Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ubah Patah Hati Jadi Prestasi

Rate this book
Urusan hati memang paling sulit dipahami, tetapi bukan berarti kita harus menyerah begitu saja. Apa pun penyebabnya, lantaran cinta bertepuk sebelah tangan, putus cinta, atau karena dihina orang lain. Ingat, patah hati bukan akhir segalanya. Pun sakit hati bukanlah akhir hidup kita. Masa depan masih bisa kita rancang dan pada hari ini pun masih banyak hal positif yang pastinya bisa kita perjuangkan. Bagaimana mungkin kita menangisi satu orang yang pergi meninggalkan kita begitu saja, sedangkan kita masih memiliki sahabat dan keluarga yang menyayangi kita? Yuk move on, baca buku ini selembar demi selembar. Dapatkan kejutan menarik di setiap kisah yang disajikan, pikirkan setiap ulasan yang ditayangkan, dan ikutlah merenung di halaman khusus setiap akhir babnya. Dan semoga senyum itu kembali mencerahkan wajah kita seperti sinar matahari yang menyinari hari-hari yang indah. Ubah patah hati jadi prestasi!

279 pages, Paperback

First published October 4, 2016

7 people are currently reading
31 people want to read

About the author

Dwi Suwiknyo

23 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
34 (53%)
4 stars
26 (40%)
3 stars
4 (6%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for Emmy Hermina Nathasia.
530 reviews
May 8, 2021
Selesai sudah bacaan buku Ubah Patah Hati Jadi Prestasi setelah membaca perlahan-lahan selama seminggu lamanya.

Antara bacaan yang memuaskan dan mengenyangkan rohani. Gaya penulisan berbentuk nasihat yang hikmah dan menghormati, tidak mencederakan perasaan pembaca, sebaliknya menyedarkan.

Perkongsian dalam buku ini juga pelbagai dan merangkumi sudut pandang yang berbeza, menjadikan buku ini sesuai dibaca oleh sesiapa saja. Selitan ujian kendiri, renungan di akhir setiap bab dan kajian saintifik membuktikan buku motivasi agama ini kekal relevan untuk bacaan masa kini.
Profile Image for Niena Aniesza.
197 reviews7 followers
September 29, 2021
Hidup ini banyak pancarobanya. Adakala kita dikhianati, ditikam dari belakang serta diperlekehkan. Mungkin juga kita merasa terbuang atau disingkirkan tanpa sebarang penjelasan.

Patah hati, boleh membawa kepada frustasi dan depresi. Namun, dengan hikmah dan pengetahuan, penulis menerangkan tentang cara menukarkannya menjadi prestasi.

Buku ini mempunyai lapan bab. Bab 1 bertajuk Hati-hati dengan Hati. Paling penting adalah menjaga hati kita sendiri. Kita terlahir dalam keadaan suci, jangan kotorkan hati akibat kebodohan kita sendiri. Lawanlah segala rasa sakit.

Bab 2 adalah Sakit Hati Jadi Rezeki. Ada diceritakan tentang Chow Yun Fat, pelakon terkenal Hong Kong yang pernah dihina namun kini menjadi orang terkenal dan kaya-raya. Iktibarnya, hidup ini berputar. Nasib kita boleh berubah andai saja kita menggunakan setiap satu peristiwa yang mengecewakan itu sebagai pemangkin untuk maju kehadapan. Jujur pada diri sendiri, kenali kelemahan dan kekuatan diri.

Bab 3 Kembangkan Potensi Diri. Bab ini menceritakan tentang cara menggunakan kelebihan diri sendiri. Namun, kelebihan saja tidak cukup seandainya tidak disusuli dengan tindakan. Belajar menjadi aktif dan produktif. Syukuri segala pemberian Tuhan.

Bab 4 Jalani Hidup Berkualiti. Jangan membazirkan waktu.

Bab 5 Raih Prestasi Berkah. Kita berjaya pada masa yang sama kita juga ingin orang lain berjaya. Jangan berjaya dengan menjatuhkan orang lain. Bergembira di sebalik orang lain menderita akibat perbuatan kita, bakal membawa penyesalan di kemudian hari.

Bab 6 Semakin Dekat dengan-Nya. Dekati Tuhan dengan selalu bersuci dan solat di awal waktu.

Bab 7 Menghargai Nilai Waktu. Laburkan masa bukannya sahaja untuk kejayaan dunia, tetapi juga akhirat.

