Jump to ratings and reviews
Rate this book

Eblys

Rate this book
Apalah yang ada pada Mim? Rupa biasa-biasa, kerja buruh binaan di siang hari, dan pembantu restoran pada sebelah malamnya. Bukannya kacak bergaya dan berkerjaya seperti jirannya, Zack. Lebih perit lagi, cinta yang dipendam selama ini sekadar bertepuk sebelah tangan.

Dia sudah nekad, dia jemu dengan hidup yang tak sudah-sudah dirundung malang. Pada malam tahun baru ini, dia berdiri di tepi belebas atas bumbung bangunan apartmennya, bersedia untuk mengakhiri semuanya. Langkahnya terhenti saat dia disapa seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Eblys. Siapa lelaki bermata warna emas itu sebenarnya?

296 pages, Paperback

First published July 1, 2020

1 person is currently reading
37 people want to read

About the author

Fatinilam Sari Ahmad

34 books27 followers
Penulis Fatinilam Sari Ahmad @ Najwa Dania Danial @ Fateen Najwa adalah orang yang sama.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (21%)
4 stars
31 (44%)
3 stars
18 (26%)
2 stars
4 (5%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 30 of 39 reviews
Profile Image for Shuhada Ramli.
353 reviews17 followers
March 20, 2020
Buku berjudul Eblys yang ditulis oleh Fatinilam Sari Ahmad; diterbitkan oleh Buku Fixi merupakan sebuah naratif melalui tiga suara yang disampaikan dalam tiga bahagian. Struktur penceritaan dan peralihan cerita yang sangat teratur dan lancar. Ditulis dalam gaya bahasa yang santai dan mudah dibaca. Saya menggemari tulisan yang bersahaja sebegini. Ditambah pula ia ditulis oleh penulis yang berpengalaman dan tidak asing lagi bagi sesetengah penggemar novel-novel kreatif terbitan Creative Enterprise suatu ketika dahulu.

Saya tertarik dengan tajuk buku ini. Tajuk "Eblys" itu sendiri merupakan sebuah tajuk berat dan melalui pembacaan saya, penulis telah mengolah ceritanya dengan bijak, menarik dan mudah difahami, menjadikan cerita ini tidak seberat mana yang saya sangkakan. Kita tahu Iblis menyusup masuk secara halus dan gambaran kepada kehalusan itu ada pada tulisan cerita ini.

Konsep utama penceritaan berkisar tentang kejatuhan semangat, moral dan kesesatan hidup seseorang yang berpunca dari kedudukan pangkat, harta dan wanita. Desakan hidup dan hilang pedoman menguatkan lagi Eblys sebagai sandaran utama kepada Mim, Zack dan Ro Ha menjadi hanyut dan terpesong. Saya sangkakan Eblys akan muncul berulang kali, tetapi sebenarnya tidak.

Eblys secara halusnya menakluki hidup mereka dan kekal mendiami jiwa mereka yang lemah dan tiada pegangan hidup. Selagi mereka meletakkan nafsu di hadapan, selagi itulah Eblys menyesatkan hidup mereka. Penyampaian yang sangat kreatif dalam menyebarkan dua perkara. Satu, kesesatan yang dibawa oleh Eblys sebagai fokus utama kepada setiap musibah yang mereka lalui; Dua, dakwah secara tidak langsung memberi peringatan agar kita tidak mudah terpedaya dengan hasutan Iblis.

Adunan watak dan lokasi ke dalam adegan yang tidak dibuat-buat secara keterlaluan menjadikan imaginasi saya sebagai pembaca menjangkau lebih jauh. Mungkin imaginasi saya sedikit terbawa-bawa dari babak tertukar roh dari tubuh ke tubuh yang lain seperti yang ditonton dalam adegan cerita "Freaky Friday". Paling tidak, itulah yang dapat saya imaginasikan dari pembacaan saya.

Saya gemar dengan cara penulis meletakkan tauladan kepada cerita ini. Keinsafan yang wujud di akhir cerita meninggalkan kesan positif dan memberi manfaat kepada diri saya. Iblis hanya wujud untuk menyesatkan dan tidak sekali-kali dia akan berputus asa untuk memesongkan iman seseorang. Teringat saya kepada kisah Iblis diusir dari Syurga kerana keengganannya untuk tunduk kepada Nabi Adam A.S. Iblis kemudiannya merayu kepada Allah agar diberi tempoh sehingga hari kiamat dan berjanji akan mendatangi anak Adam dari setiap sudut untuk menyesatkan. [Rujukan : surah Al-A'raaf 7:11-17].

Sebuah karya yang sangat menarik, bukan sekadar bacaan untuk hiburan dan mengisi masa sahaja tetapi boleh dijadikan renungan yang menginsafkan. Semoga review ini memberi manfaat kepada semua.

Penilaian saya terhadap buku ini ialah 5/5.
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
April 13, 2020
Rating saya: 3.5/5

Eblys itu, sekadar ejaan glamour untuk Iblis. Namun sifatnya sama. Buku ini mengenai perjanjian manusia dengan iblis. Permulaan kisah yang menarik, jalan cerita pantas dan berterus-terang. Saya suka akan 1/3 daripada jalan ceritanya.

Namun lama-kelamaan, perkembangan cerita menimbulkan tanda tanya. Elemen kejutan yang pada mulanya mendebarkan, menjadi tidak kena apabila terlalu banyak. Saya merasakan ada beberapa 'twist' itu tidak perlu pun sebenarnya. Terdapat juga hubungan kasih sayang atau cinta songsang yang sengaja dimanipulasi pada mulanya bagi menimbulkan tanda-tanya.

