Jump to ratings and reviews
Rate this book

Menggapai Bintang

Rate this book
Buku ini membawa kita menelusuri kisah-kisah yang begitu hidup sekali di dalam Al-Quran, bermula dari bapa kita Nabi Adam, sehinggalah kisah Nabi Musa, juga kisah pemuda Ashabul Kahfi dan menyentuh juga wasiat Luqman Al-Hakim yang sangat dikenali.

Ustaz Syaari mengajak kita mentadabburi Al-Quran dengan mendalam sambil merenungi kisah yang dikongsi. Beliau seterusnya mengajak kita memahami kisah tersebut agar kita dapat jelmakan dalam kehidupan seharian kita.

Begitulah menggapai bintang. Kisah di dalam Al-Quran merupakah penyuluh dalam kehidupan, memberikan petunjuk yang luar biasa. Jadikan ia sebagai panduan yang berterusan tanpa henti sehingga ke akhir hayat kita.

Paperback

First published January 1, 2019

Loading interface...
Loading interface...

About the author

Muhammad Syaari Abdul Rahman

15 books87 followers
Anak kelahiran Tumpat, Kelantan merupakan Jurulatih Utama (Principal Trainer) sepenuh masa di syarikat milik beliau sendiri, Ibrah Paradigm Training & Consultancy. Syarikat tersebut diwujudkan sejak Mei 2011.

Beliau merupakan Graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Sastera Arab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan kini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Tafsir al-Quran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian Sarjana beliau bertajuk “Aplikasi Ilmu Munasabah dalam Kisah Nabi Ibrahim a.s.” dan bercita-cita untuk menjadi ahli akademik dan pakar dalam tafsir maudhuie al-Quran.

Beliau telah mendirikan rumah tangga selama hampir 8 tahun dengan Puan Nurul Suhadah Haji Shuib dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Fatihah Wajihah dan Aqeel Muhtadi al-Fatih.

Beliau mula menggilap potensi dirinya dalam bidang kepemimpinan dan kejurulatihan sejak di bangku Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Beliau kini berpengalaman lebih dari 6 tahun dalam dunia latihan dan motivasi selain merupakan ahli berdaftar di bawah Pertubuhan Perunding Latihan Dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

Antara rancangan televisyen yang pernah menjemput beliau sebagai panel ialah TV3 dalam rancangan “Positif”, Astro Oasis dalam rancangan “Salam Muslim” dan TV Al- Hijrah dalam segmen “Assalamualaikum”. Ustaz Syaari juga merupakan panel tetap selama 4 tahun sejak tahun 2012 hingga 2016 di segmen “Ibrah” Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM.fm.

Beliau merupakan jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan sijil tauliah bernombor TTT 3891.

Terkini, beliau sedang menggembleng tenaga pakar-pakar dan sarjana- sarjana Tafsir di seluruh Malaysia untuk berbakti kepada Ibrah Institute Centre of Tadabbur yang akan menjadi pusat pembelajaran interaktif dan moden kepada ilmu tafsir dan takwil al-Quran.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
62 (65%)
4 stars
31 (32%)
3 stars
2 (2%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for Auni Zainal.
Author 4 books97 followers
May 30, 2019
"Jika kamu terlihat bintang,
sebenarnya kamu melihat sejarah,
Jika kamu melihat bintang,
Sebenarnya kamu melihat ibrah."

Mengaitkan bintang dengan sejarah. Menarik apabila seorang ustaz mengaitkan tadabbur Quran dengan sains. Tafsiran perkataan bahasa Arab yang dijelaskan dalam buku ini memberi insights yang sangat refreshing. Insaf sebab ada banyak lagi perkara yang kita kena belajar sebenarnya.

Ada banyak ibrah yang kita tak pernah tahu melalui kisah-kisah yang kita dah tahu -hari Sabat, Nabi Nuh, Nabi Musa, pemuda dari hujung kota dalam surah Yasin etc. Penjelasannya mudah & santai.

