Jump to ratings and reviews
Rate this book

Seni Berfikir Yang Hilang

Rate this book
Kalaulah boleh diabaikan saja isu-isu yang menyerabutkan kita pada hari ini, pasti hidup akan jadi lebih mudah.

Malang sekali, ia mustahil!

Isu-isu ini akan tetap wujud dan berlegar di sekeliling kita. Tanpa prinsip yang jelas, kita akan mudah dipengaruhi oleh pandangan orang lain.

Mungkin telah sampai masa untuk kita berpatah balik selangkah ke belakang dalam melihat semua isu ini. Mengapakah ia mencetuskan pelbagai konflik?

Melalui buku Seni Berfikir Yang Hilang, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mengupas enam cabang ilmu yang seharusnya kita kuasai. Ilmu yang membentuk cara fikir kita, sekali gus membantu kita menghadapi isu-isu sekitar kehidupan dengan lebih matang.

KENAPA BUKU INI DITULIS?

1. Merawat kejuzukan minda umat Islam akibat sistem pendidikan yang mengkelas-kelaskan murid mengikut aliran sejak sekian lama. Implikasinya, kita gagal menghormati batas keupayaan diri sendiri, lalu membabitkan diri dengan perkara-perkara yang kita tiada ilmu mengenainya. Tanpa ilmu, kita menjadi seperti tikus membaiki labu. Nampak sibuk dan seperti bekerja, tetapi labu hancur tanpa hasil di hujungnya.

2. Semoga kupasan serba sederhana di dalam naskhah Seni Berfikir Yang Hilang ini, menjadi langkah pemula kepada usaha mengarusperdanakan karya penting Syeikh Yusuf al-Qaradawi ini.

263 pages, Paperback

First published January 1, 2020

Loading interface...
Loading interface...

About the author

Hasrizal Abdul Jamil

27 books823 followers
Hasrizal holds a Bachelor of Sharia (Honours) from Mu’tah University, Jordan (2001). He is the Director of Education at Khalifah Education Foundation which operates Khalifah Model Schools in Malaysia. An educator and learning designer, blogger, and author, advocate children-centered learning, parenting, and domestic policy.

Hasrizal succeeded in bookwriting after his AKU TERIMA NIKAHNYA (2008) became one of the National Best Sellers. He proceeded with many more books, such as BERCINTA SAMPAI KE SYURGA (2009), MURABBI CINTA (2010), RINDU BAU POHON TIN (2009), SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH (2010), TRANSFORMASI RAMADAN (2011), EDISI ISTIMEWA AKU TERIMA NIKAHNYA – Trilogy (2012), DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU (2012), ERTI HIDUP PADA MEMBERI (2013), TAK KENAL MAKA TAK CINTA (2014), MENALAR MAKNA DIRI: KEMBARA MENJEJAK IMAM BIRGIVI (2014), SETIA DENGAN KEBENARAN (2017), REVIVING THE SPIRIT OF RAMADAN: BEYOND DO'S AND DON'TS (2017), HIKMAH & KARAKTER (2018), JALAN SEHALA (2019), RISALAH #MALAYSIA MEMBACA (2019 co-author), SENI BERFIKIR YANG HILANG (2020), TRANSFORMASI RAMADAN 2.0 (2020), DIARI ABAH (2020), MÄ OON RIZAL (2020), ERTI BERAGAMA YANG HILANG (2021), MENULIS DARI HATI BIAR SAMPAI KE HATI (2021), KAMAR-KAMAR BUDI (2021), KEMBARA MENALAR DIRI: LEGASI IMAM BIRGIVI (2021), SISI BERAKHLAK YANG HILANG (2022), BERAGAMA YANG KEHILANGAN TUHAN (2023) and PEDAGOGI RAMADAN (2023)

Hasrizal lives in the Republic of Ireland.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
392 (63%)
4 stars
179 (28%)
3 stars
37 (5%)
2 stars
5 (<1%)
1 star
5 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 144 reviews
Profile Image for Muhamad Syaari Ab Rahman.
5 reviews54 followers
May 28, 2020
Beberapa Mutiara Berharga Dari “Seni Berfikir Yang Hilang”

1. Walau apa pun isu yang kita bincangkan, ingatlah bahawa kita perlu bertindak "beyond the current issue". Kita tidak terikat dengan isu semasa, malah kita perlu mengatasinya kerana kita mahu berbincang tentang ilmu. (Halaman 16-17)

2. Jangan biarkan Islam 'mati' apabila ia sampai kepada kita. Jika kita tidak menyebarkannya, orang di sekeliling kita tidak dapat mengenali Islam. (Halaman 23)

3. Akhlak itu bukan lalang. Lalang tak memerlukan ladang semak, hanya perlukan tanah. Biarkan saja tanah kosong dan ia akan tumbuh. Akhlak ialah buah yang dipetik daripada pokok. Ada pokok spesifik yang perlu ditanam dan ada baja tertentu yang perlu diberi supaya buahnya boleh dipetik. (Halaman 29)

4. Kalau dakwah dijadikan pendorong untuk kita belajar, dengan sendirinya akan ada peningkatan dalam pembelajaran kita. Kerana audiens dakwah kita akan mula berkembang daripada satu segmen masyarakat ke satu segmen yang lain pula dalam komuniti yang lebih luas. Semakin berkembang ia, semakin banyak jugalah ragam dan perangainya. Semua itu menyebabkan tuntutan menjadi lebih berat. Oleh itu, lebih banyak pula yang kita perlu tahu tentang Islam. (Halaman 37)

5. Manusia yang kehilangan al-Quran seperti mayat hidup. Dia hidup tetapi hidupnya hilang makna. Apabila dia kehilangan al-Quran, dia meraba dalam kegelapan walaupun duduk di bawah sinaran matahari musim panas di padang pasir Sahara. Terang, tetapi buta. (Halaman 42)

6. Al-Quran ini setelah 1000 tahun pun tak habis lagi dikaji, tetapi ia sangat mudah untuk sesiapa pun yang mahu memahaminya. Semua orang ada akses kepada al-Quran. Baca bertatih pun dapat kebaikan. Lancar membaca pun dapat kebaikan. Ia meraikan semua tahap manusia. Mudahnya al-Quran, tidak bererti kita boleh memudah-mudahkan ia. (Halaman 54)

7. Apabila kita membaca tafsir, janganlah tenggelam dalam perbahasan yang sangat bercabang. Biarkan orang yang mengkaji aspek bahasa al-Quran mengkaji sejauh itu. Bagi kita para pendakwah, jangan terlarut begitu jauh. Fokuskan pada bahagian yang sifatnya membantu kita memahami kehendak ayat-ayat tertentu. Kekalkan fokus pada apa yang sepatutnya. Memahami ayat untuk membantu diri sendiri dan orang lain. (Halaman 69)

8. Adalah sikap tidak bertanggungjawab apabila merujuk dan merasakan bahawa asalkan apa yang nak dikatakan itu ada rujukan, maka ia dihukum sahih belaka. Ini adalah sikap yang tidak layak bagi pendakwah apabila ia tidak bertanggungjawab dengan apa yang dikata. Mudah sahaja menuding. "Itu bukan kenyataan saya. Saya hanya merujuk sahaja." (Halaman 85)

9. Sejarah meluaskan horizon fikiran dalam memahami “sunnatullah”. Satu ayat al-Quran mengenai infaq, apabila disingkap dari aspek sejarah, maka kita akan bertanya sejak bilakah ayat ini diturunkan ? Ertinya, ayat ini telah wujud dalam kehidupan manusia selama 1400 tahun. Dalam tempoh 1400 tahun itu, mereka membaca ayat yang sama. Apakah yang mereka hasilkan dari ayat infaq berkenaan ?

Dengan membaca sejarah dan memahaminya, kita bukan sekadar membahas persoalan hukum infaq yang wujud dalam teks semata-mata. Apa telah berlaku kepada umat Islam terdahulu dengan turunnya ayat berkenaan ? Dalam dokumen-dokumen “al-Waqfiat”, ayat infaq seperti ayat 195 surah al-Baqarah paling banyak ditemui. Ia melahirkan Daulah Uthmaniyyah, sebuah kerajaan yang berumur 600 tahun yang satu pertiga dari ekonominya terbina atas sumbangan wakaf. Bahkan, zaman Uthmaniyyah tidak hanya menekankan aspek infaq dan waqaf, tetapi juga memperelok hal ehwal waqaf kerana ayat 195 itu menyebut “wa ahsinuu”. (Halaman 103 dan halaman 115-117)

10. Dengan membaca sejarah, ayat wudhuk, tayamum dan mandi wajib tidak sekadar perbincangam fiqah semata-mata. Ayat inilah yang telah membentuk tamadun umat Islam yang kita kenal sekarang. Ternyata ayat itu adalah ayat yang merevolusi. Satu ayat revolusi yang mengubah pandangan manusia kepada kebersihan. Kebersihan bukan sekadar mengutip sampah di tepi-tepi jalan, tetapi kebersihan yang membabitkan pembangunan tamadun. (Halaman 104)

