Jump to ratings and reviews
Rate this book

Panahan Cinta Mr Agoraphobia

Rate this book
Pertemuan pertama di antara Thalia Aysara dan CEO Al-Hayyan Group, Tuan Faleeq Al-Hayyan telah mencetuskan salah faham hingga menyebabkan Tuan Faleeq mengelar Thalia pencuri manakala Thalia pula menggelar Tuan Faleeq sebagai penculik.

Walaupun mereka saling bercakaran namun, Tuan Faleeq telah membantu membebaskan Thalia daripada cengkaman Abang Joe, lelaki hidung belang yang beristeri dua.

Kebarakan di kilang Al-Hayyan Group telah menyebabkan Thalia secara tidak sengaja menjadi penyelamat Tuan Faleeq. Dan mereka bertemu semula ketika Thalia menjalani latihan praktikal di Al-Hayyan Group. Kala itu, Tuan Faleeq sedang menghidapi agoraphobia.

Lelaki itu kini sering diserang panik apabila berada di luar rumah dan tidak betah berada di khalayak ramai. Tapi, apabila berada dekat dengan Thalia, dia terlupa dengan penyakitnya itu membuatkan keluarga lelaki itu nekad untuk menjodohkan mereka berdua dengan harapan Tuan Faleeq akan sembuh seperti sediakala,

Termakan budi dengan Tuan Faleeq sekeluarga menyebabkan Thalia rela disatukan dengan lelaki itu. Motif Thalia cuma satu. Mahu Tuan Faleeq sembuh dari penyakit agoraphobia yang dihidapinya.

Bahtera rumah tangga dilayarai dengan rasa gugup dan kekok pada mulanya, tetapi bercambah menjadi hubungan cinta yang mengasyikkan. Bahagia yang terbina diuji saat rahsia silam yang melibatkan dua keluarga ini terbongkar...

855 pages, Paperback

Published May 1, 2018

68 people are currently reading
536 people want to read

About the author

Suri Ryana

9 books386 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
177 (42%)
4 stars
124 (29%)
3 stars
82 (19%)
2 stars
23 (5%)
1 star
15 (3%)
Displaying 1 - 30 of 61 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
May 15, 2018
PANAHAN CINTA MR AGORAPHOBIA
by Suri Ryana

Thalia Aysara, yang masih belajar tapi terpaksa membayar hutang kepada Abang Joe semata-mata ingin membiayai pembedahan ayahnya. Pertemuan dengan Tuan Faleeq, CEO Al-Hayyan Group, dan seterusnya menyelamatkan lelaki itu ketika kilang Al-Hayyan terbakar, merubah segalanya. Tuan Faleeq disahkan menghidap penyakit agoraphobia. Namun, bila Thalia ada penyakitnya seakan sembuh. Disebabkan itu, mama Faleeq meminta Thalia berkahwin dengan Tuan Faleeq. Maka, bermulalah misi untuk menyembuhkan Tuan Faleeq.

Mula2 baca saya kira boleh masuk la buku ni. Jalan cerita ok, watak pun tak la annoying sangat, ada pun Thalia ni la yang kejap mulut lepas, pastu blushing berdebar tak abis. Tapi boleh terima lagi la. Tuan Faleeq pun jenis sejuk beku n penuh ayat sinis sarcastic je.

Tapi, makin lama makin meleret pulak baca. Part awal2 tu ok lagi, konflik dengan Abang Joe yang dah berbini 2 tapi nak Thalia jadi no 3 kalo tak bayar hutang dia. N, konflik dengan Dr Alif, pensyarah Thalia yang selalu marah2. Bila da start praktikal dekat Al-Hayyan, macam tak de keje lak Thalia ni. Asyik kena mengadap Faleeq je keje dia. Tak pun, Datin Sofia..amboi, free sangat nampak, tau la praktikal je...

Lepas tu part meminang je pun dah makan beberapa bab, belum masuk part setuju nak kawen tu. Nak ajak dating pun kemain lama, sebelum pegi aussie tu.. katanya flight 3 hari lagi, tapi dah macam berhari2 pulak.. siap buat besday parti tuk Thalia lagi, dating dengan Tuan Faleeq tak jadi gak. Jenuh jugak tunggu. Ke saya jenis pembaca yang tak sabar? hahah

Saya teruskan jugak baca sebab nak tau apa konflik antara dua famili yang ditulis kat belakang buku tu. Pages 800++ baru keluar.. so memang kejap je la settle, tak de la isu sangat pun.. klise je. Mungkin la membuka luka lama tapi sebab kejap tak la feel. Nasib baik tak ade adengan lari2 4,5 taun baru jumpa balik.