Bab 8 Amalan Percepat Sukses. Jaga ibadah dan hiduplah dalam berkah. Jaga dari sumber mana setiap rezeki yang masuk ke tubuh kita.

Di setiap penghujung bab ada lembaran untuk diisi bagi tujuan menilai dan refleksi diri.

Profile Image for Aiza Idris (biblio_mom).
622 reviews211 followers
May 30, 2021
(extra review on my booktube channel : Biblio Mom)
Tak pasti nak mulakan dari mana sebab kandungan buku ni MashaaAllah dari kulit ke kulit. Saya tak pasti berapa lamakah penulis ambil untuk menulis buku ni dengan ilham yang Allah beri. Tapi setiap helaiannya seolah-olah ukiran yang diukir dengan teliti. Setiap bait kata-katanya menyentuh perasaan, memberi motivasi dan membangun jiwa.

Ada saja mehnah dunia yang mematah-matahkan perasaan bukan? Bacalah buku ini buat merawat jiwamu yang sakit, hatimu yang terluka. Segala puji bagi Allah, buku ini mengalir bersamanya seribu manfaat.

Buku ini bukan sejenis buku non-fiksyen seperti buku teks yang membosankan. Ia disulam dengan kisah para Anbiya penuh ibrah dan diselit juga kisah dongengan yang memberi seribu pengajaran, bersesuaian dengan setiap topik yang dibawakan. Di hujung setiap bab, pembaca disaji dengan sebuah kotak berisi kata-kata inspirasi dan ada juga kata-kata mutiara berilustrasi.

Sepanjang hidup saya, ada saja segala sesuatu yang membuat patah hati. Penceraian, kesusahan hidup, kegagalan mengejar cita-cita, salah memilih sahabat dan sebagainya. Andai saja sejak dahulu saya memilik buku ini. Tapi sesalan tidak akan mengubah apapun. Kawan-kawan, saya syorkan buku ini pada anda yang mustahil tidak pernah patah hati sepanjang menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini. Nantikan ulasan berbentuk video saya di saluran YT.

❤️ Terima kasih @putehpress @bukupts atas naskah hebat ini! tahniah para penulis @addien90 @dwi_suwiknyo atas karya yang mashaaAllah ini!
👉🏻 Boleh dapatkan di website mereka atau di kedai berhampiran. Ada 2 versi : buku sahaja atau buku bersama slipcase eksklusif, bookmarks & kad.
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
May 30, 2021
Masa depan akan dikuasai oleh orang yang aktif dan produktif. Mereka akan mudah berjaya walaupun ketika ini mereka terpaksa bersusah payah.

Ubah patah hati jadi prestasi, satu tajuk yang pada aku telah menceritakan konsep utama keseluruhan topik-topik didalamnya. Ia tentang bagaimana kita perlu berusaha untuk berdamai dengan kesakitan, kesukaran, cabaran, masalah, mehnah yang kita semua akan atau pernah lalui tak kira lah dari sekecil-kecil sehinggalah ke besar-besar perkara. Buku ini mengajak kita berdamai, bukan untuk kekal di fasa yang sama sebaliknya, manfaatkan apa yang telah berlaku sebagai sumber dan ransangan untuk menjadi lebih baik, tidak kira dalam aspek apa pun.

Secara peribadi, buku ini lebih menarik untuk dihadam kerana topik-topiknya merangkumi kesemua aspek yang diperlukan oleh seseorang. Tidak dapat tidak, fitrah manusia, jika ingin bergerak ke hadapan dengan lebih baik, hal-hal seperti hati dan cinta, kawan dan keluarga, diri dan potensi, cita-cita dan impian, potensi diri & hidup berkualiti dan prestasi yang diberkati- adalah aspek yang terkait antara satu sama.

Dan buku ini juga mengingatkan aku dengan apa yang di nyatakan oleh Carl Rogers:

manusia boleh dipercayai, mempunyai kebolehan untuk memahami diri dan menyesuaikan diri. Manusia ini sebenarnya baik, berkeupayaan untuk sentiasa bergerak ke hadapan dan berkembang.

