Bukan mudah, tapi ia tidak mustahil. Sesiapa sahaja mampu bebas daripada hutang jika ada ilmu, kesedaran dan keazaman yang kuat.
Kebanyakan mereka yang mengadu masalah kewangan, bukan disebabkan gaji yang diterimanya tak cukup, tetapi disebabkan masalah hutang yang dibuatnya sendiri. Bukan tak boleh berhutang, namun biarlah berhutang pada perkara yang benar-benar perlu, dan berhutanglah secara bijak (yang menjadikan kita lebih kaya).
Beban kewangan terbesar bagi kebanyakan rakyat Malaysia ialah ansuran pinjaman membeli kereta, pinjaman peribadi, kad kredit dan hutang membeli rumah kediaman ‘impian’ yang mana jika tiada pun kita masih boleh hidup. Ia tidak seperti kos keperluan asas untuk hidup seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Jadi sesiapa yang dapat bebas daripada hutang-hutang ini, kita terlepas daripada bebanan kewangan terbesar. Seterusnya kita bolehlah fokus mengumpul harta dan mengembangkan kekayaan.
❓Tahu tak kos pergi haji sebenarnya semakin lama semakin menurun? 👀 Terkejut bukan?! Rujuk gambar untuk lihat buktinya! 😆 - Kerana merasakan diri ini masih muda lagi, sejujurnya saya tak pernah terfikir nak ambil tahu sangat bab kewangan ni, apatah lagi buat pinjaman 🙊 Tapi sekarang saya makin cakna dengan kepentingan ilmu kewangan. - 🔖 Buku ini terbahagi kepada 4 bab utama dan bab 5 (penutup, kesimpulan)
▶️ Penulis berkongsi tentang tips2 untuk elak kebocoran wang, kelebihan menyimpan emas, pengurusan hutang (hutang positif & negatif), cara menggandakan kekayaan dengan hutang, cara Nabi langsaikan hutang dan isu riba dalam berhutang.
▶️ Penulis tidak lupa untuk mengingatkan kita tentang TUJUAN asal kita nak kaya. Konsep "Zuhud" yang sebenar juga diterangkan dalam aspek kekayaan. Penulis tidak lupa mengingatkan kita untuk bersedekah dan mencari kekayaan hanyalah semata-mata untuk beribadah & berbuat baik kepada manusia, bukanlah untuk kita berbangga2 dengan diri kita.
▶️ Penulis juga tidak lupa untuk menjawab persoalan2 yang sering bermain di fikiran golongan belia seperti isu: sewa vs. beli rumah, baru kerja nak beli kereta mewah, nak beli emas tetapi modal kecil, cara jana pendapatan pasif dan banyak lagi!
Kesimpulan: 🔖Belajarlah hidup di BAWAH KEMAMPUAN & IKUT KEPERLUAN. 🔖Kekayaan tidak diukur dari jumlah gaji seseorang itu, tetapi dari tabiat seseorang mengurus kewangan 🔖Jadikanlah kekayaan itu ALAT untuk melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba Tuhan
💸Belajarlah ilmu kewangan pada peringkat awal lagi. 💸Belajar daripada kesilapan orang lain adalah lebih baik daripada kita sendiri yang melakukan kesilapan yang sama. 💸Menimba ilmu kewangan sebelum masuk ke alam pekerjaan dapat mengelak kita daripada terjerat dalam perangkap hutang, 💸start small and consistency is the key!
🌟5
Pelaburan terbaik yang boleh anda lakukan sekarang adalah dengan melabur duit untuk menimba ilmu terlebih dahulu. Harga buku ini mungkin tidak seberapa, tetapi ilmu yang akan anda peroleh itu terlalu berharga, Insya-Allah! 🛍 saya beli di shopee: Link di story highlights!
Terlambat baca buku begini. Tetapi better late than never.
Bermanfaat untuk remind dan revise balik beberapa benda yang pernah tahu dah sebelum ini tapi belum buat. Juga ada beberapa input dan tips baru yang praktikal untuk dibuat.
Anak muda, bagus baca buku ini. Yang dah tak berapa muda, masih belum terlambat.
Buku menarik, rasa menyesal berhenti kumpul emas. Kali terakhir kumpul 2016, kali ni kembali kumpul balik. Buku ini best dan mudah faham dengan tulisannya yang santai.
Mudah dibaca. Sarat dengan fakta dan situasi yg mungkin anda sendiri sedang lalui.
Nombor satu saya belajar ialah keperluan dan taktik kecekapan mengawal nafsu dan keinginan. Kalau itu ok, jalan laluan yg di tunjukkan dalam buku ini pasti membawa kejayaan.
Anyone below the age of 23 should read this book. Parents shd discuss it with kids at home.
First book I read about financial and money management. Pretty much valuable information as majority of them are not taught in school or university, it is self-search knowledge. This book highlights on debt, how you manage it, how debt can be a good or vise versa, and some few investments such as gold savings.
Saya rasa nak menangis guling-guling tepi bucu katil. Terlalu banyak dosa kewangan yang saya buat. Misi Bebas Hutang secara keseluruhan telah membuka mata saya untuk mengurus kembali semua hutang, pendapatan , gaya hidup dan dokumen harta sebelum hari kematian kita sampai. Semoga saya dapat mencapai 1 juta pertama sebelum umur 50 😁