Goodreads helps you keep track of books you want to read.
Start by marking “Khayalan” as Want to Read:
Khayalan
Enlarge cover
Rate this book
Clear rating
Open Preview

Khayalan

by
4.15  ·  Rating details ·  62 ratings  ·  25 reviews
Hasif sudah lama tidak didatangi lembaga hitam yang mengganggunya sejak remaja.

Sebelum ini, lembaga itu selalu mengancam Hasif dengan fikiran-fikiran negatif sehingga memberi kesan kepada kehidupan seharian dan perhubungannya dengan orang sekeliling.

Jika bukan disebabkan sahabat baiknya Rakzhan, yang sentiasa membantu mempertahan dan melindungi Hasif, dia tahu sudah lama
...more
Paperback, 329 pages
Published March 2019 by Iman Publication
More Details... Edit Details

Friend Reviews

To see what your friends thought of this book, please sign up.

Reader Q&A

To ask other readers questions about Khayalan, please sign up.

Be the first to ask a question about Khayalan

This book is not yet featured on Listopia. Add this book to your favorite list »

Community Reviews

Showing 1-30
Average rating 4.15  · 
Rating details
 ·  62 ratings  ·  25 reviews


More filters
 | 
Sort order
Start your review of Khayalan
Zaghol
Apr 17, 2020 rated it liked it
Shelves: zagholary
-Kat biografi cakap HR ni penulis novel ringan tapi ni novel berat wei....

-Aku boleh relate dengan apa yang HR cuba sampaikan sebab aku pun pernah alami (atau masih) keadaan macam ni. Maklum la anak sulung (& cucu pertama), kau kena buktikan kat seluruh famili kau (ramai wei) yang kau boleh berjaya (tiba2 rasa tertekan aduh....)

-Banyak tengok anime ni, sebab masa babak2 khayalan, aksi gaduh apa semua. Memang terasa keanimean dan kemangaan beliau.

-Aku suka tajuk2 lagu disetiap bab, sebab aku akan
...more
Husna Rosli
Actual rating: 4.7 stars.

Khayalan... Hmm... What an emotional ride. Jom kita pecahkan kepada beberapa elemen novel ye, macam biasa.

WATAK
Tak dinafikan, penulis pandai cipta watak yang bermain dengan emosi pembaca. Watak utama bernama Hasif [sama macam nama penulis, kan? ;) ], Rakzhan (teman khayalan), lembaga hitam, mama dan kawan Hasif tu apa nama ntah. Setiap watak mempunyai suara masing-masing, jadi senang kita nak bezakan antara watak-watak bila sampai part mereka beraksi. Saya suka watak Ha
...more
Khadijah  Adam
Sep 20, 2019 rated it it was amazing
Khayalan, karya ini rasa sangat dekat dengan diri.

Sebaik saja dapat tahu sinopsis buku ini, saya sudah mula tertarik mahu baca. Terima kasih penerbit kerana menerima karya bagus ini.

Terima kasih Rakhzan kerana lahir dalam dunia Hasif. Tanpa kau, buku ini tak mungkin ada.

Teman khayalan seperti Rakhzan wujud dalam pelbagai rupa. Yang pasti hanya individu itu saja yang nampak.

Kalau kau mahu baca cerita tentang berdamai dengan diri, berdamai dengan situasi yang bukan impian hidup... buku ini memang
...more
Siqahiqa
Oct 28, 2019 rated it really liked it
Habis baca buku ni pagi tadi. Buku yang mengajar kita untuk menguasai ketakutan dan seterusnya menerima kegagalan diri. Jangan salahkan orang lain atas apa yang terjadi dalam hidup kita kerana semua yang berlaku, sebenarnya, atas keputusan kita sendiri, bukan orang lain.

Full review soon.

Rating: 4/5
Aisyah Nur
Oct 28, 2019 rated it really liked it
It took me a while to finish Khayalan. Bacaan yang mungkin berat tapi masih sesuai untuk dibaca oleh semua golongan.
Kenapa berat? Mungkin kerana our society is still adjusting to the exposure of mental illness (just my 2 cents) but, it is still a great read to understand how does it feel to be in someone's situations, the real struggles etc.
.
The appeals;
—Simple words & descriptive details are beautifully written!
—Relatable. Especially teaching parts lol. I faced almost similar things so they
...more
Arif Haziq
Feb 22, 2020 rated it really liked it
Buku ni pasal seorang remaja yang sedang buat praktikal. Dalam masa sama, dia juga suka menulis. Tapi mak dia tak suka dia jadi penulis. Dia juga ada penyakit sawan.

