Jump to ratings and reviews
Rate this book

「あの商店街の、本屋の、小さな奥さんのお話。」 #2

那條商店街的書店小老闆娘故事: 初戀書店

Rate this book
我有機會談一場能在對方身旁並肩閱讀的戀愛嗎───
時值昭和中期。本作以「小老闆娘」從過世老公那裡接手的書店為舞台,描繪出商店街人們的戀愛、家族親情所帶來的各式各樣故事。系列作續集。

248 pages, Paperback

First published November 5, 2015

16 people want to read

About the author

Shin Takahashi

60 books26 followers
Shin Takahashi ( 高橋しん, originally 高橋真 Takahashi Shin?, born September 8, 1967) is a Japanese manga artist best known for writing Saikano (She, the Ultimate Weapon) and Iihito. He was born in Shibetsu, Hokkaidō on September 8, 1967.
He has been using computer graphics in his works since the time when few manga artists were able to use them.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
25 (45%)
4 stars
22 (40%)
3 stars
7 (12%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for Nurul Suhadah.
180 reviews33 followers
March 29, 2020
Ini adalah hadiah buku paling comel saya dapat di tahun 2019!😁

Buku ini dihadiahkan oleh suami, yang membeli buku ini hanya kerana tajuk buku yang bagi beliau sangat sesuai dengan saya. Tanpa beliau mengetahui bahawa buku ini adalah sebuah komik!

Saya sendiri sudah tak ingat, bila kali terakhir saya baca komik. Mungkin siri komik Conan dan Dragon Ball zaman dahulu kala😂

Tetapi, tak sampai sehari habislah baca buku komik ini.

Komik ini menceritakan tentang perjuangan seorang isteri menguruskan sebuah kedai buku tinggalan suaminya yang telah meninggal dunia di sebuah kampung di pinggir bandar.

Comelnya si isteri itu, dia menyusun rak buku di kedai buku beliau dengan cara yang unik sekali. Kalau nak tahu cara bagaimana beliau susun buku itu di rak, kena baca sendiri komik ini😇

Tema yang menarik dalam komik ini ialah, cita-cita untuk membaca buku secara diam-diam sebelah menyebelah dengan orang yang kita cintai. Demikianlah lebih kurang☺️.

Fatihah pun dah habis baca komik ini. Saya rasa memang dia hanya akan cari suami yang membaca selepas baca komik ini😅.

Bacaan ringan sekadar untuk suka-suka dan mengambil pengajaran baik disebaliknya. Juga baik untuk orang yang memang mahu mencari pasangan yang membaca😊.

Sekian.

Mohon jangan serius sangat. Komik je pun nih😎.

#surimembaca
#reviewkomik
#pasanganmembaca
Profile Image for Aiza Idris (biblio_mom).
622 reviews211 followers
May 28, 2020
Aku suka sekuel ni setara dengan prekuel nya. Ilustrasi buku, perpustakaan, kedai buku, semuanya cantik dan bagus sekali!

Kisah kali ini masih berkisar tentang cik puan kedai buku. Tapi, tambahannya adalah kisah mengenai arwah cik puan dan teman baiknya sejak zaman sekolah, tentang bagaimana arwah suaminya jatuh cinta dengan membaca dan jatuh cinta pada karakter sebuah novel.

Cuma satu saja yang aku tak gemar... penutupnya. ianya indah, tapi rasa seolah-olah tergantung. atau ada lagi sambungannya? tak pastilah. Yang pastinya, aku akan beli jika ada 😆
Profile Image for Ieyda Hidayah.
64 reviews4 followers
June 30, 2025
Berkisar tentang sebuah kedai buku di sebuah bandar kecil yang dimiliki oleh Puan Chii,seorang balu kematian suami.Apa yang menarik tentang kedai ini rak bukunya disusun bukan mengikut jilid tetapi mengikut nama penduduknya yang gemar membaca.Sangat menarik.
.
Walaupun ianya komik tapi ada juga pengajaran daripadanya.Dan pengakhiran juga macam tergantung agak kecewa disitu
Profile Image for Syida Mrs Nick.
130 reviews5 followers
November 29, 2019
komik ni merupakan susulan cerita selepas komik Isteriku dan Kedai Buku. Sepanjang pembacaan terasa relaks kerana jalan cerita yang sesuai dengan mood yang sedang membanca. setiap bab adalah mengenai cerita berbeza dan hanya terkait dengan puan kedai buku.

plot twist juga menarik. dan jika tak baca siri sebelum ni tidak terasa tertanya-tanya tapi memang kena baca buku sebelum ni.

Bab yang paling disukai adalah pertandingan antara si penjual buku dan pustakawan. mereka adalah berbeza tapi dalam genre yang masih sama.

lukisan juga tidak berserabut. teratur dan kemas. sesuai dengan genre romance itu.

amat disarankan kepada:-
@mereka yang telah membaca buku Isteriku & Kedai Buku, tapi yang tak baca pun masih boleh enjoy juga
@peminat komik bergenre romance
@ulat buku yang amat mencintai buku