Secara peribadi, dulu saya suka dengan gaya tulisan kak Suri sebab ayat dia santai dan tak berbelit. Tapi yang ni terasa lain pulak sebab macam baca diari je, tak macam sudut penceritaan. Mungkin sebab pov 1, tapi tu la.. macam kurang feel. Actually cite ni santai je, tak la serabut dengan plot n watak2 annoying yang banyak kerenah sume tu. Ade pun Hanee ngan abang Joe tu je la, tapi part diorg sikit je, kalau diperbanyakkan mungkin boleh potong part yang meleret tu. So, mungkin eksited sikit nak baca, pada saya la.

Apapun, tahniah kak Suri!

* rating : 3.6*
Profile Image for sooa.
64 reviews4 followers
October 16, 2024
rasa macam baca diari orang hahah cringeeee yakwohh😭 geli geleman satu badan aku part hujung hujung tu haha tapi faham je kak suri punya sweet tu caner
Profile Image for Madam Lola.
213 reviews37 followers
June 3, 2018
Honestly, ML tak suka. Ketebalan novel ini hanya menjanjikan berat diusung ke hulu ke hilir. Awal cerita memang bagus... perkenalan dan pertemuan antara Thalia dn Faleeq berlaku dlm suasana yg normal.. marah-marah sayang gitu.

Namun, cerita ini menjadi semakin meleret. Sampaikan ML rasa... cerita ni mesti x der konflik ni.. sikit lg dah nak habis tapi still tak ada apa-apa.

Watak Hanee.. bagi ML perlu dikembangkan lagi.. eh.. mana janji dia nak pastikan Faleeq dan Thalia tak bahagia? Macam tak ada apa-apa jer...mungkin sebab nak bagi peluang pada Abang Joe untuk terus jahat?

Rasa nak hantuk kepala kat dinding pula .... pertengahan meleret.. konfliknyer macam senafas jer.. dan dah ending.. come on suri... what happen to you...????
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
April 3, 2019
2 1/2**

Ada yang kurang berbanding dengan karya penulis sebelum ini.
Atau...
Hanya saya yang rasa sedikit bosan tatkala menekuni naskhah ini???
.
.
.
.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
January 5, 2019
redha je walaupun ada sedikit mukasurat missing dan ada yang berdouble. tak cacatkan pembacaan. silap sendiri, tak check mukasurat buku. agoraphobia, panik bila berada di tempat terbuka ya? pemahaman akak begitulah dari perjalanan kisah ni. seseorang yang ada penyakit ini akan perlu ada seorang yang dia rasa selamat untuk berada di sampingnya.

faleeq, diselamatkan oleh thalia dalam satu kejadian kebakaran kilangnya. tapi sebelum itu mereka memang sudah bertemu bila thalia menyilap masuk sewaktu dikejar joe yang menuntut dirinya sebagai ganti hutang.

thalia aysara tak tahu pun yang faleeq seorang agoraphobia . rahsia pecah bila dia lapor diri untuk menjalani praktikal di syarikat faleeq. waktu itu dia nak tahu sangat mana hilangnya faleeq. menceroboh jugak ya thalia. hehe... cuma kehadiran thalia buat mak ayah dan doktor faleeq sedar sesuatu, faleeq jadi normal bila thalia ada!

haa... berikutan itulah datin sofia minta thalia berjanji akan lakukan apa saja untuk menyembuhkan anaknya. dan thalia sendiri tak menjangkakan rupanya janji itu turut mengheret dia supaya berkahwin dengan faleeq. tapi, hati lembutnya mengiakan. memang dia sendiri mahu membantu dalam proses penyembuhan faleeq.

perjalanan cerita agak menarik oleh puan penulis Suri Ryana. banyak perkara baru yang akak tahu tentang salah satu penyakit tekanan ini. mereka ini bukan saja-saja ya nak panik semacam. bersebab dan tak dapat nak dikawal. kekuatan diri dan sokongan kuat dari orang keliling sangat mainkan peranan. seksa bila ada sakit macam ni, nak berhadapan dengan ramai orang rasa ancaman bahaya je untuk diri dia.

pastinya tentang jodohpun, tak siapa boleh lari dan tentukan dirinya dengan siapa. saling melengkapi, itu yang utama. semua manusia tak sempurna tapi kesempurnaan dalam rumah tangga boleh dikecapi bila kejujuran dan persefahaman itu ada. macam kes kanggaru juga. di isteri takut, takkan suami pun sama larikan diri? hehe.. ada kisah dalam novel ni. haa.. yang terakhir, apa yang dilihat, tak semestinya itu kisahnya. dengar penjelasan lebih baik dari buat tuduhan yang akhirnya merugikan diri sendiri...
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
August 18, 2018
Tak berapa nak masuk dengan cerita ni selain tentang agrophobia Faleeq. Saya lebih suka Kimchi dan Klik.
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
September 11, 2022
Meleret cerita yang tah hape hape.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
October 4, 2018
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM18. Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

It was good enough for the most part. Tapi N rasa after awhile, cerita ni dah jadik agak monotonous, especially all the scenes dekat Australia and after Australia.