Masa dia sawan ni, dia akan transported to another world. For me, memang best jugak la. Ada kelainan. Masa dia dekat alam lain ni, dia kena berlawan dengan makhluk jahat yang cuba bunuh dia.

Jalan cerita okay. Cuma saya dah boleh agak apa yang akan jadi selepasnya. Plot twist agak menjadi. Cerita dia macam ada vibe anime sikit. Mayb
...more
Sha Mohamed
Mar 21, 2020 rated it really liked it
Cerita mengenai manusia yang berperang dengan diri sendiri.. Meletakkan ketakutan melehihi segala.. Bersangka-sangka.. Lebih suka memendam dari mendapatkan kepastian.. Cerita yang sangat menarik dan memberi impak pada pembacanya..
izzatie
Jan 06, 2021 rated it really liked it
Buku pertama utk tahun 2021.. natijahnya semua orang ada 'Rakzhan' dalam diri masing²... ...more
Auni Zainal
Apr 10, 2019 rated it it was amazing
This review has been hidden because it contains spoilers. To view it, click here.
Ummu Roman
Apr 26, 2020 rated it liked it
Penulis pecahkan tiga watak dari satu watak utama. Pertama, watak Hasif itu sendiri. Kedua, Rakzhan yang dicipta otak untuk pertahankan Hasif dari buat perkara yang bukan bukan. Ketiga, lembaga hitam - ketakutan Hasif masa lalu. Jika diperhatikan Rakzhan dan lembaga hitam adalah diri Hasif sendiri. Umpama bila kita berperang dengan diri sendiri, ada suara kata 'ya' ada suara kata 'jangan'. Hakikatnya itu semua adalah suara hati kita yang menimbang nimbang keputusan yang harus dibuat. Tapi unikny ...more
Wan Nor Hanifah Hidayah Hanifah Hidayah Wan Kamaruddin
Ketakutan yang kita hadapi dalam kehidupan ini sebenarnya yang akan menguatkan kita. Bukanlah melemahkan.

Jangan biarkan ketakutan ini terus menghantui kita sehingga kita tidak mampu untuk bangkit lagi dan lagi.

Beri peluang kepada diri untuk “bersinar” bukan sirna di dalam sangkaan yang negatif.

Setiap kali membaca setiap aksi dalam cerita ni, jantung mesti rasa berdebar. Rasa rimas. Rasa tak tenteram. Entahlah. Tiba-tiba rasa diri sendiri ni Hasif bila baca buku ni. Haha.

Mungkin cara olahan penu
...more
Nur Umairah
Aug 16, 2020 rated it it was amazing
Buku ni tentang bagimana Hasif dengan bantuan Rakzhan lawan lembaga hitam. Banyak pengajaran yang dapat daripada buku ni. Kita tak patut membuat kesimpulan kenapa sesorang itu berbuat begitu, lalu terus sedih dan membencinya. Sepatutnya kita bertanya dahulu untuk mendapatkan kepastian dan melenyapkan segala tanda tanya yang bermain di fikiran.

Buku ni sesuai sangat untuk sesorang yang tak dapat apa yang dia nak, rasa menyesal dengan pilihan yang dibuat dan rasa dikongkong. Sedih sangat Rakzhan da
...more
Ndiahhmzah
Aug 25, 2020 rated it really liked it
"..Bagi manusia, lebih mudah untuk mereka menghukum daripada mengenali seseorang..."

Kegagalan itu membuatkan hasif semakin terperangkap dalam delusi ketidakupayaannya sendiri. Delusi yang sedang menjadi nyata, sehingga mengawal seluruh tanggapan perspektifnya. Segala perbuatan dan kata- katanya selama ini merupakan hasil kewujudan segala ketakutan dalam diri. Ketakutan yang menjadi sebab mengapa manusia menyakiti orang lain.

