Jump to ratings and reviews

Dia Tinggalkan Tanda

Dia Tinggalkan Tanda ditulis berdasarkan kepada perjalanan pebagai kisah hidup penulis sendiri. Ia disampaikan dengan hati dan perasaan untuk mengaitkan dengan tanda-tanda kebesaran dan kemuliaan Allah SWT.

Secara hakikatnya, ia adalah juga kisah kita semua. Maksudnya, pelbagai kisah yang dipaparkan akhirnya mengajar kita supaya melatih diri bersabar, redha dan bersyukur apabila diuji.

312 pages, Paperback

First published March 1, 2019

Loading...
Loading...

About the author

Roza Roslan

25 books54 followers
Roza Roslan atau nama sebenar beliau Raudzah Roslan adalah mantan pensyarah di Universiti Teknologi MARA. Beliau kini bertugas di Universiti Taibah, Madinah.

Beliau dilahirkan pada 2 Januari 1967 di Jementah, Segamat, Johor. Beliau berkelulusan Diploma Perbankan UiTM Terengganu, BBA (Hons) Pengurusan Sumber Manusia UiTM Shah Alam dan seterusnya M.A Pentadbiran Bisnes di universiti yang sama.

Beliau juga adalah isteri kepada penulis bestseller Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim yang menulis buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Kisah beliau banyak termuat di dalam karya suaminya yang banyak menceritakan pengorbanan dan sokongan beliau dalam menjalani hidup beragama.

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (50%)
4 stars
6 (37%)
3 stars
2 (12%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
1 review
January 26, 2020
Buku pertama habis baca untuk 2020.

Pendapat sendiri..
Setiap kali membaca buku ni macam dapat kawan baru 😅.
Bahagia lain macam.

Buku ni best sangat kerana menceritakan pengalaman hidup Pn Roza, isteri kpd Prof Kamil yg mengikut suaminya bermusafir dan bermastautin di pelbagai negara. Sambil belajar bila berpeluang dan ada rezeki mereka ambil peluang melawat ke negara berdekatan.

Setiap negara yg dikunjungi penulis berkongsi sedikit cerita mengenai perbezaan dan pelbagai budaya,
bahasa,rupa paras, cara hidup, tempat menarik yg boleh dikunjungi dan melihat kesan-kesan sejarah.

Beliau juga selitkan ayat Al Quran dan hadis berkaitan.

Betul kata bijak pandai, bila kita membaca kisah orang menjelajah negara orang, terasa kita pun ada kat negara tu. Sama-sama rasa pengalaman tu.

Bermula pd tahun

1993 ke London untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di University of Dundee Di Scotland.

1996 di Bangor menikmati musim luruh.

1997 ke Disneyland, Paris

1998 ke Amsterdam semasa musim panas.

2000 ke Osaka menemani suaminya membentangkan kajian. Juga ke Honolulu Hawaii

2004 ke Istanbul masa musim bunga mengikut suami untuk pembentangan kertas penyelidikan.
Disember 2004 bercuti ke Ho Chi Minh Vietnam bersama keluarga.

Jun 2005 ke Medan Indonesia dan ke Florence Italy melihat kesan kemasyhuran Empayar Rom yg pernah menjelajah sebahagian besar dunia.

2006 ke Masjidilharam Makkah untuk menunaikn haji

2008 bermukim ke Doha Qatar

2010 ke Beijing China

2011 menerima undangan ke Singapura

2012 ke Kaherah Mesir bumi anbiya, bumi ilmuwan yg melahirkan syeikh terkenal dan melawat Egyption Museum Cairo melihat peninggalan zaman pemerintahan Firaun.

2013 ke Bandar Seri Begawan Brunei menerima undangan sahabat.
-Pernah menetap di Jabal Uhud Jubail Arab Saudi.
-Taif bumi yg menyaksikan Rasulullah pernah dilontar batu. Bumi Barakah yg melihatkan ramai insan pemurah.
-Yanbu' Arab Saudi rumah mereka menjadi kelas fardu ain untuk anak-anak sekitar Madinah.
-Mereka singgah ke Dubai Emeriah Arab Bersatu semasa dalam perjalanan untuk menghantar anaknya menyambung pengajian ke Sudan Afrika.
-Khartoum, Sudan menceritakan kesusahan dan kepayahan rakyatnya namun pemurah.
-Muscat, Oman bandar raya yang berbudaya dan kaya seni bina.

2014 - Amman, Jordan negara yang diapit negara Iraq, Syria, Libyan, Palestin dan Mesir.
Di Jordan mereka melihat bumi yg pernah diturunkan para rasul dan para nabi.
Melihat kesan peninggalan kaum Tsamud.
Makam Nabi Harun di puncak Jabal Harun.
Menyusuri Laut Mati melihat peninggalan Nabi Luth.

Banyak cerita di sekitar negara berdekatan Madinah kerana Prof Kamil mengajar selama 3 tahun di Universiti Taibah,Madinah.

#sayasukamembaca
#jommembaca
#Malaysiamembaca
Profile Image for ainisreading.
94 reviews10 followers
January 17, 2021
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar!
Sesungguhnya Allah As-Sami', Allah Maha Mendengar. Allah mendengar setiap bait-bait kata yang diluahkan oleh hamba-hambaNya malahan Dia jua tetap mendengar luahan hati yang berkata. Perjalanan yang bermula dari Subang Jaya ke Kota Bharu diteruskan ke serata dunia dan berakhir di bumi anbia. Kata-kata suami untuk temankan menaiki kapal terbang dan berbulan madu sehingga ke hari tua Allah kabulkan, Allahuma ya Mujib, Yang Maha Mengabulkan.

Perjalanan penulis yang mengembara dari sebuah negara sehingga ke benua yang lain bukan sekadar hanya perjalanan biasa tetapi setiap destinasi dititipkan dengan ayat-ayat suci sebagai peringatan dan pengajaran untuk pembaca. Tanda-tanda kebesaran Allah itu ada di mana-mana sahaja andai kita membuka mata hati.
Profile Image for Ifa Joe.
6 reviews
September 14, 2021
Buku ni seronok. Menceritakan pengembaraan sebuah keluarga melihat kebesaran Maha Pencipta. Pada awalnya, saya rasa seronok tapi dekat separuh buku, saya rasa sedikit bosan. Mungkin kerana pandangan saya tentang buku ini pada awalnya menceritakan lebih mendalam tentang sejarah kuno dunia. Tetapi ia lebih kepada rasa bersyukur seorang penulis (dan keluarga). Selain itu, sebagai iktibar kepada umat Islam akhir zaman untuk tidak melakukan perkara yang dimurkai Allah SWT. Terima kasih penulis. Penulisannya cukup bagus cuma isi kandungannya saya harap lebih mendalam.
Profile Image for Amelia Zulkifli.
202 reviews7 followers
October 15, 2019
Ya, manusia itu memang diciptakan untuk berfikir lalu bersyukur. Saya juga harap Allah beri peluang untuk 'melihat' dunia dengan mata hati seperti puan penulis. Alhamdulillah terlalu banyak nikmat mu ya Allah.
Profile Image for ilafahmy.
114 reviews19 followers
November 25, 2020
Penyampaian yang tulus dari hati penulis mampu masuk ke hati pembaca. Begitulah keistimewaan buku ini...bisa menyentuh mata hati pembaca...
Displaying 1 - 8 of 8 reviews