Pendiam. Susah nak senyum. Suka buat hal sendiri. Itu adalah Rafiqree Zuhayr yang dia kenali dahulu. Tapi, setelah bertemu semula dengan lelaki itu setelah 10 tahun, persepsi Imratul Najuwa jadi berubah.
Dia bukan lagi Rafiqree Zuhayr yang sama. Banyak bercakap, suka menyibuk hal orang dan yang paling penting, dia suka tersenyum. Tapi, kenapa senyumannya macam tersimpan 1001 kesedihan?
“Kau tak naklah kahwin dengan aku, sebenarnya? Kau janji nak jadi isteri aku tu, apa?” - Rafiqree Zuhayr “Jangan buat perangai budak-budak, boleh tak?” - Imratul Najuwa
Bagi Imratul Najuwa, Rafiqree Zuhayr melamarnya menjadi isteri atas dasar simpati semata-mata. Hanya kerana lelaki itu kasihan dengan nasib yang menimpa dirinya sepanjang 10 tahun mereka terpisah. Tapi, setelah mengetahui kelukaan yang dialami Zuhayr dan kesedihan lelaki itu jauh lebih menyedihkan daripada hidupnya, Najuwa mengubah haluan fikirannya.
“Kau nak melamar aku ke?” - Rafiqree Zuhayr “Aku dah sedia nak jadi isteri kau. Kau sudi tak jadi pengantin lelaki aku, Rafiqree Zuhayr?” - Imratul Najuwa
10 tahun tak berjumpa, bukanlah satu benda yang mudah. Tak terkata bila berdepan. Kelihatan banyak dah berubah pada Zuhayr tapi tidak bagi Najuwa.
Zuhayr yang dulu banyak diam, kini senyuman dia sentiasa menghiasi di ruang mata Najuwa. Bukanlah Najuwa tak suka, cuma pada awalnya rasa kekok. Ini ke Zuhayr yang dia kenal? Kenapa dah lain sangat ni? Makin handsome pula mamat ni 😳
Dalam buku ni kita boleh nampak macam mana sabarnya seorang anak yang selalu dipinggirkan, terima apa yang disuruh hanya disebabkan rasa sayang pada ibunya. Sentiasa bagi peluang untuk ibunya rasa kehadiran dia sedangkan tak dipandang langsung.
Kesian dekat zuhayr and najuwa 🥺 masing-masing ada benda yang mereka sembunyikan.
IF I COULD GIVE YOU THE WORLD, I WOULD. AND ALL I WOULD ASK BACK IN RETURN WOULD BE YOUR LOVE.
The very simple words to describe this couple! Haiyaa so fluffy and comel je tau, sesuailah untuk zu yang baru lepas baca buku pain 🫠
Zu dekat sini baca dah naik menyampah tau bila Zuhayr tu sikit panggil Najuwa tu ayang. Eleh macam dia sorang je ha ada ayang 😒 sudahlahh pergi baca buku ni 🏃🏼♀️ jom rasa single sama-sama
Kalau dah namanya Fatiah Zohar, ceritanya mesti comel comel je. Tak sah kalau tak buat kita senyum sengeh tersentil sorang sorang bila baca cerita dia.
Hikayat Najuwa dan Zuhayr dalam novel setebal 556 mukasurat ini sebenarnya kisah yang menyentuh hati. Ada beberapa part dalam novel ini yang buat Lila berhenti sekejap, kesat air mata. Dasar hati tisu. Wakakaka.
Bagi Lila, watak seorang ‘Najuwa’ dipotretkan dengan sangat baik oleh penulis. Najuwa mengajar pembaca menjadi kental hati dan kagum dengan kecekalannya mengharungi hidup. Begitu juga dengan seorang ‘Zuhayr’.
Satu perkara yang Lila puji, adalah sikap Najuwa dan Zuhayr yang sentiasa sama-sama mengharung badai dan ujian dalam perhubungan. Tak ada sorang merajuk sorang lagi merajuk jugak, sorang sakit hati pendam sampai kesudah. Memang tepat, tagline dua sejoli ini sejak awal cerita lagi.
“Apa pun.. kita akan lalui sama-sama, berdua.”
Awwhh.. ❤️
Actually awalnya kan.. Lila semacam skeptikal sikit bila tengok tajuk tu ada perkataan ‘Tuan’. Sebab Lila memang alergi sikit dengan panggilan empat huruf tu. (ini Lila punya preference ya, selera membaca kita kan berbeza beza) Tapi, sebab Lila dah beberapa kali baca tulisan Tia, so Lila yakin mesti ada sesuatu sebab kenapa tajuknya begitu.
So, bila dah baca memang betul. Ada sebab kenapa tajuknya Tuan Zuhayr. Lila suka naskhah Tia ini. Walaupun sebenarnya cerita ni dalam kategori banyak bermain dengan emosi, tapi Tia, bijak menyelitkan ‘senyuman’ dalam setiap babak. Comelnyaaa lahhh gelagat Najuwa dan Zuhayr!