Thalia and Faleeq memang ada chemistry and I do love them together. Tapi entahlah, bila dorang dah kahwin, the spark tu macam sedikit pudar.

Is it my favorite from Suri Ryana? Maybe not, it was still enjoyable as a whole. Maybe kalau cerita tu tak sepanjang ini, I would have enjoyed it more because at times N rasa macam agak draggy.

Profile Image for addreads.
284 reviews25 followers
December 13, 2022
Thalia Aysara & Faleeq Al-Hayyan, first time jumpa Thalia dituduh jadi pencuri & Faleeq penculik? kenapa tu?😂then, second time jumpa pulak Thalia jadi hero kepada Faleeq sebab ada kebakaran di kilang & Thalia selamatkan Faleeq🥺

Ingatkan tak jumpa dah, tapi jumpa balik sebab Thalia intern kat company Faleeq😙ykw, kebakaran tu rupanya mengakibatkan Faleeq menghidapi Agoraphobia (panick attack di luar rumah & cannot stay tempat ramai orang)😞Well, bila dekat dengan Thalia macam tak sakit pulak Tuan Faleeq ni😏haaa start here cerita makin menarik and korang akan sengih guling-guling jatuh katil HAHAHA (ni Ad)🙈

"𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐥𝐞𝐞𝐪, 𝐡𝐞𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐲𝐨𝐮 𝐢𝐬 𝐦𝐲 𝐩𝐫𝐢𝐨𝐫𝐢𝐭𝐲."

"𝐞𝐯𝐞𝐫𝐲𝐛𝐨𝐝𝐲 𝐡𝐚𝐬 𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐝𝐢𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧, 𝐒𝐚𝐫𝐚. 𝐦𝐢𝐧𝐞 𝐣𝐮𝐬𝐭 𝐡𝐚𝐩𝐩𝐞𝐧 𝐭𝐨 𝐛𝐞 𝐲𝐨𝐮."

hormat orang single boleh tak awak berdua ni eii😫Faleeq ni nuckal+romantik+can cook+loyal= jodoh Ad eh🤣okay why Ad reread? sebab best Ad reread🙈this book memang Ad takkan bosan suggest😋kalaulah Ad ada power boleh duplicate buku ni banyak-banyak memang lama Ad bagi dekat sesiapa yg takde lagi tau🤭memang tersengih macam chat dengan bf, eh yeke? ha siapa ada bf je yg tau kan🥹ha baca tau mana yg ada tu😍selamat cari, beli, baca🤍
Profile Image for noveeechim.
37 reviews1 follower
September 10, 2022
yay tamat!
cerita ni cliche. memang tepat sangat utk korang yang nak mood yang simple2/blushing2/santai2 gitu sebab konflik pun tak ada la berat 1kg sangat. cukup 100gm je. eh rasanya tak ada konflik pun 🤣🤧. kisah CEO-pekerja praktikal biasa. haa gitu. faleeq tu dingin beku cam ais batu tapi bila dh luahkan perasaan kat aysara nah kauuu. dari harimau bintang terus tukar ke kucing miaw miaw terpaling manja & clingy di dunia agagagaga. tapi mungkin mood aku membaca agak kurang and aku nak habiskan buku ni cepat sebab ni orang punya hehe so maybe aku banyak skip part ending. cukup aku tau ending di guane andd yaa itulah dia. tapi jgn kecam tau :"(( since orang byk letak buku ni rating tinggi. hehe tapi 100% recommended for those yg suka genre romance yg boleh bawa ke kayangan ni k <3. thanks alot ^-^
Profile Image for Wan rohani harun.
180 reviews6 followers
February 23, 2019
(edited)1.5 stars. The story was quite long. Could have ended at 500 pages but instead it dragged on until 800++ .... I picked up this book because of pengantin musim salju. I guess the previous book was better. Faleeq was too perfect, when there is no such thing as a perfect man. Maybe I haven't moved on from the book - devil's daughter but then that was queen of historical romance, why am i comparing these two authors? Sigh... I feel reading slump mood coming...
Profile Image for Jessica.
171 reviews
April 18, 2020
2020 #2

Novel kedua habis time PKP ni. Hahahaah...