Untuk motivate diri sendiri, ketakutan untuk diatasi. Jangan terus dilem
...more
Akif Irfan
Nov 19, 2019 rated it really liked it
Aku suka cerita ni. Lain dari kebiasaan dan hal yang cuba diketengahkan agak fresh dalam scene buku di Malaysia ini. Aku puji pada character building dalam cerita ni. Details pada setiap watak yang diberi boleh membuatkan kau imagine watak tu dengan baik terutama bagi watak Rakhzan. Ilustrasi dalam buku ini juga banyak membantu.

Permainan emosi buku ini juga berada pada tahap yang bagus. Tak keterlaluan tapi masih boleh mengusik perasaan. Terutama dalam hubungan Mak-Anak dan persahabatan.

Cuma pen
...more
Mira Ishak
Apr 14, 2019 rated it really liked it
6 April 2019

Hasif. Lembaga Hitam. Rakzhan. Mama.

Tahniah diucapkan kepada penulis. Cerita yang unik.

Gaya bahasa yang mudah difahami. Jalan penceritaan yang menggabungkan imbas kembali serta masa kini, juga, pembawaan jiwa pembaca ke beberapa latar tempat, digarap dengan penuh berhati-hati agar yang membacanya tidak keliru dan 'hilang' di tengah cerita.

Kisah Hasif ini aku yakin memang ada antara kita melaluinya. Malah, aku juga pernah berada dalam situasi begitu, cuma, aku tidak punyai 'Rakzhan'.
...more
Siti Shakira Suhaimi
May 30, 2020 rated it it was amazing
Simple summary, buku ini mengisarkan tentang Hasif, seorang guru praktikum yang ingin mencapai impiannya untuk menjadi penulis. Hasif tidak meminati bidang perguruan tetapi dipaksa oleh ibunya.

Buku ini sejelasnya dikatakan sebagai satu penggambaran realistik mengenai ‘inner battle’.

Peperangan jiwa Hasif, yang terlalu takut akan kegagalan, yang digambarkan sebagai bayang hitam, dengan suatu entiti yang melindungi, Rakzhan, that at least keep himself sane. Bayang hitam yang acap kali bersuara meny
...more
IMAN ISMAIL
Nov 19, 2019 rated it liked it
Dah nak habis 2019, baru mood membaca datang semula dan pilih buku ni sebab dari hari tu tak dan nak menghabiskan.

Anyway, bagi aku, buku ni adalah satu buku yang berani. Berani dalam konteks Hasif bergaduh dengan mak dia. Jarang sangat ada penulis nak ketengahkan pergaduhan anak-mak dalam penulisan mereka. Mungkin, mereka selalu gambarkan setiap watak punya keluarga yang bahagia tanpa ada sengketa. Mungkin. (Angkat bahu)

Setiap kali pergaduhan Hasif dengan lembaga hitam, aku cuba faham situasi te
...more
Kina Badrishah
Jun 07, 2021 rated it really liked it
Karya berat juga buku ni sebenarnya. Langsung tak kena dengan jangkaan pertama saya bila baca sinopsis. Plot tak ada yg kosong, tapi kadang 'terhilang' juga di tengah penceritaan. Apa-apa pun cerita yang unik, pertama kali baca buku penulis terasa mcm penceritaan filem atau anime pun ada tambah dengan illustrasi yg sangat menarik. Diksi yg digunakan pun saya puji sebab dapat tambah satu dua perkataan BM yg saya tak pernah dengar sebelum ni

Terima kasih sbb beri kesedaran yg ketakutan tu terbentu
...more
Farhah Aiddin
Aug 03, 2019 rated it really liked it
Khayalan.. sangat khayalan sebab perlukan imaginasi yang tinggi. Jalan cerita yang sudah dapat di agak tapi tetap menarik sebab penulis sangat pandai menyusun ayat dengan cantik dan gambaran yang diberikan pun jelas. Pembaca dapat bayangkan apa yang penulis mahu sampaikan. Dan saya sukakan ilustrasi yang ada dalam novel ini. Ia menjadikannya lebih menarik.
Azril Noor
Apr 16, 2019 rated it really liked it
Yang ini memang kena banyak main dengan imaginasi. Nasib baik aku memang suka berangan dan ini bantu aku utk imagine scene demi scene.

