Jump to ratings and reviews
Rate this book

Memulakan Bisnes Sendiri

Rate this book
Buku ini dikemas kini daripada segi bahasa dan susun atur bagi meningkatkan penampilan dan kualitinya. Buku ini memberi panduan dan tip kepada sesiapa sahaja yang berminat memulakan perniagaan sendiri. Antara perkara menarik yang disentuh di dalam buku ini seperti bagaimana memilih calon isteri untuk usahawan, bagaimana memilih syarikat dan sektor bisnes, bagaimana memilih rakan kongsi dan bagaimana syarikat dirompak dan perkara baik yang membahayakan.

217 pages, Paperback

First published January 1, 2005

15 people are currently reading
126 people want to read

About the author

Ainon Mohd.

32 books31 followers
Ainon Mohd merupakan pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang linguistik dari Universiti Malaya dan ijazah sarjana dalam bidang yang sama dari Leeds University. Beliau juga pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi di Universiti Putra Malaysia dan merupakan pemegang Diploma Penterjemahan dan Interpretasi dari Universiti Malaya.

Memulakan kerjaya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan telah berkhidmat di DBP dari tahun 1973 hingga tahun 1988. Sepanjang berkhidmat di DBP, beliau telah memegang pelbagai portfolio termasuk Pegawai Penyelidik Bahasa dan Sastera, Ketua Unit Terjemahan Sastera, Ketua Unit Penyelidikan Bahasa dan terakhir sekali sebagai Ketua Bahagian Terjemahan.

Selain daripada itu, beliau juga pernah menjadi pensyarah sambilan di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada tahun 1988, beliau telah menubuhkan syarikatnya sendiri, PTS Consultants Sdn Bhd (‘holding company’ kepada PTS Publications & Distributors Sdn Bhd) dan memulakan perkhidmatan konsultansi dan kejurulatihan dalam bidang kreativiti. Antara yang pernah menjadi pelanggan beliau termasuklah Bank Negara Malaysia, Shell, ESSO, BP, Amway, Malayan Banking, Perwira - Habib Bank, Telekom, Kementerian Pertahanan, Badan Pencegah Rasuah dan banyak lagi.

Selain itu, syarikat beliau juga terlibat dalam pembangunan perisian penyemak ejaan dan tatabahasa bersama MIMOS dan Microsoft Corp.

Beliau telah menghasilkan lebih daripada 30 buah buku di dalam bidang terjemahan, komunikasi, pemikiran lateral dan kreativiti bersama dengan suami beliau, Profesor Abdullah Hassan yang kini merupakan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan merupakan tokoh yang amat dikenali dalam bidang bahasa melayu dan sering dipanggil membentangkan kertas kerja berkaitan bahasa melayu di serata dunia. Antara buku hasil tulisan beliau sendiri dan juga hasil tulisan bersama suami beliau yang terkenal termasuklah Mendorong Kreativiti Kanak-kanak, Pemikiran Lateral, Teori & Teknik Terjemahan, Psikologi Kejayaan, Belajar Berfikir, Teori Motivasi Di Tempat Kerja, Teori & Teknik Kepimpinan, Komunikasi Di Tempat Kerja, Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah dan pelbagai siri kamus bahasa melayu yang merupakan rujukan utama para pelajar dan guru-guru di sekolah.

Atas keyakinan dan iltizam yang tinggi untuk melihat bahasa melayu berkembang sebagai bahasa ilmu dan bangsa melayu dapat bersaing dalam dunia globalisasi ini, maka pada tahun 2000, beliau telah mengambil keputusan untuk menubuhkan PTS Publications & Distributors yang mengkhusus dalam penerbitan dan pengedaran buku-buku ilmu berbahasa melayu yang ditulis oleh para ilmuwan dan cendiakawan melayu.

Kini, selain menyelia kerja-kerja di bahagian editorial, beliau juga terlibat secara aktif dan proaktif dalam memberi konsultansi, latihan dan bimbingan bagi menjayakan projek PTS dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB) bagi menterjemah pelbagai buku bahasa asing yang bermutu tinggi untuk bacaan dan rujukan rakyat Malaysia yang berbahasa Melayu.

Selain menjadi rujukan pelbagai pihak dalam bidang terjemahan, komunikasi, motivasi, kerja-kerja sosial dan kaunseling di mana rumah beliau sendiri dijadikan pusat latihan dan program latihan fasilitator untuk program-program motivasi dan kerja-kerja sosial, beliau juga sering dipanggil untuk memberi ceramah dan bimbingan motivasi di pelbagai jabatan kerajaan dan swasta.

Selain daripada itu, beliau juga terlibat dalam banyak kerja sosial dan kebajikan terutamanya dalam menjaga kebajikan kaum orang Asli di Janda Baik, Pahang di mana beliau sering dijadikan tempat aduan. Rumah beliau kini dijadikan pusat pengumpulan pelbagai sumbangan untuk kaum orang asli Janda Baik.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
25 (43%)
4 stars
26 (45%)
3 stars
3 (5%)
2 stars
1 (1%)
1 star
2 (3%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Hamka Mekar.
32 reviews6 followers
May 22, 2014
Buku ni Hafiz bagi pinjam waktu ajak berniaga dulu, lepas tu kami pun bukak bisnes kecil kecilan, modal RM10 ribu, dan untung adalah RM30 ribu dalam masa setahun, lepas tu hafiz berhijrah ke USA, tinggalah aku sorang buat bisnes kecil kecilan, terima kasih hafiz sebab bagi pinjam buku, dan terima kasih Puan Ainon yang mengajar kami tentang "SENAPANG PERNIAGAAN".
Profile Image for lucie parenkyuma.
120 reviews6 followers
September 30, 2016
The best point in this book is how Puan Ainon perfectly described the reality of being a businessman / entrepreneur. If you are thinking that involving yourself in business will get you to the top hierarchy of filthy rich in an instant, you are absolutely in the wrong way of thinking, because according to the author, setting up a business will possibly get you poorer or even accumulate pockets of debts from various entities; and that happened when your business went wrong.