11. Apabila membaca kitab sejarah, bukan semua perkara dalam kitab itu benar. Sebaliknya kita perlu menyaring dengan disiplin ilmu. Salah satunya dengan membaca muka surat pendahuluan. (Halaman 170)

12. Syekh Yusuf al-Qaradhawi mengajar kita, sekiranya mahu memahami psikologi, jangan ikut beliau kerana beliau bukan pakar psikologi. Beliau cuba memberitahu kita bahawa ilmu psikologi amat penting. Jika anda mahu mendalami psikologi, dengar nasihat pakar psikologi. Harus dihormati kepakaran ahli-ahli dalam bidang masing-masing. Listen to the specialist ! (Halaman 199)

13. Falsafah paling tinggi ialah, otak yang paling pandai itu, saat bersolaf akan diletak di bawah untuk sujud di hadapan Tuhan. Malanglah jika semakin kamu berfalsafah, semakin kamu mendongak ke langit sedangkan kentutnya masih berbau busuk.” (Halaman 202)

14. Syekh al-Qaradhawi membaca buku psikologi popular Dale Carnegie pada tahun 1975 kerana kertas kerja ini dibentangkan 1976. Pada hemat saya, ia adalah sesuatu yang agak terkehadapan pada masa tersebut. Lebih-lebih lagi untuk seorang Syekh dan ustaz (halaman 204)

15. Betapa banyak gerakan-gerakan Islam atas nama wehdatul fikr (kesatuan fikiran) ia telah menyekat proses berfikir anggotanya dalam kaderisasi. Apabila kita menggerakkan proses pembinaan kader dalam dakwah, kita menghalakan manusia secara berjemaah untuk menjayakan dakwah, tetapi saranan untuk berfikir secara individu tidak boleh diabaikan.

Jemaah perlu mencari jalan untuk mencungkil buah fikiran setiap individu supaya cenderung untuk berfikir, bukan melarutkan anggota jemaah sehingga tenggelam tidak berfikir. (Halaman 206)


16. Kita tidak perlu “berkhutbah” untuk menjual sesuatu produk. Ada cara tertentu untuk menghasilkan iklan yang baik. Perlulah belajar psikologi. Kesan tidak memahami psikologi, banyaklah lahir perkara mengarut yang terhasil dari tangan manusia. Para pendakwah yang tidak mendalami ilmu psikologi, kemungkinan akan menggunakan bahasa-bahasa sarkastik. (Halaman 214)

17. Orang yang lari dari mengkaji pemikiran semasa itu samalah seperti orang yang lari dari medan perang fizikal. Semua agamawan dan pendakwah mesti memahami apakah pemikiran semasa yang menyerang masyarakat kita. (Halaman 223)

18. Kurangkanlah menyalahkan takdir dalam berdakwah dan menganggap ujian Tuhan sebagai punca kegagalan dakwah kita. Halakan tudingan jari kepada diri kita sendiri yang barangkali kurang memahami realiti masyarakat, negara dan dunia lalu memilih cara berdakwah yang tidak saintifik. (Halaman 259)

Untuk makluman, karya ini berusaha menjelaskan kepentingan enam ilmu kepada pendakwah. Naskhah asal yang boleh dirujuk ialah Thaqafah al-Daiyah karangan Shekh Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi. Ia dibentangkan Shekh di sebuah persidangan antarabangsa di Madinah pada 1976.

Namun, ternyata isi kandungan kitab itu masih releven !

Terima kasih ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang berada jauh di Finland.

Tahniah IMAN Publication atas penerbitan karya yang membumikan Thaqafah Daiyah berkenaan dan merangsang saya untuk merujuk dan membaca karya asal Shekh inshaallah.

“Buku ini mengandungi kerangka yang berkhasiat untuk merawat kejuzukan minda umat Islam akibat sistem pendidikan yang mengkelas-kelaskan murid mengikut aliran sejak sekian lama. Implikasinya, kita gagal menghormati batas keupayaan diri sendiri, lalu membabitkan diri dengan perkara-perkara yang kita tiada ilmu mengenainya. Tanpa ilmu, kita menjadi seperti tikus membaiki labu.” (Halaman 7)

Wallahu a’lam

Syaari Ab Rahman
Ulasan buku sempena 13 Ramadhan (sepatutnya)
5 Syawal 1441 H
Bangi

#SBYH
#seniberfikiryanghilang
Profile Image for Siti Shakira Suhaimi.
76 reviews21 followers
February 6, 2020
To be honest, I left speechless. I don’t quite sure what to write about this book.
I wonder if I should write the summary, but I believe Ustaz Hasrizal’s video is enough to understand about this book.

Thus, I decided to write about how this book affect me.
First and foremost, the more I read this book, the more I reminded of how much his writings since before had shaped me to the way I am today.
And second, I can easily read this book in Ustaz Hasrizal’s voice in my head.

This book is an eye opener, or for those already opened eyes, this book widened them up.
A medical in professions, who love literature and history myself, this book give an impact that it strengthen my beliefs, and how happy I am of what understanding I hold dear myself, is not far off.
Divided to six big topics, each of them giving me different impression, but all of them lead up to one thing, the important of knowledge, for knowledge is wide. And knowledge only come to those who seek to learn. Knowledge itself is meaningless except you know why you need them for, and what are you going to do with them.

Interestingly the above wonder answered well combining all of the topics covered in the book.

And this book alone, easily shown how thorough Islam is, if we actually care to understand them.

This book is amazingly written. As a reader, I can tell how much the author has read, with such impressively extensive and high quality materials at that. But well, as someone who follow Ustaz Hasrizal’s work, this fact already at the back of my head.

Ustaz Hasrizal’s works has caught my interest since beginning and I have been try living my life based on the hikmah, the wisdom he has been channeling through his works, and this do no less. One more time, I’m so amaze with the way ustaz think and delivering the thought.

Thank you so much for the amazing book, Ustaz Hasrizal.
Profile Image for Nur Fatin Atiqah.
Author 1 book40 followers
January 28, 2021
Ulasan lengkap ditulis 28 Januari 2021! Scroll ke bawah untuk membacanya!

***

Alhamdulillah, dah berjaya tamatkan bacaan pertama bagi tahun 2021!

Masa yang diambil lebih kurang 28 jam sahaja. Mungkin sebab buku Ustaz Hasrizal memang sangat menarik, mudah dihadam dan attention grabber.

Nanti akan ditulis reviu panjang lebar, insya' Allah 😃

***

Ini adalah sebuah karya yang ditulis berdasarkan kitab Thaqafah Al-Da'iyah yang dikarang oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradawi. Secara asasnya, Seni Berfikir Yang Hilang (SBYH) merupakan buku rujukan atau sekunder kepada kitab asal.

Sejujurnya, saya sukakan buku berkonsep begini. Ini kerana sebagai orang awam, saya tidak perlu untuk membaca teks asal kerana ia bukannya keperluan (tetapi tertarik juga sebenarnya ni). Jadi, membaca bahan bacaan sekunder adalah lebih memadai.

Baik, saya tak malu untuk mengaku yang saya adalah peminat kepada Ustaz Hasrizal. Ini kerana saya merasakan keserasian dengan buah fikiran yang diutarakan oleh ustaz sendiri. Selain lenggok dan gaya bahasa penulisan ustaz yang juga masuk dengan jiwa saya. Jadi, membaca SBYH dalam tempoh 28 jam adalah satu kejayaan buat saya yang selalu mengalami reading slump (oh, bilalah momentum membaca ini dapat diteruskan tanpa henti?).

So, apa sebenarnya Seni Berfikir Yang Hilang?

Sesungguhnya, saya antara bersetuju dengan tidak tentang penggunaan tajuk ini.

Ya, ia membincangkan seni berfikir atau lebih tepat lagi, seni berdakwah. Kerana, untuk menyampaikan dakwah yang selari dengan zaman dan masyarakat semasa, seseorang perlu mempunyai asas ilmu yang telah digariskan. Ada enam cabang ilmu kesemua sekali.

Namun, untuk mengatakan seni berfikir juga tidak salah. Kerana perlunya kita atau seseorang itu berfikir mengikut panduan ilmu yang tepat.

Contohnya, kalau nak berhujah tentang ekonomi, kenalah memahami apa dia itu ekonomi, apa asasnya, apa cabangnya dan lain-lain. Oleh itu, seni berfikir amat diperlukan dalam hal ini. Berfikir apakah perkara yang boleh dihujahkan, serta apa yang tak patut dan sebagainya.

Pada pendapat saya, tajuk Seni Berfikir Yang Hilang boleh, Seni Berdakwah Yang Hilang pun boleh!

Ada beberapa tulis ustaz yang saya suka untuk highlight di sini. Antaranya:

1) Kisah pensyarah tafsir yang memperjuangkan mukjizat nombor. Ada tafsirannya berkenaan situasi di Palestin. Menurut pensyarah tersebut, dia menjangkakan yang Palestin akan jatuh kepada umat Islam pada tahun 2020. Tapi lihatlah apa yang benar-benar berlaku pada tahun 2020 lalu?

