Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cik Yah dan Encik Lias

Rate this book
AKU? Nama aku Siti Roskiah. Jarang orang panggil Ros. Siti lagi la. Jadi, orang panggil aku Yah. Aku seorang pengusaha ikan pekasam secara kecil-kecilan. Aku ada seorang kekasih. Nama kekasih aku Wan Amirul. Aku panggil dia Wan. Aku juga ada seorang sahabat. Nama sahabat aku Azlinda. Aku panggil Lin.

Hari ni aku pergi majlis nikah kawan baik aku tu. Kawan baik aku nikah dengan kekasih aku. Ramai ingat aku tak datang. Ramai juga yang fikir aku akan meraung-raung. Aku pergi pun sebab mahu lihat betapa bahagianya dua orang yang telah menghancur lumatkan hati aku.

Relakslah, beb. Hidup tanpa cabaran memang tak best. Kena juga ada sedih dan sakit hati. Barulah namanya hidup.

Aku kenal dengan seorang pengeluar ikan air tawar yang selalu berurusan dengan aku. Dia yang banyak pujuk aku masa aku putus dengan Wan. Dia cakap nanti aku akan dapat lelaki yang lebih baik daripada Wan.

Dia tu ialah Lias. Lias ni nama penuh dia, Muhammad Firash Ammar bin Abdul Latif. Aku tak tau macam mana boleh panggil Lias. Dia sebaya dengan aku. Tup-tup dia yang hantar rombongan meminang aku. Aku terima ajelah. Tapi…

“Kau tahu kan Lias tu tak ada kerja tetap? Dia tu tak ada masa depan. Dengan lelaki tak guna tu kau nak kahwin?” - Along

“Tak ada lelaki lain ke nak buat suami? Apa Lias yang boleh berikan pada kau? Kerja kampung macam tu tak menjamin masa depan langsung!” - Wan

Tak cukup dengan along yang membantah, Wan pun masih mahu sibuk dengan urusan hidup aku. Ada sebab kenapa aku terima Lias. Dialah lelaki yang menyokong usaha aku selama ini. Mana boleh aku tolak lamaran lelaki macam Lias. Seorang dalam sejuta.

424 pages, Paperback

First published March 1, 2019

15 people are currently reading
99 people want to read

About the author

Airisz

10 books128 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
61 (33%)
4 stars
75 (41%)
3 stars
39 (21%)
2 stars
6 (3%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 50 reviews
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
June 14, 2019
Tersengguk2 juga baca mlm hari raya, tetap tak boleh berhenti. The flow of the story mmg quite fast paced. Scene dia bertukar cepat tapi tak lari dari hari ke bulan. Just nice.

Saya tak tahu but I really liked this novel. After her last two novel yg agak kurang memuaskan, this time novel author lebih beremosi. Author mmg nailed it this time. Jika ada yg suka baca novel Kak Nueen Tentang Lara Hati, most probably they will enjoy reading this book too. Walau bagaimanapun novel Kak Nueen lebih overload lah dengan emosi. Banyak persamaan dengan gaya bahasa. Sempoi dan pedas. Mungkin sama daerah kut.

Bukan hubungan cinta yg jadi masalah dalam novel ni. Sebab watak utama sangat kuat dan bersahaja. Tidak lupa juga mereka rajin berusaha, berjimat, tak menunjuk2 dan sabar. Selebihnya, pada kehidupan masyarakat di kampung dan juga hubungan anak, menantu dan ibu bapa pasangan masing.

Bak kata2 org ilmuan, akhir zaman akan ada banyak ibu2 melahirkan tuan, ia telah dizahirkan dalam novel ni. Ya, dalam novel ni selain Lias dan Yah, yg lain2 ni, sesungguhnya, sangat tamak dan derhaka.

Harta peninggalan ayah di rebut dari ibunya. Duit nak jaga ibu tak mahu pulak. Cakap tak berlapik. Ibu dan adik di kerah tenaga bagai hamba jika sesekali pulang kekampung. Menuduh adik2 (Yah dan Lias) mengikis wang ibubapa mereka walhal2..dan amatlah angkuh.

Belum masuk lagi bab Wani, Wan dan Lin serta keluarga mereka. Seringkali kita dengar org kaitkan Mak Joyah sebab dia becok dan heboh, bab lain2 saya tak pasti, mereka pula heboh sekampung hal orang lain dijaja. Keburukkan yg diada2kan. Mengutuk sahabat sendiri walhal, sendiri menumpang senang keluarga.

Saya tak berapa gemar part Cik Yah menegur org yg lebih tua darinya..amatlah biadab eventhough they deserved it once in awhile. Mungkin kesabaran dia sudah tipis. But bukan urusan dia. She just wanted to neutralize the tense situation.

Another good thing about this book though, banyak watak ada closure. Namun tak puas membaca kerana rasa cepatnya habis dan jika boleh nak lebih sikit hingga selepas Yah melahirkan anak mereka dan Johan dan isterinya Juma insaf.