Kita mampu untuk menjadi lebih baik tidak kira dalam keadaan apa sekalipun, dengan syarat, kita sedar dan menerima dulu apa yang berlaku dalam kehidupan kita tetapi tidak bermaksud kita menolah perasaan kecewa, sedih dan sebagainya. Secara tak langsung, penulis mengingat dan mengajak pembaca untuk sentiasa memberi ruang kepada diri untuk berusaha berkembang dengan lebih baik walaupun apa pun yang berlaku.

4 topik yang membuatkan aku rasa buku ini sangat berharga apabila penulis menyentuh tentang Kembangkan Potensi Diri | Jalani Hidup Bekualiti | Raih Prestasi Yang Diberkati |Menghargai Nilai Waktu dan hampir di setiap bab, disisipkan self-check. Self-check ni pada aku, sangat bagus untuk untuk kita track semula apa yang kita dah buat dan apa yang kita boleh buat dengan lebih baik lagi.

Selain dari tajuk, dan topik-topik dan pengisian, aku juga suka dengan covernya yang segar dan juga penyampaian penulis. Ia tidak terlalu ekstrem untuk menyampaikan dalam nada memberi tazkirah, bersederhana dan sedikit memujuk. Tahniah untuk kedua-dua penulis kerana menghasilkan buku self-help, spiritual ini dengan baik.
Profile Image for Twinnie Read.
6 reviews3 followers
September 14, 2021
Aku jatuh cinta pada ilustrasi di dalam buku. Pada setiap tajuk kecil di dalam buku ini mesti ada ilustrasi bergambar yang cantik. Aku suka untuk melihat setiap ilustrasi di dalam buku ini, sangat menenangkan mata 😍 buku ini tidak keseluruhannya mempunyai ilustrasi, ada juga muka surat yang tidak berwarna.

Aku suka petikan dalam buku yang mengatakan walau sesukar mana pun hidup kita, jangan pernah mengambil pilihan yang salah. Jika kita berasa mencari rezeki dengan cara yang tidak halal itu cara yang betul, selamanya cara itu tidak akan mengundang redha daripada Allah. Carilah rezeki dengan cara yang halal untuk mendapat keberkatan rezeki dan rahmat daripada Allah.

Aku juga suka kata-kata penulis bahawa "semua yang hidup dan yang kita sayangi adalah pinjaman". Aku sangat setuju dengan point ini kerana semua insan yang kita sayang akan pergi meninggalkan kita satu hari nanti. Kita tidak tahu sama ada kita yang pergi dahulu ataupun insan yang kita sayang yang akan pergi dahulu. Pokok pangkalnya tetapkan dalam hati yang mereka ini hanya anugerah terindah dan pinjaman daripada Allah. Tugas kita adalah untuk menghargai setiap detik kita bersama insan tersayang.

Selain itu, aku suka dengan kata-kata penulis bahawa ada orang tidak kisah melaburkan duit untuk ilmu. Mereka yakin bahawa mereka akan beroleh manfaat daripada seminar ataupun program yang telah mereka hadiri. Aku sentiasa kagum dengan orang begini. Sentiasa mengutamakan dan haus untuk mencari ilmu.

Buku ini boleh menjadi bacaan yang ringan kerana font di dalam buku ini besar dan boleh dihabiskan dalam masa yang sekejap. Aku mengambil masa untuk membaca buku ini kerana aku ingin mendalami satu persatu kata-kata penulis. Dan secara keseluruhan, aku berpuas hati dengan buku ini. Banyak kisah-kisah teladan yang sangat aku suka untuk telusuri dalam buku ini.

Terima kasih kepada Jiji kerana memberikan buku ini kepada wina sebagai pertukaran ulasan yang jujur 💛

