Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tentang Cinta

Rate this book
“JIKA TEPAT MASA, KETIKA, KEADAAN DAN SIAPA, CINTA ADALAH KUASA LUAR BIASA YANG TIADA BANDINGNYA” - Pahrol Mohd Juoi-

TENTANG CINTA membawa tafsiran dan persepsi baru mengenai topik yang paling menarik minat para remaja sejak zaman-berzaman. Ia akan menjawab persoalan: Apa sebenarnya yang dikatakan cinta?, Siapa yang patut dicintai?, Bagaimana kita harus bercinta? Cinta bagaimana yang ada ‘class’? Buat para remaja….Selamilah TENTANG CINTA kerana di situlah indahnya kehidupan. Dan bagi yang pernah frust bercinta, buku ini menawarkan ubatnya!!!

” Rujukan wajib buat remaja, ibubapa atau sesiapa juga yang ingin memahami realiti cinta berteraskan Islam.” - Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

174 pages, Paperback

First published January 1, 2006

18 people are currently reading
210 people want to read

About the author

Pahrol Mohamad Juoi

40 books252 followers
Pahrol Mohamad Juoi memulakan pengajian di sekolah kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh dan kemudian ke sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Jitra, Kedah. Walaupun berkelulusan dalam bidang Teknologi Makanan UiTM, namun sejak 1985 lagi beliau telah bergiat dalam bidang penulisan khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam. Ini dibuktikan dengan komitmennya sebagai wartawan, pengarang dan akhirnya Ketua Pengarang kepada beberapa buah majalah bercorak Islam sejak tahun 1986 hingga 1995.

Pernah menjadi Ko-kaunselor Yayasan Nurul Yaqeen pada tahun 1997/98, namun minat sebenarnya tetap dengan bidang penulisan. Sejak itu hingga kini, komitmennya dalam penulisan diteruskan dengan menjadi kolumnis kepada beberapa buah majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Falsafah, Minda, majalah I dan Anis.

Selain itu juga beliau aktif menulis lirik-lirik nasyid bagi kumpulan nasyid Tanah Air seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, UNIC, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain. Antara lirik nasyidnya yang popular ialah Sumayyah, Suci Sekeping Hati, Mendamba Kasih, Siti Khadijah, Cinta Zainab, Setanggi Kasih, Zinnirah, Umar Al Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Ratu Syahadah dan lain-lain lagi. Beliau juga menghasilkan skrip bagi rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO). Menjadi Pengacara dalam rancangan Islam di RTM.

Kini beliau adalah Pengarah dan Penyelidikan Modul merangkap Pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding dan latihan yang terlibat dalam program latihan bagi agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan syarikat-syarikat swasta. Pengalamannya menjelajah negara-negara ASEAN, Uzbekistan, Pakistan, Turki, Jepun, China, Jordan dan Mesir menambah kematangannya dalam bidang penulisan dan latihan.

Hingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku dari pelbagai genre penulisan. Antaranya: Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi Sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan kesannya terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir. Terkini, beliau juga adalah ketua editor majalah SOLUSI keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
139 (49%)
4 stars
95 (34%)
3 stars
35 (12%)
2 stars
8 (2%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for hakim.
26 reviews2 followers
January 28, 2010
Erm...tentang cinta. Mula membacanya lebih setahun yang lalu. Namun, tidak sehingga penghujungnya. Kemudian membeleknya kembali tika waktu2 tertentu apabila hadir suatu perasaan 'tentangnya'. Boleh saya jeniskan buku ini sebagai sebuah penulisan berbentuk tasawwuf yang mungkin terkesan daripada pengalaman penulis buku ini sendiri sepanjang perjalanan kehidupannya. Manhaj merenung jauh ke dalam diri sendiri, mengimbau perilaku yang telah dilakukan, meninjau kembali keadaan silam, dalam menuju matlamat yang jelas, buku ini suatu bentuk muhasabah diri, khusus 'tentang cinta'.

Ia membawa pembaca kepada menghayati hakikat kehidupan dan realiti cinta. Saya sangat minat membacanya. Malah akan terus membeleknya tika perasaan 'tentangnya' datang menjelma...
Profile Image for ©athiraheliya.
84 reviews18 followers
May 23, 2012
Memberikan kesedaran kepada saya bahawa CINTA ALLAH ADALAH LEBIH AGUNG dari mencintai cinta yang kerdil. Untuk CINTA itu, perlu ubatkan hati yang sakit dahulu. Secara umumnya, buku ini sangat bermanfaat buat para remaja yang akan/sedang/telah bercinta dan juga buat para ibu bapa dalam menghadapi karenah anak muda pada zaman kini yang lebih mementingkan cinta manusia. Semoga apa yang dipelajari dari buku ini akan memberikan manfaat buat semua.
Profile Image for Hidayah Fauzi.
178 reviews3 followers
October 29, 2022
Buku lama tapi diterbitkan semula bawah JT dan baru baca. Buku yang sangat bagus untuk remaja lebih2 lagi. Tapi sesuai juga untuk pasangan yang baru berkahwin dan sudah bergelar ibubapa yang masih punya anak kecil mahupun anak remaja.