Psst!!
Jgnlah sambungannya kat Zine ya, banyak dah author2 keluarkan begini. Ada yg habis. Ada yg siaran ulangan. Ada yg akan ada kesinambungan. Kesianlah kami. 😭😭
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
April 23, 2019
Saya sangat suka buku ni.
Saya suka Yah sebab dia laser.
Saya suka Lias sebab dia sweet n gentleman.
Saya suka Cik Da sebab dia tegas dalam kelembutan.
Saya suka Mak Cik Lah sebab dia selalu laser bagi pihak Yah masa Yah lom fully charge laser dia.
Saya suka Inah sebab bila dia shoot, dia shoot tepat kena jantung.
Saya suka mak ayah Yah sebab diorang sentiasa support Yah n Lias.
Saya suka Zahar sebab dia sepupu Yah yang baik.
Selebihnya.... saya tak suka dah sapa2.

Cerita ni sangat best. Kali ni masih mengekal konsep penceritaan Airisz style, santai, sweet n simple. Cepat abis minda aman gitu. Tu sebab I always look forward to her new books.
Profile Image for Nur Afiqah.
30 reviews3 followers
May 26, 2024
Dalam banyak-banyak novel yg beli di PBAKL novel ni jadi yg pertama aku baca. Potong barisan semua novel-novel yang masih duk bersusun dlm kotak yg aku belum baca 😂 ampunnnn

Dan seperti biasa kisah cik dan encik garapan penulis Airisz memang kena dengan selera aku.

Aku taknak bg review pasal jalan cerita, tapi aku cuma nak senaraikan kenapa aku suka novel ni.

Pertama, watak hero dan heroin yg langsung tak lembik, yg jenis melawan, yg pandai menepis 'serangan-serangan' dari manusia sekeliling. Karakter 'strong' macam ni baru puas hati baca walaupun kadang-kadang macam kasar sikit bahasa mereka 'membahasakan' orang 🤭

Kedua, sebab ini pure kisah orang kampung jadi haruslah aku yg orang kampung jugak ni terikut 'berlakon" sekali dalam novel ni. Hahaha. Kali ni latar belakang novel betul-betul kampung. Kisah Cik Yah pengusaha ikan pekasam dan Encik Lias penternak ikan dlm kolam merangkap pengusaha telur masin. Aku suka sangat bila penulis masukkan elemen 'usaha keras' hero heroin yg bermula dari bawah sampai hero heroin betul-betul berjaya. Rasa aku sekali 'feel' masuk dlm dunia kalangan watak-watak dalam novel ni.

Ketiga, kedua-dua watak utama ni sangat lah sayang mak ayah mereka... Ya, aku memang kalah dengan kisah yg selit pasal mak ayah ni. Lagi-lagi part di mana ada adik beradik yg kurang ajar, derhaka dgn mak ayah. Memang aku geram betol. Mujurlah Cik Yah dan Encik Lias aku ni sejenis taat pada mak ayah... Sejuk hati aku baca dalam duk geram dengan perangai abg kakak mereka tu.

Keempat, aku puas hati dengan cara penulis bagi pengajaran pada watak-watak mulut puaka, watak-watak yg busuk hati dalam novel ni. Dalam duk mengutuk, memfitnah orang, Allah bayar tunai je pada diri masing-masing. Padan muka. Ending dia, ada yg betul-betul insaf ada yg acah-acah nak insaf dan ada jugak yg macam x insaf lagi 🤣 Realistik la kan. Hahaha

Kelima, sebab ni novel Airisz makanya aku dapat habiskan 1 malam sekali hadap sahaja... Hihi. Stress free. Buat aku gelak sorang-sorang. Kira baca novel ni waktu tengah serabut pon memang layan.

Okay, tahniah utk aku jadi orang pertama kasi review novel ni kat GR. Aku tunggu kisah Cik dan Encik yg seterusnya pulak dari penulis. Tahniah,okay next please 😁
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
April 18, 2019
Masih lagi dengan kisah santai n stress free. Kisah Cik Yah & En Lias yang mengusahakan bisnes ikan pekasam dan kolam ikan. Disebabkan keduanya belajar tak tinggi dan kerja kampung sahaja maka semua duk pandang rendah kononnya takde masa depan. Padahal time susah dua orang ni jugakla yang dicari. Nasib baiklah Cik Yah ni berani n tak mudah dibuli.

Novel ni lebih pada elemen kekeluargaan. Sweet mueet antara Cik Yah n En Lias ni xdela sangat.diorang saling menerima diri masing2 n hidup seadanya. Walaubagaimanapun novel ni mengingatkan saya pada novel Nueen. Yang mana anak yg tinggal dikampung dikutuk2 n anak2 dibandar yang sibuk menjual harta pusaka ibu sekali dengan rumah pun dijualnya.mulut heroin pun boleh tahan lepas. Cuma dalam novel ni keduanya bertuah kerana ibubapa mereka tahu yang mana intan yang mana kaca.