Bagi saya menarik plotnya walaupun kalau dalam novel Inggeris, tema sebegini sudah banyak! Selera pembaca ni, berbeza-beza, mungkin rating yang saya berikan tidak berapa tinggi, namun ada pembaca yang suka hingga memberikan rating 4 & 5. Secara keseluruhan, cubalah baca buku ni.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
September 29, 2020
manusia. akan sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang ada pada dirinya dan persekitarannya. akan sentiasa cemburu yang lain yang bukan ada dalam perjalanan hidupnya. akan sentiasa mencemburui insan lain yang dilihat sempurna di matanya.

mim. dia impikan kehidupan seperti jiran di hadapan rumahnya. yang segak bergaya. yang punya kerjaya hebat. yang sentiasa perempuan ada di kelilingnya. atas satu sebab, dia mahu bunuh diri. tapi kemunculan eblys yang mahu memberi dia peluang menukar kehidupan buat dia batalkan hasrat hatinya.

impiannya makbul. dia muncul dalam jasad zack. dia dapat hidup seperti apa yang dimahukan. sarah, mega, gina, safura, liz... wanita cantik yang muncul dalam hidupnya. belum lagi hidup yang didamba. dia seperti tahu apa saja yang zack sebenar lakukan dalam hidup. setiap pergerakan dan apa saja...

tapi itu semua rupanya menuntut sesuatu dalam hidupnya. menuntut kebebasan jiwanya.

buku ini ada tiga bahagian. bahagian kedua pula kehidupan zack di dalam jasad mim. tak sangka juga, zack mampu berubah. dia mampu hidup dalam jasad mim yang sebelum ini kehidupannya susah, kerja berat. dan mengejutkan zack juga, mim jatuh cinta pada adik sendiri. patutlah dia mahu bunuh diri. dan rupanya, zack kenal dengan eblys...

bahagian tiga. menariknya, ada insan lain melihat perwatakan mim dan zack. sebagai abang, sebagai pesalah dan juga sebagai pencinta. watak ini juga sebenar main peranan penting untuk setiap cerita kedua watak tadi. kerana dia, mim begini... kerana dia, zack begitu... siapa? kena baca.

eblys. sedap olahan puan penulis. sememangnya sangat layak untuk memenangi sayembara fixi. penyampaian yang kuat dan pengajaran yang sangat bermakna.

manusia. tidak harus tamak. bersyukur dengan setiap ketetapan.

kalau tidak?
ada 'yang lain' datang.
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
March 31, 2020
Pertemuan Mim denga Eblys pada malam tahun baru ketika dia berniat untuk membunuh diri telah membawa kepada satu kehidupan yang dia fikir selama ini ialah hidup yang dia mahukan setelah memetrai janji dengan makhluk itu.

Hidup dengan identiti orang lain, Mim -- yang telah menjadi Zack -- memerlukan dia untuk melakukan pengorbanan untuk janji yang telah dibuat dengan Eblys -- mereka yang tidak bersalah menjadi mangsa. Yang akhirnya membuatkan Zack sedar dia tidak inginkan kehidupan itu, dia mahu menjadi Mim semula.

Namun sentiasa ada yang akan menjadi galang gantinya, nyawa mahupun kewarasan minda -- memetrai perjanjian dengan makhluk itu -- Eblys -- tidak hanya dengan percuma. Hidup Zack, Mim, Dr. Rukhan dan Ro Ha akhirnya menerima kesan -- daripada sebuah perjanjian yang termetrai pada tahun baru seterusnya.

______

Penceritaan buku ini terbahagi kepada beberapa POV. Permulaan cerita pada saya berkembang dengan terasa sangat perlahan. Meskipun wujud unsur  misteri jenayah itu, namun trill tersebut tidak begitu terasa. Mungkin kerana saya memang terbiasa menonton rancangan criminal investigation, dan memang sudah terbiasa dengan scene yang lebih mengerikan dan sadis jadi saya rasa dalam buku ini unsur itu hanya pada tahap mediocre. Saya berasa sedikit bosan juga sepanjang hampir daripada separuh buku ini.

Namun, perkembangan cerita semakin lebih cepat bergerak ketika mamasuki POV watak yang kedua, unsur twist dan suspen lebih menjadi selepas memasuki bahagian kedua. Saya juga lebih gemar dengan gaya penceritaan selepas memasuki bahagian kedua -- tidak terasa meleret dan tidak juga tergesa-gesa sehingga meninggalkan banyak persoalan. Dan separuh akhir daripada cerita ini yang menjadi penyelamat buku ini daripada masuk kepada kategori biasa-biasa saya.

Pada saya juga buku ini seperti berubah genre dari awal cerita ke akhir, daripada mystery thriller kepada romance -- tetapi tidak lah begitu ketara sehingga mengubah plot utama cerita ini.
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
May 21, 2020

Kepada sesiapa yang suka buku genre misteri Islamik, yang mengajar kita berfikir, bolehlah masukkan buku Eblys ni dalam list. Saya enjoy baca buku ni. ⁣

Kalau nak dengar pendapat saya tentang buku pemenang Sayembara FIXI, Eblys ni, Boleh terus tonton video ni.

https://youtu.be/SFzrZEm_wgk

Dalam video ni saya break down review kepada beberapa kategori:
1- Sinopsis cerita
2- Watak
3- Plot
4- Rekomendasi
5- Keseluruhan
6- Rating

Tahniah kepada penulis Fatinilam Sari Novelis atas kelahiran buku ini dan tahniah juga kerana menang! Teruskan menulis ya! ⁣😁💪🏻
Profile Image for Alif Fitri.
12 reviews2 followers
April 14, 2020
Eblys

