Prinz was born in the village of Bierdzany (near Oppeln), in the Prussian province of Silesia.
Prinz was born to a Jewish family. Early on, he became motivated by a charismatic rabbi and Prinz took an increasing interest in Judaism. His Jewish roots grew even stronger following his mother's death. By 1917, he had also joined Blau Weiss (Blue White), the Zionist youth movement.
At 21, Joachim Prinz received his Ph.D. in Philosophy, and had minored in Art History, at the University of Giessen. He was ordained as a rabbi at the Jewish Theological Seminary in Breslau. He married Lucie Horovitz, the daughter of the seminary's most prominent professor. She died in Berlin shortly after giving birth to their daughter Lucie.[3] Prinz married Hilde Goldschmidt in 1932. They had three children, Michael (born in Berlin), Jonathan and Deborah (both born in the United States)
As his prominence grew in Germany and his fears of Hitler's reign coming to fruition, he earned the sponsorship of Rabbi Stephen Wise who was a close adviser to President Franklin Roosevelt. In 1937, Prinz immigrated into the United States. He immediately began lecturing throughout the U.S. for the United Palestine Appeal, established in the 1920s as the fund raising arm in the United States for the Jewish Agency for Israel. It was, essentially, the precursor to what became the American Jewish support base for a nation state of Israel and the United Israel Appeal.[4][5]
Joachim Prinz settled in New Jersey as the spiritual leader of Temple B'Nai Abraham in Newark.
Ulasan buku The Secret Jews (Hardcover) oleh Joachim Prinz
Sewaktu di UK suatu masa dulu, saya pernah obses dengan teori konspirasi dan eskatalogi. Ini mengujakan rasa ingin tahu tentang Dajjal, Yakjuj Makjuj, Imam Mahdi, kedatangan nabi Isa a.s., Freemason dan Hari Kiamat. Untuk itu, saya sanggup membeli The Secret Jews menerusi Amazon.
Buku yang ditulis oleh Rabbi Yahudi ini membuat sorotan tentang kelompok Yahudi rahsia yang bertebaran di seluruh alam. Ada yang menjadi Muslim. Ada pula yang jadi Kristian. Bagaimanapun ia hanya bersifat zahir, sedang secara batini, hati tetap teguh dengan ajaran Yahudi.
Golongan yang berahsia ini (bermuka-muka?) temasuklah komuniti Marranos yang bermula di Sepanyol sejak abad ke-4 Masihi. Kemudian, setelah kejatuhan kerajaan Islam dan penguasaan Kristian di Sepanyol, ada yang menjadi Kristian atau Islam tetapi mengamalkan agama Yahudi secara rahsia.
Dalam usaha Sepanyol untuk menjadi sebuah negara Kristian, sinagog dan masjid dibakar (lihat halaman 21 – ini adalah penyataan pemimpin Yahudi sendiri)). Polisi anti-Yahudi di Sepanyol termaktub dalam Tujuh Bahagian Kod Alfonso the Wise pada 1256.
Selang seabad, pada tahun 1348, kod polisi ini menjadi undang-undang tanah. Akibatnya, ribuan Yahudi dibunuh di Sepanyol melalui ‘pogrom’ atas nama ‘perang salib Sepanyol’ sekali gus mengakhiri ‘Era Emas’ orang Yahudi di Sepanyol selama "pemerintahan Arab yang toleran selama ratusan tahun".
Kemudian, dalam masa kurang dari sedekad, lebih dari 200 ribu orang Yahudi Sepanyol menjadi Kristian. Marranos Kristen atau Chuetas ini secara intensif muncul di Sepanyol dan Portugal pada abad ke-14 dan ke-15.
Pada abad kesembilan belas, terdapat kira-kira 120 ribu orang Yahudi masuk Kristian di Eropah Barat. Kali ia berlaku secara ‘sukarela’ bukan disebabkan oleh paksaan seperti menerusi program ‘pogrom’.
Heinrich Heine, penyair Jerman menganggap pembaptisan beramai-ramai hanya sebagai "tiket masuk ke peradaban Barat". Prinz turut menjelaskan bagaimana sebilangan besar daripada mereka tidak menjadi orang Kristian yang setia.
Buku yang terdiri dari tujuh bab ini diawali dengan pepatah Solomon Ibn Verga (penulis Yahudi pada abad ke-15): "Tidak ada gunanya Tuanku mencurahkan air suci kepada orang-orang Yahudi dan memanggil mereka Petrus atau Paulus, sementara mereka mematuhi agama mereka seperti Akiba atau Tarphon. Tidak ada kelebihan dalam pembaptisan mereka kecuali membuat mereka terlalu berlebihan terhadap orang Kristian sejati dan tanpa rasa takut, kerana secara lahiriah mereka diterima sebagai orang Kristian ... "
Jadidim atau berasal dari Djedid al Islam pula adalah komuniti Yahudi Muslim di Parsi. Orang-orang Jadidim mendirikan solat lima kali sehari, berpuasa dalam bulan Ramadan malah pergi menunaikan haji.
Mereka menguburkan jenazah mereka di tanah perkuburan Islam. Bagaimanapun, setelah dimandi, dikapan dan disolatkan mengikut tatacara Islam, sebelum dikebumikan, jenazah berkenaan diuruskan sekali lagi menurut tatacara Yahudi pula.
Yahudi Muslim yang lain adalah Daggatus, orang Badwi Yahudi di Sahara. Mereka tidak mengetahui tentang Talmud dan mempunyai sedikit pengetahuan tentang kepercayaan dan adat Yahudi.
Manakala Doenmehs (orang-orang yang benci) atau Ma'aminin (orang-orang yang beriman sejati) adalah orang-orang Yahudi Muslim di Asia Kecil. Ia bermula pada tahun 1686, ketika lebih dari tiga ratus keluarga memeluk Islam di Salonika. Pada tahun 1913, orang-orang doenmeh berpindah ke Konstantinopel.
Pengarang menyimpulkan bahawa Doenmeh atau Mohammedan Marrano adalah produk penukaran Shabtai Zvi pada abad ketujuh belas. Mustafa Kemal dikatakan dari keturunan ini. Beliau menjadi pemimpin rejim baru dan mengadopsi nama Atatürk.
Buku lain berkaitan mauduk ini termasuklah The Marranos of Spain karangan B. Netanyahu dan saya belum pun melihat dan membacanya. Di satu sudut, komuniti Yahudi rahsia ini cukup luar biasa. Ini disebabkan mereka ‘berjaya dengan cemerlang’ berbanding dengan orang asal atau ‘tuan tanah’.