Kenapa 3* je? Hmm bukan sebab tak best.tapi sebab ianya santai sahaja tiada plot kemuncak yang mendebarkan orang kata dan semuanya berakhir dengan masing2 mendapat balasan sepatutnya,maka rasa tak adil pulak nak bagi 5*.eh boleh ke camtu? Hehe..
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
April 3, 2019
Karya Airisz sudah jadi karya yang akan saya cari dan baca (dulu) berbanding dengan karya-karya penulis lain yang saya beli semasa PBAKL 2019 ini.
.
Plot cerita yang mudah. Gaya bahasa yang santai, dan isu kekeluargaan yang diangkat menjadikan naskhah ini sangat seronok untuk saya baca dan tekuninya hingga noktah akhir.
.
.
.
.
.
.
(ps: tak sabar nak tunggu Pesta Buku depan untuk naskhah baru si penulis yang sudah jadi penulis kesukaan kakwan ini)
.
.
#yangsukabacaansantai
Kak Wan
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
August 29, 2019
Seperti biasa. Novel Airisz hanyala sebuah bacaan yang santai. Sesuai untuk mereka yang suka bahan bacaan ringan.

Isu yang diketengahkan adalah perhubungan antara menantu-mentua. Bagaimana antara manantu dan mentua membina hubungan antara mereka. Ada yang menantu ok, mentua masalah. Ada mentua ok, menantu masalah. Itu adalah masalah biasa dalam rumahtangga pada masa ini. Kadang2 banyak campurtangan orang tua menyebabkan keretakan rumanhtangga.

Dalam novel Airisz korang boleh tengok betul2 tipikal masyarakat sekarang. Yang kadangkala bekerja sendiri lebih berduit daripada yang kerja makan gaji. Tapi yang kerja sendiri itulah yang selalu dicemuh.

Tiada hero heroin yang kaya raya. Berpangkat ceo. Banglo bak istana. Tiada. Hanya bengkel, kolam ikan yang wujud. Hahah. Nampak tak betapa simplenya storyline airisz ni. Tak perlu hero heroin gah2. Tapi masih menarik minat pembaca.

Nama hero heroin pon simple je, Yah dan Lias. Takde nama yang berbelit lidah nak disebut. Serius kalau korang nak novel yang simple, boleh baca novel ini.
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
April 2, 2019
Sekali lg kita dihidangkan dgn cerita berlatar belakangkan sebuah perkampungan yg dihuni oleh Yah dan Lias. Yah dan Lias berkawan sejak kecil lg dan sama2 mengusahakan perusahaan kg. Dalam zaman ank2 muda yg lebih gemar makan gaji dan hidup di kota, tetapi berlainanan dgn Yah dan Lias yg setia duduk di kampung disamping menjaga kedua2 ibu bapa mereka.
Yah yg telah dikecewakan oleh Wan, sering dipujuk oleh Lias dgn memberikan kata2 semangat. Dalam apa jua keadaan, Lias juga yg banyak membantu Yah dlm perniagaan ikan pekasamnya itu. Kerana itu, Yah tidak teragak2 menerima pinangan Lias walaupon mereka tidak pernah bercinta.
Saya sukakan keazaman Yah dan Lias. Walau dihina dgn pelbagai kata2, namun mereka tidak pernah menjadikan hinaan itu jijik. Malah hinaan itu yg menguatkan mereka utk berusaha lebih gigih utk mencari rezeki.
Walau nampak miskin, tapi sebenarnya duit mereka lebih berkepuk2 dan mereka jugalah yg jd mangsa pinjaman adik beradik yg kononnya berpangkat besar dan gaji beribu2.
Dan yg plg saya salute keduanya adalah sifat saling menghormati kedua2 org tua mereka. Kasih syg mereka kepada ibu bapa merekalah yg menjadikan rezeki mereka tidak pernah putus malah makin bertambah dr sehari ke sehari.
Overall, saya suka kisah Yah dan Lias ini. Walau kisah mereka adalah kisah pasangan yg biasa2, tinggal di kampung dan bekerja sendiri, tetapi kisah mereka ini sarat dengan kasih sayang, merendah diri dan plg utama sifat rajin mereka itulah yg membawa kpd kejayaan dan kekayaan secara tidak langsung. Tahniah writter atas kisah yg anda lakarkan ini. Tidak sabar rasanya menunggu next PBKL kerana sedia tahu cik writter kita ni hanya muncul bukunya bila PBKL sahaja😢
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
February 18, 2021
(17/2021)

Buku: Cik Yah dan Encik Lias
Penulis: Airisz

Rasanya sudah tidak perlu diulas panjang apabila melibatkan novel penulis Airisz. Ceritanya seperti biasa, santai, ringkas namun penulis tidak lupa untuk menerapkan peri pentingnya ikatan sesebuah keluarga. Dialog yang digunakan juga tampak bersahaja selain suasana masyarakat kampung yang digambarkan terasa dekat di hati. Tahniah buat Airisz untuk novel ini.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
May 16, 2020
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM10 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

Cerita yang santai and straight to the point, as expected by Airisz. N suka the setting cerita ini. N rasa suasana kampung terasa 'hidup' dengan pelbagai pelbagai personality yang ditonjolkan oleh pelbagai watak dalam cerita ini.

