Misteri Lembah Boscombe Holmes dan Watson bertolak ke Boscombe untuk membantu Lestrade dalam kes pembunuhan Charles McCarthy. Semua testimoni mensabitkan kesalahan ke atas anaknya, James McCarthy. Bagaimanapun tunang James, iaitu Cik Turner yakin dia tidak bersalah. Lebih merumitkan keadaan, James pula mengaku bersalah. Sherlock Holmes menyedari ada sejarah terpendam antara keluarga Turner dan McCarthy.
Lima Butir Biji Oren Bapa saudara John Openshaw, iaitu Kolonel Elias ditemui mati beberapa ketika selepas menerima sepucuk surat yang mengandungi lima butir biji oren kering dan tertulis K. K. K. pada sampulnya. Beberapa tahun kemudian, ayah John, iaitu Joseph pula menemui maut selepas menerima surat yang sama. Kini, surat yang serupa sampai ke tangan John. Dia segera datang menemui Sherlock Holmes untuk meminta pertolongan. Selepas banyak kes yang berjaya diselesaikannya, dapatkah Holmes menyelamatkan nyawa John kali ini?
Lelaki Bermulut Herot Neville St. Clair, seorang usahawan yang berjaya telah hilang dan isterinya mendakwa kali terakhir dia melihat suaminya itu adalah di tepi tingkap sebuah sarang penagihan candu dalam kota London. Isterinya terus berkejar naik ke tempat itu tetapi dia hanya menemui seorang peminta sedekah yang tempang, yang menafikan tentang kewujudan orang lain di dalam bilik tersebut. Neville disyaki telah dibunuh, dan polis telah menangkap pengemis itu. Namun, beberapa hari kemudian, isteri Neville menerima surat daripada suaminya. Sherlock Holmes menyiasat sama ada Neville masih hidup atau surat itu cuma satu permainan pemilik sarang penagihan candu tersebut.
Sir Arthur Ignatius Conan Doyle was a Scottish writer and physician. He created the character Sherlock Holmes in 1887 for A Study in Scarlet, the first of four novels and fifty-six short stories about Holmes and Dr. Watson. The Sherlock Holmes stories are milestones in the field of crime fiction.
Doyle was a prolific writer. In addition to the Holmes stories, his works include fantasy and science fiction stories about Professor Challenger, and humorous stories about the Napoleonic soldier Brigadier Gerard, as well as plays, romances, poetry, non-fiction, and historical novels. One of Doyle's early short stories, "J. Habakuk Jephson's Statement" (1884), helped to popularise the mystery of the brigantine Mary Celeste, found drifting at sea with no crew member aboard.
Misteri Lembah Boscombe. Pembunuhan Charles McCarthy di kawasan ladang menjadi tanda tanya apabila melibatkan anak lelakinya sendiri James McCarthy. Pada awalnya plot cerita sebenarnya boleh diteka apabila melibatkan satu pihak yang lain. Namun setelah meneliti alibi yang ada, saya merasakan agak mustahil berdasarkan penampilan fizikal orang tersebut.
Lima Butir Biji Oren. Sampul surat yang mengandungi biji oren kering menyebabkan kematian Kolonel Elias, bapa saudara kepada John Openshaw. Selepas itu ayah kepada John iaitu Joseph pula menemui ajal. Misteri pembunuhan sebegini boleh diibaratkan sebagai ancaman surat layang. Tetapi apabila disoroti rentetan kes ini, saya sendiri kurang faham dan akhirnya pertama kali saya merasakan kes ini tergantung. Pengakhirannya tidak seperti kes Sherlock sebelum ini.
Lelaki Bermulut Herot. Kehilangan Neviller St Clair di hadapan isterinya kalau difikir fikir sangat mustahil. Masakan berhadapan atau terserempak fizikal seseorang itu di hadapannya, dicari-carinya hilang. Terjumpa pula dengan pakaian milik suaminya yang dikaitkan dengan pembunuhan. Silap gaya, ahli silap mata pun belum tentu menjumpainya.
Untuk kes Misteri Lembah Boscombe, saya seakan dapat meneka perkaitan sejarah lampau di antara McCarthy dan Turner. Sejarah yang bermula di koloni Victoria, Australia hingga ke London. Namun jangkaan saya meleset dengan kes Lima Butir Biji Oren. Malahan ia sama sekali berbeza dengan harapan dan jangkaan saya. Untuk kes Lelaki Bermulut Herot, ia seakan misteri hebat, seakan helah silap mata dan diakhiri dengan perkara yang terduga!
3 lagi kes baru untuk Sherlock. Dua dengan pembunuhan, satu dengan kehilangan (yang nyaris dikira sebagai pembunuhan). Macam biasa, Sherlock memang handal menyelesaikan kes-kes tersebut. Cuma sayangnya, kes yang kedua sahaja dia terlewat sedikit, hampir sahaja diselesaikan. Kes pertama dan ketiga dilakukan oleh seseorang yang langsung tak disangka.