Jump to ratings and reviews
Rate this book

CUN

Cun #5: Puteri Legenda

Rate this book
Menghimpunkan komik pendek bertemakan 'puteri legenda', karya artis-artis komik wanita tempatan seperti:
- Ain Lavendra
- Anhaz
- Atiqah Safian
- Biri Glob
- Jon Suraya
- Mar
- Napieychan
- Nurel
- Siti Manan

112 pages, Paperback

First published December 9, 2019

Loading interface...
Loading interface...

About the author

Artis-Artis Komik-M

61 books19 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (43%)
4 stars
12 (40%)
3 stars
5 (16%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Elvina Zafril.
519 reviews86 followers
June 13, 2021
Himpunan kisah-kisah dongeng yang sering kita dengar sewaktu kita masih dibangku sekolah. Aku memang suka kisah-kisah dongeng tentang puteri-puteri ni.

1. Mahsuri
2. Darah Putih Mahsuri
3. Puteri Walinong Sari
4. Puteri Lindungan Bulan
5. Dewi Kadita
6. Puteri Santubong Puteri Sejinjang
7. Puteri Gunung Deadline

Komik Cun: Puteri Legenda ni mempunyai 7 kisah puteri. Semuanya kita pernah dengar kecuali 1 je belum pernah dengar sebelum ni. Yang paling aku suka ialah kisah Puteri Walinong Sari. Jika ada yang tak tahu, kisah Puteri Walinong Sari ni berasal dari Negeri Inderapura (nama lama Negeri Pahang). Dulu suka Puteri Walinong Sari ni sebab beliau seorang yang sangat cantik.

Berbelik kepada Komik Cun ni, penulis dan pelukis setiap kisah dalam komik ni mempunyai gaya tersendiri. Aku amat sukakan gaya Nurel (Puteri Walinong Sari) dan Siti Manan (Puteri Santubong, Puteri Sejinjang). Kan best kalau komik-komik ni semua berwarna. Mesti nampak lagi cantik.

Ada 1 komik yang aku baru tahu sebab memang kisah tu baru ditulis iaitu Puteri Gunung Deadline. Sejurus aku baca tajuk tu, aku terus tergelak. Ia mengisahkan tentang bagaimana terhasilnya Komik Coffee Break. Haaa ni korang kena tunggu review aku, sebab aku dah habis baca komik Coffee Break tu.

Terima kasih Komik M dan Buku PTS kerana sudi berkongsi buku ni sebagai pertukaran untuk reviu yang jujur.
Profile Image for Lanzz.
744 reviews18 followers
February 5, 2020
Sebuah antologi komik pendek yg disertai oleh kartunis2 wanita. Kali ni, semua komik bertemakan puteri/srikandi alam Melayu.

1) Mahsuri - Ain Lavendra (4/5)
Mengisahkan tentang legenda Mahsuri di Langkawi. Cantik lukisan komik ni.

2) Darah Putih Mahsuri - Napieychan & Atiqah Safian (3/5)
Satu lagi komik tentang Mahsuri, tapi dari sudut pandangan berbeza. Lukisannya pun ok.

3) Puteri Walinong Sari - Nurel (4/5)
Mengisahkan tentang Rihan yg tercampak ke masa silam di Inderapura/Pahang. Di sana, dia menjadi inang kepada Puteri Walinong Sari. Lawak sikit komik ni, lukisan pun ok.

4) Puteri Lindungan Bulan - Jon Suraya (3/5)
Mengisahkan tentang kisah Raja Acheh menyerang Kedah kerana ingin merebut puteri Kedah yg bernama Tengku Zaleha. Style lukisan Jon Suraya nampak comel sikit.

5) Dewi Kadita - Mar, Biri Glob, Anhaz, & Ain Lavendra (4/5)
Kisah puteri lanun bernama Dewi Kadita yg akhirnya dikenali sebagai Nyai Roro Kidul, Permaisuri Laut Selatan. Lukisan komik ni cantik, ramai kartunis yg lukis sama2.

6) Puteri Santubong, Puteri Sejinjang - Siti Manan (3/5)
Kisah tentang dua puteri legenda dari Sarawak. Lukisannya ok, cuma plotnya ringkas sangat.

7) Puteri Gunung Deadline - Ain Lavendra (4/5)
Parodi kisah Puteri Gunung Ledang. Lawak ceritanya, lukisan pun cantik.
Profile Image for Zaghol .
889 reviews
June 13, 2021
Seronok cerita2 dalam ni, cuma sebab memang sasaran pembaca adalah gadis-gadis jadi banyaklah adegan2 romantik komedi di dalam naskhah ini. Puteri Gunung Deadline tu paling layan haha. Yang penting semua gaya lukisan lawa cuma kuat dipengaruhi gaya manga. Aku tak kisah pun gaya lukisan (stroke) jenis apa cuma patut dipelbagaikan untuk menunjukkan imej tempatan.

p/s: laki2 pun boleh baca komik ni cuma cringy (merasa jijik dalam terjemahan indonesia?) sikit la.
102 reviews
November 29, 2021
Hebat, best komik nih memang best, suka cara pelukis gambarkan setiap perkara tuh, very detail and tak miss satu small details, beli buku nih kat esentral sebab masa tuh nak urgent buku nih, sapa nak buku nih nah saya letak link kat sini.

https://www.e-sentral.com/book/info/3...

Selamat membaca semuaa!!
Profile Image for Lia.
33 reviews
September 20, 2021
Memuatkan 7 kisah Puteri Lagenda seperti ;
Walinong Sari,Mahsuri,Puteri lindungan bulan,Puteri Santubong Puteri Sejinjang dan sebagainya. Menambah ilmu pengetahuan malah ilustrasi komik semua cantik-cantik. Hasil usaha yang baik dari artis komik-M!
Profile Image for Sha Mohamed.
1,904 reviews1 follower
March 12, 2021
Memaparkan kisah-kisah lagenda mengenai puteri seperti Mahsuri, Puteri Lindungan bulan dalam bentuk yang lebih menarik.. Kisah puteri yang akhir yang paling memikat..
79 reviews1 follower
January 22, 2023
Cerita legenda yang selalu diperdengarkan ketika zaman kanak-kanak dulu. Kalau ilustrasinya berwarna rasanya lagi menarik.

Menarik dan sangat sesuai untuk bacaan anak-anak.
Profile Image for Hanis Afifah.
60 reviews1 follower
February 28, 2023
Keseluruhannya, kisah-kisah yang menarik, mencuit hati, dan mengandungi banyak sekali pengajaran. Cuma ada beberapa kisah yang rasa macam kurang dikembangkan dan ada yang terlalu pendek.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.