Kak Suri antara my favourite novelis. Macam biasa jugak Kak Suri punya hero so sweet.

Tuan Faleeq ada Agoraphobia selepas trauma dalam kebakaran kilang sos. Thalia dengan Faleeq ni macam anjing dan kucing. Thalia kuat melawan walaupun gugup. Faleeq pulak boleh tahan buruk sangka dengan Thalia ni.

Sebabkan Thalia ni adalah 'safe person' to Faleeq, mama Faleeq pon kahwinkan. Biasalah dalam hubungan cinta ada langau. Langaunya Hanee yang sukakan Faleeq. Dia fitnahlah hantar mesej kat Faleeq sampailaa Faleeq dingin dengan Thalia.

But then selesai. Masalah Abang Joe & kisah silam lama pulak datang. Tapi as always their relationship sweet.

Tapi kali ni macam sekejap jek scene romantic antara Thalia & Faleeq. Banyak bergaduh jek penat pulak baca. Hahahaha...

Apa pon still menghiburkan dan tidaklah bosan ke apa. Hehehe... i like!
Profile Image for CrystalGrey.
144 reviews15 followers
May 30, 2018
kali ni buku lebih intipati and lebih sweet
242 reviews11 followers
September 6, 2018
Best.. Thalia berusaha menyembuhkan penyakit faleeq yg terkena agoraphobia. Macam ni rupanya sesiapa Yang menyakitkan agoraphobia. Ilmu baru ni..
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
June 11, 2022
Lori gula baru lepas tumpah…omaigodd…sweet… skali imbas looks like typical boss besor jatuh hati kat pekerja.. tp susunan cerita tu best sgt…before kawen bukan main masing2 knon kata xde perasaan…yg sorg konon terhutang budi and sedia mmbantu…yg lagi sorg dok la push ckp die tak sempurna..pilih la bff die…tp bila dah lepas kahwin..after sesi luahan perasaan…hamik….sweet tak hingat…
Such a sweet love story la..mmg enjoy…
Profile Image for Limaukasturi.
54 reviews1 follower
June 19, 2018
Kerana cinta manusia sanggup lakukan apa aje untuk melihat orang dicintainya tu sihat dan bahagia
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews107 followers
May 14, 2018
Walaupun kisah pertemuan dan perkenalan Tuan Faleeq dan Thalia berpanjangan, tapi aku tak rasa meleret. Sebab aku suka. Sweet-sweet gitu. Haha. Di saat Masing-masing cuba menafikan perasaan yang mula hadir dalam hati.

Bila dah kahwin, sweet bertambah-tambah jadinya. Sweet yang menarik. Biasalah. Bila hubungan dah halal, segala kelakuan juga dihalalkan. Haha.

Watak antagonist aku paling sakit hati adalah Hanee. Perempuan gedik yang beriya nak kan Tuan Faleeq. Membayangkan kegedikan dia, rasa nak bagi penampar. Eh pantanglah perempuan seksi dan gedik ni. Eh, emo pulak dah. Haha.

Aku suka dengan watak sampingan Adib selaku pembantu peribadi Tuan Faleeq. Watak bersahaja dan memberi sindrom lawak dalam novel ni.

Overall, pada mulanya aku rasa novel ni tak meleret. Tapi bila dah kahwin, rasa macam meleret pulak. Mungkin bab ayat manis terlalu banyak kot 😅

Review penuh nanti aku up dalam blog :)
Profile Image for Rinna MY.
114 reviews12 followers
May 15, 2018
Best..tak pernah mengecewakan..
Faleeq memula ego, sombong..tapi very the love dovey sgt bila ngan thalia dan protective sgt walaupun ada penyakit agrophibia..
Profile Image for fatin.
197 reviews3 followers
November 28, 2023
cerita ini cerita cliche cuma ada tekan issue mental health macam anxiety disorder even sikit je. Tbh kan, aku enjoy buku ini hahahahha mungkin sebab thalia ini ada kelakarnya 😭 cuma itulah aku geram bila diorang asyik salah faham and jealous melampau like SPEAK LAH NGOK. plot twist tak terkejut sangat.. sebab aku asyik fokus apalah akan jadi tapi sekali biasa je. kesian dr alif tapi dia ini pun satu, tunggu tiga tahun baru nak cakap suka member, geram jelah aku. itu kalau dengan didie eh? menjadi juga 😚

boring sikit but overall not really cringe 💕
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews6 followers
July 6, 2018
ketebalan buku ni dengan isi di dalamnya tak bgitu memuaskan hati aku sangat.
Profile Image for Lola.
104 reviews17 followers
July 9, 2022
。*♡ 𝕄𝕪 𝕥𝕙𝕠𝕦𝕘𝕙𝕥𝕤 。*♡