#winabookreview #malaysiamembaca
Profile Image for Nureen rose.
7 reviews3 followers
August 16, 2021
📚Ubah patah hati jadi prestasi daripada Ustaz @dwi_suwiknyo dan Ustaz @addien90
.
.
Secara peribadi , saya sangat sukakan setiap pengisian yang terkandung dalam buku ni seolah olah tiada muka surat tanpa ilmu yang ingin penulis sampaikan . Sebenarnya buku ini sesuai untuk mereka yang sedang mengalami patah hati , kecewa dan merasakan kegagalan dalam hidup dan ingin berubah ke arah yang lebih baik , produktif dan sukses.
.
.
Pada awalnya buku ini mengajak kita berdamai dengan takdir dengan kata kata yang membina dan cerita cerita yang boleh dijadikan ibrah dalam kehidupan. Buku ini mengandungi pelbagai topik yang menarik antaranya soal cinta, keluarga, kawan, impian, kerja, potensi setiap individu dan sebagainya.
.
.
Terdapat kelainan di dalam buku ini dimana penulis menyelitkan kuiz kuiz ataupun soalan-soalan di setiap bab untuk menguji tahap diri kita contohnya menguji tahap emosi, pencapaian dan pandangan kita terhadap sesuatu perkara.
.
.
Di akhirnya, penulis memberi gambaran yang sangat jelas tentang kaitan antara impian dan potensi diri kita dimana apa yang kita impikan tidak mustahil untuk kita capai, cuma kita perlu bangkit daripada kegagalan yang lepas dan memerlukan usaha yang berterusan tanpa berputus asa.
.
.
Buku ini sangat sesuai dibaca dan diulang pembacaannya kerana buku ini tidak membosankan seolah olah memberi semangat setiap kali pembaca membacanya. Maka dari itu, tahniah diucapkan kepada kedua-dua penulis yang cukup hebat iaitu Ustaz @dwi_suwiknyo dan Ustaz @addien90 atas penghasilan buku yang menyentuh jiwa saya 😊Terima kasih 🌹

4.8⭐
Profile Image for Safa Safwan.
99 reviews26 followers
August 13, 2021
Permulaan buku ini bagi Kak RM agak klise; perihal putus cinta dan patah hati– memahami hal hati dan perasaan, kekecewaan etc. Tetapi disebabkan gaya bahasa yang mudah faham serta ada selingan halaman berwarna, ruang inspirasi hati serta ruangan refleksi di setiap penghujung bab, Kak RM akur untuk melekat dengan buku ini sehingga ke bab yang terakhir untuk melihat bagaimana dua orang penulis ini menterjemahkan setiap bab dalam daftar isi.

Berbaloi!. Nak tahu kenapa? Boleh selak hantaran-hantaran typography yang Kak RM sertakan di atas 👆

Kedua orang penulis buku ini adalah insan yang bergelar ustaz dalam bulatan kehidupan mereka. Seorang dari tanah air kita @addien90 dan seorang lagi dari tanah seberang @dwi_suwiknyo .

Addien begitu terkenal di ruangan twitter dengan dakwah sempoinya kepada golongan remaja-belia, manakala Dwi Suwinkyo pula seorang yang konsisten berdakwah melalui karya-karya memujuk hati dan membangkit khususnya buat pembaca yang datang dari tanah kelahirannya. Ternyata, apabila digabungkan buah fikiran kedua orang ustaz ini dalam satu buku, hasilnya benar-benar lumayan (this book is worth it ✨).

"Hari baru bermula lagi,
Tika itu, hujan sedang turun mencurah bumi,

Burung-burung tak henti berkicauan bertasbih memuji ilahi.

Rahmat Tuhan; jangan pernah berhenti memerhati.

Hari ini kita harus berjanji,
Apapun ujian, apapun cabaran...
Ubah patah hati jadi prestasi!."
Profile Image for Nurulnaziefa_.
69 reviews5 followers
July 27, 2022
Ubah Patah Hati Jadi Prestasi.

“Cintamu terhadap sesuatu membuatmu buta dan tuli.”

“Barangsiapa yang tidak menyayangi maka dia tidak akan disayangi.”

Saya membaca UPHJP terbitan Puteh Press yang diterbitkan buat pertama kali pada 2021 hasil tulisan bersama Addien Abdul Kadir & Dwi Suwiknyo.

Sebuah buku motivasi yang merangkumi isu percintaan, persahabatan & kekeluargaan. Seronok membaca apabila sebuah buku disertakan dengan mutiara kata, hadis dan ayat-ayat Al-Quran yang diselitkan oleh penulis bersama kisah yang dibawa.

Buku ini mengandungi 13 bab. Bab yang paling Saya gemari adalah bab 3, bahagian menilai keadaan mental. Selain itu, antara bahagian yang Saya gemari adalah bahagian renungan yang disediakan oleh penulis pada akhir bab, kisah Salman Al-Farisi, sedekah, menghargai waktu dan juga solat awal waktu.

Waktu, bagaimana mampu kita rasa hidup kita lama sedangkan kita cuma mengambil masa beberapa jam atau mungkin tidak sampai sejam untuk menceritakan kisah kita dari lahir sehingga hari ini.