Cerita ni best! Cuma sampai ke sudah yeee geram dengan Datin Ainan tu! Patutnyaaaaa buatlaaa mulut dia herot sampai takleh cakap dahhh! 🤭🤪
Kisah tentang Zuhayr dan Najuwa yang berliku2. Waktu Zuhayr hilang tiber tu geram gak lah, tapi bila tahu sebab apa, sedihnya lahai. Dah la ko hilang 10 tahun lama betul!! Tapi yang paling sedih bila tahu apa jadi dekat Najuwa sepanjang 10 tahun tu 😭😭😭😭😭😭😭 Repeat baca part ni tetaplah berjurai2 air mata 😭
Lepas jumpa balik, si Zuhayr ni pun propose tapi kena reject lol Rupanya dua2 simpan perasaan sama sendiri and the rest is history 😍 Zuhayr ni ayat2 dia manis tak beragak sampai aku pun duk tumbuk2 angin 🤣
Watak2 sampingan pun best esp our best duo Qi dan Ary! Kekeke Aku still geram kenapalah si Erkan tu tak mati kena langgar je 🙄
first time, aku baca karya Fatiah Zohar. perkara yang buatkan aku boleh membacanya sebab penulisannya mudah difahami tak macam setengah buku yang buat reader turn off nak baca sebab penulisannya yang tak teratur.
tapi okay la for me sebab aku tak boleh predict kenapa mengapa selepas itu. takla cliche sangat, okay je kalau nak baca sebab cerita ni ada keistimewaannya tersendiri.
watak Najuwa ni sangat tabah orangnya, dia lalui macam macam dalam hidup dia. Zuhayr pula ada sebab dia jadi macam tu. mhmmm aku dah faham kenapa tajuk dia macamtu semuanya disebabkan pertemuan pertama mereka selepas 10 tahun.
10 tahun terputus hubungan dgn kawan baik, then dia muncul secara tiba² di depan mata! Terlalu banyak perubahan yg jelas ternyata. Tapi perubahan yg wujud hanya pada Zuhayr, tapi tidak pada Najuwa.
Sebenarnya, tak sangka yg kisah ni sebenarnya macam ni. Ku sangkakan tipikal percintaan antara boss dgn pekerja. Rupanya tak! Kisah yg membawa trope 'friends to lovers' kali ni lebih menyentuh perasaan. Bahagianya ada, sedihnya pun ada.
Kisah yg bermula dari zaman sekolah, dan berganjak sehingga masing² sudah meningkat dewasa. Masing² ada rahsia yg mereka pendam sendiri. Rahsia yg dijaga serapi mungkin supaya tak ada seorang pun yg tahu. Tapi tu lah, omputih kata, "there are no secrets that time does not reveal". Lambat laun, orang tahu juga pada akhirnya.
Backstory Zuhayr & Najuwa boleh kata agak pain juga sebenarnya. Bila dapat tahu rahsia disebalik apa yg berlaku pada diorang berdua tu, buatkan saya terkedu jap. Dah la tekaan saya semua salah. Tak sangka perkara tu yg jadi pada mereka for the past 10 years. Kagum dgn kecekalan & kekentalan hati diorang mengharungi hidup.
Tapi bila datang part manisnya, alahai comel sungguh. Paling suka waktu scene dandelion. Dari zaman sekolah sampailah dah dewasa, ulang banyak kali pun, scene tu tetap FOREVER MY FAVOURITE! Lagi satu yg perlu dipuji adalah sikap both MC yg sentiasa sama² harungi onak duri dalam perhubungan.
Tagline diorang:
"𝑨𝒑𝒂 𝒑𝒖𝒏.. 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒍𝒂𝒍𝒖𝒊 𝒔𝒂𝒎𝒂-𝒔𝒂𝒎𝒂, 𝒃𝒆𝒓𝒅𝒖𝒂."
Ayat ni, simple saja kalau nak ikutkan. Tapi bila terselit dalam naskhah LCTZ ni, terasa luar biasa. Kadang², ayat simple macam ni pun dah boleh naikkan semangat seseorang, yg kita sebenarnya tak selamanya bersendirian. Entah kenapa, berair juga mata ni bila membaca 🥹
Konflik yg diketengahkan pun realistik. Hakikatnya, toxic parents memang wujud di muka bumi ni. Akhirnya, anak juga yg jadi mangsa depresi.
Apa pun, rasa tak rugi habiskan masa utk baca naskhah LCTZ. Naskhah yg sememangnya cukup perasa. Semua emosi blended well together. Kalau korang ada rezeki utk baca LCTZ, silalah hayati kisah diorang! BEST!! 🫶🏻
🎨 Penulisan yang kemas walaupun jalan ceritanya biasa 🎨 Nama-nama watak susah nak disebut. Contoh, Baihaqi, Zuhayr....penat otak nak membaca 🎨 Watak heroin agak kebudak-budakan dan clingy tapi itu mungkin watak yang dipilih oleh penulis 🎨 Sesuai bagi pembaca yang sukakan babak-babak tumpah gula 🎨 Bagi 3🌟 kerana penulis memasukkan elemen kekeluargaan 🎨 Percintaan antara Najuwa dan Zuhayr biasa saja tapi saya meneruskan bacaan disebabkan penulis menulis tentang toxic parents dekat sini. Banyak moral yang pembaca boleh dapat dari sini. Tak adalah rasa macam memenatkan otak nak membaca babak-babak cringe antara hero dan heroin
Both of them memang dah ada feeling towards each other from start cuma taknak declare. One day, Zuhayr ni hilang then terjumpa balik dalam keadaan yang unexpected la katakan. Zuhayr changed 100% yang membuatkan Imratul ni pelik. Slow-slow they get together sampailah berkahwin. Lama-lama rahsia pun dah terbongkar. Kisah hidup Zuhayr ni bagi saya memang sedih ye. Dibenci keluarga, setakat benci takpe ni sampai nak dia hilang dari bumi, tersangat pain. Lagi-lagi ibu kandung.
This entire review has been hidden because of spoilers.