2) Penekanan Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terhadap kepentingan menghafaz sebanyak mungkin ayat-ayat Al-Quran kalau tak mampu keseluruhannya. Selepas membaca keterangan ini, timbul satu perasaan menyesal tak pernah berusaha untuk menghafal lebih banyak surah di dalam Al-Quran. Jadi, hafallah Al-Quran selagi kita masih berpeluang!

3) Contoh waqaf jambatan batu di Eugene oleh Sultan Murad II. Membaca keterangan ringkas tetapi padat ustaz memberi perspektif baru berkenaan waqaf kepada saya. Sebelum ini saya bersikap skeptikal kerana memang berbeza sangat dengan cara berwaqaf masyarakat di Malaysia. Sungguh banyak hakikatnya apa yang perlu kita pelajari dan perbaiki.

4) Juga peringatan ustaz berkenaan sejarah kita yang tidak mesra kelas bawahan. Membaca hujah tersebut membuatkan saya berkata, "Oh, memang betul!". Oleh sebab itulah sejarah Malaysia kita tidak disukai kebanyakan orang. Hampir kesemua kisah sejarah Malaysia atau Tanah Melayu yang diperkenalkan kepada masyarakat awam adalah berkenaan sultan, pembesar, bangsawan, penjajah atau orang atasan. Amat perlulah untuk kita mengenali nama-nama marhaen agar lebih dekat dengan kelompok kebanyakan.

Sebenarnya, banyak lagi ulasan-ulasan ustaz yang menarik perhatian saya. Memang rasa tak puas menghadam ilmu-ilmu yang ada di dalam buku ini. Selepas menamatkan bacaan, ada juga mencari salinan buku asal yang telah diterjemahkan tetapi tiada. Hampa.

Akhirnya, saya pasti akan mengulang baca buku ini lagi pada masa hadapan. Semoga saya juga dapat mencari naskhah fizikal buku ini nanti. Saya juga rekomendasikan buku ini kepada semua Muslimin dan Muslimat di Malaysia.

Selamat membaca!
Profile Image for biblio_mom (Aiza).
587 reviews200 followers
May 27, 2022
Seni Berfikir Yang Hilang hanya untuk manusia yang mahu berfikir tentang perkara-perkara yang dipandang enteng, isu-isu yang menyesakkan dan masalah-masalah ummat yang menyerabutkan. Ustaz Hasrizal mengupas enam cabang ilmu yang harus kita kuasai bagi membentuk cara kita berfikir dan dalam mendepani perihal kehidupan dengan lebih matang: Ilmu Agama (Al-Thaqafah Al-Diniyyah), Ilmu Sejarah (Al-Thaqafah Al-Tarikhiyyah), Ilmu Sastera dan Bahasa (Al-Thaqafah Al-Adabiyyah Wa Al-Lughawiyyah), Ilmu Kemanusiaan (Al-Thaqafah Al-Insaniyyah), Ilmu Sains (Al-Taqafah Al-‘Ilmiyyah), dan Ilmu Hal Ehwal Semasa (Al-Tsaqafah Al-Waqi’iyyah).

Ustaz Hasrizal terinspirasi dengan buku Thaqafah Al-Da’iyah karangan Syeikh Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi setelah gurunya Ustaz Asri mengingatkan mereka agar membaca dan menguasai buku tersebut. Kata beliau (Ust Hasrizal), polemik budaya ilmu dan pembelajaran di negara kita sekitar tahun 2013-2014 mendesak beliau mencari sebuah jawapan. Pada amatannya, keberagamaan pada masa itu sangat kucar kacir dengan lembakan perbahasan agama yang begitu kompleks. Keadaan ini membuatnya berfikir.

Dan dengan menulis buku ini, Ustaz Hasrizal mengajak kita sebagai orang awam untuk berfikir. Hanya dengan membaca, berfikir, serta bertindak, kita dapat menyelesaikan masalah dan merubah ummat Islam dan dunia sedikit demi sedikit. Hal-hal yang muslim hari ini perlu fahami:
1. Realiti dunia Islam.
2. Realiti kuasa dunia yang menentang Islam.
3. Realiti agama-agama dunia semasa.
4. Realiti idealogi politik semasa.
5. Realiti gerakan-gerakan Islam sedunia.
6. Realiti aliran pemikiran yang bertentangan dengan Islam.
7. Realiti kumpulan yang menyimpang daripada Islam.
8. Realiti persekitaran domestik.

Kesimpulannya, walau kedengaran kompleks, dan mungkin membingungkan, buku ini dikarang sesuai dengan pemahaman orang awam tanpa menggunakan bahasa yang sukar difahami.
Profile Image for Najibah Abu Bakar.
Author 6 books288 followers
February 20, 2023
Sebagai pengarang dan pendakwah yang aktif, prolifik dan konsisten menyuarakan pandangan sejak puluhan tahun lalu, Seni Berfikir Yang Hilang merupakan suatu hidangan khusus dan istimewa daripada pendakwah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil kepada para pendakwah di luar sana.

Siapakah para pendakwah yang dimaksudkan itu? Secara umumnya mereka tidak terhad kepada para asatizah dan pelajar agama seperti tanggapan biasa, malah setiap Muslim ialah pendakwah dalam kapasiti masing-masing. Seorang ayah atau ibu di rumah juga merupakan pendakwah yang memperkenalkan anak-anak kepada asas agama, mengajarkan mereka rukun-rukun Islam dan mengobarkan semangat dalam beramal dan berakhlak mulia. Jadi buku ini relevan kepada golongan pembaca yang luas.

Seni Berfikir yang hilang dalam kalangan pendakwah ialah fenomena yang cuba diangkat oleh buku ini. Keadaan semasa menunjukkan cara segelintir pendakwah mendepani masyarakat bukan semakin mendekatkan umat Islam kepada ketenangan beragama dan kerukunan, bahkan adakalanya menyebabkan mereka makin meluat dan keliru. Kekurangan dalam menghuraikan poin-poin tertentu semasa menyampaikan dakwah juga ada berlaku saban waktu.

Sebagai asas mengatasi fenomena ini, pengarang membawakan kupasan kepada makalah Syeikh Yusuf al-Qaradhawi pada tahun 1970-an mengenai ilmu-ilmu yang harus dikuasai oleh para pendakwah, agar mereka dapat menjadi pendakwah yang adil, bijaksana, tidak ketinggalan zaman, tidak gopoh dan keras dalam menghukum, mendekati sasaran dengan memahami dan menyantuni keadaan mereka.

Walaupun buku ini kurang popular dalam kalangan pembaca umum Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, namun begitu enam bahagian ilmu yang diperturunkan dalam buku ini ternyata amat berbaloi untuk diketahui dan diterokai dengan lebih mendalam.

Enam cabang ilmu tersebut terletak di bawah kategori syari'atuLlah dan sunnatuLlah, yakni Al-Quran dan As-Sunnah (ilmu agama/syari'atuLlah), sejarah, sastera dan bahasa, ilmu kemanusiaan (psikologi), ilmu sains dan ilmu hal ehwal semasa (keempat-empat ilmu sunnatuLlah).

Semangat para pendakwah pasti berkobar lagi selepas membaca buku ini kerana banyak perkara yang disarankan boleh diamalkan langsung, manakala huraian mengenai setiap cabang ilmu dapat meningkatkan pemahaman tentang kendala yang menghambat dakwah.
Profile Image for Syahiran Ramli.
202 reviews10 followers
March 27, 2022
'Fikir' yang hilang dimaksudkan oleh penulis di dalam naskah ini adalah bagaimana kesilapan yang dilakukan oleh Muslim dalam menyeru (berdakwah) pada kebaikan tetapi tidak meletakkan tempat yang sepatutnya. Seringkali kita diingatkan bahawa 'bertanyalah kepada yang mengetahui' (ahli ilmu) yang faqih (faham) tentang ilmu tersebut namun itu tidak berlaku pada situasi realiti.

Sebagai contoh, ahli yang faham dalam agama tetapi tidak mahir dalam bidang sains, sejarah, sastera dll, namun mengeluarkan hujah/hukum sesuatu tanpa dia ketahui asas tersebut berbanding pada yang 'ahli'. Begitulah juga sebaliknya pada ahli yang lain.

Kecelaruan ini menyebabkan pertindanan dan pelanggaran dalam disiplin ilmu. Bertambah buruk lagi apabila pengikut seseorang yang membenarkan ahli tersebut secara membuta tuli tanpa memahami siapa yang sepatutnya dia ikuti dalam sesuatu bidang ilmu tersebut.

Maka, dalam buku inilah penulis membawa kepada rumusan yang ditulis oleh Prof Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam memahami asas ilmu yang seharusnya dikuasai oleh setiap Muslim.
Profile Image for Safa Safwan.
95 reviews16 followers
February 8, 2020
#SBYH menjemput pembaca untuk bertenang dari kesibukan hidup dan memperhalusi semula satu persatu langkah bagaimana kita telah manfaatkan rezeki ilmu dan progres kebijaksanaan yang di kurniakan kepada kita sejak kita lahir lagi.