Muncul di saat manusia tertekan
Acah baik menghulur bantuan
Tawaran dan pilihan sengaja dilontarkan
Wanita, pangkat dan juga kekayaan
Memancing manusia sekutukan tuhan
Yang akhirnya akan melahirkan
Perbalahan dan penyesalan

Tiga watak berbeza yang diceritakan dalam perspektif mereka memudahkan lagi pemahaman terhadap kisah ini. Walaupun boleh menimbulkan kekeliruan tetapi ia tetap sesuatu yang mengujakan. Jalan cerita yang tersusun kemas dengan gaya penceritaan yang menarik membuatkan masa yang diambil untuk membacanya adalah sedikit. Watak yang ditampilkan membawa masalah masing-masing dan apabila dibaca dengan lebih lanjut terdapat persamaan antara mereka iaitu mereka hanya mahu menurutkan nafsu mereka tanpa mahu melawan menggunakan akal fikiran. Akhirnya semuanya jatuh dalam perangkap iblis lalu memusnahkan hidup mereka

Tapi bukan semua yang tertewas. Hanya yang sedar akan adanya tuhan yang selalu ada disisi sahaja yang akan berani untuk melawan nafsu mereka. Mereka inilah yang sedar bahawa hanya tuhan sahajalah tempat meminta pertolongan dan juga tempat seseorang manusia itu bergantung harap. Hakikatnya iblis itulah musuh manusia yang nyata yang hanya mahukan manusia bersama-samanya tersesat.

Begitulah sifat manusia zaman ini yang dibawakan oleh penulis yang selalu berfikir bahawa mati adalah penyelesaian untuk semua perkara yang menyusahkan atau menyakitkan. Tahukah mereka itulah ujian untuk mereka yang diberikan tuhan untuk menunjukkan mereka itu kuat untuk mengharungi apa jua keadaan di dunia ini.

Terima kasih penulis untuk sebuah kisah yang menyedarkan.
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
April 18, 2020
Ada babak yang terasa berulang dan sengaja dipanjang-panjangkan. Cerita akan lebih menarik jika watak Eblys diberi lebih banyak exposure.
Profile Image for SS.
520 reviews5 followers
April 26, 2020
Dalam banyak-banyak ebook Fixi. Ika pilih untuk baca Eblys dulu. Atas sebab sinopsis & tajuk Eblys yang menarik. Eblys atau Iblis tiada beza ya geng sekalian. Sama. Tujuan utama Iblis ialah menghasut manusia agar lebih sesat lagi. Sama seperti insan bernama Mim dalam Eblys ni, dia dihasut. Gara gara dia nekad untuk bunuh diri pada malam Tahun Baru. Muncul lah Eblys yang menawarkan sesuatu untuk Mim.

Mim ditawarkan untuk menukar kehidupan dia yang sekarang kepada kehidupan orang lain iaitu jiran dia (Zack). Bagi Mim, Zack jirannya mempunyai segala-galanya dari segi wang, rupa paras, darjat serta wanita. Berbanding dirinya. Yang sentiasa kena berhempas pulas untuk meneruskan kehidupan. Semangat dia dah hilang. Tahap putus dia pada malam tu memang tahap gaban la. Dia bersetuju dengan Eblys untuk menukar kehidupan dia dengan Zack. Dengan syarat, Eblys tetapkan ada sesuatu yang perlu menjadi korban.

For me. Permulaan cerita Eblys best. Sebab belum apa apa. Watak Eblys dah muncul. Dan ika start seronok untuk baca. Lagi-lagi bila berlakunya pertukaran jasad antara Mim dan Zack. Macam mana si Mim ni nak adapt dengan kehidupan Zack yang disangkakan indah belaka tu.

Mulanya, ika fikir. Eh how come eh cerita pasal Mim je. Si Zack ni tak sedar ke diri dia dah tertukar? Rupanya Eblys terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Mim, Zack & Ro Ha. Menarik. Dari sini kita boleh tahu apa perasaan watak-watak ni secara details. Seronok jugak baca perasaan si Zack (setelah ditukar). Bayangkan, dari kehidupan yang serba mewah. Tiba-tiba kena hidup susah. Haha. Sumpah seranah betul dia.

Mesti kalian ingat, Eblys ni sekadar main tukar tukar badan? Salah. Yang membuatkan storyline bergerak ialah bila kehilangan perempuan-perempuan yang ada kaitan dengan Zack. Jenayah yang Zack lakukan dan ada kaitan dengan Eblys. Kemunculan Ro Ha adalah salah satu langkah bijak. Takda la hambar je ye dak dua tiga watak ni sampai kesudah.

Cumanya, akan ada konfius sedikit sedikit di beberapa part. Mungkin sebab banyak sangat bertukar kan. Adakalanya lost sikit. Ampun. Cumanya kan. Watak Eblys muncul sesuka hati dia je ya. Haha tak banyak sangat pun kemunculan dia. Tak puas. Tapi okay la. Overall, not bad. ✌🏻

Pengajaran dia: Bersyukur la dengan kehidupan kita walaupun kehidupan yang sederhana. Jangan cuba bandingkan kehidupan kita dengan org lain. Mana mungkin kita tahu mcm mana kehidupan org tersebut. Best ke? Bahagia ke? Seronok ke?. Cuba jadi orang yang bersyukur okay?.