Ada yang mulut kecoh, ada yang sentiasa buruk sangka, ada juga yang disangka lemah tapi sebenarnya tabah.

Cuma N expect ada sedikit humour dalam cerita ini, but there's none. Tidak ada apa yang fancy tentang kisah ini. Ia cerita yang simple tentang kehidupan orang kampung yang bercita-cita mahu menjadi kaya, dan juga tentang orang yang kononnya kaya tapi tak kaya pun sebenarnya. Tetiba teringat pulak N dengan sesetengah puak dalam IG yang suka tayang harta tapi sebenarnya hiudp berhutang.
Profile Image for Eisya.
189 reviews4 followers
September 16, 2023
Cerita fast pace dan santai.
Tema kekeluargaan.

Mentaliti masyarakat, yang tidak terpelajar dan hanya kerja kampung dikutuk dan dihina. Yang terpelajar kerja dibandar di agung-agungkan. Sedangkan yang kerja kampung pun boleh berjaya, janji rajin dan kuat berusaha.
Profile Image for nrrafitah.
117 reviews4 followers
June 18, 2024
Yah dan Lias ni macam reality masyarakat di kawasan kampung.
Profile Image for noveeechim.
37 reviews1 follower
September 13, 2022
Fuhhh akhirnya tamat wehh even 400+ ajeee. Maybe reading slumpppppppppp aku dh nak dtg heheh

Buku ni kann aku x expect gila ending gitu aje????? Aku punyalah expect ada lagi benda akn terjadi. Eh know know takat itu and epilogue?. Epilogue pun 1 ayat u. Astaga. Aku igtkan salah cetak tapi aku tgk mukasurat, betul pulak. Hmm penulis nk cepat2 tamatkan cerita ni kot. Ke nak suruh saya tmbh ? Hehe xdelah. Gurau je..

Cerita ni x byk sgt romance
Tema family gitu. Tapii sakit hati bhaiii. Adik beradik hero heroin fuhlamakk SAKIT HATI WEHHHH. Asal blik kpg je pinjam duit. Pastu hina yah and lias. Katanya org xada belajar tinggi selamanya bodoh. Ehh hello???????? Org yg korang hina tu jugakkk beribu langkah ke depan. Astu kann sian yah wehhh. Bestie sendiri caras tunang yah. Fuhhh jahat ko nyahh!! Tpi alhamdulillah. Laki tu bukannya hebat sgt punn. Lias lgiiiii 100000%%%%%

Byk la sakit hati esp mereka yg hina yah dan lias. Eh geramnyaaaaaAAAAAAAAAAA akuuu. Padan muka last2 dpt balasan sendiri bluekk. Tula jgn mendongak ke langit sgtttt. (Marah ni marah HAHA)

SO FAR okay laaa. Boleh je baca waktu minum2 kopi gitu. Konflik keluarga. Gitu. Cuma latar tempat and aktiviti dlm cerita ni agak ulang2. Asyik itu aja dibuatnya. Nasib aku x bosan sgt sebab ada sja benda bagi sakit hati HEHEHHE

Ok dats all, thanks <3
75 reviews4 followers
April 10, 2019
I really love that both of them are very supportive of each other and their love for their parents. Beautiful!

Tak perlu ada konflik dalam hubungan suami isteri kerana masalah ahli keluarga yang lain sudah cukup memeningkan..

Gaya penceritaan yang santai tetapi tetap ada pengajaran terutamanya tentang tanggungjawab anak2 kepada orang tua.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
February 9, 2023
puan Airisz Novelis membuka kisah dengan siti roskiah atau yah yang menghadiri perkahwinan bekas boyfriendnya, wan dan sahabat baiknya, lin. kena caras dengan kawan sendiri ya yah? tapi yah ni bagus, dia move on dan sangat kuat.

orait. pembuka kisah yang menarik. dan penceritaan makin best bila yah ni rupanya anak kampung yang hanya kelulusan spm tapi sangat rajin mencari rezeki. dia menguruskan perniagaan ikan pekasam. orang kampung terutama kawan sekolah pandang sinis je, kata tak menguntungkan. masing-masing berlagak sebab pandai belajar dan kemudian kerja makan gaji.