Tuan Hasrizal juga mengajak pembaca untuk undur satu langkah kebelakang, melihat kitaran kehidupan dari kacamata insan biasa; yang tiada pangkat, perbezaan darjat, budaya dan fahaman. Sungguh, tugas dakwah dan menuntut ilmu itu secara semulajadinya terpikul di bahu kita semua–yang sihat akalnya.

Cuma,
yang menjadi masalah adalah cara kita menyantuni ilmu-ilmu itu "at the right place, time, person and environment".

Yang menjadi masalah adalah apabila kita memakai topeng kuasa dan pangkat sesuka hati sehingga tidak sedar kita telah menyakiti jiwa insan-insan yang sedang di uji.

Terdapat kupasan isu-isu tular yang popular di medsos dalam kebanyakkan contoh situasi berfikir di dalam naskhah ini. Tuan Hasrizal telah berjaya menyenikan isu-isu tersebut dengan analogi-analogi yang mudah untuk pembaca fahami:

i) dari sudut apa kita dapat manfaatkan berita itu.
ii) apa yang kita perlu tambah baik dan belajar untuk jadikan ia sebagai pelajaran dan penambahbaikan.
iii) bersederhana dalam mengolah sesuatu isu; tidak melatah, tidak juga sehingga tertinggal keretapi

#SBYH yang di olah dari kitab Thaqafah Al-Da'iyyah karangan Syeikh Yusuf Al-Qaradawi ini benar-benar menepati menu pilihan pembaca yang mahukan idea-idea segar tetapi konservatif dan moden pada masa yang sama. Kata mudahnya SEDERHANA.

Terima kasih untuk naskhah yang berani ini Tuan Hasrizal Abdul Jamil.
Profile Image for N.F. Afrina.
Author 2 books671 followers
May 22, 2020
They say "the more you read and learn, the more you feel like you don't know anything". If you ever want to remember how that feels like, read Ustaz Hasrizal's writing. He will make you realize again and again that your knowledge is just an inkling of what there is out there. And he will urge you, seek knowledge.


This book is written as a discussion of Syeikh Yusuf al-Qardawi's Thaqafah Ad-Da'iyah as a guide or prompt for everyone, because technically everyone is a pendakwah. In here, Ustaz Hasrizal describes and expands the six branches of knowledge there is and why each is important.

His organization is one of the best I've ever found in the book. Each chapter has a point and if he wants to bring in another point that demands it being as important as the former although slightly similar, he isn't afraid to get a new page and heading for it. It's hard to not get lost in the pages, in a good way.

Brb I'm going to make a few notes and lists of things I will read more on from the topics mentioned in this book. Because this is the single most thought-demanding book I've ever read. It's not complicated, it's not wordy or packed with points (it doesn't have to be, a complicated book can be monotone and not thought-provoking) but it is the kind of book that makes you want to read ten others.

Highly recommended. Good for the mind.

Profile Image for Fatini Zulkifli.
361 reviews29 followers
May 15, 2021
Apa yang saya faham melalui buku ini...

Ustaz Hasrizal mengkritik cara kita umat Islam berfikir pada zaman ini. Kita tak kritikal. Bukan salah kita, tetapi budaya dalam masyarakat yang tidak melazimi bertanya soalan kritikal. Kadang-kadang, kita persoalkan satu perkara tapi kita di-diamkan oleh guru, tok imam, mak ayah. "Tak elok tanya macam tu! Haram! Boleh jadi murtad". Bila kita persoal, kita dianggap melawan kata orang tua. Maka lahirlah generasi yang tidak bertanya, ibarat kerbau dicucuk hidung.

Ustaz Hasrizal menggalakkan kita berfikir dan mengkritik. Contohnya, "Betulkah nama perempuan yang goda Nabi Yusuf AS tu, Zulaikha? Ada diberitahu dalam Al-Quran ke?" Beliau meminta kita untuk menyemak common belief yang ada disekitar kita. Bukan hanya terima bulat-bulat, tetapi kita kena tapis dahulu.

Nak tapis ni, kena guna penapis yang mana?

Penapis utama kita ialah Al-Quran dan Sunnah.

Untuk menjadi orang Islam yang berprinsip teguh, bukan lalang, kita kena kuasai enam cabang ilmu (agama, sejarah, sastera, kemanusiaan, sains dan hal ehwal semasa). Barulah bila kita disoal oleh anak-anak atau bukan Islam, kita boleh jawab dengan bijaksana. Enam cabang ilmu ini juga penting untuk menyediakan panduan bagi mendidik anak-anak dimasa hadapan.
Profile Image for Aiman Azha.
32 reviews21 followers
April 17, 2020
3.5 Bintang.

Buku ni okay la - ringkas dan mudah faham. Walaupun tajuk dia "seni berfikir..." tapi sebenarnya takde pun dalam buku ni tentang cara berfikir tu. Penulis cuma menggariskan jenis-jenis ilmu yang perlu dipelajari untuk mengukuhkan pemikiran kita. Buku ni sebenarnya diadaptasi daripada buku Thaqafah Al-Daiyah oleh syeikh Yusuf Al-Qardawi so dia bukan original. Kat bawah saya senaraikan ilmu-ilmu yang perlu kita pelajari yang telah digariskan penulis. Tapi jangan expect boleh faham ilmu tersebut secara mendalam melalui buku ni ya , sebab penulis hanya buat ringkasan je tentang ilmu-ilmu berikut.

1. Agama
2. Sejarah
3. Sastera dan bahasa
4. Kemanusiaan
5. sains
6. Hal ehwal semasa
Profile Image for Jannatun.
9 reviews20 followers
April 30, 2020
#SBYH adalah pintu pertama kepada kefahaman 6 jenis ilmu iaitu ilmu agama, ilmu bahasa dan sastera, ilmu sejarah, ilmu kemanusiaan, ilmu sains dan ilmu hal semasa.

6 jenis ilmu ini disebut oleh Syeikh Al-Qaradawi dalam bukunya Tsaqafah al-Da'iyah sebagai ilmu yang perlu kita fahami agar kita dapat memahami kehidupan ini secara holistik. Dan Ustaz Hasrizal menerangkan setiap satunya dengan bahasa yang amat mudah kita fahami. Ringkas, dan cukup untuk menimbulkan rasa ingin tahu kita. Ada juga dicadangkan beberapa buku lain untuk dibaca.

Recommended, terutamanya untuk pelajar sekolah menengah dan IPT!
Profile Image for MN Khamis.
24 reviews
April 12, 2020
Seperti biasa buku daripada Ustaz Hasrizal tak mengecewakan dan saya selalu ternantikan buah tangannya. Seni berfikir yang hilang baik untuk dimiliki oleh setiap muslim seolahnya ia merupakan kit asasi yang memberitahukan apa yang SEPATUTNYA perlu diperhatikan dalam kehidupan beragama ini.

Melalui buku ini beberapa ilmu baru dapat saya kutip disamping menyegarkan kembali apa yang telah menjadi asas pegangan kita selama ini.

Ada antara bab yang dihuraikan secara ringkas sehingga terasa alamak, tak cukup lagi ini..bagai mahu lebih mendalam dan lebih lagi kami minta penulis memperincikannya.

Selain itu saya juga dilanda kerisauan sedikit, bimbang jika tidak dapat menghayati apa yang disampaikan penulis. Bimbang tersalah memahami kunci yang ingin disampaikan. Bukan kerana kekurangan penulis tetapi lebih kepada kekurangan diri sebagai pembaca faqir dan perlu sentiasa dibimbing.

Saya selalu teruja dengan cara berfikir dan cara menggunakan fikiran yang ditunjukkan dalam buku ini. Sentiasa sel berhubung dan menjengah pada sisi-sisi titik buta. Itu yang tak ramai boleh lakukan.

Apa pun semoga buku ini dapat memberikan manfaat kepada siapa pun pembacanya lebih lagi saya. Terima kasih Ustaz. Teruskan menulis naskhah-naskhah seterusnya. InsyaAllah saya akan terus membeli kalau sang penulisnya adalah Hasrizal Abdul Jamil.
Profile Image for Nadiah Razali.
126 reviews50 followers
December 8, 2020
Buku ini membuka minda dan mata saya. Islam bukan lah agama yang sempit yang hanya membincangkan ilmu-ilmu agama sahaja. Islam menyuruh kita untuk menggunakan akal fikiran untuk menyelesaikan masalah ataupun memudahkan kehidupan kita.

Persoalan nya, bagaimana kita hendak mengaitkan panduan islam dengan kehidupan kita? Macam mana kita nak mengaitkan law dengan islam, atau sains dengan islam, atau ekonomi dengan islam?

Untuk mencapai tahap itu, kita perlu familiarize dan bekerjasama dengan ‘specialist’ dalam ilmu agama, sejarah, sastera & bahasa, kemanusiaan, sains & hal ehwal semasa.

Jangan agama Islam hilang di waktu zaman kita!

Salah satu petikan yang saya suka dalam buku ini

“... Al Quran yang di baca secara lazim swtiap hari akan mempengaruhi diri. Akhlak akan terikut dengan Al Quran, dan pemikiran akan terikut dengan pemahaman yang datang daripada Al Quran.”
10 reviews2 followers
February 23, 2021
One, this book actually makes me regret that I can't express myself better in Bahasa Melayu. The author is known to be an eloquent writer, and expresses his tone really well through each word.