Iblis tetap iblis. Dalam Eblys ni, ramai yang menjadi mangsa.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hafiz Kamaruddin.
97 reviews9 followers
March 22, 2020
sebuah cerita yg menarik & ending spt biasa sgt xdpt diduga. congrats kpd penulis utk nashkah ini.
Profile Image for Atul_reads .
190 reviews12 followers
September 3, 2020
Cerita ‘EBLYS’ bermula apabila Mim putus asa dengan kehidupannya sehingga sanggup bertindak untuk menarik nyawanya sendiri. Tiba-tiba datang Eblys menawarkan ajakkan istimewa yang sukar untuk ditolak tepi dengan pelbagai janji manis untuk menjerat manusia. Mim tak tahu bahawa rupa-rupanya itu lah titik awal kepada pelbagai huru-hara.

Sebenarnya agak pening apabila baca buku ni sebab ada adegan yang berbelit-belit. Banyak pusing-pusing atau twist. Nak dekat akhir, rasa macam penulis sendiri dah keliru siapa-siapa atau Atul tersilap baca? 🤯. Tapi Atul suka cara cerita ni berakhir. Boleh dijadikan ikhtibar. Silap sekali biasa tapi membiasakannya adalah satu kebodohan.

Tapi macam biasa lah, di dalam buku fixi ada unsur tidak senonoh 🔞 dan sudah dinyatakan untuk pembaca matang sahaja. Memang Atul tak berapa suka, cuma dibaca untuk ambil apa isi penting yang penulis nak sampaikan.

Buku Eblys ni bagi Atul adalah teguran untuk orang Islam sendiri. Sebab banyak masalah sosial yang diutarakan dalam buku ni. Kita kena tahu mana pokok masalahnya agar penyelesaian dapat dijana. Terutama cara hidup orang Islam yang bertentangan dengan nilai agama. Pergi kelab malam, main perempuan, solat tunggang-langgang serta tak tahu apa yang diperbolehkan dan dilarang dalam agama sendiri.

Juga teguran untuk wanita, khususnya, tolonglah jangan mudah percaya akan lelaki yang baru sehari dua kenal, tidak semena, terus ikut sampai ke rumah dia!🙅‍♀️. Fikirkan keselamatan diri awak! Ish, geram. Lepas tu ada masalah sepupu sepapat. Kena ingatkan dekat sini, bagi sahabat seagama(Islam) yang tak tahu, sepupu lelaki bukan mahram kita. Jadi boleh nikah dengan dia. Jadi tak boleh berdua-duaan ya, janganlah anggap macam adik-beradik kita. Lain hukumnya! Lagi satu, perihal hubungan adik-beradik boleh juga menyumbang kepada isu sumbang mahram, kalau ibubapa tak terangkan secara jelas, batas hubungan — jangan cium peluk atau batas aurat. Sebab nafsu ni kita tak boleh kawal. Alamat, rasa macam dah spoiler tapi sebenarnya tak. Atul hanya menyentuh sedikit🤭. Sekian.
Profile Image for hans.
1,162 reviews152 followers
October 19, 2020
Judul Eblys yang catchy walaupun perangai watak Eblys masih sama macam iblis. Eblys bermula bila Mim cuba bunuh diri di malam tahun baharu dan terserempak dengan Eblys sewaktu berdiri di belebas puncak apartmen. Cemburu dengan nasib dan kesenangan jiran hadapan rumahnya, Mim ambil keputusan terima tawaran Eblys untuk bertukar tempat dengan Zack. Pada masa sama, Zack yang bertukar dalam persona Mim cuba menyesuaikan diri dengan hidup baharu tanpa siapa pun sedar yang dia juga punya rahsianya sendiri.

Tiga pencerita dalam tiga perspektif-- Mim, Zack dan Ro Ha. Penceritaan yang fast-paced tapi kurang mengesankan bagi aku. Kalau penulis lebih fokus untuk kemaskan dinamik cerita-- latar, karakter, gabungan misteri dan jenayahnya barangkali perkembangan naratif dan karakterisasinya boleh jadi lebih menarik. Watak Eblys paling misterius, sayang juga penulis tak ambil peluang untuk kuatkan lagi watak Eblys atau sekurang-kurangnya dia ada perspektif dan plotnya sendiri.

Moral cerita yang bagus sebab tumpu kepada kemahuan manusia yang sering rasa kurang pada diri dan lekas cemburu dengan kesenangan dan kelebihan orang lain. Mim yang mahu kehidupan baharu tapi tak sedar orang lain pun ada 'kekurangan' juga. Novel ini sebenarnya agak santai sebab konflik Mim dan Ro Ha, dan jenayah-jenayah yang jadi tak digarap berat sangat pun oleh penulis. Suka pengakhirannya walaupun sudah dijangka.

Tahniah untuk Eblys berjaya menjadi salah satu pemenang Sayembara FIXI Musim 2!
Profile Image for Regina Ibrahim.
39 reviews9 followers
September 18, 2020
EBLYS
Tulisan: Fatinilam Sari Ahmad
Terbitan Fixi Malaysia 2020
1 dari 6 pemenang Sayembara Fixi
-----------------------------------------------------

Memilih tema POP tukar jasad (We have seen that way too many times on screens and books), Fatinilam penulis kondang dari Temerloh Pahang menulis dengan begitu lancar sekali akan tema pilihannya, membahagikan novel kepada 2 bahagian untuk memudahkan pembaca muda fixi mendalami kisah dan sifat watak pilihan. Setelah 35 novel dihasilkan ini adalah tema kacang buat Fatin.

Kosa kata pilihan lancar dan mudah, matang deskripsi tentang lokasi, sifat, latar belakang watak watak pilihan dan kiat plot (termasuk cara hidup, makanan, hias rumah, latar ekonomi, gerak gerak kecil watak) bakal menawan pembaca fixi yang rata rata remaja sudah dipapar dengan begitu baik sekali dalam 296 mukasurat novel yang membawa pulang hadiah 10,000 ringgit.

