Jump to ratings and reviews
Rate this book

Muhammad: Insan Paling Sempurna Pernah Dilahirkan

Rate this book
Buku ini menerangkan tentang keperibadian Nabi Muḥammad serta ciri-ciri baginda. Aspek yang banyak ditekankan dalam buku ini ialah bagaimana cara baginda berinteraksi dengan hal-hal yang di sekliling baginda, seperti bagaimana baginda berinteraksi dengan musuh, golongan munafik, para sahabat baginda, kanak-kanak, para wanita, anak-anak yatim dan lain-lain. Selain itu buku ini juga menceritakan tentang aspek keperibadian baginda seperti pakaian baginda, makanan baginda, tidurnya baginda, suka dan duka baginda dan lain-lain, Oleh itu, buku ini adalah serba sedikit sebagai panduan untuk kita tentang bagaimana untuk kita mencontohi Nabi Muḥammad dalam aspek-aspek tersebut.

240 pages, Paperback

Published January 1, 2020

9 people are currently reading
59 people want to read

About the author

Kamilin Jamilin

9 books19 followers
Ahmad Kamil bin Jamilin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kamilin Jamilin merupakan seorang pensyarah di Fakulti Pengajian Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Minat beliau dalam bidang hadis mula bercambah apabila beliau melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda dalam bidang tersebut di Universiti Islam Madinah (UIM) dan berjaya memperolehi keputusan kelas pertama pada tahun 2008.

Di atas minat yang tinggi, beliau menyambung pengajian dalam bidang yang sama di peringkat sarjana di Universiti Imam Al-Sa’ud, Riyadh dan berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang pada tahun 2013.

Ustaz Kamilin telah menyiapkan PhD beliau dalam bidang hadis di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Beliau aktif dalam berkongsi ilmu sama ada melalui kuliah-kuliah, daurah, tulisan di FB mahupun dalam bentuk diskusi online di telegram. Beliau banyak memfokuskan kepada seni dalam berinteraksi dengan hadis.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
51 (66%)
4 stars
20 (25%)
3 stars
5 (6%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Norziati.
Author 9 books84 followers
June 6, 2021
Oleh kerana penulisnya sudah menyatakan di bahagian awal bahawa buku ini diambil daripada siri ceramahnya tentang Nabi, maka sudah boleh diagak bagaimana kandungannya dihasilkan. Seeloknya janganlah disalin begitulah sahaja, perlu dijelaskan pada bahagian-bahagian tertentu.

Secara keseluruhan ok, bagus kepada pemula atau kepada yang mahu mengenai Nabi atau kepada ibu bapa yang mahu memperkenalkan Nabi kepada anak-anaknya.

Buku patutnya boleh dapat lebih bintang jika persembahannya lebih kemas (baris pada ayat, design jangan bagi tinggal sebaris dua pada satu halaman) dan penjelasan pada hadith-hadith yang dimasukkan, bukan sekadar makna. Jadi pembaca akan lebih faham dan menghayati.

*Terkritik pula
Profile Image for Marissa.
22 reviews11 followers
January 7, 2021
Alhamdulillah what a privilege to read a beautiful Narration about Rasulullah SAW from One of the Experts in Hadith, Dr Kamilin Jamilin. The book was assiduously examined & referenced while maintaining an organized pattern that make it reader friendly ❤️
.
Berkesempatan untuk tadabbur 1 ayat Quran dari Surah An-Nisa (4:41). Seperti yang diceritakan dalam buku ni, tatkala Baginda SAW meminta ‘Abd Allah bin Mas’ud RA memperdengarkan bacaan Al Quran kepada baginda SAW, lalu beliau membaca surah ini (An Nisa) sehingga ketika sampai ke ayat 4:41 baginda memintanya berhenti seketika sambil mengalirkan airmata.
.

Sangat terkesan bila mana penulis menegur kita sebagai umat islam yang sedikit sebanyak menjadi punca salah faham terhadap gambaran sebenar baginda SAW. Akhlak kita yang tercalar dan sudah jauh menyimpang daripada petunjuk baginda SAW telah banyak mengundang salah faham dunia luar terhadap Islam (guilty as charged!)
.