Two. There's so many gems in this book that I can't possibly quote within this review.

Essentially, this book is written based on a book by Dr Yusuf Qardhawi, a well know Muslim figure. Hence, some may claim that the author did not produce an original work. However, I feel this work deserves an applause regardless, because the author does not only provided access to such an important book (which is in Arabic, and I imagine not in the most entertaining way like pop-science books are), he also tied it to issues that are prevalent locally. He helps make us see how to apply the original text which was written decades ago, as a guide in maneuvering issues of thoughts in this day and age. Truly, he's worried about 'the lost art of thinking' (literal translation of the title), and intend to light the way to overcome that.

He writes it in the perspective of a da'i, or a preacher. But even if you don't claim yourself to be one, if you intend to have a holistic knowledge, to know what's important and why it's important, to help you filter and analyse abundance of information these days as a Muslim, this book is a start, a door, to point you where to go.

May we all be inspired by this piece of work and continue to strive to learn more. I definitely will get my hands on more of his books.
Profile Image for Affan Yunus.
81 reviews2 followers
October 30, 2020
Alhamdulillah selesai baca buku ini. Saya dapat lihat usaha penulis dalam meringankan penulisannya untuk kemudahan orang awam memahaminya. Walhal, saya pernah baca penulisannya sebelum ini, dimana penulisannya itu sebenarnya agak berat dan kritikal. Akan tetapi buku ini sangat baik dari segi olahan ayat dan kupasan topiknya kerana dapat menarik semua lapisan masyarakat untuk membacanya dengan senang. Tajuk buku ini pun sudah cukup menangkap mata-mata penggemar buku di luar sana. Sangat ‘eye-catching’ .

Saya suka perkaitan tajuk buku ini dengan setiap bab yang disentuh. Hal ini kerana secara jelasnya menunjukkan kepentingan setiap ilmu yang disenaraikan itu berkait rapat dengan cara kita berfikir dan berhujah pada masyarakat .

Semoga kita semua dapat meluruskan semula cara kita berfikir dan tidak mengeluarkan pandangan, hujah,pembidasan melainkan dengan mendalami ilmu dengan bersungguh-sungguh terlebih dahulu.
Profile Image for Fatimah Wahidah.
103 reviews44 followers
May 11, 2020
Ustaz Hasrizal membahaskan cabang ilmu-ilmu yang perlu dikuasai oleh pendakwah khususnya. Namun, perbahasan dalam buku ini juga sesuai untuk rakyat marhaen dalam mencari faktor mengapa terlalu banyak isu yang melanda masyarakat ini.Hal ini kerana, kurangnya usaha mendalami ilmu untuk memantapkan diri dalam bidang agama dan juga cabang ilmu moden yang menyebabkan kita kurang kritis dalam mendepani isu semasa.Bacaan yang menjentik minda untuk kita berbuat sesuatu untuk mengubah diri sendiri sekurangnya sebelum mengubah masyarakat.
Profile Image for Nisaa.
2 reviews
March 13, 2022
Habis pembacaan saya tertanya, adakah betul cara saya berfikir selama ini, sekadar menerima bulat-bulat atau kritikal/kritis.
Profile Image for Sharmine.
69 reviews12 followers
October 8, 2020
As expected from Ustaz Hasrizal, nothing less. The kind of book that made you ponder your life the moment you finished reading it, and making you to grab the nearest possible paper to jot down your thoughts, action plans and some wonderful reading recs inside. *love it when author puts reference to another book, it's a win-win for us bibliophile really*
Profile Image for Nuruddin Azri.
277 reviews109 followers
October 10, 2021
This book is surprisingly interesting since the contents are not redundant from the original book (al-Thaqāfah al-Dā‘iyah which I read seven years ago in Cairo) and the author manage to mold every branch of knowledge with adequate analogies and examples.
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
266 reviews15 followers
May 6, 2021
Buku yang mengulas kitab 'Taqhafah Al-Da'iyyah' dari ulama Mesir yang terkenal dengan gerakan Ikhwanul Muslimin, iaitu Syeikh Yusuf Al-Qaradawi. Antara khazanah penting dari beliau buat umat Islam era kita ini, dari rangkuman pelbagai kitab-kitab yang telah beliau karang merentasi segenap disiplin ilmu.

Buku ini secara ringkasnya menghuraikan ilmu yang diperlukan oleh setiap Muslim dalam menjalankan tanggungjawab utama mereka apabila dilahirkan bumi ini, iaitu untuk menyampaikan (dakwah) pada sesama manusia. Enam ilmu asas yang semua orang perlu ada, iaitu ilmu agama, ilmu sejarah, ilmu sastera dan bahasa, ilmu kemanusiaan, ilmu sains dan ilmu hal ehwal semasa.

Namun seperti kebiasaannya, kitab-kitab yang dihasilkan oleh cendikiawan-cendikiawan Islam ini selalunya berada pada aras bahasa dan ilmu yang tinggi. Dan kebanyakannya masih di dalam bahasa asalnya, iaitu bahasa Arab. Jadi buat kita yang berminat untuk mendalami ilmu yang disampaikan pengarang ini, selalunya akan menghadapi sedikit kesukaran dalam mentafsir serta memahami teks huraiannya. Banyak juga yang terkandas di awal bacaan kerana kecewa tidak dapat menyelaminya.

Bertitik-tolak dari situ buku ini dihasilkan oleh Ustaz Hasrizal sebagai penerang ringkas apa yang cuba disampaikan oleh kitab Taqhafah Al-Da'iyyah ini. Bermakna buku ini amat sesuai dijadikan sebagai sumber sekunder, rujukan pemula buat kita orang biasa, sebelum mengkaji kitab utama, sumber primernya iaitu kitab itu sendiri dari pengarang asalnya. Kita boleh mendapatkan idea, buah fikiran serta huraian yang ingin disampaikan oleh Syeikh secara kasarnya dari buku Ustaz Hasrizal ini.

Setiap bab diperincikan oleh Ustaz Hasrizal secara ringkas untuk kefahaman kita, kemudiannya situasi yang berkaitan di Malaysia & rantau Asia Tenggara digunakan sebagai contoh dan perumpamaan. Lebih terasa dekat pada kita ilmunya kerana telah disesuaikan pengarang dengan suasana tempatan, dan ternyata lebih mudah untuk diaplikasikan dalam penggunaan harian.

Enam bidang ilmu itu secara ringkasnya adalah;

1. Ilmu agama - ilmu Al-Quran & Al-Sunnah tentunya, ilmu fikah & Usul Fiqh, ilmu akidah, tasawuf serta sistem-sistem utama di dalam Islam seperti sistem bernegara, perundangan, keadilan, dan sebagainya.

2. llmu sejarah - sejarah perkembangan Islam tentunya serta bagaimana ia boleh sampai ke Tanah Melayu. Bagaimana Eropah dan sistem utama mereka terbentuk, apakah itu Revolusi Perindustrian dan kesannya kepada dunia Islam kini, ideologi-ideologi utama dunia dan sebagainya.

3. Ilmu sastera - ilmu bahasa. Kenapa mempelajari serta menguasai sesuatu bahasa itu begitu penting dalam menyampaikan mesej.

4. Ilmu kemanusiaan - ilmu dalam memahami cara hidup masyarakat dunia & setempat, dari segi psikologi & sosiologi mereka, akhlak mereka, serta falsafah pegangan mereka.

5. Ilmu hal ehwal semasa - segala perkara & peristiwa besar yang besar impaknya yang terjadi di serata dunia. Perlu diambil tahu.

6. Ilmu sains - Tidak perlu dinafikan lagi kepentingannya. Beramal & bekerja tanpa ilmu tiada gunanya jika tidak dimaksimumkan potensi kita. Menjadi Islam perlu menjadi orang yang berilmu untuk membantu orang lain, untuk membangunkan ummah.

Buku yang bagus untuk semua dan umat Islam lebih-lebihnya. Cuba dapatkan buku ini, selami isi yang disampaikan, dan cuba kuasai bidang ilmu yang disarankan agar kita lebih mudah mengajak kembali ahli keluarga kita kepada Islam yang sebenarnya. Sebelum diteruskan usaha kepada jiran, masyarakat dan negara.

Kerana menyampaikan itu tanggungjawab kita bersama.

#SBYH
4 reviews2 followers
March 12, 2020
"Seni Berfikir yang Hilang" oleh Hasrizal Jamil

Sosok penulis bernama Hasrizal Jamil yang dikenali ramai sebagai Ustaz Hasrizal ini bukan tokoh yang asing dengan golongan muda di Malaysia ini yang mendambakan perspektif segar dalam beragama. Beliau ialah asalnya seorang graduan lulusan ijazah dalam bidang Syariah di Jordan yang kemudiannya merantau ke pelbagai negara seperti Turki dan sekarang menetap di Finland, mengembara sehingga ke hujung penjuru dunia seolah olah sedang mencari butir² mutiara hikmah yang hilang. Butir² mutiara hikmah kutipan Ustaz Hasrizal itulah yang kilauannya memberi satu keunikan tersendiri kepada Ustaz Hasrizal dan menarik minat orang muda di Malaysia kepada untaian kata-katanya.

