Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dunia Tanpa Tembok #1

Dunia Tanpa Tembok

Rate this book
Ilmu adalah kuasa.
Bahasa adalah simbolik.
Geografi adalah takdir.

Ketiga-tiga ungkapan ini adalah faktor yang boleh meruntuhkan tembok perbezaan manusia di dunia dalam mencapai kata sepakat dan kefahaman antara satu sama lain.

Ilmu tentang geopolitik antarabangsa pula adalah kunci untuk kelangsungan hidup negara dan bangsa, dan ilmu yang diperolehi harus berdasarkan prinsip-prinsip Realisme, Diplomasi dan Patriotisme.

Prinsip-prinsip ini akan diterangkan melalui 50 artikel yang merupakan catatan penulis sepanjang setahun yang lepas tentang geopolitik dan hubungan antarabangsa.

245 pages, Paperback

First published January 1, 2017

164 people are currently reading
882 people want to read

About the author

Ayman Rashdan Wong

11 books176 followers
Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
540 (63%)
4 stars
246 (29%)
3 stars
40 (4%)
2 stars
13 (1%)
1 star
9 (1%)
Displaying 1 - 30 of 173 reviews
Profile Image for Benz.
Author 20 books104 followers
December 5, 2019
Boleh dikatakan aku enjoy membaca buku (pop)geopolitik ini. Bahasa yang digunakannya mudah. Isinya santai, mantap dan padat. Penulis tanpa berselindung mengakui bahawa dirinya konservatif, walaupun konservatif itu tidaklah se-cool mana pun.

Penulis mengolah baik pandangan tentang Machiavelli yang selalu disalahertikan. Walaupun penulis berkecenderungan Islamist -atau mungkin lebih tepat Asha'irah realist? (kerana kekaguman penulis pada Saladin dan Khalifah?) penulis tidak jumud dalam memberikan contoh. Sama ada para pembaca dari kutub sebelah sana dapat mengambil hikmah daripada yang berseberangan, itu wallahu'alam.

Penulis juga mahukan umat Melayu dan Islam khususnya mengambil banyak iktibar dari pelajaran masa lalu, iaitu Sejarah. Kekuatan utama umat Melayu adalah diplomasi, berbanding konfrontasi seperti di Jawa (Indonesia). Disebabkan kita kecil, maka haruslah meniru seperti pelanduk/kancil iaitu ciri cunningness untuk melawan atau berhadapan mereka yang lebih akbar.

Banyak lagi mahu diulas, tapi cukup dulu setakat ini. Ya. Berbaloi untuk dibaca dan diulang baca.
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
October 11, 2021
Punca aku beli/baca buku ni sebab kenyataan seorang rakan FB bernama Lemon Zest pada 15 ogos yang lalu "Baca2 Dunia Tanpa Tembok suddenly aku bayang semua negara2 ni cam geng samseng2 mafia atau yakuza yang buat keja semua demi keuntungan or keselamatan kawasan. Could make a comic ver. of this."

Buat kau rasa diri kau lebih "hebat" dari PM sebab kau selalu mengkritik dia macam2 tapi kau tak tahu betapa maha beratnya tanggungjawab yang dia galas. Buku ni agak tebal tapi aku boleh habiskan dalam satu hari sebab semua topik yang disampaikan adalah sangat2 menarik. Buat aku yang sangat berminat dengan pergolakan dunia arab lebih faham apa yang berlaku.

Terutamanya kes Syria, ada seorang pensyarah buat ceramah mengatakan ini perang Sunni VS Syiah,dia juga beritahu macam mana penjajah laksanakan polisi pecah dan perintah, orang sunni dimundurkan, orang syiah diberi kuasa (macam kes cina, india dan melayu di Malaysia tapi tidaklah sampai diberi kuasa pemerintahan, cuma kuasa ekonomi). Dan aku dapat tahu lebih terperinci lagi dari buku ni pasal tu.

Kemudian seorang ustaz (graduan Syria, anak murid arwahyarham Syeikh Buti) pula ceramah beritahu perang Syria bukan Sunni vs Syiah sebab orang syiah sangat sedikit, hanya Bashar vs Pemberontak.

Lepas tu seorang lagi ustaz (graduan pondok Kelantan) yang mengatakan ISIS itu benar, sebab musuh amerika adalah kawan kita (Wah! ustaz ni mungkin pembaca Michiavelli "The enemy of my enemy is my friend").

Akhir sekali, seorang rakyat Syria yang menuntut di universiti aku, bila aku tanya dia pasal Syria, dia beritahu dia pun tak faham apa yang berlaku dan dia hari2 hubungi keluarga dia di Damsyik yang masih selamat alhamdulillah. Dia juga beritahu yang ayahnya pesara tentera Syria berpangkat jeneral, sepanjang 30 tahun perkhidmatan, ayahnya tidak dibenarkan untuk solat.

Lepas baca buku ni, aku setuju dengan kenyataan kawan aku bahawa setiap negara adalah samseng, yang ada niat2 tersendiri...
Profile Image for Natasha Tasrib.
22 reviews40 followers
December 29, 2017

Anggaplah Dunia Tanpa Tembok sebagai pengenalan untuk lebih mengambil tahu dan mendalami politik semasa antarabangsa.