Bahan bacaan yang patut dimiliki semua orang sebab ia sangat membantu untuk lebih memahami/mencintai Al-Quran.
Profile Image for Nadiah Razali.
126 reviews51 followers
December 18, 2020
Nikmat rasa bila kita belajar dan memahami kisah dan pengajaran di sebalik ayat Al Quran. Terlampau banyak ilmu dan pengajaran yang dimuatkan dalam buku ni. Hanya 266 muka surat, dan akan dapat pengalaman dan pengajaran yang tak ternilai di dalam buku ni.

Buku ni sangat sesuai di baca oleh semua orang, isi nya padat dan mudah di fahami. Buku ini boleh di jadikan pencetus minat untuk kita tadabbur al Quran. 😊

Profile Image for Liyana.
19 reviews
May 1, 2020
"Kita perlu sedar bahawa matlamat membaca al-Quran bukan semata bagi menghabiskan bacaan semata." (m/s 84)
Profile Image for Hidayah Fauzi.
134 reviews3 followers
March 18, 2020
Jujur, keinginan nak baca buku ni takde laa sedalam mana sebab tak pernah baca buku tulisan Ust Shaari. Tambahan lagi, cover buku ni tak menarik minat saya. hihi. Maaf. Tapi tergerak hati nak beli dan baca juga sebab buku ini berkisar tentang "Ibrah Kisah2 dalam Al-Quran".

Dan makin teringin nak tau buku2 ust shaari bilamana baru tahu ust shaari adalah penulis lirik lagu Sultan Al-Fateh. Nak cakap satu jer, lirik dan muzik lagu Sultan Al-fateh memang boleh buat orang meremang bulu roma. Membangkitkan semangat.

K, ni dah macam review lagu. haha. Oh ya, top 3 kisah yang paling saya minat dalam buku ni adalah,

1. Kisah kakak Nabi Musa AS
2. Kisah Perempuan Madyan
3. Nabi Musa di Lembah Thuwa

Buku ni.... Bukan sahaja sesuai untuk lelaki dan perempuan malah pelajar yang ingin menuntut ilmu, pendidik yang ingin menyampaikan ilmu, ibubapa, pemdakwah dan seluruh manusia laa senang cerita. haha
Profile Image for books.bintulu.
126 reviews4 followers
May 19, 2021
Mei 2021: Menggapai Bintang: Ibrah kisah-kisah dalam AlQuran

Apa maksud Menggapai Bintang?

~Pada mulanya, saya tak dapat nak kaitkan tajuk buku dengan isi. Apa kaitan menggapai bintang dgn kisah dalam AlQuran? Penulis berjaya memberikan pendahuluan yang pada saya sangat wow. Tak pernah saya terfikir untuk melihat bintang sebegitu rupa.

~Ada kisah2 dalam buku ni yg pernah dibaca, didengar tapi memang tak jemu diulang. Ada kisah yang saya baru tahu, ada sudut pandang yang saya baru lihat. Banyak lagi nak kena belajar.

~Saya juga suka pendekatan penulis melalui formula, akronim dan point form utk isi-isi yang disampaikan. Mudah faham.

Contohnya dalam Bab-5, kualiti 3K yg ada pada kakak Nabi Musa i.e. Ketaatan, Kebijaksanaan dan Keberanian. Kisah ni memang favourite utk diceritakan kepada anak2

#pointtoponder dari Bab 14-Nikmat Kemerdekaan dan Kemajuan, ibrah dari Surah Quraisy

"Pada hari ini, sebanyak manakah nikmat yang kita kecapi dibalas dengan kata2 Alhamdulillah dan bagaimanakah perkataan ini diterjemahkan dengan kualiti ubudiyyah kita?"

P/s: Kawan2 sila tegur saya kalau ada tulisan yang tak sampai maksud ye. Selamat berbuka dan memburu lailatulqadar😊

#menggapaibintang
#syaariabdulrahman
Profile Image for Nur Umairah.
35 reviews
August 16, 2020
Buku yang menceritakan ibrah kisah-kisah Al-Quran. Banyak ibrah yang menekankan kita supaya kita bersyukur dengan apa ada dan jangan terlalu risau dengan masa depan. Banyak ibrah-ibrah lain juga yang patut kita ambil. Ada juga tips-tips yang membantu kita menjalani kehidupan di muka bumi ini.