Seni Berfikir yang Hilang ialah buku terbaru Ustaz Hasrizal yang diterbitkan pada tahun ini (tahun 2020) oleh Iman Publication yang terkenal dengan terbitan banyak buku² kerohanian mesra orang muda di Malaysia. Buku ini sebenarnya ialah kupasan buku Dr Syeikh Yusuf Al Qardhawi "Tsaqafah Ad Daieyah" yang Ustaz Hasrizal pernah wacanakan dalam banyak kuliah² nya (tonton video di YouTube https://youtu.be/k_5eH9aUGK4) dan kemudian Ustaz Hasrizal mengambil keputusan untuk bukukan. Buku ini kemudiannya diberi nama "Seni Berfikir yang Hilang". Satu persoalan yang timbul ialah, mengapakah ia dinamakan Seni Berfikir yang Hilang? Apakah gerangannya yang sudah hilang itu? Apa yang Ustaz Hasrizal mahu persembahkan dalam buku ini, lost world of Atlantis? Apakah benda yang hilang yang pembaca bakal ketemui dalam buku ini? Untuk menjawab soalan ini, kita perlu tahu secara ringkas buku Dr Yusuf Al Qardhawi "Tsaqafah Ad Daieyah" yang Ustaz Hasrizal dedikasikan buku ini untuk mengupasnya.

Syeikh Yusuf Al Qardhawi merupakan pemikir dalam lapangan gerakan Islam yang terkenal di seluruh dunia. Beliau telah menerbitkan banyak buku yang ada di antaranya juga telah diterjemahkan dalam bahasa melayu seperti "Fiqh Keutamaan" dan "Halal Haram dalam Islam". Mungkin nama Syeikh Yusuf Al Qardhawi ini makin pudar akibat tunggangan ahli politik di negara ini namun jangan terlebih dahulu meninggalkan nama beliau tanpa mengenali buku "Tsaqafah Ad Daieyah". Buku ini diterbitkan sudah berdekad dekad yang lalu iaitu pada tahun 1978, tetapi ianya merupakan antara karya Syeikh Yusuf Al Qardhawi yang tidak begitu dikenali dan agak "underrated" padahal kandungan yang dibincangkan amat penting dalam pelbagai dimensi kehidupan seorang muslim. Ustaz Hasrizal berhasrat untuk mewacanakan semula idea yang hilang ini, jadi dengan itu terbitlah sebuah buku berjudul "Seni Berfikir yang Hilang".

Menurut Syeikh Yusuf Al Qardhawi, seorang muslim sepatutnya mendidik dirinya dengan kerangka pemikiran daripada 6 cabang ilmu dalam mendepani cabaran semasa, iaitu ilmu agama, ilmu sejarah, ilmu bahasa, ilmu kemanusiaan, ilmu sains dan ilmu isu semasa. Cadangan Syeikh Yusuf Al Qardhawi ini diutarakan sejak tahun 1970-an lagi, sesuatu yang amat unik pada zamannya. Ustaz Hasrizal menyebut buku "Tsaqafah Ad Daieyah" ini sebagai hikmah yang hilang dalam masyarakat kita yang semakin kucar kacir pada hari ini, lalu buku Ustaz Hasrizal ini dinamakan "Seni Berfikir yang Hilang", mengupas idea buku Syeikh Yusuf Al Qardhawi secara santai berserta contoh² praktikal berdasarkan pengalaman hidup Ustaz Hasrizal.

Dalam dunia hari ini yang diwarnai media sosial, kita setiap hari ditembak bertubi tubi oleh isu demi isu, berita demi berita dan cabaran semasa yang tidak putus-putus. Ada orang yang mengambil langkah meninggalkan terus kesemua hal ehwal isu semasa sementara ada pula yang mahu komen segala perkara mengenai isu semasa tanpa rasa segan silu melanggar batas disiplin ilmu. Perkara ini berlaku kerana kita menjadi mangsa kepada dikotomi dan pembahagian ilmu yang dipisah pisah sejak di bangku sekolah. Apabila menjejak usia dewasa, kita berhadapan dengan cabaran yang bukan terpecah pecah seperti ilmu yang dipelajari di sekolah dan di universiti, tetapi cabaran itu datang dalam pelbagai wajah dengan pelbagai dimensi. Masalah masyarakat hari ini ialah mereka mengalami kekeringan ilmu dan proses berfikir yang betul untuk berhadapan cabaran-cabaran ini. Maka kita perlu kembali beberapa tapak ke belakang dan hayati saranan Dr Yusuf Al Qardhawi mengenai 6 cabang ilmu yang perlu dikuasai Muslim ini.

Ambil sahaja satu contoh yang Ustaz Hasrizal sebutkan, iaitu gerakan anti hadith. Gerakan anti hadith ini bukan mengenai hadith semata-mata, tetapi juga berkait dengan sejarah, falsafah, bahasa dan berkait dengan pengalaman hidup aktivis anti hadith itu sendiri yang membentuk psikologinya. Untuk berhadapan dengan golongan anti hadith, Ustaz Hasrizal menyebut bahawa seorang Muslim perlu memahami bukan sahaja ilmu hadith itu sendiri tetapi juga latar sejarahnya, aspek bahasa, dan memahami bagaimana pengalaman hidup membentuk pendirian seseorang.

Ustaz Hasrizal memulakan buku ini dengan membincangkan bahawa dakwah ialah tanggungjawab semua orang islam. Tetapi perkataan dakwah itu kadang kala dilihat terlalu terikat dengan elemen² ekslusif yang menyebabkan sesetengah orang tidak menyukai perkataan itu, namun Ustaz Hasrizal menekankan bahawa jika kita ialah seorang bapa, seorang ibu, atau seorang pekerja dengan anak² buah di bawah yang kerjanya ialah menegur, menasihati, dan membimbing, maka itu semua ialah dakwah. Dakwah pula memerlukan kepada tiga bekalan, iaitu iman, akhlak dan ilmu. Aspek ilmu inilah yang dikupas dengan lebih lanjut menggunakan kerangka 6 bidang ilmu tadi iaitu agama, sejarah, bahasa, kemanusiaan, sains dan isu semasa.

Ustaz Hasrizal bermula dengan cabang ilmu agama. Ilmu agama merangkumi Al Quran, Sunnah, Akidah, Fiqh dan Tasawwuf. Ilmu Al Quran bukan sekadar ilmu tajwid dan tarannum yang ramai orang belajar hari ini tetapi juga ilmu mengenai sejarah penurunan ayat, sejarah perkembangan dan penyebaran, susun letak dan penamaan surah, impak Al Quran ke atas komuniti, aspek mukjizat bahasa dan banyak lagi ilmu lain yang tidak diberi perhatian kerana sibuknya masyarakat dengan tajwid dan tarannum. Sunnah nabi juga ada ilmu latar sejarahnya, perkembangannya, dan periwayatannya yang perlu diketahui oleh setiap Muslim berhadapan hadith palsu, dakwaan anti hadith dan dakwaan syiah. Ilmu akidah, fiqh dan tasawwuf yang bersandarkan sumber Al Quran dan sunnah Rasulullah perlu ditekuni untuk tujuan praktikal mengamalkan agama secara sihat dan bersandarkan ilmu.

Ustaz Hasrizal meneruskan lagi perbahasan dengan lapangan ilmu sejarah. Seperti ilmu agama, ilmu sejarah juga diberi "coverage" yang besar dalam buku ini, mungkin kerana Ustaz Hasrizal juga selain graduan syariah, beliau juga belajar bidang sejarah kemudiannya dengan pengkhususan kajian mengenai latar hidup Imam Birgivi di Turkey. Ilmu sejarah penting menurut Ustaz Hasrizal untuk memahami latar perkembangan umat Islam dan mencari hikmah yang hilang untuk masalah hari ini. Misalnya ketika kerajaan Uthmaniyah berkuasa di Turkey dahulu, gerakan waqaf mereka sangat berjaya tetapi pada zaman kita pula, waqaf menjadi projek yang gagal, menggambarkan kepada kita bahawa ada sesuatu yang kita hilang dan perlu mencarinya di sebalik lipatan sejarah Uthmaniyah. Ilmu sejarah juga penting memahami asal muasal sesuatu fenomena dalam masyarakat dan juga latar kepada perkembangan mana² gerakan pemikiran dan ideologi hari ini. Amalan masyarakat itu ada sejarahnya, dan jika kita mahu menyantuni masyarakat maka hendaklah kita memahami kenapa mereka bersikap sepertimana yang kita lihat dengan mengkaji perkembangan sejarah mereka dan membandingkannya dengan corak perkembangan sejarah yang lebih kurang serupa merentas masa dan tempat. Ideologi sekularisme, feminisme, liberalisme dan isme-isme yang lain turut ada latar sejarahnya sendiri yang kita perlu fahami untuk berhadapan dengannya.