watak lias masuk. watak ini juga seorang pemuda kampung yang gigih mencari rezeki. ada saja kerja yang dibuat dan baik dengan yah. dan baik, eloknya kahwin saja. tambah pula kedua mereka punya wawasan yang sama, masalah yang sama dan kutukan yang sama. sejiwa sungguh! dah pula, ada adik beradik yang sangat menyesakkan kepala. baik sebelah yah mahupun lias. aduhai... dengan adik beradik sendiri pun nak dengki?

puan penulis membawakan secara santai kisah pergolakan masyarakat. dengki, busuk hati, mulut puaka, mengumpat dan macam-macam lagi ada merata. postitifnya kisah yah dan lias yang sangat berusaha. tidak peduli apa orang lain kata. orang lain yang kuat mengata tu pun taklah sehebat mana. canang saja lebih, tapi asyik meminjam juga.

rezeki selagi berusaha ada di mana-mana. jauhkanlah sikap nak membanding-banding kerana setiap nasib manusia memang takkan sama. nak riak, nak berlagak, tak malu ke? semua Allah punya. beb, boleh kaya ke kalau kedekut riak terutama dengan mak bapak dan boleh papa kedana ke kalau tak buang sifat dengki dan busuk hati? akal ada, gunalah sewarasnya.

9/2/2023

novel macam ni memang suka baca ulang kali. sedap. kisah masyarakat sekitar kita saja. diri kita sendiri pun sebenar ada dalam penceritaan hebat ini.
Profile Image for Mslvoe.
2,065 reviews200 followers
February 9, 2021
Terhibur sangat. Cerita tentang keluarga & kehidupan dikampung. Santai dan ringkas. Sekali sekala adalah adegan yang mencuit hati. Tak banyak tapi cukuplah menghiburkan hati ini pada zaman pandemic.

Yah & Lias selalu kena kutuk sebab sekolah tak tinggi & mengusahakan perniagaan di kampung.

Tapi siapa sangka orang yang nampak tidak mewah sebenarnya mewah & orang yang kerja bandar tak semestinya mewah.

Diselitkan jugak cerita keluarga tamak harta. Realiti kehidupan sekarang. Parents ada lagi dah berebut duit.

Banyak pengajaran yang kita boleh dapat. Sha memang suka cerita keluarga sebegini. Tak pernah rasa boring dengan nukilan airisz.
Profile Image for Iqa.
144 reviews4 followers
August 22, 2022
Very chill read. No major issue. A few minor ones here and there. Just like her other books. Love the characters - ideal people. Love the background setting. Love it.

Not much to say, but I did go ahead and buy her other books. 🫢

The author’s one of a kind.
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
April 2, 2019
Lagi suka tahun lepas punya novel ‘cik isteri dan encik suami’.. maybe sebab duda kejar janda kot.. heehe

Tp yang ini not bad jugak
Profile Image for Cutie_pie28.
400 reviews8 followers
April 28, 2025
Cerita ttg keluarga.. adik bradik, kwn yg tamak, sombong.. dorg igt Yah dan Lias tkde wawasan agak nyee.. mmg blaja tk pandai.. tp pandai cari duit..

Vibes kt kg mmg sy suka btul laaa.. igt dok kg tkde keje ke?? Keje bole di cari.. nak ngn tk nk jee.. Jual pekasam + ade kolam ikan itu di kata org tkde duit?

Suka cara Cik Dah ajar ank² die.. dorg yg jual tanah kn.. alasan tk slalu balik kg.. bile musim buah sibuk dtg.. dgn muke tk malu tu nk dok kt umah adik yg die slalu kutuk tue..

Rasa mcm tk puas baca.. tetibe da tamat.. ☹️

Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
June 17, 2019
Best! Tema tentang keluarga di olah dengan baik sekali. Ini kisah Siti Roskiah @ Cik Yah dan Muhammad Firas Ammar @ Encik Lias. Kekasih Yah telah berkahwin dengan kawan baik Yah tapi dia masih kuat. Dia hadapinya dengan tenang. Dia fokus untuk lebih positif dan untuk jadi kaya raya. Lias senantiasa beri sokongan. Mungkin kerana mereka sama2 tidak pandai. Tapi bila Lias datang melamar, dia terima saja walaupun ramai yang menentang. Dikatanya, Lias tidak punya masa depan. Tetapi sungguh bertuah sungguh nasib Yah. Dia disayangi oleh kedua ibu-bapanya dan ibu mertua. Mereka lah yang sentiasa cuba melundungi dan menyokong mereka suami-isteri. Yah membalas kasih-sayang mereka dan juga menolong orang2 sekeliling walaupun ada yang pernah menyakiti hatinya. Kasih-sayang itulah kekayaan yang sebenarnya yang Yah dan Lias dapat.
Profile Image for Cik Yaya.
12 reviews
July 17, 2019
sangat suka karya dari AIRISZ .

