Dalam satu kejadian tersilap masuk bilik hotel, telah menemukan Fieza Eviena dan Raja Irwan Afenddi. Eviena telah menyangka, dirinya telah dinodai oleh Raja Irwan Afenddi atau lebih gemar digelar sebagai Raja Ferdy.
Bermula dari situ, Fieza Eviena mula memburu Raja Ferdy untuk memperisterikannya. Namun Raja Ferdy adalah anak pemilik syarikat penerbitan terkenal dan berpengaruh. Mana mungkin dia sudi menjadikan Eviena, sebagai bakal isterinya.
Kerana satu insiden, Fieza Eviena muncul di sidang media dan mengaku di hadapan wartawan yang mereka akan berkahwin tidak lama sahaja lagi, membuatkan Raja Ferdy semakin berdendam. Rancangan untuk menganiayai Eviena mula dirangka.
Rancangan bermula apabila Raja Ferdy berpura-pura mahu memperisterikan Fieza Eviena dan mengajak gadis itu bercuti di sebuah kapal persiaran mewah. Dia merancang mahu meninggalkan Fieza Eviena di tengah lautan dengan memberikan minuman supaya Fieza Eviena pengsan. Lalu gadis itu dialihkan ke dalam sebuah bot di tengah lautan itu. Malangnya, sewaktu Raja Ferdy ingin kembali ke kapalnya, dia juga turut ditinggalkan kapal persiaran itu atas arahan seseorang.
“Saya bakal isteri Tuan Raja Irwan Afenddi. Kami akan melangsungkan pernikahan tidak lama sahaja lagi, insyaALLAH. Doakan semuanya berjalan dengan lancar ya.” ~ Fieza Eviena ~
“Ini yang kau nak sangatkan? Jadi terkenal. Dapat perhatian. Sekarang senyumlah depan kamera. Kenapa buat muka macam tikus nampak kucing.” ~ Raja Ferdy ~
Adakah Fieza Eviena berjaya membuatkan Raja Ferdy menikahinya? Bagaimanakah penerimaan Raja Ferdy terhadap wanita itu?
Saya beri 5* atas lawak2 dia dari awal hingga akhir. But just 3* untuk jalan cerita.
Ini mmg romantic comedy. Dua2 watak mcm cartoon. Mula2 tu nampak mcm ok. Org kaya yg angkuh jumpa dengan gadis serba kekurangan. Plan nak menculik dan menganiayai Evie akhirnya bawa pada Evie dan juga pada diri sendiri. Di tinggalkan di tengah2 lautan. Orang suruhan berpatah arang dari awal
Detik tu rasa macam kurang gagah watak hero lelaki. Saya rasa mcm lembik dan bengap akan basic survival totally dependant on Evie. Dari sini cinta mula berputik hinggalah masuk alam perkahwinan. Sadistic betul heronya. Adoi..ego sungguh.
Tapi endingnya..alahai macam orang tak cukup umur. Seriously, walaupun kelakar, watak2 dlm ni mcm terencat sikit.
Fieza Eviena Dan Raja Ferdy ..dua insan berbeza darjat .Fieza Eviena anak yatim piatu yang miskin dna Raja Ferdy anak orang kaya yang memiliki syarikat penerbitan.Kisah mereka dari jalan raya hingga ke bilik hotel...
Semuanya kerana salah faham tauke cina yang menjaga hotel bajet...namun demi menyelamatkan diri ..Raja Ferdy dituduh telah merampas kesucian Vie...namun tindakan Raja Ferdy yang tidak mahu bertanggungjawab membuatkan Vie berusaha supaya dia dapat berkhawin dengan ferdy...
Semuanya sudah dirancang....rancangan untuk meninggalkan vie ditengah lautan menjadi mimpi ngeri buat ferdy dan membuatkan ferdy jatuh cinta terhadap vie...dan akhirnya mengambil keputusan berkahwin dengan vie,,,
Namun perkahwinan itu bukanlah sebahagia yang vie harapkan....atas desakan bapa mentua dia dilayan sangat teruk..bahkan orang gaji pun dilayan lebih baik....huhu...(**macam mau hempas jak kepala si Raja Ferdy....)
Cinta Tak Sengaja membawa pembaca menyelami hubungan antara Fieza Eviena, seorang wanita yang berdepan pelbagai cabaran hidup dan Raja Ferdy, lelaki serba sempurna yang hadir dengan dunianya tersendiri. Novel ini mengangkat tema percintaan antara dua darjat.
Namun begitu, keseluruhan penceritaan dan unsur humornya terasa sedikit mendatar mungkin kerana saya pernah membaca karya Siti Nur Dhuha yang lebih kuat dari segi emosi dan dinamika watak. Malah, alur ceritanya juga tidak banyak berbeza daripada karya beliau yang terdahulu, menjadikan sesetengah perkembangan plot mudah dijangka. Justeru, menguruskan jangkaan sebagai pembaca adalah penting ketika membaca novel ini.
Walau bagaimanapun, ada satu pengajaran besar yang boleh diambil: jangan mudah meremehkan atau memperlekehkan orang lain, kerana kata-kata yang kita lontarkan mungkin kembali kepada diri kita sendiri.
Awal2 ok tapi in the middle dah less interested biasalah meleret2 then penutup dia rasa macam rushing, if leretkan ending lagi better. Serabut sikit and biasalah karya siti nur dhuha mmg semacam awkward 😅 lawak dialog tu mcm try hard. Overall for me novel ni mcm terlalu draggy tapi feeling nk habiskan baca tu mcm slow and pening sikit. Novel ni nak ketengahkan fasal darjat dan islamic practices, org kaya biasalah xkuat agama, kaki enjoy and yg miskin pula sentiasa berpegang pd agama.