Kemudian Ustaz Hasrizal membuka pula topik bahasa dan kesusateraan. Bahasa merupakan aspek utama mukjizat Al Quran, maka mereka yang mahu memahami ilmu mukjizat kitab ini amat berhajat kepada ilmu bahasa. Selain itu bahasa juga ialah alat bertutur dan mengungkap pemikiran, jika baik proses pemikirannya dan kaya perbendaharaan bahasanya, maka baiklah pertuturan dan penyampaiannya. Bahasa ialah seni yang perlu dijaga untuk mengungkap sesuatu dengan indah dan yang paling penting, untuk mengungkap sesuatu dengan tepat. Bahasa juga ialah kunci yang membuka pelbagai bidang ilmu dan diperlukan untuk menggali sejarah dan sosiobudaya bangsa. Ilmu bahasa ini dikupas dengan ringkas sahaja, sesuatu yang agak mengejutkan bagi aku kerana dalam buku² Ustaz Hasrizal yang lain, beliau berkali-kali menekankan ilmu bahasa. Aku menyangka perbahasannya akan menjadi lebih panjang tetapi Ustaz Hasrizal tidak berceloteh banyak di sini.

Selepas itu Ustaz Hasrizal mengupas pula mengenai ilmu kemanusiaan. Ilmu kemanusiaan merangkumi psikologi, sosiologi, ekonomi, falsafah dan etika. Ilmu² ini diperlukan untuk memahami dinamika makhluk bergelar manusia, yang setiap satu ada identiti psikologinya, corakan pengaruh masyarakatnya, dan bermacam-macam falsafah pegangannya serta tabiat kelakuannya. Ada yang risau bahawa ilmu sosiologi bersifat terlalu "eurocentric" dan bahan bacaannya banyak dalam bahasa inggeris namun Ustaz Hasrizal menekankan bahawa penting untuk kita mengutip hikmah yang tersisip di sebalik bidang ini dan menyaring apa yang patut dengan berfikir menggunakan kerangka yang dibincangkan dalam buku ini iaitu mengambil kira pegangan agama dan mengkaji sejarahnya. Ilmu sosiologi membantu kita berfikir bagaimana masyarakat menyusun atur kehidupan mereka malah, antara yang paling awal mengembangkan ilmu kemasyarakatan ini ialah ilmuan Islam sendiri iaitu ibn Khaldun. Kita juga perlu mengambil manfaat daripada ilmu psikologi untuk menyantuni manusia yang beragam sikapnya. Apabila hendak menyampaikan sesuatu, yang penting bukan sahaja apa yang disampaikan tetapi juga bagaimana ia disampaikan dengan mengambil kira aspek psikologi dan kemasyarakatan supaya penerimaannya lebih baik dan berbekas dalam hati. Ilmu falsafah pula diperlukan untuk memahami ideologi hari ini yang banyak mencorak dunia kita seperti sekularisme, sosialisme dan kapitalisme.

Ilmu seterusnya yang dibincangkan ialah ilmu sains yang merangkumi biologi, kimia, fizik, pertanian dan banyak lagi hal ehwal alam semulajadi dan perkembangan teknologi. Sains ialah algoritma peraturan dan undang² yang menyelia segala proses semulajadi alam ini. Set dan algoritma peraturan juga ini ialah ciptaan Allah, dan disebut sebagai Sunnatullah. Ada dua peraturan yang diturunkan Allah, iaitu Syariatullah dan Sunnatullah. Syariatullah ialah hukum hakam agama manakala Sunnatullah ialah hukum hakam alam ini. Untuk mencapai kesejahteraan, kita perlu menuruti kedua duanya Syariatullah dan juga Sunnatullah. Ustaz Hasrizal memberi analogi dua orang pekebun, seorang Islam dan seorang lagi bukan Islam. Orang Islam itu menanam tanamannya di sebelah masjid, selalu beribadah tetapi tidak beramal dengan teknik pertanian yang betul. Petani bukan Islam itu pula sering mabuk dan berjudi tetapi mengambil berat akan sains pertanian. Tanaman orang Islam itu tidak menjadi manakala tanaman orang bukan Islam itu pula menjadi. Hal ini berlaku kerana petani Islam itu tidak menghayati Sunnatullah. Pada masa sama, petani bukan Islam itu pula sering mengalami masalah keluarga dan terlibat dalam pergaduhan yang menganggu kehidupannya, kerana dia tidak menghayati Syariatullah.

Ilmu terakhir yang dibincangkan ialah ilmu isu semasa. Menurut Ustaz Hasrizal, umat Islam perlu peka dengan realiti dunia Islam, realiti gerakan Islam sedunia, realiti persekitaran domestik, realiti agama dunia semasa, realiti ideologi politik semasa, realiti kuasa dunia yang menentang Islam, realiti aliran pemikiran yang bertentangan dengan Islam, dan realiti kumpulan yang menyimpang daripada Islam. Setiap Muslim harus melazimi surat khabar dan kemudiannya menggunakan kerangka pemikiran tsaqafah 6 bidang ilmu itu tadi sebagai pendekatannya.

Buku ini lebih banyak membincangkan perspektif dakwah dan memahami tindak tanduk manusia daripada kupasan 6 bidang ilmu tadi secara terperinci. Malah, "coverage' untuk setiap bidang ilmu itu juga tidak sama, ada yang dikupas panjang, seperti ilmu agama, sejarah dan kemanusiaan manakala ada yang dikupas beberapa muka surat sahaja seperti ilmu bahasa dan ilmu sains. Buku ini juga menyentuh isu secara singkat dan pendek sahaja dan kemudiannya meninggalkan persoalan yang seolah olah ditinggalkan penulis untuk pembaca fikirkan sendiri. Buku ini ditulis untuk menggalakkan pembaca melakukan bacaan lanjut menggunapakai kerangka tsaqafah 6 ilmu tadi dan berperanan sebagai karya sekunder yang diharapkan mencetus minat untuk membaca secara langsung karya primer Syeikh Yusuf Al Qardhawi. Diharapkan agar pembaca dapat bertemu hikmah yang hilang dalam buku ini dan membentuk diri menjadi manusia yang lebih tersusun dan kemas kerangka fikirnya. Hakikatnya, buku ini sebenarnya berperanan untuk membentuk diri kita dahulu sebelum kita mahu membentuk orang lain, maka buku ini mesti menjadi bacaan kita sebelum memegang apa² kedudukan tidak kira lah dalam rumah tangga sebagai ibu atau bapa mahupun dalam kerjaya yang membabitkan kerja² membimbing manusia.

#SBYH
#ImanPublication
Profile Image for Shuhada Ramli.
353 reviews18 followers
November 20, 2020
Rating: 5/5

Seni Berfikir Yang Hilang merupakan sebuah hidangan ilmu yang enak, hasil tulisan Hasrizal Abdul Jamil. Beliau memberikan kupasan menarik tentang buku Thaqafah Al-Da'iyah yang ditulis oleh Syeikh Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi. Ilmu yang dibawa di dalam naskah Thaqafah Al-Da'iyah merupakan ilmu yang membentuk identiti umat Islam sebagai umat dakwah yang berilmu, membudayakan ilmu, bertanggungjawab terhadap kesempurnaan ilmu dalam menyebarkan ilmu dunia dan akhirat dengan baik dan berkesan. 

Tulisan mengenai buku ini di ulas lebih lanjut, di dalam blog saya. Link tertera di profile saya.

Read my review here :
https://nerdybae.blogspot.com/2020/11...
21 reviews1 follower
April 3, 2022
Ini adalah review peribadi yang berbeza dengan majoriti pembaca lain. Jujurnya ini adalah kali pertama saya membaca hasil karya penulis ini. Saya tidak kenal latar belakang beliau maka review saya hanya terhad kepada buku ini sahaja.

Buku ini hanya 2 bintang bagi saya. Mungkin penulisan buku ini tidak kena dengan citarasa saya. Terlalu santai dan gaya penulisan yang lebih kepada artikel Facebook. Rasa seperti membaca himpunan artikel Facebook berbanding buku. Iya, ayatnya pendek² begini, lebih sesuai untuk pembaca remaja. Kadangkala satu perenggan itu rasanya boleh dipendekkan lagi kerana isinya sedikit sahaja.

Sesetengah topik tidak dihurai dengan baik dan kadangkala tidak sampai mesejnya pada saya. Tidak menjawab 'so what?' dalam penulisannya.
Misalnya halaman 116 mengenai infak/wakaf yang gagal di Malaysia. Menarik, tapi apakah pandangan atau contoh solusi penulis? Hanya satu perenggan kesimpulan bagi topik itu, terasa sangat tergantung dan membuatkan saya tertanya dimana sebenarnya seni berfikir tersebut.

Seni Berfikir Yang Hilang, jadi bagaimana untuk mencarinya semula? Perlu berhati-hati, perlu asas yang kukuh, sumber yang dipercayai...tetapi secara praktikalnya bagaimana? Pembaca perlukan contoh praktikal, bukan sekadar nasihat umum yang ramai sedia maklum.