•First of all, I just want to say that this is one of MY FAV BOOK EVER! I don't care if you want to say this book is cliche or what, I don't care. I just love this book so much. ❤️😭😭😭

•Knapa xde org pun hasut kita beli buku ni before? Like this book such an UNDERRATED BOOK that everyone should read! Nasib baik kita terfikir nak beli buku ni dekat Popular haritu & sememangnya ini adalah pilihan yg sangatlah tepat lagikan benar. 🥺😭😭😭

•Dah la buku ni 𝐞𝐧𝐞𝐦𝐢𝐞𝐬 𝐭𝐨 𝐥𝐨𝐯𝐞𝐫!!!! which is my fav trope ever! From hate to love, OMG this book really makes me blushing like crazy. Siapa nak blushing & sengih sampai ke bulan pleaselah baca buku ni please. ❤️😭😭 My jaw dislocated you know sbb senyum mcm org gila. Srs masa baca buku ni kita meroyan. Dh mcm ape. 🤣🤣

•Lepastu humor dalam buku ni pun membuatkan kita gelak mcm org gila. Kita suka gila POV Thalia sbb dia ni easy going, funny orangnya. Ade je la lawaknya di situ. Sabo jela. 🤣

•Next, kita suka tau baca buku yg mengetengahkan sesuatu isu. Like this book, dia mengetengahkan pasal Agoraphobia which is one of the phobia. Banyak info berkaitan penyakit ni dlm buku and I like it!

•The male lead: 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗙𝗮𝗹𝗲𝗲𝗾 𝗔𝗹-𝗛𝗮𝘆𝘆𝗮𝗻
Dengar nama je pun dah boleh gugur jantung apatah lagi baca buku ni kan. Boleh tercabut terus jantung kita. Nasib hidup lagi. 🤣🤧 At first mcm biasalah dia ni cold, ego tak nak mengaku konon suka si Thalia tu. Last ii he, fell harder.🤧 HSHSHSHSHSHSH.Lupa nk bgtau dia ni CEO tau. Jgn main ii. 😜 If you're looking CEO vibes kind of book, please beli buku ni. Best gila weyyyyyy. 🥺❤️😭😭😭💯

"𝘐 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘣𝘦𝘦𝘯 𝘸𝘢𝘭𝘬𝘪𝘯𝘨 𝘢𝘭𝘰𝘯𝘦, 𝘚𝘢𝘳𝘢. 𝘜𝘯𝘵𝘪𝘭 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘯𝘵 𝘺𝘰𝘶 𝘵𝘰 𝘸𝘢𝘭𝘬 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘮𝘦. 𝘍𝘳𝘰𝘮 𝘯𝘰𝘸 𝘰𝘯, 𝘱𝘭𝘦𝘢𝘴𝘦 𝘸𝘢𝘭𝘬 𝘣𝘦𝘴𝘪𝘥𝘦𝘴 𝘮𝘦 𝘢𝘯𝘥 𝘩𝘰𝘭𝘥 𝘮𝘺 𝘩𝘢𝘯𝘥 𝘵𝘩𝘳𝘰𝘶𝘨𝘩 𝘵𝘩𝘦 𝘨𝘰𝘰𝘥 𝘵𝘪𝘮𝘦𝘴 𝘢𝘯𝘥 𝘵𝘩𝘦 𝘣𝘢𝘥. 𝘠𝘰𝘶'𝘳𝘦 𝘮𝘺 𝘴𝘵𝘳𝘦𝘯𝘨𝘵𝘩" -Faleeq

•Lagi ii Thalia dgn Faleeq ni bercinta lepas kahwin pulaktu. Halal love gitu. Ya Allah sweet dia kan smpai boleh potong kaki tau tak. Diorg cute gila lepas kahwin. Like, perfectly match together😭💯 It reminds me of one of the cdrama which is (once we get married).

