
I gave 4/5 sebab masih rasa penulis masih tak boleh fokus pada satu isu. Its okay to have many conflicts sbb saya suka baca cerita yang konflik banyak cumanya, perlu disusun dan dileraikan dengan tidak penuh ketibaan
I think penulis terlalu fokus pada nak cantikkan ayat dan elaborate scenes sampai mengabaikan penyusunan plot.
This is just my honest review..
After all good job penulis. I know you have so many followers who support you.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Oklah bg aku novel ni..wlu tebal cepat jugak aku boleh habiskan.. maknanya seronok jugak di baca..dah aku mmg suka novel tebal..hahaha..tapi walau suka tebal aku x suka meleret..novel ni ada juga meleret bab nak bgtau mata birulah,rasa berdebar,teruja,hormon gatal naik sume..xpelah aku baca je..hehehe.aku suka baca ilmu agama dan sains yg diselitkan..cuma aku x bkenan sungguh ..mereka semua tinggi ilmu Islam takkan diaorg tak tau bermesraan blebihan depan org lain tu di cela dalam Islam..spoil haku rasa
Alhamdulillah , I finally finished read The Khayalan Blue. Kisah cinta antara Zulaikha dengan Yousuf , misinya Zulaikha hanya satu. Untuk menggoda Yousuf nya , walau apapun cara. Dia mesti dapatkan cinta Yousuf walau menggunakan cara kotor. So cerita ni based on what we know about Nabi Yousuf AS and Zulaikha. Cuma diubah sikit.
Buku ini sangat sesuai untuk orang yang mencari definisi cinta. Saya juga suka bagaimana watak Zulaikha yang digambarkan sebagai seorang yang reckless , berani , bijak dan tinggi confident kerana dia tahu dia cantik. And Yousuf , saya akui saya dapat beribu butterfly dan euphoria feelings dari Yousuf. Yousuf bagi salam pun dah jatuh cinta kau. Yousuf juga digambarkan sebagai seseorang yang tampan dan mempunyai sisi gelap tersendiri. Saya juga suka bagaimana El menekankan 3 tema cinta yang boleh mengalirkan air mata saya. pertama , Cinta kepada ajnabi tanpa berteraskan cinta Tuhan hanya akan membawa kepada kesedihan dan kekecewaan hidup. Kedua , cinta yang sepatutnya kita cintai dan bawa mereka ke syurga ialah cinta ibu bapa kita. Terima kasih kerana El menggambarkan kasih sayang antara ahli keluarga Zulaikha itu sangatlah indah. Saya sebagai anak broken home mengalirkan air mata apabila El menulis tentang cinta Abi terhadap Zulaikha. Ketiga , cinta terhadap Allah. Cinta yang sebenar sebenarnya perlu kita kejar.
Elements elements keagamaan yang ditulis dalam novel ini juga cukup menyedarkan saya sedikit sebanyak. Contohnya , kesedihan Zulaikha dalam mengejar cinta Yousuf tapi tidak Tuhan nya. Seterusnya , tatkala Yousuf berpaling dari Tuhan nya hanya kerana seorang wanita bernama Zulaikha cukup menyedarkan kita bahawa adakah hijrah kita kerana Allah atau kerana manusia ? Di samping itu, cara El mengaitkan sains dengan Al-Quran cukup untuk menyedarkan kita bahawa El is just not an ordinary writer. Hadis-hadis yang dimasuk kan , nasihat-nasihat adiknya terhadap Zulaikha untuk cukup memberi definisi cinta bagi yang mencarinya. Latar tempat seperti Mekah dan Madinah dimana Zulaikha berusaha kembali mengejar cinta Allah juga memberikan saya satu thought dalam hati supaya kita juga ingin sampai ke rumah Allah suatu hari nanti.
The plot twist pun sangat lah best , the story line was also good. Takde pun part yang drag and slow. Walaupun novel ni tebal, saya boleh habiskan dalam masa yang cepat. Tapi saya faham dalam kesempurnaan sesuatu perkara itu ada khilaf nya , saya kurang faham dengan pengakhiran cerita ini. Mungkin lebih kepada tergantung. Tapi everything in this novel was so good. Thank you for this masterpiece ❤️🦋
This entire review has been hidden because of spoilers.
Mengisahkan tentang Puteri Alja Zulaikha yang telah pulang dari Ireland ke Malaysia kerana cuti semester dan berjumpa dengan Muhammad Yousuf Bin Abdullah, seorang lelaki Irish mualaf. Sebaik mereka berdua berjumpa, Zulaikha tidak berhenti memikirkan Yousuf dan betapa obsesnya dia terhadap Yousuf hingga sanggup goda jejaka itu.