Paling suka bab kepada siapa biasa kita cintao dan ia membawa kepada apa akhirnya :) Banyak tahu benda baru. Terima kasih kepada penulis.
Profile Image for Nadhar.
5 reviews16 followers
January 21, 2012
setiap kali rasa bosan dengan cinta , inilah buku yang mampu membuatkan rasa cinta kepada Ilahi bercambah semula :D
Profile Image for Anthophile &#x1fab4;.
380 reviews7 followers
December 24, 2022
Guys’i’m in love. I fall in love with LOVE and this book about love. Penulisan yg sangat santai,rasa macam “aku ni tengah baca buku non-fiction ke tengah dengar seorang figur ayah yg hebat bijak pandai sedang bercerita dan kongsi pengalaman dan ilmu dia?” I never knew Ust. Pahrol punya penulisan sehebat dan seringkas tapi padat mcm ni. Mesej sampai zupp masuk hati. ♥️

This book is too romantic and precise. Selama 20tahun lebih hidup baru paham apa itu cinta and how to find love. Hebat dan lembut Ust Pahrol ni, mesej tak meleret langsung, tak banyak info,ust lebih kepada nak nasihat and share. Seronok baca,berbunga rasa. Buku ini semua persoalan dlm hidup sy selama ni dan semua telah terjawab, nak tahu psl cinta dan hidup Ust adalah penulis terbaik. Beginner friendly, don’t worry ustaz tak ‘ceramah’, ust share cerita dan ilmu. Marilah kita nikmati bersama Tentang Cinta ♥️
________________________
Ada apa pada cinta sehingga sanggup ramai melanggar perintah Allah menidakkan fitrah dan menghina diri hanya utk cinta? No, bukan ada apa pd cinta, tp apa tujuan bercinta sebenarnya? Mengapa remaja sinonim dgn cinta? Cinta, fitrah, hijab, pasangan, agama dan masa remaja boleh menjadi fitnah hanya kerana cinta. Cara nak bercinta dlm islam mcm mana? Couple sebenarnya boleh dalam islam? Kenapa org dulu kahwin kekal kita bercerai?

Cinta ada kaitan dgn baligh, tudung dan cita-cita. Peliharalah kesucian cinta sebagaimana kita pelihara kesucian hijab,jgn kotori hijab dgn cinta. Kedua2 nya sinonim dgn kemuliaan, cintai lah cita-cita kerana ia adalah baja suburnya cinta. Jangan kejar cinta sehingga lupa cita-cita ye adik-adik..
________________________
“𝙏𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙥𝙚𝙧𝙡𝙪 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙚𝙣𝙩𝙪𝙝𝙖𝙣 𝙩𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣,𝙠𝙚𝙧𝙖𝙣𝙖 𝙢𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖 𝙨𝙪𝙙𝙖𝙝 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙚𝙣𝙩𝙪𝙝𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙩𝙞. 𝙏𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙥𝙚𝙧𝙡𝙪 𝙗𝙚𝙧𝙗𝙖𝙡𝙖𝙨 𝙠𝙚𝙧𝙡𝙞𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙧𝙖𝙣𝙖 𝙨𝙪𝙙𝙖𝙝 𝙗𝙚𝙧𝙗𝙖𝙡𝙖𝙨-𝙗𝙖𝙡𝙖𝙨 𝙙𝙤𝙖.

𝘿𝙚𝙢𝙞 𝙢𝙚𝙣𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙗𝙖𝙡𝙖𝙨,𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖𝙞𝙡𝙖𝙝 𝙤𝙧𝙜 𝙮𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖𝙞 𝙠𝙞𝙩𝙖 (𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝) 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙤𝙧𝙜 𝙮𝙜 𝙝𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖𝙞𝙣𝙮𝙖. 𝙃𝙞𝙙𝙪𝙥 𝙗𝙚𝙧𝙙𝙪𝙖 𝙢𝙖𝙩𝙞 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖. 𝙏𝙖𝙢𝙥𝙖𝙠 𝙨𝙪𝙠𝙖𝙧 𝙙𝙖𝙣 𝙥𝙖𝙝𝙞𝙩 𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙢𝙖𝙣𝙞𝙨 𝙙𝙖𝙣 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙜𝙞𝙖.