Again a well written book with a lot to reflect & ponder. Highly recommended!
Profile Image for Hafizi.
75 reviews
January 18, 2021
buku ini boleh dikatakan sebagai syarahan atau penerangan ringkas setiap sisi peribadi Rasulullah saw. sangat baik untuk dijadikan bahan penceritaan bersama keluarga ataupun disampaikan sebagai tazkirah ringkas kerana setiap bab disertakan dengan petikan hadis yang sahih yang berkaitan untuk rujukan lanjut.
Profile Image for Shaharuddin.
462 reviews9 followers
March 8, 2021
Buku ringkas tapi cukup untuk mengambarkan keperibadian insan contoh Rasulullah SAW.
Profile Image for Azura Chan.
523 reviews7 followers
October 28, 2024
"Golongan manakah yang paling dahsyat ujiannya? Baginda SAW menjawab:
'Para Nabi, kemudian [golongan] yang terbaik [selepas para Nabi], kemudian [golongan] yang terbaik [selepas mereka]. Seseorang itu diuji berdasarkan [tahap] agamanya. Apabila agamanya kuat, ujiannya pun berat. Sebaliknya apabila agamanya lemah, maka dia diuji berdasarkan [kelemahan] agamanya. Ujian tidak akan berhenti menimpa seseorang hamba itu sehingga dia berjalan di atas muka bumi ini dalam keadaan tidak mempunyai sebarang kesalahan. '" - Dr. Kamilin Jamilin, Muhammad S. A. W. : Insan Paling Sempurna Pernah Dilahirkan
.
.
🖤 Buku ini menerangkan tentang keperibadian Nabi Muḥammad serta ciri-ciri baginda. Aspek yang banyak ditekankan dalam buku ini ialah bagaimana cara baginda berinteraksi dengan hal-hal yang di sekliling baginda, seperti bagaimana baginda berinteraksi dengan musuh, golongan munafik, para sahabat baginda, kanak-kanak, para wanita, anak-anak yatim dan lain-lain. Selain itu buku ini juga menceritakan tentang aspek keperibadian baginda seperti pakaian baginda, makanan baginda, tidurnya baginda, suka dan duka baginda dan lain-lain, Oleh itu, buku ini adalah serba sedikit sebagai panduan untuk kita tentang bagaimana untuk kita mencontohi Nabi Muḥammad dalam aspek-aspek tersebut.
.
.
🖤 Semakin kita mendalami keperibadian Rasulullah SAW, semakin mendalam rasa cinta dan rindu kepada baginda. Saya paling tersentuh pada Bab 28 : Muhammad SAW Sebagai Bapa Idaman. Di mana diceritakan bagaimana Rasulullah memberikan teladan yang baik kepada anak-anaknya, tidak kurang juga kepada menantu-menantu nya dan cucu-cucunya. Sebagai manusia, Rasulullah juga tidak terlepas daripada diuji kehilangan anak kesayangan dan baginda juga turut bersedih seperti mana kita juga jika diuji sedemikian rupa. Namun, sifat redha dan kesabaran baginda sememangnya harus diteladani oleh kita.
.
.
#azurachanreads #muhammadsawinsanpalingsempurnapernahdilahirkan #drkamilinjamilin #bukujunkie #bookaddict #booklover #booknerd #bookjunkie #bookish #bookgeek #bibliophile #bukuilmiah
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
December 4, 2023
Buku yang sangat best. Serius, rugi kalau tak baca buku ni. Sebelum ni, pernah nampak kawan rekemen buku ni bagus. Ingatkan semata hype ke apa. Sebab slalu nampak dekat garis masa tentang buku ni. Skali baca, memang tak menghampakan.

Buku sirah yang membuatkan kita lebih mengenali nabi dengan lebih baik lagi walaupun tak banyak kisah yang dimasukkan. Bab tak sampai 30 pun yang menceritakan tentang nabi. Walaupun begitu, banyak yang kita boleh ambil sebagai contoh ikutan.

