Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kisah Seram Malam Jumaat #5

Kisah Seram Malam Jumaat Vol 5

Rate this book
Ada 4 cerita seram yang bakal menganggu malam Jumaat anda. Terdapat kisah seram Pulangkan (Illya Abdullah), Tumpang (Syasya Bellyna), Selfie (Aziah Zainal), Jin Hitam (Saidee Nor Azam).

168 pages, Paperback

First published January 1, 2018

17 people want to read

About the author

Ilya Abdullah

45 books47 followers
Nama lain Qurratu'ain
atau Illya Abdullah (Buku Prima/Alaf21)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (52%)
4 stars
5 (14%)
3 stars
4 (11%)
2 stars
7 (20%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Sha Mohamed.
2,526 reviews1 follower
July 10, 2019
4 cerita seram dari 4 penulis yang berbeza.. Garapan yang menarik dan seronok dibaca.. Setiap penulis berjaya menyampaikan cerita dengan cara tersendiri..
Profile Image for Amelia Zulkifli.
183 reviews5 followers
October 23, 2025
Novel yang terakhir dalam siri Kisah Seram Malam Jumaat. Entah kenapa saya rasa saya perlu habiskan sampai volume 5. Mungkin sebab bukunya nipis dan senang dibaca. Tak adalah saya perlu spend masa yang banyak untuk sesebuah novel. Tetapi siri yang terakhir inilah yang saya rasa paling tak enjoy sekali kalau nak dibandingkan dengan empat yang sebelum.

Kisah yang saya rasa menarik hanyalah kisah nombor 2 dan 4 iaitu Tumpang dan Jin Hitam. Ada backstory dan plot cerita yang kemas walaupun cerita pendek. Untuk kisah no 1 dan 3 iaitu Pulangkan dan Selfie. Saya tak faham langsung dengan karakter utama yang sangat pentingkan diri sendiri. Umpama, tak apalah aku kena kacau dengan hantu pun, janji aku cantik dan orang memuja aku. Sanggup nak berdepan dengan makhluk jahat tetapi tak diceritakan kenapa mereka berkelakuan begitu.

Jadi, tamatlah kesemua 5 volume yang telah pun berjaya dihabiskan bacaan. Semuanya saya pinjam di library. Kalau ada sesiapa nak berjinak untuk baca cerita seram tetapi mungkin ada perasaan tak berani, boleh cuba yang nipis-nipis macam siri ini.
Profile Image for Pak Badrul.
Author 4 books6 followers
October 14, 2018
Volume ke-5 tampil dengan empat kisah menarik dan punya pengajaran.
52 reviews4 followers
August 11, 2018
kisah pertama, PULANGKAN mengenai natasya yg mengambil loket pusaka dengan sengaja. 'tuan' loket tu mula memburu natasya. cerita yg direct to the point.

kisah kedua, TUMPANG. dua orang pelajar perfileman menyiasat misteri kehilangan juli, seorang blogger kisah seram. siasatan diorang based on video yg dirakam oleh nia, adik juli. best!

kisah ketiga, SELFIE. adakah kerana i terlalu menyukai kisah kedua membuatkan i tak dapat nak hayati kisah yg ketiga ini? urmm

kisah keempat, JIN HITAM. pasal gangguan dalam keluarga saidee. gangguan mula berlaku bila asri, abang saidee 'ter'cakap besar mengenai kehandalannya menangani kes rasuk di pusat sukan. suka dengan keharmonian keluarga saidee. eh jap, saidee? nama penulis lah! ahaha
Profile Image for Shea.
153 reviews5 followers
May 16, 2019
• Pulangkan
Awkward plot, weird characters.

• Tumpang
Poorly written. Poor editing.

• Selfie
A little preachy.

• Jin Hitam
Probably the best among the four, need some proof reading.
Profile Image for Ajoilynn Fadlina.
37 reviews2 followers
January 24, 2019
Kisah Seram Malam Jumaat Vol 5
Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd / 164 mukasurat
Illya Abdullah, Syasya Bellyna, Aziah Zainal & Saidee Nor Azam

KSMJ Vol 5 ni mengandungi empat buah kisah seram garapan empat orang penulis iaitu Illya Abdullah, Syasya Bellyna, Aziah Zainal dan Saidee Nor Azam yang mana setiap satunya ada kekuatan jalan ceritanya yang tersendiri. Tidaklah begitu menyeramkan tapi berdiri jugak lah bulu roma semasa membacanya. Apa yang pasti setiap kisah ini ada ada pengajarannya yang boleh kita jadikan panduan hidup kita.

1) Pulangkan - Illya Abdullah
Kerana keterlanjuran Natasya mengambil sesuatu yang bukan hak miliknya dia ditimpa malapetaka. Angkara tertarik dengan satu loket yang sengaja dicurinya, dia kini sering diganggu oleh jelmaan yang mengerikan meminta-minta dipulangkan kembali hak miliknya. Keadaan menjadi semakin melarat, kini bukan dia saja yang diganggu malahan orang- orang disekelilingnya juga menerima padahnya. Tapi entah kenapa berat benar hatinya untuk memulangkan kembali loket pusaka itu tanpa mahu memikirkan yang nyawanya kini dalam bahaya.