Banyak mengisahkan kekeluargaan dan tak lupa akan pengajaran dlm sebuah cerita yg di sampaikan . Always Love It . can not wait for the next novel .

mula membaca buku dari airisz dari tahun 2012 .

buku pertama saya baca : CIK BLUR & ENCIK IKHLAS (2012) / CIK CINDERELLA & ENCIK TENGKU (2014) / CIK SEDERHANA & ENCIK SEGAK (2016) / CIK BUNGA & CIK SOMBONG (2018)/ CIK ISTERI & ENCIK SUAMI (2019)

and now CIK YAH & ENCIK LIAS (2019)
Profile Image for Batrisyia .
58 reviews3 followers
July 1, 2025
antara banyak² karya airisz yang ni favorite saya tak berhenti senyum cute je saya tengok yah dengan lias 😂
Profile Image for Ana Anne.
58 reviews1 follower
June 6, 2019
Mcm biasa, novel airisz novel ringan yang enjoy dibaca bila kita tak larat dengan bacaan berat.

Tapi novel kali ni memang berjaya la kasi kita rasa geram dengan kaki mengutuk tapi cari bila tak ada duit. Rasany kalau aku, jangan berani kau nak tunjuk muka tu lagi. Haha.

Worth reading! 👍🏻
Profile Image for Masturah.
2 reviews
April 14, 2019
best dan terbaik.. x sia2 beli.. done baca untuk kali ke-3.. hahhahaha... x pernah menghampakan... semua buku hasil penulisan airisz sntiasa terbaik... jalan cerita yang santai dan mudah difahami.. relax dan sweet..
13 reviews2 followers
September 5, 2022
Saya suka sangat buku ni. Taktau la sebab buku ni buku pertama yang saya baca setelah lama ada "reading slump" novel melayu.

Tapi novel ni saya seronok sangat baca. Tiba-tiba saya jadi terbayangkan kehidupan di kampung. Saya memang bercita-cita untuk duduk dekat kampung.

Saya juga suka sebab penulis tekankan bahawa, tak semestinya tak sambung belajar tiada masa depan. Saya juga antara orang yang merasakan bahawa pendidikan tidak terhad kepada universiti sahaja, jika seseorang itu berkredibiliti & dahaga kan ilmu, campaklah dekat mana mana pun, pastu orang tu akan berusaha untuk memperbaiki diri sendiri.

Untuk karakter Lias, saya terbayang Kim Taei dari program realiti Korea Exchange/Transit Love.

Kesimpulan, saya sangat suka novel ni.
Profile Image for Liya71.
111 reviews14 followers
October 12, 2019
Kisah antara dendam dan padan muka yang disimpan dalam hati Yah kepada kawan-kawan sekampung yang semuanya irihati dengannya. Yah tak jadi berkahwin dengan Wan, sebaliknya Wan berkawin dengan kawan baiknya Lin. Lin pula kawan rapat Yah, jadi Yang menganggap Lin telah menikam belakang. Akhirnya dia dipinang pula oleh Lias, yang juga tidak bekerja makan gaji, sebaliknya Lias bekerja sendiri dengan hanya menjual hasil kolam ikan ternakannya di pasar pagi. Yah pula berjaya menjadi usahawan ikan pekasam online dalam diam, dan dia pula berjaya mengumpul sejumlah wang sehingga dapat membeli beberapa bidang tanah.

Sebaliknya, kawan2 yang irihati dengannya iaitu Lin dan Wani pula bermegah2 dengan harta yang mereka ada sedangkan suami masing2 bersusah payah untuk menggembirakan isteri masing2.... Wani pula yang berkahwin dengan Paan, yang dikatakan mempunyai bisnes besar-besaran sampai tak ada masa nak balik rumah, padahal pengedar dadah, dan Wan pula dibuang kerja kerana didapati menyalahgunakan wang pejabat... adoiiii .....

Adik beradik Yah pula kakak dan abangnya kerja bagus di bandar, tetapi masih mahu meminjam wang padanya. Mak dan ayah Yah bila diorang balik ke rumah, mulalah balik ke bengkel Yah, kerana tak sanggup mengadap anak2 mereka. Termasuklah Cik Da iaitu mak Lias, lagi parah kerana adik beradik Lias sentiasa tak cukup wang nak hendak menjual tanah dan rumah Cik Da. Adoiii....

Stress acik baca buku kau ni Airisz... walaubagaimanapun moral of the story dia banyak... Salut to You Airisz kerana berjaya menonjolkan isu semasa di perkampungan...

Pada pendapat acik, semua peristiwa dalam buku Yah dan Lias ni, kebanyakkan nya situasi realiti di sebuah perkampungan... tapi tak semesti nya semuanya tepat belaka, sebab tak semua anak2 kampung yang berada di bandar ni asyik nak pinjam wang dengan adik beradik kat kampung... semuanya bergantung kepada keberkatan rezeki masing2.. bezanya di kampung boleh cucuk tanam, makan sendiri, tak perlu nak beli pucuk paku, beli daun pandan, beli cili, beli ikan, beli sayur2... boleh je kalau rajin tanam kat belakang rumah, kat bandar, boleh la tanam dalam pasu, tu pun secoet je daun pandan kau dik, tak mau nak membesar macam atas tanah...