"Kadang apa yang kau tak suka itu yang sebenarnya baik untuk kau, tahu?" Rakzhan. Terbitan

@imanpublication
...more
Salsabila Fadzil
Jul 23, 2020 rated it it was amazing
watak hasif yang berada dalam semua sifat ketakutan aku. berat juga nk baca pun . apa pun aku suka buku ini
Eyqa  Zaque (The Hundred Pages)
Intense. Itu yang aku merasakan semasa membaca buku ni. Memang berabis aku kena sebab selaku seseorang yang rapuh dalam emosi buku ini memang mengundang air mata semenjak dari perkataan pertama.

At first, aku perlu mengambil masa yang panjang sebelum menyentuh buku ni, apa taknya, balik-balik penulis ucap 'enjoy the angst'.

What angst.?! Demmit (marah dengan diri sendiri) sebab termakan dengan marketingnya maka buku ini terpaksa aku hadap, dan ketakutan aku yang terutama untuk buku ini adalah ket
...more
Iris Ymra
Aug 04, 2019 rated it liked it
Shelves: iman-pub
Hasif seolah-olah menciptakan suatu keadaan -- yang buruk -- untuk menguatkan tindakannya atau perasaan takut dirinya. Kerana mungkin untuk seseorang saja-saja berasa takut sangatlah tidak masuk akal, kerana (seperti) setiap perkara perlukan punca untuk ia wujud.

Hubungan Hasif dengan mama pada saya hanyalah kesalahan mereka dalam berkomunikasi. (Mungkin) Perbezaan bahasa cinta antara mama dan Hasif telah lebih memburukan keadaan di antara kedua-dua watak itu. Sedangkan Hasif boleh sahaja terus b
...more
Hasif Rayyan
Sep 01, 2020 rated it it was amazing  ·  (Review from the author)
Hai semua. Saya Hasif Rayyan.

Walaupun agak kelewatan, nak ucapkan terima kasih kerana baca novel saya. Saya gembira ramai suka dengan Rakzhan. Semoga anda semua sentiasa diberi kekuatan untuk melawan Lembaga Hitam dalam diri dan terus mengejar impian masing-masing. Amin. 😄
Kdjxh
Oct 21, 2019 rated it it was amazing
4.5 ⭐

A new genre for me but I think this book is well written and easy to understand. (I tolak 0.5 sebab ada few typos haha)

Kisah Hasif dan rakan khayalannya, Rakzhan melawan Lembaga Hitam yang mana dicipta oleh Hasif sendiri. At the end, I feel that we need to make peace with our own demons. Accept our weakness and move forward. Konflik antara Hasif dengan Mama tu sangat memberi kesan 💔

Tahniah penulis, kalau lah u Hasif tu I can feel your struggle to be a novelist. Dia reflect nota penerbit ka
...more
Iqbal Rafiuddin
rated it really liked it
May 31, 2019
Suhaila Subki
rated it really liked it
Jul 29, 2019
Farah
rated it really liked it
Mar 17, 2020
N Husna
rated it really liked it
Mar 28, 2020
Aina Nadia
rated it really liked it
Jan 17, 2021
« previous 1 3 next »
There are no discussion topics on this book yet. Be the first to start one »

Readers also enjoyed

  • Koloni [M]
  • Projek Athena: Manusia Ciptaan
  • Empayar 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis
  • Karma (Sekuel Novel Stigma)
  • Sekali Lagi (Sekali Lagi, #1)
  • Rough Diamond
  • Selamat Tinggal Purnama: Strain Pertama
  • Selamat Tinggal Purnama: Strain Kedua
  • The Art of Letting God
  • Hiatus
  • Letters to God
  • Nearness to You
  • Stigma
  • The Human's Complex
  • Heaven Sent
  • Memori Inara
  • Seni Berfikir Yang Hilang
  • Divine Blessings
See similar books…
33 followers
Penulis novel ringan. Kadang-kadang dia menyanyi lagu anime di YouTube.

News & Interviews

Believe it or not, we're halfway through 2021! As is our tradition, this is the time when the Goodreads editorial team burrows into our data to...
25 likes · 9 comments
No trivia or quizzes yet. Add some now »