Ritual Keluarga Musgrave Dua orang pembantu rumah keluarga Musgrave, Brunton dan Rachel Howells didapati hilang. Brunton hilang selepas dipecat kerana menyelongkar dokumen-dokumen keluarga Musgrave. Rachel Howells pula hilang tidak lama selepas itu. Musgrave menceritakan tentang ritual keluarganya kepada Sherlock Holmes, iaitu serangkap gurindam pelik yang berasal dari kurun ke-17. Holmes merasakan kehilangan dua orang pembantu rumah itu ada kena-mengena dengan ritual tersebut.
Teka-Teki Reigate Dr. Watson membawa Sherlock Holmes berehat di Reigate setelah sahabatnya itu jatuh sakit. Ketika berada di sana, rumah seorang jutawan di kejiranan itu telah dirompak. Namun, barang-barang yang hilang cuma beberapa buah buku, satu gelendung benang dan beberapa barang kecil yang lain. Watson melarang Holmes menyiasat kerana tidak mahu sahabatnya itu jatuh sakit semula. Beberapa malam berikutnya, sebuah rumah lagi telah dirompak dan seorang pekerja di kediaman itu telah ditembak. Pada tangan mangsa terdapat cebisan kertas tertulis waktu dia terbunuh. Watson tidak lagi dapat menahan Holmes daripada melakukan siasatan.
Lelaki Berbadan Bongkok Nancy Barclay dituduh membunuh suaminya selepas berlaku satu pertengkaran. Namun pada Sherlock Holmes, ada sesuatu yang mencurigakan di mana kunci pintu bilik itu telah hilang dan terdapat kesan tapak kaki binatang aneh di dalam bilik itu. Walau bagaimanapun, pihak polis tidak menganggapnya sebagai faktor penting dalam kes ini. Bagaimana Sherlock Holmes membuktikan teorinya kepada pihak polis?
Pesakit Jalan Brook Dr. Percy Trevelyen meminta bantuan Sherlock Holmes apabila majikannya, iaitu Tuan Blessington mula bersikap pelik. Ia bermula apabila Tuan Blessington terbaca di surat khabar tentang kes kecurian di kawasan berdekatan. Dia telah memasang palang besi di semua tingkap rumahnya dan sentiasa kelihatan cemas. Sherlock Holmes tertarik dengan kes ini, dan mendapati Tuan Blessington menyimpan rahsia besar. Kejadian berikutnya memaksanya menyiasat satu kes pembunuhan.
Keempat-empat kisah pendek ini telah dimuatkan dalam jilid The Memoirs of Sherlock Holmes, yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1893.
Sir Arthur Ignatius Conan Doyle was a Scottish writer and physician. He created the character Sherlock Holmes in 1887 for A Study in Scarlet, the first of four novels and fifty-six short stories about Holmes and Dr. Watson. The Sherlock Holmes stories are milestones in the field of crime fiction.
Doyle was a prolific writer. In addition to the Holmes stories, his works include fantasy and science fiction stories about Professor Challenger, and humorous stories about the Napoleonic soldier Brigadier Gerard, as well as plays, romances, poetry, non-fiction, and historical novels. One of Doyle's early short stories, "J. Habakuk Jephson's Statement" (1884), helped to popularise the mystery of the brigantine Mary Celeste, found drifting at sea with no crew member aboard.
Sebelumnya saya sudah menghabiskan koleksi 12 cerpen pendek The Adventures of Sherlock Holmes, kali ini saya berpeluang untuk membaca koleksi The Memoirs of Sherlock Holmes sebanyak 4 cerpen daripada 12 yang ada.
Ritual Keluarga Musgrave. Mengisahkan tentang kehilangan orang gaji keluarga Musgrave. Kehilangannya menjadi misteri setelah malam sebelumnya orang gaji tersebut didapati telah menyelongkar bilik Musgrave.
Teka-Teki Reigate. Satu rompakan misteri yang berlaku di sebuah perkampungan kecil bernama Reigate. Barang rompakan yang hilang bukanlah barang berharga menyebabkan kes ini dilihat seperti biasa.
Lelaki Berbadan Bongkok. Perkahwinan kolonel Barclay dan isterinya yang digilai ramai ketika dalam tentera iaitu Nancy dikatakan sangat secocok. Satu malam berlaku pembunuhan terhadap kolonel Barclay dalam bilik yang mencurigakan. Terdapat satu tapak kaki binatang yang pelik ditemukan dan tongkat misteri.
Pesakit Jalan Brook. Berlaku kecurian di bilik Blessington yang membuat tuduhan ke atas pekerjanya Dr Percy Trevelyen walaupun pekerjanya tersebut sedang merawat pesakitnya di bilik rawatan bawah bilik kecurian tersebut.
Saya tertarik dengan cara kendalian Sherlock Holmes dalam kes pesakit jalan brooke yang hanya menggunakan riak/tingkah laku seseorang untuk mendapatkan sesuatu petunjuk. Melalui renungan, riak wajah, memek muka, pergerakan badan, bacaan dalam hati. Tanpa melihat kepada tapak kaki yang masuk ke dalam bilik yang dipecah, Sherlock menggunakan fizikal seseorang untuk mencari alibi.
Kalau sekarang ini pesalah boleh dibuktikan bersalah dengan melalui alat poligraf (kadar denyutan nadi, jantung, tekanan darah dsb), kesan cap jari, tetapi Sherlock tidak membuat kebiasaan itu. Saya tidak pasti teknologi itu ada pada waktu tersebut ataupun tidak tetapi cara penyiasatan yang dilakukan Sherlock sangatlah luar biasa.
Empat lagi kes untuk Sherlock Holmes. Kali ini kesnya tidaklah berapa mencabar. Tapi macam biasa, semuanya agak mudah diselesaikan oleh Sherlock. Suka dengan kes pertama, ada petunjuk disebalik ritual. Kes kedua kononnya licik, tapi dipatahkan helah juga oleh Sherlock. Kes ketiga melibatkan makhluk misteri, dan kes keempat pula aku kurang faham.
Walaupun saya telah baca semua siri Sherlock Holmes dalam Bahasa Inggeris, ini adalah pertama kalinya saya membaca kisah popular ini dalam bahasa ibunda saya. Penterjemahannya baik, namun agak serius berbanding terjemahan buku-buku lain yang pernah saya baca.
Keempat-empat cerita dalam buku ini bukanlah kegemaran saya, jadi saya cuma boleh memberi 3 stars sahaja.
Seakan berlaku misteri dalam keluarga Musgrave apabila ketua pelayan didapati menghilangkan diri selepas dipecat. Begitu juga secara tiba-tiba salah seorang pembantu rumah didapati mengalami histeria. Holmes menjejak semula sejarah dan rumah keluarga Musgrave bagi membongkarkan misteri ini. Seakan berlaku plot twist dalam kes teka-teki Reigate dengan pengakhiran yang tidak terduga oleh pembaca. Pembaca akan tertanya-tanya kenapa puan Nancy tergamak membunuh suaminya, Kolonel James Barclay dan siapa pula lelaki bongkok yang misteri? haiwan apakah yang ditemui jejaknya oleh Holmes? Pembunuhan yang sulit. Bukti seakan mengarah kepada puan Nancy. Akhirnya sekali Holmes telah menyiasat kes pesakit misteri di klinik Dr. Trevelyan dalam kes Pesakit Jalan Brook dan siapakah tetamu tidak diundang ke bilik Tuan Blessington.