•Srs sayang gila nak habiskan buku ni. 😭 Kenapa lah buku ni 800+ pages je. Ini tidak mencukupi! I need more! 😩 Klau ada 1000 ke,even 2000 pages pun kita sanggup baca lah. Ehhh. 😂🤭 (Bnyk ii nnti dah mcm drama Indo pulak kan) 🤣

•Sebenarnya bnyk lagi nak ckp pasal buku ni tapi rasa mcm dh bnyk je. Hehe. Tak nk ckp bnyk lagi, please please please baca buku ni. This book should be recognized by everyone. Best gila! 🥺❤️😭💯💯

•Sekian, terima kasih kerana sanggup meroyan dengan kita. 😂😂❤️❤️

•Personal rating: 10/5 ⭐
Profile Image for Puteri Nurcahaya.
160 reviews12 followers
June 3, 2018
rate 3.6 stars

at first i tried to read it.. but after a few bab, i stop....and sambung baca kelmarin...awal2 plot the story menarik, and membuatkan kita nak baca lagi. And after that, jd mcm pelik, mayb sebab ni 1st time baca yg heroin suka mengintai. hadoi....

Mcm sebelum2 ni, hero suri ryana, awal2 dia mcm beku, kerek, boo layan, and after lama sikit dia mcm sweet, but bila baca ayat sweet hero ni, sy terbayang mcm ditranslate dr english ke malay. Cara si heroin tafsirkan sweetnya hero tu mcm pelik. My 2 cents la.

But its worth to read! good job writer..
24 reviews1 follower
June 1, 2018
Tak habis baca. Dah jual. Saya baca berdasarkan teaser diberi. Nampak macam best. Terus beli. Entah, kurang berminat atau memang tak berminat nak baca buku novel yang tebal agaknya.
Profile Image for Ixora Riana.
32 reviews
November 16, 2018
Not my cup of tea. Sorry.
.

Novel ni takde konflik sangat pun tapi taktau kenapa tebal. Setakat watak Hanee yang gilakan Faleeq dan tak suka Thalia tu, takde la panjang mana pun isunya. Kisah Thalia yang buat praktikal kat syarikat milik Faleeq. Tapi Thalia dah pernah jumpa Faleeq sebelum ni sebab Faleeq ni kawan baik pada Dr Aliff; pensyarah Thalia. .

Ada satu dua insiden yang terjadi yang mempertemukan Thalia dan Faleeq sebelum Thalia mula buat praktikal tu. Salah satunya scene Thalia selamatkan Faleeq masa kilang terbakar time Thalia kebetulan lalu dekat kilang tu masa nak buat delivery. Sangat tak logik kilang terbakar tapi guard tak perasan. Takde mentioned pasal pekerja kilang tu pun masa tu. Maybe diorang cuti sempena Deepavali kot😂
.

Tak suka watak Thalia ni. Konon jenis lantang bersuara tapi bila depan Faleeq, tergagap-gagap pulak. Suka menjawab depan Dr Aliff. Camni ke attitude pelajar universiti?
.

Sifat ingin tahu Thalia ni kadang agak menjengkelkan jugak. Baru first day masuk praktikal, dah sibuk tanya kak Tim kenapa lif takde button ke tingkat 20. Kenapa staff dilarang naik ke situ. Dah tu sempat lagi naik atas semata² nak siasat sendiri keadaan Tuan Faleeq. Alahai. Yang orang larang tu jugak la yang dia buat.
.

Sebenarnya agak terganggu bila SR ulang perkataan "Demi Allah" tu pada setiap ayatnya hampir setiap chapter. 800 mukasurat, rasanya ada lebih 8 kali jumpa ayat tu. Thalia nak bersumpah kat siapa sebenarnya?🙄 Nak buktikan apa? Faleeq bukan tau pun. Kami pembaca ni tau la awak maksudkan ke tak apa yang awak cakap tu. Jadi tak perlu la setiap kali awak bersumpah cik Thalia oi😂
.

Watak Thalia ni normal lepas dia kawin je. Haha. At least saya tak lagi stress pastu. Tak pasti apa pengajaran boleh disimpulkan dalam novel ni. Maybe jangan jumpa lelaki bukan mahram ditempat sunyi kot (bab 2 ms 11). Dan maybe jangan melawan cakap orang sangat. Tu je yang saya nampak pun. Maaf SR. Bukan nak kutuk novel ni. Saya cuma tak suka watak Thalia je. Dan a few sentences yang asyik guna 'Demi Allah' repeatedly. Ayat tu tak salah. Cuma bila diulang kerap sangat, jadi agak annoying sikit. Itu saja.
.

Berapa ⭐? 🤔 Ermm, saya bagi Bukit Bintang jela😂 Goodreads patut letak 10 bintang supaya senang saya nak rate. Majoriti rating saya cuma 3 bintang sedangkan ada novel yang tak sepatutnya dapat rating tu. Novel ni mungkin dalam kategori 6/10 bintang kot.
Profile Image for yaenareads.
51 reviews1 follower
February 24, 2022
Kisah Thalia Aysara dan Tuan Faleeq Al-Hayyan.