Zack dan Mim, menjadi tunggak cerita pertukaran jasad dan terus mencuit pembaca untuk mahu tahu latar belakang masing masing, kekeliruan akan sifat, kaget, rasa pelik, membiasakan gerak digambarkan dengan baik sekali 'ying yang' mereka. Fatinilam akhirnya merumuskan dengan penuh tanggungjawab di bahagian 2 membabitkan hidup si polos yang awalnya mungkin dianggap membosankan Mim. Penulis memilih untuk terus bercerita melalui penemuan diari milik Mim dengan memberi beberapa babak kejutan. Bahagian 3 sebaiknya ditiadakan, ia berbunyi ulang sebaiknya digantikan dengan prolog yang mantap. Pereka 'blurb' harus peka dengan perenggan ke 2 yang menggunakan terlalu banyak NYA.

35 bab perlu ditelusuri pembaca penuh hati hati agar tidak keliru menilai kata hati siapa sebenarnya setelah bersetuju akan perjanjian dengan sang EBLYS.

Apakah EBLYS bakal mengikuti jejak novel 'Perempuan Tanpa Dosa' tulisan beliau untuk dijadikan filem/drama/pilot siri TV? Novel ini membawa bersama elemen elemen komersil untuk dipindahkan ke celluloid dan tetap menarik jalan kisahnya secara lokal.

Nota: Semua watak perempuan dalam novel ini tidak bertudung bawal atau cuba goda hero dalam suasana sok sok suci.

3.5 Bintang.
Profile Image for Noor Maizan.
85 reviews9 followers
April 25, 2020
Ada beberapa part yg saya confuse dengan timeline cerita ni. Perlu baca lagi sekali.

Dan kalau baca buku ni, tak boleh skip walau satu ayat. Nanti lost.
Profile Image for Najah Mustapa.
91 reviews5 followers
April 16, 2020
Okaylah. Kali ni aku dapat habiskannya dalam beberapa jam saja. Sebelum ni aku alami reading slump terhadap buku-buku lain. Permulaan cerita menarik dan memuaskan, masuk bahagian kedua aku jadi sedikit keliru dengan putaran plot yang disajikan, tapi itu tidak berakhir di situ, bahagian ketiga lagi memeningkan minda. Banyak sangat berputar-putar hingga akhir tu aku rasa macam, eh takkan dah habis kot? Mana bahagian Eblys? Aku mahukan karakter Eblys ini dikembangkan lagi. Lepas tu, akhiran cerita benar-benar buat aku berandaian. Siapakah sebenarnya di badan siapa? Apapun ia sebuah cerita yang menarik untuk dibaca.
Profile Image for Azida Ishak.
28 reviews7 followers
March 26, 2020
Biasanya saya akan membaca buku Fixi apabila saya mahukan bahan bacaan yang ada kelainan. Penulis Fixi veteran banyak yang terkenal dengan jalan cerita yang mindblowing, sampai para peminat melabelkan karya mereka sebagai mindfuck. Dulu saya rajin kumpul buku-buku Fixi sebab mahu merasa dunia escapism itu. Ia macam, oh korang budak-budak nakal buat projek apa sekarang? Rasa macam cool sangat2 bila dapat sertai (baca) aktiviti nakal-nakal tu.

Tapi itulah, dah lama saya tak jumpa karya yang betul-betul buat saya rasa wow, ini memang dunia twisted Fixi. Karya Eblys tulisan Fatinilam ni mujurlah berjaya buatkan saya hilang rindu dendam yang dah lama terpendam.

Sejak awal lagi penulis tak buang masa, terus sahaja kita berkenalan dengan Eblys (saya suka nama modennya). Naratif bermula apabila Mim yang patah hati ditawarkan untuk menduduki jasad Zack, jirannya yang kacak, kaya dan punya segalanya. Semua orang tahu, bila buat deal dengan syaitan, tentu ada sesuatu yang perlu dikorbankan nanti, tapi apa dia yang Eblys mahukan? Rasa ingin tahu itulah yang berjaya dibina oleh penulis sampai pembaca (saya) terasa seperti hendak menghabiskan keseluruhan cerita secepat-cepatnya.

Endingnya walau pun ada sedikit plot twist, tapi bagi saya belum cukup memuaskan. Saya ingin lihat lebih banyak pujuk rayu dan kejahatan Eblys. He sounds so charming and delicious! Kalaulah ada part dia goda Liz / Ro Ha tentunya lagi menarik jalan ceritanya. Mungkin penulis boleh kembangkan lagi watak Eblys ini dalam buku seterusnya. Seronok juga kalau boleh baca dari sudut pandangan Eblys, mentertawakan manusia yang mudah tergoda. Saya suka cerita ini dan saya ucapkan tahniah kepada penulis atas kemenangan dalam sayembara Fixi.
This entire review has been hidden because of spoilers.
2 reviews
Read
April 5, 2020
Eblys is one of the best fixi novel. Jalan cerita yang menarik tetapi rumit. Walaupun watak Eblys jarang muncul, tema bagi novel ini adalah ketuhanan. Penulis menghidupkan beberapa watak yang sinonim dengan masyarakat setempat. Banyak pengajaran yang boleh diambil dari novel ini. Antaranya, kita hendaklah bersyukur dengan rezeki yang kita telah perolehi. I will give 8/10 on this novel.
Profile Image for Shuhadah Amirudin.
3 reviews
April 7, 2020
Bismillah...

Secara ringkas, novel ini menceritakan tentang bagaimana iblis menghasut manusia.

Aku suka akan idea pertukaran jasad. Watak-watak juga ditulis untuk memberi good dan bad mesej kepada pembaca.