harap ader sambungan selepas ni :D
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
June 25, 2021
Buku ini memaparkan kehidupan Chii selepas kematian suaminya.. Bagaimana dia berusaha menjadikan kedai buku milik suaminya disukai ramai.. Ada empat kisah dan kesemuanya menarik.. Bagaimana kerjaya seorang pustakawan dan pemilik kedai buku berjaya digambarkan dengan menarik dalam komik ini..
Profile Image for aliyahrambely.
195 reviews9 followers
January 11, 2020
‪Done my third book for this year. The plot twist is unexpected but I can predict it earlier. Overall the story line is cute! Having fun while reading this🥰‬
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
June 7, 2020
Frust jugak sebab tak dapat cari komik ni yg siri 1. Kenapa tak ulang cetak lagi😩
**
Komik ni untuk pencinta buku mmg syok. Dpt baca tentang buku. Qoutes buku. Lukisan rak buku. Kedai buku. Oh berbunga sgt. Comel. Bukan terlalu tonjolkan ttg cinta walau ada bibit2 tu antara Chii dan Hachi. Tapi yg difokuskan hanya buku n kedai buku.
**
Uniknya cara Chii susun buku2 di kedai dia. Idea yg bagus untuk tarik pembaca rasa mcm rumah/tempat sendiri.
**
Tambah suka bila kedai buku ni adalah di pekan.Org kata cuma di kampung. Dengan suasana zaman Showa. Siap google lg ia satu zaman Jepun di abad 20. Lagi feeling habis bayang masuk suasana zaman tu.
**
Yang menyentuh hati bila part Mendiang Souichirou dan sahabatnya Hachi. Permulaan perkenalan 2sahabat ni dan novel Hachi yg mencetuskan cinta Souichirou pd buku hingga terbinanya Kedai Buku Aoba. Lagi menyayat hati tahu latar cerita hidup Souichirou yg menyedihkan serta impian kedai bukunya dan impian dia mahu buat dgn pasangannya yg x kesampaian😩
January 26, 2020
Rasanya kalau dah baca siri pertama mungkin akan lebih faham.

Tapi, tidak mengapa.

Siri kedua ni masih menarik.
Secara umumnya menceritakan tentang hubungan manusia dan buku dan bagaimana seseorang itu boleh rasa hidup hanya dengan membaca buku.

Terkesan dengan satu ayat “aku rasa rak buku seseorang itulah yang mencerminkan sebahagian daripada kehidupan dan masa silam dia”.

Kalau perhatikan balik rak buku sendiri dan lihat buku-2 sendiri, secara tak langsung kita akan ingat siapa diri kita yang dahulu dan siapa diri kita yang sekarang kerana diri kita sekarang terbentuk hasil daripada pembacaan dan pendengaran kita.

Profile Image for Khaulah Zulkifli.
94 reviews3 followers
May 20, 2022
ulang baca lagi tahun ini. tak tahu kali ke berapa. kisah tentang buku. komik yang memang akan diulang baca.

nak baca yang jilid pertama. mana nak cari? boleh tak share?

suka semua cerita dalam buku ni.

orang banyak baca buku ini, memang nampak pendiam. tetapi bila dia buka cerita pasal buku memang tak ingat dunia dan dalam dunianya sendiri.

kalaulah kedai buku ini wujud di malaysia, saya pun nak ada rak sendiri dengan tag nama. boleh jadi tempat lepak. my hiding place.

dan endingnya sangat menarik seperti cerita yang kita tulis. couldn't find the right words.
Profile Image for Hikaoru.
952 reviews25 followers
January 11, 2021
Everything in here is about unrequited love. Technically everyone get their happy ending but not in a way where you'd expect them to.

Ignoring love woes, it's a cute story about the love of books and wanting others to love them too.

I'm back in my hometown for an unforseeable amount of time, so raiding the local library for good books. They don't have much choices in comics but this is one of 'em.
Profile Image for Iqra M..
595 reviews2 followers
June 4, 2020
First and foremost, I love the setting. Bookstore in Tokyo? I was bound to love it.
However, the texts can be too small for my "grandma" eyes. Plus, the long sentences are boring and a tad tedious. Overall, I love the concept. It was an adorable and quick read.

I couldn't find the prequel anywhere though.
Profile Image for Liyana Zulkifli.
40 reviews7 followers
January 21, 2020
Siri kedua ni lebih fokus pada bagaimana buku tu menghubungkan manusia.
Bagaimana chii bertahan dengan kedai bukunya dengan perubahan semasa.
Ada few part yang explain, a few part dalam siri satu.
Kalau suruh pilih saya lagi suka siri satu👏
Profile Image for Ummu Soghir.
57 reviews8 followers
April 20, 2020
Komik ini memang berbeza dari komik remaja yang lain. Komik ini khas untuk si ulat buku yang cintakan buku. Saya teruja tentang bagaimana pelukis komik berdiskusi dengan pustakawan dan staf kedai buku mengenai pembacaan buku. Sekaligus ia beri idea baru pada pencinta buku.
Profile Image for Mira Ishak.
Author 10 books14 followers
March 25, 2021
Cerita yang santai dan comel. Namun, tetap memberikan sentuhan emosi di jiwa. Sentiasa suka dengan karakter Chi yang halus jiwanya, prihatin dengan jiwa orang lain apabila melibatkan buku ni.

Part akhir tu..rasa...halahhhhh...menjadi tanda tanya sangat.

Tak menyesal betul beli. Haha.
Profile Image for Alia Rihan.
38 reviews
January 21, 2023
Best sebab macam tajuk dia, komik ni banyak cerita pasal buku dan perkara yang berkaitan dengan buku. Contohnya, macam mana buku tu boleh mulakan dan menyebabkan seseorang tu jalinkan hubungan dengan yang lain.
Profile Image for Rayyan Mohd Zain.
138 reviews3 followers
July 4, 2021
Satu komik ni ada 4 episod. Episod yang ceritakan plot yg berbeza-beza. Aku dalam diam berharap Hachi akan berkahwin dgn puan hehe. Ada bahagian dalam buku ni yang membuatkan my heart flutters hehe.
Profile Image for Maya.
59 reviews
March 12, 2022
Suka sangat, very wholesome. Worth to read! Cumanya terjemahan rasa kekok dan susah nak difahami.
Displaying 1 - 20 of 20 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.