Penulisan juga lebih berfokuskan pengalaman peribadi penulis atau contoh yang berkaitan berbanding topik itu sendiri. Contohnya topik Memahami Ideologi, sewajarnya didefinisikan dahulu apa itu ideologi, berikan contoh, perbezaan, kritikan dan simpulkan pandangan atau nasihat penulis mengenai topik ini - bagaimana seni berfikir mengenai ideologi berlandaskan al-Quran & sunnah dsb. Tetapi yang ada cuma 3 halaman (panjangnya mungkin sekadar 1 halaman tanpa spacing), kisah daripada buku Oliver Roy mengenai pelajar kejuruteraan & isu sekularisme.
Ya, ia contoh yang berkaitan, tetapi huraian dan mesej tidak sampai. Apatah lagi setelah saya baca Dunia Tanpa Tembok mengenai ideologi, penulisan buku ini terasa mempunyai banyak lompong dan tidak kena bagi saya.

Berdasarkan tajuk buku ini saya kira ia seperti 'The Art of Thinking', penulisan berkenaan fakta, psikologi dan diadunkan bersama bukti al-Quran & sunnah. Sesuai untuk pembaca umum termasuk yang bukan Islam dsb. Tidak sangka pula ia sebenarnya lebih kepada pemikiran dan isu Islam. Bukanlah tidak sesuai, cumanya target pembacanya terhad. Umpama tidak kena dengan tajuknya.

Isi nasihatnya bagus, dapat menambah beberapa pengetahuan sedia ada. Cuma terlalu on suface, penulisan juga banyak kesalahan tatabahasa seperti 'kebanyakkan'. Saya ketengahkan isu ini sebab ada topik mengenai memartabatkan bahasa Melayu, ironinya buku ini sendiri tidak menggunakan Bahasa Melayu yang betul dan campur aduk Bahasa Inggeris. Ya penulisan kasual, tetapi banyak perkataan yang boleh dialih bahasa sebelum diterbitkan. Saya teruja membaca Nota Pengarang yang berbunga, tetapi apabila memasuki topik-topik ditengah dan hujung buku, saya agak kecewa.

Mungkin saya meletakkan expectation yang terlalu tinggi hanya berdasarkan tajuk buku. Mungkin juga saya bukan target audience buku ini. Jika saya masih 17 tahun atau peminat karya penulis, buku ini mungkin sangat menarik. Tetapi di usia 25 tahun, ia tidak memberikan sebarang impak yang saya harapkan.

Ya kita mempunyai citarasa yang berbeza. Ini hanyalah pandangan kerdil saya.
Profile Image for Liyana.
19 reviews
June 29, 2020
Cuba perhatikan rekaan muka buku ni. Light up with vibrant orange color and deep blue to point out the title. Also, you can see other details which are; an open book with iqra' on top of it, a head of man with turban, a 'f' letter, people origami, an hourglass, arabic letters (ا،ب،ت،ض)  and others. I managed to realize these details right after finishing the book. And I concluded that, the cover showed all the contents of the book. 😀
.
Ini adalah buku ke-3 tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang saya baca selepas buku Setia dengan Kebenaran dan Jalan Sehala. Dua buku ini membuatkan hati berbunga, lantas berminat dengan hasil karangan dan persembahan buah fikiran beliau. Walaupun terlepas tempoh 'pre-order' buku ini, tetapi bukan alasan untuk tidak membelinya.
.
I read this book right after the postman delivered to my house. After some caressed for the book, I am truly indulged into it. This is because, as one of the person whose doing volunteerism specifically as a facilitator for school students, I found this book much beneficial for me to understand more about what I am doing.
.
Reading this make me remember that there is a person said to me that he wondered, "How to put an understanding without a framework of knowledge?" An intrigue question to ponder too. Here, this book presents the importance of knowledge and 6 branches of knowledge as cornerstones to da'wah. The author explained these knowledge based on the book Thaqafah Al-Da'iyyah written by Syeikh Yusuf al-Qaradawi. And I would like to highlight the three things as provision for da'wah. There are;(1) faith (iman), (2) moral (akhlak), and (3) knowledge (ilmu).
.
Salah satu petikan daripada buku ini yang menjadi pegangan dan ingatan adalah;
Kata Syeikh Yusuf Al-Qaradawi, "Dakwah itu, sifatnya memberi." Ia merupakan satu perbelanjaan atau infaq. Maka apabila kita membelanjakan sesuatu, kita terlebih dahulu perlu memiliki, barulah kita boleh memberi pada orang lain. Seperti pepatah Arab, "Orang yang tidak memiliki sesuatu, dia tidak boleh memberinya."
Profile Image for Ismy Haziq (Ulet Bookku).
13 reviews1 follower
January 14, 2021
Buku karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ini mengetengahkan tentang 6 cabang ilmu yang perlu dikuasai oleh seorang individu Muslim mengikut pandangan Syeikh Yusuf Al-Qadrawai iaitu :
1. Ilmu agama
2. Ilmu sejarah
3. Ilmu sastera dan bahasa
4. Ilmu kemanusiaan
5. Ilmu sains
6. Ilmu hal ehwal semasa

Jika seseorang itu hanya menguasai satu cabang ilmu saja, pengetahuannya masih tempang. Contohnya, satu kisah menarik di dalam buku ini mengenai Saidina Ali Karamallahu Wajhah. Beliau telah diraikan oleh puak Syiah kerana terdapat hadis Nabi yang mengatakan sesiapa yang menganggapnya sebagai pemimpin, maka Ali ialah pemimpinnya juga. Hadis ini sahih bahkan dibuktikan sendiri oleh Imam At-Tabari. Namun, Imam At-Tabari pula dituduh syiah. Di sinilah pentingnya kita memahami sesebuah hadis secara tuntas berdasarkan 6 cabang ilmu ini. Hadis sahih tapi kefahaman kita salah, tetap tak betul.

Struktur buku ini bukanlah membincangkan tentang fakta dari awal sampai habis, tapi Ustaz Hasrizal juga mengetengahkan tentang cerita-cerita yang berkait rapat dengan subtopik-subtopik berkaitan dengan 6 cabang ilmu ini seperti pengalamannya bersama Ahmad Ammar, telatah anaknya semasa kecil dan peristiwa-peristiwa sejarah yang akan membuka kotak pemikiran kita. Justeru, pembaca tidak akan berasa bosan dan terus berminat untuk membaca sehingga habis.
Profile Image for Nur Elvina.
59 reviews16 followers
May 2, 2020
Secara keseluruhannya, naskah Seni Berfikir yang Hilang adalah ringkasan kepada kitab Thaqafah al-Dai’iyyah karangan Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Buku ini mengetengahkan 6 cabang ilmu yang perlu sentiasa dipelajari seorang Muslim iaitu; Ilmu Agama, Ilmu Sejarah, Ilmu Sastera dan Bahasa, Ilmu Kemanusiaan, Ilmu Sains dan Ilmu Hal Ehwal Semasa. Bukan untuk menjadikan kita setanding ulama tetapi cukup untuk memandu cara kita berfikir. Dengan mengusai setiap satu cabang ilmu ini, tidak semestinya menjadikan kita ahlinya tetapi untuk kita manfaatkan mengikut kemampuan dan tanggungjawab kita kepada masyarakat. Sebagai contoh, seorang guru mempelajari ilmu psikologi (kemanusiaan) supaya lebih kenal dan dekat dengan pelajarnya kemudian mampu untuk berkomunikasi dengan efektif terutamanya dalam menangani pelajar yang bermasalah dan tidak hanya menyelesaikan pelajar nakal dengan batang rotan. Sedikit sebanyak penulisan Ustaz Hasrizal kali ini membuka mata bahawa manusia tidak terhad untuk mengusai satu bidang sahaja seperti kebiasaan masyarakat kita tapi kita dituntut untuk mempelajari pelbagai bidang demi manfaat agama dan masyarakat.
Profile Image for Molek Kasa.
81 reviews
July 12, 2020
To summarise, the book (or rather the author) encourages everyone to always seek knowledge and expand them as much as possible. To see things in all perspectives and to not take any kind of info as-is without checking the facts behind it, which most people ignore these days.

Ustaz Hasrizal also provides ayats from the Quran which help to strengthen each given point and writes examples of scenarios during prophet hood for readers' comprehension. However, there are some confusion with the Arabic ayats as some of the tajwid aren't there which makes it hard to read, probably a mistake during printing?

Overall a very fast read, explained in simple ways to get the message across.
Profile Image for Shahkang.
Author 6 books78 followers
January 22, 2022
#10 2021

Penulis mengupas idea yang dibawa oleh Yusuf Al-Qardawi dalam sebuah kitab. Penulis berjaya mengaitkan dengan isu-isu semasa yang dihadapi rakyat Malaysia - membolehkan kita berfikir, apakah benar kita benar-benar mengamalkan suruhan agama?

Buku yang membuka mata kita semua dan disampaikan dengan penuh cermat, bersama fakta yang minimum dan mencukupi.
Profile Image for Sadiq Salihoddin.
Author 4 books8 followers
February 22, 2021
Aku dah lama fikir pasal peperiksaan yang diawali dengan solat hajat apa semua itu. Tapi ustaz Hasrizal jelaskan dengan terma-terma yang sesuai lagi tepat.
Displaying 1 - 30 of 144 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.