Mim dan Zack juga Ro Ha adalah watak-watak yang diketengahkan untuk memberi mesej kepada pembaca. Bagaimana hasutan Eblys menghancurkan hidup mereka.

Selamat membaca.
Sekian.

Edit : Tapi aku kene admit. Terlalu banyak plot hole. Ia menyebabkan aku berfikir untuk beberapa hari. Dan aku still tak dapat cari jawapan untuk plot hole tersebut.

Sebab itu idea pertukaran jasad adalah satu genre yang susah untuk dicipta.

Haih, kesian DR. RUKHAN....
1 review
March 23, 2020
Eblys by Fatinilam Sari Ahmad.

Novel ini menggunakan kata ganti nama pertama tetapi diceritakan dalam 3 bahagian. Setiap bahagian ialah kehidupan 3 watak yang berbeza.

Cerita ini berkisahkan 3 individu yang berbeza namun ada kisah disebalik kehidupan masing. Impak dalam hidup 3 individu ini adalah sebab keputusan masing-masing.

Watak dan perwatakan dalam cerita ini dicerita dengan baik dan bahasa yang digunakan mudah faham bagi remaja walaupun ada beberapa perkataan yang perlu di Google.

Perjalanan cerita amat baik. Segala situasi diceritakan dengan terperinci dan amat baik. Permulaan dan pertengahan tiada masalah dan diceritakan dengan baik. Cuma, penutup bagi cerita terlalu drastik. Jalan cerita juga mudah dijangka tapi beri keseronokan untuk terus membaca dari satu muka ke muka surat yang lain.

Overall, cerita amat menarik dan harap dapat hasilkan lagi banyak karya seperti ini.

"Predictable but thrilling"
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
September 28, 2020
3.7⭐ untuk novel ni. Suka bahagian 1 dan 2. Masuk bahagian 3 terutamanya penghujung, rasa meleret sikit.
Profile Image for Rizqan Sulaiman.
34 reviews
April 29, 2020
"Ketakutan hanya bayang-bayang kita sendiri. Jika kita berusaha untuk menentang ketakutan yang datang dalam diri kita, semuanya akan jadi lebih baik."

Karya 'Eblys' nukilan Fatinilam Sari Ahmad terbitan Fixi menceritakan tentang Mim yang bertukar jasad dengan Zack di atas perjanjian dengan makhluk yang digelar Eblys, korupsi nama Iblis itu sendiri.

Plot 'body swap' bukanlah sesuatu yang asing lagi di dalam bidang penulisan. Namun kudos kepada penulis kerana berjaya mengolah twist yang tersendiri, iaitu meletakkan Eblys sebagai komponen utama. Secara kesuluruhan, jalan cerita novel ini disusun rapi dengan gaya bahasa yang mudah difahami, kalau tidak masakan saya boleh menghabiskan novel ini dalam masa satu hari sahaja.

Naratif 'body swap' yang dialami watak utama diceritakan dengan teliti dan mendalam. Kedua-dua watak - Mim dan Zack mempunyai karakter yang berlainan justeru menimbulkan komplikasi yang menarik untuk dibaca. Penukaran jasad pada bahagian permulaan novel juga digambarkan secara smooth namun tidak tergesa-gesa. Kemunculan watak Ro Ha/Liz juga telah berjaya menjadi penambah perisa yang menimbulkan tanda tanya di dalam cerita ini.

Namun begitu, lama-kelamaan naratif itu menjadi semakin perlahan. Elemen kejutan juga semakin pudar. Kadang-kala terdapat juga bahagian plot yang sedikit mengelirukan, di mana pembaca sukar untuk membezakan diantara watak-watak yang sudah bertukar jasad. Novel ini juga cuba untuk mewujudkan unsur jenayah misteri, namun cubaan itu sedikit tidak berjaya kerana cara penceritaan yang tidak mengujakan. Mungkin juga kerana diselit dengan plot romantis di antara watak utama yang dianggap agak draggy dan kurang penting.

Apa yang paling mengecewakan adalah watak titular, Eblys itu sendiri tidak dieksploit dengan lebih mendalam di dalam novel ini. Kemunculan watak Eblys hanya sekali-sekala sahaja. Klimaks dan plot twist yang cuba diketengahkan penulis juga tidak mengujakan dan sedikit predictable. Namun penutup jalan cerita novel ini sangat memuaskan dan membuatkan pembaca berfikir sejenak di atas mesej yang cuba disampaikan.

Jika dilihat secara kesuluruhan, novel ini memberikan 1001 pengajaran yang pembaca boleh aplikasikan di dalam kehidupan seharian. Watak 'Eblys' boleh diterjemahkan secara harfiah kepada makhluk Iblis, yang cuba menyesatkan hamba Allah sejak azali lagi, ataupun secara metaforanya adalah hawa nafsu serakah yang membuatkan manusia selalu alfa dan tidak bersyukur dengan apa yang dikurniakanNya. Walau apapun pemahaman pembaca, saya percaya karya ini mampu meninggalkan kesan yang mendalam dan menginsafkan di dalam diri mereka yang membacanya.