Terima kasih Ustaz Syaari untuk buku ini.
2 reviews
September 6, 2021
Gaya penceritaan yang santai dan mudah difahami. Point ibrah yang dinyatakan jelas dan praktikal. Banyak juga kisah-kisah yang saya baru tahu dan belajar daripada buku ini seperti kisah kakak Nabi Musa.
Profile Image for NaDya Sarwani.
5 reviews
March 26, 2019
Penulis berjaya mengupas Surah & Ayat AlQuran dengan sangat baik dan dekat di hati. Tak terlalu berat. Gaya penyampaian yang boleh diterima semua. Paling suka topik Surah Dhuha & 7 Tabiat daripada 313. Lebih faham dan mudah untuk tadabur Al-Quran dengan baik inshaAllah.
Profile Image for aliaareadstoo.
157 reviews3 followers
May 29, 2020
The message in this book are conveyed with simplicity, short but effective! I love the way the author, other than the general message, he also highlights the keywords in the discussed verses and explained their meaning based on Quran literary. The explanation then made the readers understand deeper on the message that the verses are trying to reach their hearts. I believe this book could be a pick it up book as well, as in whenever when we need reminders or reassurance, you can just pick this book up and read on the matter you need which is relevant at the time.
Profile Image for Najwa Al Helsy.
59 reviews7 followers
March 16, 2020
Alhamdulillah. Ini buku kedua tulisan Ustaz Syaari yang saya baca. Suka dengan gaya penulisan yang menggunakan ayat yang mudah difahami. Banyak menonjolkan kemukjizatan Al Quran. Beberapa soalan saya tentang ayat-ayat Al Quran juga sudah mendapat pencerahan melalui buku ini.

Cumanya, minta dibaiki sedikit cara penulisan ayat Al Quran terutama penggunaan baris dan tanda dalam ayat Al Quran.

Profile Image for siso.sofy.
240 reviews4 followers
May 16, 2020
Gaya penulisan yang sangat mudah untuk difahami. Buku yang sesuai dibaca untuk semua peringkat usia. Kisah-kisah dari Al-quran yang dibaca dekat ke hati dan membawa bersama aplikasi ke dalam kehidupan seharian. Alhamdulillah. A great ramadhan read.
Profile Image for Anastacia.
92 reviews16 followers
April 18, 2020
Di sebalik ayat terdapat kisah, di sebalik kisah terdapat hikmah, di sebalik hikmah terkandung ibrah.
Profile Image for Ain Farhani.
6 reviews1 follower
April 29, 2021
Penerangan yang jelas dan tuntas oleh penulis. Sesuai untuk semua jenis golongan. Tahniah.
May 31, 2021
Padat dengan kisah-kisah daripada Al-Quran untuk dijadikan pedoman dalam memandu kehidupan.
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 8 books32 followers
November 13, 2020
Buku bertajuk 'Menggapai Bintang'
Penulis: Ustaz Syaari Ab Rahman
Terbitan: @imanpublication
Buku ini, buku ilmiah yang corak penulisannya pada saya, adalah dalam bentuk bercerita.

Penceritaan serta penghuraian pada satu-satu ayat Al-Quran yang dipilih itu, sangat jelas dan seronok untuk dibaca. Kena dengan zaman sekarang dan In-sha-Allah, zaman mendatang juga. Kena dengan keadaan dunia dan isinya yang sedang tenat dan memerlukan bantuan dari segi pengisian nurani.

Kadang-kala, bila kita baca Quran dan tafsirnya, ada beberapa kisah si dalamnya yang memerlukan penjelasan tambahan. Buku ini sangat membantu. Sangat mudah faham.

Dan, pembacaan saya lewat tamat kerana saya membaca dari kulit ke kulit. Saya juga membuat catatan dan highlight point2 di dalamnya yang menyentuh dan menyentap hati saya.

Semoga penulis dan penerbitan terus dikurniakan kemudahan oleh Tuhan untuk terus hasilkan bacaan yang memberi manfaat kepada ummat. In-sha-Allah, amin.
Displaying 1 - 18 of 18 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.