The main reason I like this books is how it discusses current international issues from geopolitic perspective. As someone without social science background(academically), I find Ayman Rashdan Wong's writings to be very helpful for 23 year-old me to understand what's going on.
I super love that the author also includes so many recommended readings just in case the readers want to do extra research. Ini bukan buku bersifat partisan ataupun emosi, bukan juga sembang konspirasi, tapi realpolitic.

Buku ni akan membuat kita lebih matang dalam berpolitik, lebih patriotik dan lebih bangga dengan warisan sejarah negara kita. Kalau tak percaya, bacalah. Kalau taknak baca buku ni, cuba baca posts Ayman Rashdan Wong dekat facebook.☺️
Profile Image for Faiz • فائز.
358 reviews3 followers
May 9, 2025
Sudah lama beli, tapi sukar sekali untuk dikhatamkan. Bukan kerana bukunya tidak bagus, hanya sekadar gaya penulisan dan kandungannya tidak memuaskan saya.

Gaya penulisan saudara Ayman Rashdan terlalu bebas, santai dan bermudah-mudahan. Berkenaan kandungan buku pula, ia disusun secara rawak, namun masih berpusatkan kepada isu-isu antarabangsa di bawah lembayung kunci "international relations" (hubungan antarabangsa) seperti kedaulatan negara, diplomasi, peperangan, ekonomi, falsafah politik, geopolitik dan seumpamanya.

Sebagai bekas penuntut disiplin ilmu hubungan antarabangsa dan sentiasa dipaksakan untuk membaca puluhan jurnal artikel untuk memahami satu-satu isu, saya berpandangan analisis yang dinyatakan pada setiap topik terlalu ringkas. Banyak perkara yang hakikatnya penting, namun tidak diperincikan oleh penulis.

Ramai yang beranggapan bahawa buku ini sesuai buat pemula yang ingin memahami lanskap politik dunia, namun saya berpandangan sebaliknya kerana alasan yang saya nyatakan pada perenggan di atas. Penulis (Ayman Rashdan) kelihatan seolah-olah merasakan bahawa pembaca memahami akan isu-isu global yang berlaku, hanya sahaja kefahaman tidak terperinci. Maka, beliau langkau beberapa perkara asas yang hakikatnya diperlukan dalam memahami satu-satu isu. Walhal, masih ramai pembaca yang kurang arif dan memerlukan penjelasan step-by-step, bukannya terus melompat kepada jawapan tuntas berkenaan satu-satu isu.

Namun, tidaklah bermaksud penulis kurang arif dalam isu antarabangsa, hanya sahaja penulisannya dalam buku ini kurang cermat. Andai ada yang meminta saranan memahami politik dunia buat pemula, pastilah nama saudara Ayman Rashdan yang akan saya cadangkan—tulisan-tulisan beliau di Facebook, Twitter (kini X) dan perkongsian beliau di Tiktok—kesemuanya mencerahkan pemula إنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ.

Sayangnya, hanya buku ini yang tidak ditulis dengan cermat; hanya melahirkan sense of understanding, bukannya kefahaman yang benar-benar tulen berkenaan isu antarabangsa.

(Tambahan: saya sarankan kalian membaca halaman 165-168 terlebih dahulu agar dapat memahami bagaimana teori dalam hubungan antarabangsa digunakan untuk menganalisis isu/konflik/peristiwa dunia yang terjadi.)
Profile Image for Mushair..
21 reviews2 followers
Read
January 1, 2021
Sebuah buku yang menarik.

Saya tidak pernah membaca buku mengenai topik geopolitik dan hubungan antarabangsa, jadi ini ialah sesuatu yang baru bagi saya.

Meskipun baru, saya boleh katakan Ayman berjaya menarik minat saya untuk terus membaca topik ini dalam masa akan datang.

Satu buku yang memuatkan pelbagai artikel dengan isi yang padat. Tidak sukar untuk menghabiskan buku ini dalam masa yang singkat. Satu satunya komen saya adalah untuk menambah 'timeline' pada sesetengah artikel yang banyak menerangkan tentang sejarah dan perubahan pada satu titik masa kepada satunya.

Penggunaan infografik dan 'timeline' akan lebih memudahkan para pembaca seperti saya untuk cepat tangkap atau memahami penceritaan dengan lebih baik. Saya agak lost semasa membaca artikel mengenai negara Timur Tengah.

Apa apapun, syabas diucapkan kepada penulis. Satu karya yang hebat.