I say, this book is heading more towards to motivating the businessman-to-be to buckle up the seat belt and enjoy/suffer the ride of being in the world of competitive business. True stories were cleverly written down in accordance to the contents, which is great, because the readers should now know what to do or not to do if similar incidents do occurred in their own business line.

Suitable book for all entrepreneurs out there; those true stories will blow you away!
Profile Image for Nor Haniza.
46 reviews1 follower
September 20, 2008
Suka baca buku ni berulang-ulang. Tambahan pula saya ni ada bisnes kecil-kecilan.
Banyak dapat panduan dan semangat dalam menjalani ibadah berbisnes ini.
Profile Image for Siti Hawa.
1 review
January 2, 2021
Just finished read this book and i love it.

Saya sangat merekomendasi kan buku ini kepada sesiapa sahaja yang ingin memulakan bisnes kerana banyak tips yg berguna yg dapat diambil dari buku ini. Banyak juga kisah kisah mereka yg berjaya dan gagal dalam dunia bisness yg dapat kita jadikan iktibar agar tidak membuat kesalahan yg sama. Boleh dikatakan buku ini merangkumi begitu banyak aspek bisness yg diulas oleh penulis seperti memilih jenis bisnes sama ada bisness trading, bisness perkhidmatan,bisnes pengeluaran, bisnes berdagang, diulas juga tentang jenis jenis bakat keusahawanan,cara mengurus duit, cara memilih nama syarikat dan bayak lagi. Kepada anak muda yg berhasrat memulakan bisnes sendiri saya sangat merekomendasikan buku ini kepada anda kerana dari sini anda dapat membuka minda tentang dunia perniagaan dan cara pengendalian bisnes dengan betul.
Profile Image for Naziman Azlye.
34 reviews19 followers
December 9, 2017
Sangat banyak perkara menarik dalam buku ini yang belum saya temui dalam buku lain dengan tema yang sama. Antara perkara paling menarik dalam tulisan ini, ianya tidak mengajar perkara yang muluk-muluk saja dalam memulakan bisnes.

Buku ini juga sekaligus menegur kepada orang sudah berjaya dalam bisnes bahawa bisnes bukan segalanya seperti yang selalu kedengaran di halwa telinga "Nak kaya kena bisnes. Belajar tinggi-tinggi pun tiada guna. Keluar berhutang dan belum tentu ada kerja". Hal ini kerana entreprenur dan intrapreneur itu saling memerlukan antara satu sama lain.

Sekian ulasan pendek daripada:
Naziman Azlye


Profile Image for Ahnaf Yunus.
52 reviews
March 23, 2020
Disarankan baca untuk 'start up' business. Terdapat kisah-kisah sebenar yang penting untuk dijadikan sandaran dalam dunia perniagaan. Puan Ainon dengan jelasnya menyenaraikan jenis perniagaan yang utama, iaitu, Pembuatan(manufacture), Peruncitan(retail), Perkhidmatan(service). Buku ini juga memberi kita kesedaran tentang betapa sukarnya untuk berniaga. Jangan terkejut jika semangat pembaca untuk berniaga itu pudar selepas baca buku ini, Puan Ainon lebih terbuka untuk nyatakan sisi gelap atau cabaran-cabaran kepada pembaca daripada memberi pandangan sisi baik tentang perniagaan.
Profile Image for M. Azhaari Shah Sulaiman.
357 reviews20 followers
April 5, 2019
Menarik. Berjaya sampaikan strategi2 bisnes yang perlu diambil oleh mereka yang mahu mulakan start up. Pn. Ainon juga tak lupa untuk menulis tentang cabaran cabaran yang bakal dihadapi oleh seorang usahawan baru berdasarkan pengalamannya. Ini penting supaya usahawan baru mempersiapkan diri mereka dengan ilmu perniagaan dan ketahanan mental yang tinggi untuk kekal dalam bisnes.
Profile Image for Naz_ Zarin.
17 reviews2 followers
December 27, 2023
Bacaan yang menarik dan sangat bagus untuk bakal usahawan ataupun mereka yang ingin menyelami dunia entrepreneur. Edisi kemas kini yang lebih fun, berwarna warni dan susun konsep yang lebih mudah diikuti memudahkan buku ini dibaca tanpa bosan
52 reviews3 followers
September 17, 2018
buku yg baik untuk semua yang baru berjinak-jinak dgn dunia perniagaan, byk prkara berkait perniagaan yg kita sering trlepas pandang. buku ini mengetuk minda dan menjentik akal..
Profile Image for Che.
19 reviews1 follower
November 11, 2011
Buku wajib dibaca oleh usahawan/bakal usahawan.
Profile Image for Nurul.
37 reviews12 followers
May 9, 2016
Bagus untuk yang baru nak memulakan bisnes. Disarankan baca buku ini dulu sebelum pergi seminar jutawan.
Profile Image for Ruslan Bukhari.
87 reviews3 followers
June 26, 2018
Penulis mencurahkan ilmu yang banyak untuk bakal usahawan. Banyak kisah yang mampu memberi pengajaran diketengahkan. Namun, pengulangan yang kerap sering kali membantutkan rasa seronok untuk terus membaca.
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.