Thalia di akhir semester yang akan menjalani praktikal di salah satu syarikat iaitu di Al-Hayyan Group. Banyak cabaran dia nak masuk praktikal. Salah satunya sebab masalah keluarga dia. Dia student cemerlang, tapi macam mana boleh merosot pula sejak akhir-akhir semester? Ramai lecturer mengadu yang dia ni asyik tidur dalam kelas sampai timbulnya fitnah.

Dr.Aliff sampai ugut si Thalia kalau teruskan perangai macam ni, dia tak akan hantar Thalia praktikal di syarikat Al-Hayyan Group. Thalia terpaksa merayu sebab itu salah satu inisiatif untuk dia bantu masalah keluarga dia.

Keadaan lebih buruk bila Thalia 'keluar mulut harimau, masuk mulut buaya.' Aduh! Tak pasal pengsan pula dekat tempat kejadian.

Start je peristiwa ni memang kelakar. Sebabnya di situlah permulaan kisah Thalia dan Tuan Faleeq. Memang tak sebulu dari awal. Dua-dua tak nak kalah. Hello? Siapa je nak kalah. Lagi-lagi perempuan. Apa-apa memang perempuan je betul. 😂

Kalau Tuan Faleeq buat Thalia, jangan ingat dia nak duduk diam. Memang ada aja akalnya nak kenakan orang balik.

Sehingga lah dalam satu peristiwa yang membuatkan Tuan Faleeq trauma, yang sentiasa di serang panik bila berada di tempat ramai orang. Masalahnya, nak keluar rumah pun kena berteman. Sampai pelik Thalia jadinya. Kalau dengan dia, tak payah dijemput, boleh aja cari sampai ke rumah sebelah siap ketuk pintu macam nak roboh lagi!

Dan di mana peristiwa ini yang menjadi takdir bahawa Thalia yang menjadi penyelamat Tuan Faleeq.

Gadis yang sangat mencuit hati aku sebenarnya. Lebih-lebih lagi masa dia curi IC Tuan Faleeq. Hahaha cute sangat!

Bagi aku, cerita ni sangaaattt best! Speechless nak describe macam mana rasa masa baca. Yang aku tahu, aku tak menyesal grab novel ni. Dan puas sebab dapat meroyan. HAHAHAHA

"𝘛𝘢𝘬𝘦 𝘮𝘺 𝘩𝘢𝘯𝘥, 𝘸𝘦 𝘸𝘪𝘭𝘭 𝘨𝘰 𝘵𝘩𝘳𝘰𝘶𝘨𝘩 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘵𝘰𝘨𝘦𝘵𝘩𝘦𝘳." -𝘈𝘺𝘴𝘢𝘳a

Paling emosional sebab Thalia ialah 'safe place' Tuan Faleeq. Arrghhh rasa macam.. Aaaaa🥺🥺🥺

Ada sedikit kurang bagi aku bila nak masuk part peleraian, di mana aku rasa rahsia yang nak dibongkar terlalu dilambat-lambatkan. Tapi aku still bagi 5/5🌟 sebab cerita ni memang tak nak bagi aku tidur dan makan😂 asyik terkenang-kenang je peristiwa dalam novel ni.

"𝘠𝘰𝘶'𝘳𝘦 𝘴𝘵𝘳𝘰𝘯𝘨. 𝘠𝘰𝘶 𝘴𝘩𝘰𝘶𝘭𝘥 𝘣𝘦 𝘱𝘳𝘰𝘶𝘥 𝘰𝘧 𝘺𝘰𝘶𝘳𝘴𝘦𝘭𝘧." -𝘈𝘺𝘴𝘢𝘳𝘢
"𝘉𝘶𝘵 𝘐 𝘧𝘦𝘦𝘭 𝘴𝘵𝘳𝘰𝘯𝘨𝘦𝘳 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘺𝘰𝘶 𝘣𝘺 𝘮𝘺 𝘴𝘪𝘥𝘦." -𝘛𝘶𝘢𝘯 𝘍𝘢𝘭𝘦𝘦𝘲
Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
January 21, 2022
3.5/5

expected plot twist.

no hate to the authors. i love books like this, sunshine and grumpy trope. i love every damn characters in this books. masa dorang kat australia, i dont feel the spark, entahla tapi i do love them. i dont feel the feelings that sara felt when faleeq kena tikam, i tak nangis, and im personally someone yang cepat nangis. the time skip too. macam ada ruangan kosong, supposedly for me bila time skip, tak rasa macam ketinggalan sesuatu tau. but this one rasa macam, something is missing.