Zulaikha yang terbiasa hidup secara liberal di Ireland, mengembali menutup semula auratnya apabila sampai ke Malaysia tetapi sejak berjumpa dengan lelaki bermata biru itu, Zulaikha ingin lakukan perkara-perkara yang tidak didugai oleh seorang wanita Islam. Dapatkah Yousuf menahan nafsunya terhadap Zulaikha? Berjayakah Zulaikha menjadi watak antagonis dalam ceritanya sendiri?
˚ ༘♡ ⋆。˚ ❀
Thoughts 💭:
Ini first time Farah baca novel dari Elvroseth and saya mixed feelings sedikit sepanjang baca novel ni. Memang style cerita penulis macam ni eh? Terkejut ye saya membaca novel ni and juga first time baca storyline begini 🤣 Agak eye opening untuk saya ye 🤭
Watak protagonis sendiri jadi antagonis 😭 Lain macam en? 🤣 Penceritaan dan penulisan sungguhlah details, ia tak meleret sangat tetapi story dia banyak mengandungi babak yg mencucuk mata 🥹 Saya…tergamam ye 😭 Tapi suka part where cerita ni macam diinspirasi dari kisah zaman Nabi Yusuf ye 🤭 Dapatlah tahu serba sedikit tentang kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha 😌
Watak dan perwatakan; Zulaikha tu aish…waktu awal2 cerita miang sangat taktau kenapa 😭 Risau ye. Yousuf lak, kenapalah kau kejam sangat kat Zulaikha lepas kahwin tu 😭 Tapi alhamdulillah, dedua sayang gak satu sama lain 😚 I like Zulaisyah 🫶🏻
Overall thoughts, sila baca sendiri kalau nak tahu bagaimana novel ni since novel ni mengangkat isu yang terlalu sangat berat untuk diri saya yg selalu baca novel romance Manes selalu 😭 but on the good side, we learned a few knowledge about Islam 🫶🏻
💞Firstly,this is the best karya from Elvroseth bagi Fiya💝 The plot is mind blowing ✨✨✨ Every plot twist sangat tidak dijangka and pengajaran dia Masha Allah💓
💞Fiya agak terkejut dengan watak Zulaikha sebab Zulaikha tersangatlah lain dari novel-novel biasa yang Fiya baca😌Perasaan bercampur-baur baca setiap scene Zulaikha yang ada🥲💓But overall is♾♾
💞Every single scene is my favourite🤍Buku ni banyak menyedarkan Fiya kealam realiti🙈💌Thank you Elvroseth for this karya it's such a 💓💓💓
💞Muhammad Yousuf pada mulanya Fiya tersangatlah minat but at the middle it's kinda hurt🥲 but pengajaran dia yang terselit diantara 'kesakitan' tu memang👍🤯
ML: Nathanial Joseph Langford @ Muhammad Yousuf bin Abdullah FL: Puteri Ajla Zulaikha
SPOILER ALERT‼️ 4.5🌟
Selesai! Tapi kenapa ending dia gitu? 😮💨 Banyak sangat ya pengajaran dalam cerita ni, menandakan penulis buat research dengan cemerlang. Rasa macam nak baca sendiri kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha. Menarik ✨ Kita tolak tepilah isu buku ni katanya banyak adegan romantis, dah diaorg laki bini 🤫 Buku ni terlampau banyak sangat scene permohonan maaf, penat menangis 😢 Bab abi bagi nasihat pada menantu-menantunya (especially Yousuf), lencun muka dengan air wakkk. Sedih! 😭
Permulaan kisah yang agak sadis. Akibat daripada tergilakan cinta manusia melebihi cintanya kepada yang Esa dan umi abinya, Zulaikha sanggup menggadaikan maruah untuk menakluki Yousuf. Jika dia tak berjaya dapatkan Yousuf, dia akan pastikan tiada siapa yang akan menakluki Yousuf. Baginya, Yousuf hanyalah ditakdirkan untuk Zulaikha. Seperti kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha.
Ini buku pertama yang saya baca hasil karya Elvroseth. And I will definitely read her other books 😁
Most important lesson bagi saya dalam buku ni ialah letak cinta pada Allah di tempat yang teratas. Jangan sampai cinta pada seseorang/sesuatu menyebabkan kita buat benda yang Allah tak suka. Dan semua yang kita ada ni milk Allah. Allah bagi pinjam je. Hargai dan jagalah baik2.
Sebagai ibu bapa, kita boleh cuba dan usaha untuk bagi ilmu agama pada anak2. Tapi itu tak menjamin anak2 akan amalkan apa yang mereka belajar. Apa yang ibu bapa boleh buat selebihnya ialah doa. Lepas kita dah bagi didikan, usaha dan doa, kalau anak2 buat perangai juga, itu ialah ujian untuk kita.