Saya memberikan 4/5 bintang di atas karya ini. Selamat maju jaya buat penulis.
Profile Image for Syazwani Sahshidi.
1 review
April 29, 2020
Mengisahkan tentang kehidupan manusia yang kadang alpa dengan nikmat yg Tuhan berikan.Mim,lelaki yang pada mulanya berniat untuk menamatkan riwayat hidupnya namun kehidupannya bertukar tatkala mengabdikan diri menjadi hamba Eblys ,lelaki bermata emas dan rambut separas bahu itu.Kehidupan Mim bertukar menjadi liar dan lupa akan Tuhan apabila ruhnya bertukar ke dalam jasad lelaki kacak yang didambakannya selalu iaitu Zack.Zack lelaki kaya,hidup mewah dan sentiasa didampingi wanita-wanita cantik.Begitu juga sebaliknya yang terjadi pada Zack apabila dirinya berada dalam jasad Mim,terpaksa menjalani hidup getir dan bersusah payah untuk membiasakan dirinya menjadi Mim.Namun,kemunculan seorang wanita dimana dirinya kadang keliru seperti mempunyai dua identiti iaitu sisi baiknya menjadi Inspektor Ro Ha malahan di sisi satu lagi menjadi ‘Liz’ wanita berambut palsu yang sering menjadi kegilaan Zack.Meskipun,Zack seorang lelaki buaya darat yang tidak pernah cukup dengan seorang perempuan tetapi di sudut kecil hatinya hanya Liz ,gadis pujaannya.Zack telah menghambakan dirinya terhadap Eblys dengan menyerahkan beberapa gadis sebagai imbalan terhadap nikmat kehidupannya menjadi Zack yang baru.
Pada pendapat saya,penceritaanya menarik apabila adanya pertukaran jasad terhadap ruh tersebut akan tetapi misteri berkaitan kehilangan gadis-gadis menjadi tanda tanya.Watak Eblys tidak begitu menonjol jika dipelbagaikan jalan cerita mengenai hal Eblys memperlakukan terhadap mangsa -mangsa jenayah Zack mungkin lebih menarik.
Seterusnya,Zack tekad untuk menjadi Mim semula menjelang tahun baru dengan bantuan Eblys.Segalanya berubah setelah itu,kerana Mim telah mendapatkan jasadnya semula namun selepas kejadian ini, watak-watak yang ditonjolkan menjadi berbagai persoalan terhadap pembaca dan terdapat misteri yang cuba dirungkaikan tetapi tidak dapat diulas.Kesimpulannya,nilai murni yang ingin ditonjolkan oleh penulis adalah berhubung tentang hubungan manusia terhadap Tuhan dan hikmah hidup berlandaskan agama.
Profile Image for Squilvia.
329 reviews
May 21, 2020
Entahlah dissapointed with the whole "I'm in love with my little sister" then change to boring plot twist like "Oh it's okay, she's adopted". Maybe the writer feel uncomfortable with the idea and suddenly want to change it so the reader won't get the wrong idea about the writer himself/herself or feel less disgusted with themselves when reading the story. Regardless, I feel like it was unnecessary. By changing the fact that these two characters were blood related means that the whole story tension was lessen as the main characters have less to lose. I skimmed through the last 50 pages because of this.

Secondly, Mim and Roha's point of view are just not that interesting. Mim was repetitive while Roha is just... Simplistic? Zack was the most interesting one in my opinion but somehow that wasn't enough to support the main plot.

Thirdly, despite this book call Eblys aka Iblis, the scene with Eblys is so so little. I feel like the character could be explore more because let's be honest, Eblys was interesting on his own. It would be fun to see his own POV as the last chapter.

Anyway I gave it two stars because of these reasons. The other extra reason is I can guess most of the plot twists as soon as they were being introduced because duh, this is being produced by Fixi. If there wasn't sex, prostitution, mental illness, kissing, police theme in Fixi's book, then it wasn't Fixi to begin with. Fixi was the human embodiment of a edgy emo teenager 😂

But chin up, the writer have a good style of writing and the plot was good. It just need a little bit more spice here and there, I'm sure the writer can achieve it in the future. 🍉

Ps: Can't believe Roha pull a Hannah Montana on her own brother(Mim in Zack's body lol)

Mim: That face was familiar but hmmmmmm the hair ain't blonde tho 🤣 like really? Hahahaha
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
December 17, 2020
Ohsem.. Bila membuat perjanjian dengan iblis, tak ada yang baik pun sebaliknya musibah yang lebihnya.. Garapan yang menarik dari penulis.. Penceritaan yang cantik..
Profile Image for SORA.
185 reviews6 followers
July 31, 2020
Sebelum mula baca saya cuba membayangkan watak Eblys akan cuba menghasut dan memporak-perandakan kehidupan watak-watak lain tapi sayangnya bayangan saya agak meleset. Watak Eblys terasa hambar kerana kurang diberi pendedahan. Oh ya, dalam tiga bahagian cerita paling suka baca kisah Mim.
37 reviews
May 27, 2021
Eblys.

Saat mata saya tertacap membaca tajuknya. Hati saya tertarik. Nukilan idola saya dalam bidang penulisan, Kak Fati.

Baca muka surat pertama, dah tertarik untuk baca helaian seterusnya. Menarik! Lain daripada yang lain!

Mim, lelaki ini hidupnya susah sampaikan dia rasa dia tak punya harapan untuk hidup dalam kemewahan, berbeza dengan Zack. Zack ini watak yang diperkenalkan sebagai LELAKI Kaya yang berjaya dan berduit.

Pasti. Pasti ada rahsia besar yang DITUTUP dari pengetahuan umum tentang bagaiamana Zack boleh peroleh kemewahan. Mim, cemburu dengan kehidupan Zack , sanggup lakukan apa sahaja untuk menikmati kehidupan Zack.

Maka, di sinilah diperkenalkan dengan watak Eblys. Sebagai galang gantinya, Zack dan Mim saling bertukar tempat. Zack menjadi diri Mim(lelaki Yang menyedihkan) dan Mim berada di tempat Zack.