Tuan Faleeq is so sweet in his way. i love every nicknames he gave to sara and how he senyum senget. ugh in love teruks, but dr aliff. he gives me a whole damn zoo in my stomach. yaallah 💍💍💍💍💍 jom kawen pls. he literally so sweet even at first cam grumpy gila minta kena pijak. ALSO HANEE!!! apa cerita dengan dia 😫😫😫 itu lagi ruangan kosong tak dapat diisi. she warned sara macam macam tapi??? cakap kosong je rupanya??? punyalah fikir ingatkan dia berganding bahu with abang joe, dahnya tak pun. also pembantu rumah tuan faleeq awal awal tu. lah diam macam tu je, macam tak pernah wujud. one characters yang hilang gitu je. ok tu je bye
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Liya71.
111 reviews14 followers
August 29, 2018
awas spoiler:

Kisah Thalia yang merupakan seorang pelajar di kolej yang dah tiada ibu. ibunya meninggal sewaktu dia masih kecil. Dia mempunyai seorang adik dan mereka dibesarkan oleh ayah yang bekerja biasa sahaja. Thalia mengalami kesulitan apabila ayahnya terpaksa meminjam wang dari Abang Joe, seorang peniaga kedai runcit untuk membiayai kos perubatan sakit jantung ayahnya.
Maka bermulalah episod, Thalia terpaksa bekerja sambil belajar, dan kepenatan dalam kelas. Suatu hari, ketika dia hendak keluar bekerja, shift malam, dia telah dikejar Abang Joe yang menuntutnya membayar keseluruhan wang pinjaman sebanyak 15ribu. Dia lari menyelamatkan diri di dalam sebuah kilang milik al-Hayyan, tanpa dia sedari. Ketika itu ada beberapa orang pekerja yang sedang bekerja memunggah barang, mujur mereka tidak perasan, tetapi Abang Joe sengaja memprovoke pekerja tersebut, namun tidak berjaya, Abang Joe mengugut ayah Thalia untuk membayar pinjaman, dengan mengahwini Tahlia sebagai isteri ke 3, tetapi Thalia, mesti lah tak mahu.

Tak lama selepas itu, kebetulan rakan sekerja part time Thalia tidak dapat datang, jadi Tahlia terpaksa menggantinya untuk membuat penghantaran makanan. Ketika melalui suatu jalan sunyi di sebalik kilang-kilang, Tahlia ternampak asap berkepul2 dan kebakaran berlaku di kilang al-Hayyan, tetapi tiada sesiapa yang berada di situ, kecuali sebuah kereta mewah. Tanpa berfikir panjang, Tahlia masuk ke dalam dan ternampak seorang lelaki di dalam bilik kerja sedang berdiri kaku tidak bergerak. Apalagi Thalia terus menerpa kearahnyaa dan menariknya sekuat hati, sebelum bilik tersebut meletup. Dia berjaya menyelamatkan Tuan Faleeq.

Semenjak itu Tuan Faleeq mengalami agoraphobia dan tidak keluar selama 3 bulan. Tahlia pula mendapat tawaran menjadi intern di al-Hayyan group. Bermulalah kisah Tahlia-Faleeq yang sweet dan main tarik tali terutama ketika Faleeq dapat mengatasi penyakitnya apabila di sisi Thalia. Faleeq apabila mengetahui tentang kesusahan Tahlia, dia terus menebus duit pinjaman dari Abang Joe tersebut, tetapi Abang Joe tetap berdendam hingga ke akhir.

Rating saya: **** (4 bintang) sebab kat hujung ada meleret2 sweet meweet gula tumpah banyak sangat,,,,,,, satu bintang reserve akibat kesweetan melampau.. haha
Profile Image for Rina~.
272 reviews9 followers
February 16, 2022
I really wish to give this book 4 ⭐ but the fact that the whole sickness/disorder was only used as a plot in the story and not used it as an opportunity to write and share knowledge to us was such a waste of the 800+ pages I read. I wish we have read from his perspective and I know I can cry my eyes out if we have known how he felt at those critical moments. Agoraphobia is an anxiety disorder that was foreign to me and reading this book surely didn't help and was only using it to get the two characters together which makes me sad. The book was so damn long and I was annoyed at how fast the last conflict between Faleeq and Aysara was resolved. Like what?? He saved her and then a few paragraphs of explaination on what happen was enough?? TF?? I ALMOST HATED THE BOOK and boi was the ending disappointing. NO. I know the book was only written for the cutesy moments but damn it makes me mad cuz I read way to many international books (romance books) that handle mental health in their books way better.

I thought I wanna keep the book but NOPE, its going into the donation box.
Displaying 1 - 30 of 61 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.