2) Tumpang - Syasya Bellyna
Demi menjayakan projek terakhir semester, Fazrin dan Miya sanggup merisikokan diri mereka sendiri dengan menjadikan kisah Encik Sidek dan keluarganya sebagai bahan rujukan. Khabarnya mereka sekeluarga gemar mencabar diri menginap dimana-mana saja tempat yang berpuaka dan berita yang terbaru seluruh ahli keluarga ini hilang secara tiba-tiba tanpa sebarang jejak sehinggalah ke sekarang. Yang tinggal hanyalah beberapa rakaman video semua kejadian yang berjaya Encik Sidek rakam. Dengan kelicikan Miya, mereka berjaya mencuri rakaman- rakaman itu. Seolah sengaja ingin menempah bala, dengan beraninya Fazrin dan Miya cuba menginap di salah sebuah resort yang pernah Encik Sidek sekeluarga menginap. Berjayakan mereka berdua temui apa yang dicari? Atau mereka bakal berdepan sesuatu yang mereka sendiri tak jangkakan?

3) Selfie - Aziah Zainal
Rina adalah seorang gadis yang terlalu taksub dengan kecantikan dan terlalu dahagakan perhatian di media sosial. Dan disebabkan itu jugalah dia sanggup melakukan apa saja asalkan impiannya tercapai. Hanyut dan terpedaya dengan janji-janji palsu dan tipu daya iblis dan syaitan, sanggup dia melakukan sesuatu yang tak sepatutnya lalu menyekutukan Allah. Namun itu semua hanyalah bersifat sementara. Dan akhirnya dia terpaksa menanggung segala akibatnya.

4) Jin Hitam - Saidee Nor Azam
Dalam kisah Jin Hitam ni watak utamanya iaitu Saidee berkongsi cerita tentang pengalaman-pengalamannya yang ada kaitan dengan hantu raya atau sesetengahnya mnggelarkan ia sebagai Jin Hitam. Bermula dengan kisah bagaimana Asri (abang kepada Saidee) membantu mengubati sahabatnya yang kerasukan dan menyebabkan ‘benda hitam’ itu marah lalu ikut dia pulang ke rumah dan mengganggu mereka seisi keluarga. Seterusnya kisah Saidee sendiri yang diganggu jelmaan yang merupa wajah ayahnya dan akhir sekali ayahnya Encik Ali yang juga seorang guru agama dan juga bekas guru seni silat gayung berkongsi cerita pengalamannya semasa bertugas menjadi guru yang mengajar di daerah Raub, Pahang membantu rakan setugasnya yang diganggu Jin Hitam. Bagi saya menarik semua kisah-kisahnya. Seram dan mendebarkan.

Done
Profile Image for ⠀.
119 reviews35 followers
October 21, 2022
Selesai sudah akhirnya baca buku kelima dan terakhir dalam siri koleksi cerita pendek Kisah Seram Malam Jumaat. Sekiranya ditanya sama ada buku ini disarankan untuk beli, jawapannya sudah tentu sekali tidak. Tetapi kulit hadapan kelima-lima buku yang saling melengkapi dikira menarik juga untuk dijadikan koleksi. 


Sebenarnya baca siri ini dah boleh dikira sebagai latihan mengawal kesabaran diri juga. Seperti dalam buku ini contohnya, cerita-cerita pendeknya terasa panjang bila dibaca kerana diceritakan secara meleret. Gaya penulisannya juga agak kebudak-budakan. Tiada unsur seram mahupun jalan cerita yang menarik. Sekiranya betul-betul dahagakan cerita seram, mungkin lebih jimat jika baca cerita-cerita pendek yang dikongsi di internet saja. 
Profile Image for Suzyanna yap.
118 reviews9 followers
September 19, 2019
Terdapat kisah seram

Pulangkan (Illya Abdullah),
Kerana seutas loket akhirnya hidupnya berantakan sehingga nyawa tergadai.

Tumpang (Syasya Bellyna),


Selfie (Aziah Zainal),
Kerana ingin cantik sanggup memilih jalan singkat ,Lawa hanya sementara akhirnya nyawa menjadi balasannya

Jin Hitam (Saidee Nor Azam).
Jin Hitam aka hantu raya jangan terpedaya dengannya kelak padah jawabnya.

Olahan cerita yang sangat menarik...memang tak rugi beli
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
May 10, 2018
Pulangkan : kisah tasya yang enggan memulangkan sesuatu yg bukan miliknya diganggu sehingga menyebabkan kematiannya.

Tumpang : kisah juli sekeluarga yang gemar bercuti di tempat angker.

Selfie : kerana inginkan rupa yg cantik menawan rina sanggup bersengkokol dengan ilmu hitam.

Jin hitam : kisah cikgu ali yang berlawan dengan jin hitam / hantu raya.
Profile Image for Erimawati Ali.
30 reviews2 followers
November 30, 2019
Secara keseluruhan, KSMJ Vol 5 adalah naskah yang menyeramkan. Penggunaan bahasa yang cantik dan sedap dibaca serta kelainan cerita menjadikan KSMJ antara siri yang seram dan terbaik bagi saya. Tidak melupakan sisipan moral untuk pembaca, saya syorkan siapa yang tak berapa berani, bacalah naskah ini di waktu siang, okay.

Tahniah untuk kesemua penulis.
Profile Image for Nuyuryna.
204 reviews3 followers
June 7, 2024

"Dalam setiap ujian itu ada hikmahnya"

4 cerita dari 4 penulis. Kisah yang digarap cantik diselit pengajaran kepada pembaca. Paling gemar kisah ke dua ;Tumpang.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.