Tahniah dan terima kasih kepada ust kamilin atas naskhah yang bagus ini.
Profile Image for Hasma Ismail.
19 reviews2 followers
June 5, 2020
Buku yg mempamerkan kehidupan Rasulullah s.a.w dari sisi moral. Bagaimana menjadi manusia yg baik.
Profile Image for Mohd Hafiz.
59 reviews1 follower
October 22, 2020
Kupasan menarik mengenai kesempurnaan & kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Profile Image for Nazhirin Harun.
6 reviews
July 3, 2021
Buku yang menceritakan peribadi Rasullah dalam kehidupan seharian. Bukan cerita tentang sejarah Nabi S.A.W.

Menarik dan santai untuk dibaca untuk dijadikan panduan dan ikutan dalam kehidupan harian.
Profile Image for Nisa.
31 reviews
November 17, 2025
Tulisan yang ringkas tapi cukup. Well done Dr Kamilin!
Profile Image for Hasliza Rajab.
172 reviews8 followers
October 19, 2024
"If the Arab nations back then were as civilised as the surrounding empires as Rome, Persia, and Greece, then there would have been people who would claim that Islam is the human product of philosophy born from civilization".

This is among the reasons why Allah SWT chose the one and the last prophet from Arabia. No one other than Muhammad SAW!

In this book, the author focuses more on the life of the Prophet pbuh from the beginning of his lineage up until he as a leader of the ummah, as a husband, as a father, as a companion, and many other roles that he played throughout his life, guided by the Revelation.

"As people who were born Muslims, or who had received the gift of Allah's guidance, we should be grateful that the Prophet's Message has reached us in our modern life today where knowledge and information are easily accessible".

The only thing that we must do is to discover and learn, to believe and put everything that we have gained into practice. And we must no to forget to share all the knowledge and spread it to others.

"His character was the Quran". (Muslim)

He showed us the best example of manners that we must follow.
The author has put it in details started from Chapter 2 until Chapter 28.
Profile Image for Syikinyunus.
129 reviews8 followers
October 29, 2020
🌕Manusia Agung🌕

Saya teruja bila mendapat naskhah “Muhammad s.a.w: Insan Paling Sempurna Pernah Dilahirkan” tulisan Dr Kamilin Jamilin & sangat berpuas hati dengan kandungan buku ini.

Penulis dari awal menidakkan bahawa buku ini adalah sebuah buku sirah atau biografi Rasullullah. Ia diniatkan sebagai pembuka pintu ke dunia kehidupan seorang manusia agung; dan melalui secebis kisah kehidupan beliau - penulis berniat utk membawa pembaca mula mengenali keperibadian Rasullullah.

Dari susur latar belakang Muhammad s.a.w, pembaca dihidangkan peristiwa & gambaran perilaku baginda melalui bukti-bukti hadith sahih & juga ayat al Quran.

Penekanan diberi kepada akhlak baginda yg sgt sempurna terutamanya ketika berinteraksi dgn golongan yg menentang beliau, sahabat, wanita, kanak-kanak & jiran tetangga.

Begitu juga contoh perilaku baginda sebagai seorang pemimpin, suami & bapa - dinotakan dengan baik & jelas sebagai iktibar & pengajaran buat kita semua.

Buku yg sangat bagus, penulisan yg ringkas & menenangkan disertakan dgn sanad yg sahih - menjentik minda & hati utk cuba membuat perubahan diri yg positif bagi mengikut jejak langkah Rasullullah s.a.w.

5 ⭐️.

Saya rekomen buku ini bagi pencinta Rasullullah, bagi mereka yg mencari-cari bacaan ringkas & jitu mengenai Muhammad s.a.w & bagi mereka yg hendak mengenali siapakah insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah.

Boleh dapatkan buku ini di pelbagai kedai buku - dan terdapat versi Bahasa Inggeris yg baru diterbitkan.
Profile Image for Lisa Aziz.
26 reviews
March 23, 2022
glad finally got read this book. but i want vol2. want more know about our beloved.
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.