Untuk siapakah buku ini?
Sejujurnya buku ini sesuai dibaca oleh semua peringkat usia, kerana kita perlu memberi motivasi kepada diri sendiri untuk membantu kita memilih keputusan yang baik.

4.5🌟
Profile Image for fasyamoya.
4 reviews
August 1, 2021
Sejujurnya Fatin jarang baca buku "nonfiksyen" tapi buku ini memang top on my list!

Fatin baca buku ini versi penulis bersama Addien Abdul Kadir. Fatin akan review from penggunaan bahasa, ilustrasi dan mesej yang hendak disampaikan daripada buku ini.

📌Penggunaan bahasa yang mudah untuk difahami oleh setiap lapisan masyarakat kerana tidak terlalu baku dalam penggunaan Bahasa Melayu dan juga ada selitkan beberapa peribahasa.

📌Ilustrasi buku ini penuh dengan warna dan kualiti gambar juga amat baik👍 Takla bosan dan tak rasa berat langsung nak baca buku "self-help" ni. Memang rasa seronok sebab setiap page berwarna, dan pendekatan yang menarik seperti buku Ustazah Asma Harun bagi Kembara Menuju Allah.

📌Mesej yang disampaikan buku ini juga jelas. Penulis ada selitkan juga sirah Nabi dan tokoh Islam serta beberapa tokoh lain untuk dijadikan pengajaran dalam hidup.

Overall, this book deserves 100/5.

Kudos to authors
5 reviews
July 23, 2021
Buku yang sesuai untuk semua peringkat umur terutamanya para pelajar sekolah. Topik merangkumi semua aspek kehidupan dan hampir setiap topik mempunyai kisah motivasi Rasulullah SAW, sahabat-sahabat dan petikan ayat Al-Quran yang relevan.

Penyampaian kandungan santai namun secara peribadi saya merasakan terlalu banyak penggunaan kata yang terlalu santai bagaikan sedang membaca status di media sosial.
Profile Image for Shimah.
62 reviews1 follower
July 19, 2021
Saya baca buku latest version by Ustaz Addien & Tuan Dwi Suwiknyo.

It's make sense for me 😭
Bacaan yang ringan tapi menyentuh hati disertakan dengan tindakan untuk refleks diri.

Surely will repeat reading after this.
Profile Image for BookLover8.
76 reviews
March 31, 2023
Sebuah karya yang bagus dan baik, untuk membantu diri ke arah yang lebih lurus. Setelah habis membaca buku ini, saya banyak tersedar dari pelbagai sudut. Alhamdulillah.. terima kasih para penulis, semoga Allah memberi ganjaran kebaikan untuk kalian. Ameen. 😊🤲🏼
Profile Image for Khairunnadia Abdul Suhaimi.
80 reviews
August 2, 2021
Allahu..best sangat baca buku ni, memang terasa disuntik dengan suntikan motivasi oleh orang yang berpengalaman! Yang penting pesanan yang disampaikan terus masuk ke dasar hati.
Profile Image for NatalieMZ.
176 reviews6 followers
November 15, 2022
A book that have interacted with readers. It have list, questionnaire and task that can contribute a lot to readers. Insyaallah, I will reread this book one day.
Profile Image for Fatin Syuhada.
6 reviews1 follower
September 25, 2021
Naskhah ini antara yang wajib dibaca dan dimiliki seorang bibliofilia. Setiap helaian buku ini memberikan satu kesan yang mendalam di kalbu. Setiap kata-kata yang dicoretkan didalam helaian buku ini begitu menyentuh perasaan, memberikan motivasi dan semangat kepada pembacanya.

Selain itu, ianya juga merupakan satu pembacaan yang begitu berbaloi. Buku bergenre non-fiksyen ini memberikan kelainan dan tidak membangkitkan perasaan bosan.

Ubah Patah Hati jadi Prestasi ini merangkumi kesemua aspek kehidupan yang diperlukan seorang hamba (manusia).

Sesungguhnya, fitrah seorang manusia biasa, kita memerlukan manusia lain sebagai penguat semangat dan dorongan untuk terus maju kehadapan seperti keluarga dan teman-teman dan disulami perasaan cinta dari hati.

Jangan biarkan patah hatimu menjadi nanah yang terus membarah, jadikan patah hatimu sebagai lonjakan untuk terus melangkah.
Displaying 1 - 19 of 19 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.