Pasti. Pasti ada galang gantinya kalau-kalau hendak bertukar tempat dengan Zack. Terlalu taksub dengan duniawi, Mim setuju dengan syarat Eblys tanpa tahu liciknya Si Eblys.

Mim. Hidupnya menyedihkan barangkali. Apatah lagi kasih dan cintanya bertepuk sebelah tangan. Ro Ha. Ro Ha tak cintakannya! Disebabkan itu juga menjadi salah satu, kenapa dia tegar menjadi Zack tanpa ketahui bahananya.

Argh! Cerita ini sarat dengan konflik dan mendebarkan.
.
Juga, diperkenalkan dengan watak Dr Rukhan dan juga Lizz.

Saat Mim sedar dari lenaan panjang dan tindakannya menggamit penyesalan, dia mula sedar dia sudah tersasar jauh dari pegangan agama.

Dapatkah Mim kembali kepada kehidupan asalnya seperti dahulu yang menyedihkan?

Lalu, apakah kaitannya Lizz dan juga Inspektor Roha? Kenapa dia mesti wujud dalam cerita ini? Adakah mereka orang yang sama ataupun orang yang berbeza?

Apa pula terjadi dengan Zack? Dapatkah dia kembali ke pangkal jalan? Dan siapakah Eblys sebenarnya? Apakah tujuannya Mendekati mereka berdua selama ini?

Nantikan sama-sama dalam novel hebat Karya Kak Fati.

Anda pasti peroleh pengajaran tersendiri.

Juga, anda pasti akan terkesan dengan kisah mereka.

Susunan ayat yang baik juga menjadi punca kenapa saya berani habiskan pembacaan dalam satu hari! Ya. Anda tak salah baca. Satu hari sahaja!


5 Bintang saya beri untuk olahan ayat, penjiwaan perwatakan yang mantap, juga, 5 Bintang untuk susunan plot yang mantap!
Profile Image for Nadia Juhari.
31 reviews2 followers
April 11, 2020
Ebyls akan terus menghasut. Tetapi pilihan di tangan kita.
1 review
September 11, 2023
I'll explain the rating later, but first, a few things I liked.

The Faustian-tale-but-make-it-crime-thriller-with-an-Islamic-bent aspect is refreshing; I don't think I've ever seen that one in Malay language novels (feel free to interpret it as you may), so the novel has a strong premise going forward. The story is told within three + narrator's perspective and some reviewers point out how it is pretty confusing for them, but as far as I'm concerned, that wasn't the case for me as I liked how the pieces fall into place little by little with information you probably can't get if it were just one character's perspective. And that brings me to the last thing that I liked, how the first part and the second part complement each other. It's likely because these are where the crime thriller stuff is happening, so it tracks that these are the most exciting parts of the novel.

Unfortunately, that's where my compliment ends with this novel. The third part + epilogue from bird eye's perspective is where it falls apart as Inspektor Ro Ha/Liz's established characterization is entirely undone in these parts. Why did she need to go to the cottage despite the fact that the investigation is clearly done on the basis of Zack's(with Mim's mind) death? Why did she suffer the consequences despite her encounter with Eblys being depicted as skeptical at best (and possibly hostile at worst, unlike in Mim's case)? And lastly, why her characteristics is suddenly flipped from smart, independent woman who has good head on her shoulder into this passively accepting what her brother is telling her to do, especially when it's established earlier that she's severed ties with Mim over not allowing her to marry her boyfriend? (And no, being in love with dead Zack alone doesn't justify this)

It's almost as if there's no real justification as to why Inspektor Ro Ha/Liz's character needs to have her agency taken away in this way. And to be honest, it strikes me as sexist, in a way. And that sucks, because I would've loved to see how she reconciles between her two wildly different characters. (And this being Fixi publication, I can suggest a few ways in which this conflict can go)

Another thing to add, Mim clearly deserves more consequences than what the story gives him. The fact that he can just wriggle his way out of his predicament, especially pertaining to his deal with Eblys, by just hopping bodies (plus, let's not forget, ruining many women's lives including the aforementioned character) and begging for Allah's mercy (despite his deal with Eblys is basically him committing the unrepentable sin) during his encounter with Eblys in the epilogue is so anti-cathartic it become really infuriating. Plus, the Islamic sentiments he spouts rang hollow coming from his mouth when he spent the entire story being somehow even more terrible of a person than Zack could ever.

Other than that, the mostly-textbook-Malay language the novel is written in kind of sets it apart from rojak language one used to see in Fixi novels, and it is clear that the author is not used to writing in this kind of language, with awkward insertions of English words/phrases in between textbook Malay sentences. But, if you ask me, that's a minor complaint really.

Eblys for me has really good potential to be great, but it's squandered by unbalanced quality of its parts and how it treat its male character in contrast to its female counterpart. Let's hope that there exists novels that can expand upon concepts present in this novel but better executed in the future.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nur Arafah.
7 reviews1 follower
December 25, 2020
Eblys dan ibilis adalah makhluk yang sama dan masih tiada beza pada janji nya kepada Allah. Iaitu menyesatkan dan mengheret manusia ke lembah hina. Tiga watak utama yang menjadi kan mereka terperangkap dengan keinginan sendiri. Mim, Zack dan Ro Ha. Tetapi semuanya atas bantuan Eblys dan akhirnya memakan diri sendiri. Jalan cerita akan nampak lebih menarik jika watak Eblys banyak disampaikan, ini pada pandangan saya. Selain itu, Kemunculan Eblys juga boleh dikira beberapa kali sahaja ditekankan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada penulis kerana berjaya membuat saya tertipu diawal cerita. Sehingga saya sampai di bahagian kedua 'Mim'.
Displaying 1 - 30 of 39 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.