3/5 bintang, sebabnya meninggalkan kesan negatif pada diri akak dik... semua orang sekeliling jadi tak baik, yang kita sorang je baik adoiiii
22 reviews3 followers
September 6, 2022
Santai aje buku ni. Dalam beberapa jam baca sekali hadap dah boleh habis.

Sesekali baca kisah berlatar belakang suasana kampung, dengan sikap masyarakat dan perangai yang pelbagai. Trademark biasa penulis, heroin mesti kuat dan selamba, garang dan ada pendirian.

Roskiah, atau orang panggil Yah seorang pengusaha kecil-kecilan ikan pekasam dan kerisik. Tak berpelajaran tinggi tapi semangat nak cari duit jitu. Dihina dan dipandang rendah oleh kawan-kawan sekolah? Itu sudah biasa. Lagi-lagi bila kekasih hati kahwin dengan kawan baik, lagi teruk Yah dikata. Tapi Yah bangkit, tak tunjuk kesedihan dia. Dia kerja lagi keras. Mak ayah juga penyokong kuat segala usaha anak bongsu mereka ni, jadi Yah kejap je move on.

Si Lias, kawan sama sekolah dulu masuk meminang Yah tak lama lepas tu. Yah terima sebab suka dengan duit Lias (sebenarnya sebab dorang ni sama-sama otak bisnes, jadi keserasian tu ada). Mereka kahwin lepas 3 bulan bertunang. Mujur Lias ni pun bukan jenis hati lembik. Bila kawan dengan adik beradik yang sekapal sama kutuk dia datang nak pinjam duit, dia bagi alasan suruh tanya bini.

Banyak jugak babak yang buat saya puas hati. Kutuk punya kutuk, haaa sekali kau sempit mulalah datang buat muka sardin nak pinjam duit. Eh memang takdelah laki bini ni nak bagi. Hutang dulu pun tak bayar! Baik kawan-kawan mahupun adik beradik. Tapi adik beradik lagi 'sedap'. Macam dah bagi skema jawapan exam; Lias dengan Yah ni boleh beli harta, tanah, buat rumah sebab pakai duit mak ayah. Tak reti berdikari ke? Katanya diorang... Kerja makan gaji (konon dah kaya sangat) tapi bila sengkek masing-masing cari adik bongsu minta tolong.

Antara watak novel ni yang jenis entah apa- apa, Wani dengan Lin. Tapi rasanya jahat lagi Wani. Umpamanya kita cakap kat dia "eh saya tak tanya pun". Mulut dia punya lepas aduii. Macam Yah pun saya kurang berkenan masa mulut dia terlebih jahat. Tapi yalah tiada orang yang sempurna kan. Itu mungkin kelemahan seorang Siti Roskiah.

Novel ni mengajar banyak benda. Apapun pekerjaan kita dan orang lain, siapa lebih kaya etc, itu sudah bahagian yang Allah tetapkan. Reti-retilah menyimpan sedikit duit setiap kali ada pendapatan, dan berbelanjalah ikut kemampuan. Kena ada sedar diri.
Profile Image for A.I.
2 reviews1 follower
August 11, 2022
𝐵𝑢𝑎𝑡 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑛𝑎𝑘 𝑏𝑒𝑙𝑖, 𝑊ℎ𝑎𝑡𝑠𝐴𝑝𝑝 019648560 ℎ𝑎𝑟𝑔𝑎 𝑝𝑟𝑒𝑙𝑜𝑣𝑒𝑑 𝑅𝑀18.00

First time aku baca Cik Dan Encik karya Airisz. Aku Beli pun sebab tertarik dengan ayat last synopsis buku. Buatkan aku tertanya, macam mana penulis nak bawa cerita ni? Cover pun salah satu sebab kenapa aku Beli (aesthetic der cover buku)

Aku tak sangka cerita ni jenis slice of life. Aku tau bukan action tapi tak sangka penulis nak bawa suana kampung. Buku pun actually bukan cinta sangat, lebih kepada kekeluargaan.

Aku suka Watak Yah. Kena kutuk kena hina tetap diam, tak melenting. Aku suka waktu Yah cakap bergaduh tu tak boleh buat duit, kalau ada waktu nak marah² aku nak kena ingat ayat ni. Bagus buat pegangan hidup.

Kematangan Dan kesabaran Yah juga sangat patuh dicontohi. Mungkin ada yang rasa mustahil untuk jadi sesabar Yah tapi takde yang mustahil pun sebab Kuasa Allah itu Luas Dan besar. Allahuakbhar. Allah Maha Besar. Bila kau boleh faham maksud Allahuakbhar kau Akan faham maksud aku.

