sangat sombong! haa.. ini boleh jadi pandangan pertama pada puan penulis Anie Alja ketika mata duduk di helaian awal buku ini. yelah... anak lahir kat oversea, baca buku parenting banyak sangat, macam dia sorang pandai jaga anak. anak dua je pun. ala.. banyak sangat nak bidas mak-mak lain. semuanya tak sesuai ya? sebelum nak sambung, ada baiknya hayati isi kandungan dahulu.
puan penulis banyak menerapkan cara 'vs' bagi memastikan keberkesanan dalam penyampaian. bagi akak yang memang tak baca buku-buku cara mendidik anak-anak, buku ini sangat sesuai kerana merangkumi banyak kaedah dulu dan kini, moden dan dulu, kaya dan miskin... eh, banyaklah. tak sepadan dengan 239 muka surat, macam-macam ada...
secara peribadi, sangat bersetuju dengan hampir kesemua yang disampaikan. antara yang paling akak setuju anak jangan dibezakan jantina untuk buat kerja-kerja dalam rumah. jangan sebab anak itu lelaki, semua kerja rumah baling pada anak perempuan. anak lelaki buat apa? goyang te--- je ke? kalau tak ada anak perempuan, kita ibu-ibu ni ke jadi hamba anak-anak lelaki? akak, anak lelaki 4 orang, korang tak nak buat kerja rumah, lantak. ibu duduk je padan muka. carilah spendar sendiri kat ampai, itupun kalau bersidai. sadis lagi kalau semua berlonggok dalam bakul kain kotor. beruntung akak sebab suami jenis rajin. memang kena buran anak-anak kalau tak nak menolong. tak basuh pinggan? lepas ni makan atas daun pisang...
itu belum masuk part ibu-ibu yang riak membangga dengan anak-anak. anak i nombor satu keseluruhan darjah. anak i wakil tilawah al-Quran. anak i itu... anak i ini... ingat yang mendengar tak bosan? macam dia sajalah yang pandai didik anak.
anak-anak ini amanah. sangat banyak tips yang puan penulis letak. ya, kita ni tak sempurna mana pun. tapi tak salah untuk bercita-cita menjadikan anak-anak insan berguna. bimbing sebaiknya mengikut peringkat usia. anak-anak yang kaya raya sahaja bukan cerminan berjaya tapi bila sifat peribadi cemerlang, itu yang mampu buat hati mak ayah senang...