𝙏𝙖𝙥𝙖𝙠 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙞𝙩𝙪 𝙙𝙞𝙝𝙖𝙩𝙞,𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙢𝙖𝙩𝙖. 𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙞𝙩𝙪 𝙗𝙪𝙩𝙖, 𝙣𝙖𝙢𝙪𝙣 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙨𝙚𝙟𝙖𝙩𝙞 𝙩𝙚𝙩𝙖𝙥 𝙘𝙚𝙡𝙞𝙠 𝙢𝙖𝙩𝙖 𝙝𝙖𝙩𝙞. 𝙋𝙪𝙩𝙪𝙨 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙞𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙗𝙪𝙠𝙩𝙞 𝙩𝙞𝙖𝙙𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙨𝙚𝙟𝙖𝙩𝙞 𝙠𝙚𝙘𝙪𝙖𝙡𝙞 𝙗𝙚𝙧𝙖𝙨𝙖𝙨𝙠𝙖𝙣 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝. 𝙏𝙚𝙧𝙥𝙞𝙡𝙞𝙝 𝙪𝙩𝙠 𝙥𝙪𝙩𝙪𝙨 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙙𝙜𝙣 𝙢𝙖𝙣𝙪𝙨𝙞𝙖 𝙪𝙩𝙠 𝙗𝙚𝙧𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙙𝙜𝙣 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝, 𝘿𝙞𝙖 𝙢𝙚𝙢𝙪𝙩𝙪𝙨𝙠𝙖𝙣 𝙪𝙩𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙮𝙖𝙢𝙗𝙪𝙣𝙜𝙠𝙖𝙣. 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙩𝙖𝙠 𝙥𝙚𝙧𝙣𝙖𝙝 𝙠𝙚𝙘𝙚𝙬𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞𝙢𝙖𝙣𝙖 𝙠𝙚𝙠𝙖𝙨𝙞𝙝 𝙝𝙖𝙢𝙥𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙥𝙖𝙨𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖.”

Jangan lah mcm ni, bikin baper gue mlm2 ni sama Allah, ustaz bikin hati berdegup lah ust. Romantic betul ♥️
230 reviews4 followers
December 14, 2024
Buku menarik yang menyajikan bagaimana kita seharusnya melihat cinta antara lelaki dan wanita dari sudut Islam. Sangat komprehensif kerana merangkumi pelbagai sudut tentang cinta.
Seperti banyak buku-buku terbitan Terlaga Biru, teks bacaan dipelbagaikan dengan menggunakan warna dan saiz berlainan supaya pembaca tidak rasa bosan. Setiap bab juga dimulakan dengan komik.
Profile Image for Khairul Amirin.
17 reviews1 follower
December 20, 2019
Buku yang sangat bernilai bagi jiwa2 remaja yang sedang dilanda dan dibuai dengan peneman jiwa. Panduan yang sangat baik untuk langkah2 mendepani bila jiwa sudah diketuk oleh seseorang
Profile Image for Rayyan Mohd Zain.
138 reviews3 followers
January 18, 2025
Buku yang baik sebagai peringatan kepada diri tentang hakikat sebenar cinta. Cinta kepada Allah itulah tujuan utama.
Profile Image for Bashir IbnDzul.
25 reviews
October 27, 2010
Sesiapa yang punya masalah berkenaan cinta, bacalah buku ni! InshaAllah dapat menenangkan fikiran. Juga tips untuk persediaan anda..
2 reviews
June 15, 2010
Belajar tentang apa cinta.. Apa yang sepatutnya seorang remaja itu kenali dari perkataan C.I.N.T.A
Profile Image for Aszifa Aris.
14 reviews2 followers
October 3, 2011
For me, buku ni agak formal gaya persembahannya. Affected la jugak dlu bila baca, rasa bersalah bila kapel2...hmm..lengkaplah untuk remaja yang mencari..
Profile Image for Saudagar.
15 reviews
January 31, 2013
Memberi kefahaman mendalam tentang apa maksud cinta yang sebenar dan beza antara setiap jenis cinta.
Profile Image for Hakimah  Saidi.
50 reviews2 followers
July 2, 2013
Alhamdulillah,buku ni banyak bagi panduan dalam menguruskan rasa cinta.Ia menerangkan tentang cinta kepada Allah melebihi cinta kepada manusia.
Profile Image for Nur  Raudhah.
87 reviews2 followers
May 31, 2017
Pada ketika manusia lain meletakkan makna cinta didasari hanya pada manusia, buku ini membebaskan fikiran dan ternyata cinta kepada ilahi, Tuhan akan membawa wasilah cinta kepada insan.

agak lama untuk membaca buku ini, kupasan-kupasan setiap tajuk berkaitan dengan isu-isu semasa yang kadang-kala sesuai untuk syabab, tetapi jika dibelek semula ia mengajar kita kepada jalan untuk mencari Tuhan.

suka baca ilustrasi gambar dalam buku ni. Mendalam!
Displaying 1 - 19 of 19 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.