Berbalik pada cerita, untuk Aku Yang minat novel action ni novel ni ok. Sesuai untuk yang nak santai-santai, nak sakit hati dengan anak derhaka, nak mencarut lepastu ingat Tuhan, predictable plot yang tak sakitkan kepala tetapi hati dan refleksi diri Dalam layanan Kita kepada orang tua Kita. Cara nak buat ikan pekasam pun ada

Mungkin sebab aku orang yang berfikiran terbuka, aku Tak faham macam mana orang boleh sangka buruk kat orang yang sampai level Wani tu Dan macam mana anak-anak boleh sekurang ajar tu dengan mak bapak. I mean aku faham some times tu memang ada terasa hati tapi taklah sampai level macam tu sekali. Tapi macam-macam Jenis manusia hidup Dalam bumi ni. Dan Aku harap aku Tak jumpalah orang macamni, takut masuk lokap akibat kesalahan membunuh.

𝐵𝑢𝑎𝑡 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑛𝑎𝑘 𝑏𝑎𝑐𝑎, 𝑎𝑘𝑢 𝑟𝑒𝑐𝑜𝑚𝑚𝑒𝑛𝑑𝑒𝑑 𝑏𝑒𝑙𝑖 𝑑𝑒𝑘𝑎𝑡 𝑠𝑒𝑙𝑙𝑒𝑟 𝐴𝑢𝑛𝑖. 𝑊ℎ𝑎𝑡𝑠𝐴𝑝𝑝 je 0196458560 . Tapi buku preloved la
Profile Image for Nina.
11 reviews1 follower
August 11, 2020
Jalan cerita CYEL ni lebih kurang macam CJER, tapi percintaan Yah dan Lias relax saja, manakala dalam CJER hubungan Awah dengan Yassin diuji sebab tentangan mak Awah. Back to CYEL, orang sekeliling terutamanya adik-beradik sendiri yang busuk hati dengan Yah dan Lias hanya sebab diorang ni tak berpelajaran tinggi dan kerja di kampung je. Kawan-kawan diorang pun asyik menghina pekerjaan diorang.

Watak-watak sampingan lain seperti Cik Da, Mak Lah, Inah, Zahar pun menghiburkan cerita. Watak adik-beradik Yah dan Lias, Wan, Lin dan Wani pulak menyakitkan hati. In reality, memang ada manusia mulut puaka macam diorang ni. Tak padan gaji sebesar kuman, nak joli sebesar dunia. Dah susah, mulalah nak meminta kat orang yang dikutuk. Harta mak bapak pun nak berebut, sebab harta sampai bergaduh adik-beradik, mak bapak seolah-olah dah jadi beban dan sanggup jadi derhaka. Ini pun dah banyak berlaku in real life.

Highly recommended untuk korang baca CYEL. Kurang satu bintang sebab Yah ni cabul jugak mulut dia hahhaa. Orang-orang tua bergaduh selamba dia gelarkan bodoh. Macam kurang ajar sikit. Nasib baik cerita fiksyen je.
Profile Image for Mimi [heyitsmeme06].
102 reviews10 followers
August 30, 2019
As usual. Light read, simple, smooth. Realistic storyline and characters. Cik Yah&Encik Lias ni termasuk dalam novel favourite dari Airisz.

Kalini kisah kehidupan masyakarat kampung. Antara isu yang diketengahkan ialah isu tanggapan orang kampung yg memandang rendah pada seseorang yg bekerja sendiri yg nampak biasa jer, orang kampung yg suka bawa mulut, hubungan mak ayah dengan anak-anak yg sering saja tak puas hati antara adik beradik dan isu menantu-mentua iaitu mentua yg masuk campur dalam urusan rumah tangga anak menantu dan mentua yg boleh menerima menantu seadanya.

Dari segi watak, aku suka sgt. Sebab, namanya simple and tak terlalu moden. Airisz juga sering bawakan watak kampung yg dah jarang penulis lain tonjolkan. Baru lah lebih realistik walaupun fiksyen.

Dan jalan cerita pun smooth, tersusun teratur. Setiap watak diceritakan dgn baik dan diakhiri dengan pengajaran yg boleh dikutip utk dijadikan tauladan.
Profile Image for Zwanrizly.
16 reviews1 follower
November 30, 2019
Lain dari novel2 cinta yg pernah aku baca. X kisah benci lepas tu sayang. Aku suka cik yah, sebab bijak, berani, keras hati, paling pengting bukan perempuan air mata. Perjalanan dia dengan lias betul2 mengajar kita. Apa yg kita nk kita kena usaha dan gapai.. kisah adikw beradik kisah harta, itu benda yg mmg terjadi dlm masyarakat hari ni. Apa2 penulis mmg berjaya menarik aku untuk baca sampai ke muka surat terakhir..
Displaying 1 - 30 of 50 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.