Recommended. 4 bintang.
Akan membeli dan membaca Dunia Tanpa Tembok 2 pada masa akan datang.
Profile Image for Nur Elvina.
69 reviews20 followers
June 13, 2018
Satu buku yang amat baik untuk berjinak-jinak dengan politik antarabangsa. Bukan cerita pasal handbag kak mah tapi ini cerita pasal kenapa dunia arab sentiasa bergolak, cerita bertapa kuatnya pengaruh senjata nuklear dalam hubungan antarabangsa sehingga digelar the great equalizer dan kalau nak tau kenapa Trump menang, korang patut baca. Dengan pantas!
Profile Image for Mazliza.
73 reviews5 followers
January 10, 2018
Kalau anda mahu faham apa yang sebenarnya berlaku di pentas politik antarabangsa, bacalah buku ini. Ia menerangkan sandiwara politik antarabangsa melalui sudut geopolitik.
Profile Image for Norshafarina Faharuddin.
285 reviews5 followers
January 5, 2021
I am a "big fans" of world peace, but i have "a lot" of questions. So this book "kind of" summarize it all for me. The books available in English & Malay version
Profile Image for Dieyana Ayuni.
93 reviews15 followers
June 22, 2021
Saya baca edisi cetakan yang ke-19. Masih ada 4, 5 perkataan yang saya nampak ada kesalahan ejaan yang tidak diperbetulkan.
Profile Image for 'Atira Natasya.
6 reviews12 followers
September 12, 2021
Buku ini berkaitan International relations(IR) yang menjelaskan isu-isu popular antarabangsa secara ringkas, padat dan mudah untuk difahami.

Antara topik menarik dalam buku ini secara ringkas:

• Perlu seimbangkan antara pemikiran Idealism(pemikiran hitam putih) dengan Realism(pemikiran mengikut akal).

• Dari segi peperangan, 'Balance of power' itu penting. Bukan dengan mengharamkan peperangan. Jika tiadanya perlindungan dari segi ketenteraan, negara tidak dapat mencapai keamanan dan keselamatan negara akan tergugat. "If you want peace, prepare for a war."

• Orang yang baik boleh mengubah nasibnya dengan bertindak mengikut necessità. Apabila seseorang bertindak secara necessità(keperluan), maka dia dapat menguasai virtú(kebijaksaan) dan menewaskan fortuna(nasib baik). Pemimpin yang unggul, kelihatan jujur dan baik juga perlu bermuslihat(orang berhelah, dia pun kena berhelah) kerana dunia yang nyata penuh dengan orang jahat. "Bad for the greater good."

• Dalam berperang, jangan ego, underestimate musuh dan hidup dalam ilusi. (spt. kisah peperangan 6 hari antara Mesir-Syria-Jordan dengan Israel).

• Kita perlu faham dan menguasai prinsip Realpolitik dan 'Balance of power'. (spt. Saladin menerapkan prinsip-prinsip Realpolitik iaitu 'The enemy of my enemy is my friend' dan 'Divide and conquer' dalam mencapai matlamatnya).

• Akhir sekali, kisah antara Malaysia dengan Korea utara mengukuhkan lagi persepsi bahawa: "Malaysia is a country with sovereignty and dignity, not even a rogue state can breach it".

Buku ini mesti dibaca oleh semua supaya dapat memahami dan sedar akan keadaan dunia yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Ia amat sesuai bagi individu seperti saya yang berminat dengan IR dan ingin berjinak-jinak dalam mempelajari serta memahami IR.

Next reading: Dunia Tanpa Tembok II.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Muhaimin Safaruddin.
Author 14 books21 followers
October 29, 2018
Alhamdulillah, jutaan tahniah dan terima kasih diungkapkan kepada saudara Ayman Rashdan Wong kerana melalui penerbitan buku ini, saudara telah berjaya memaut hati saya untuk lebih berjinak-jinak terhadap ilmu geopolitik dan hubungan antarabangsa. Beberapa rumusan dapat saya ketengahkan melalui pembacaan naskhah ini:

1. Kepentingan umat dan dunia Islam untuk menguasai ilmu geopolitik serta lain-lain ilmu yang berkaitan dengannya di pentas antarabangsa.
2. Kepentingan seseorang untuk menyelidiki sesuatu peristiwa yang tercetus di dunia terlebih dahulu sebelum membuat keputusan dan kesimpulan melulu.
3. Kepentingan untuk menghargai warisan dan identiti bangsa serta berpegang teguh dengan ajaran dan pedoman agama.

Apa yang membuatkan saya begitu kagum dengan saudara penulis ialah, karya-karya rujukan yang diletakkan di bahagian bibliografi buku ini sungguh banyak dan bukan calang-calang tajuknya. Hal tersebutlah yang mungkin membuatkan naskhah ini begitu bernilai harganya pada pandangan saya. Jadi, tak mahu cakap banyak, apa kata kalian cepat-cepat dapatkan buku ini dan nikmati isinya dengan hati yang teruja!
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
October 19, 2018
Membaca buku ini ibaratnya mengembara ke tempat-tempat yang diterangkan dalam buku ini. Bermula dari Malaysia, terbang ke Amerika Syarikat, kemudian ke Timur Tengah, Eropah, China, Jepun, Korea Utara, Korea Selatan, Asia Tenggara.... dan dunia terus berputar seakan tiada tembok!

Lebih menarik, kita juga seakan melalui terowong masa semasa membaca sejarah-sejarah geopolitik dalam buku ini. Setelah mengkhatamkan buku ini dalam satu duduk (read in one sit), terdetik di mindaku, apakah agaknya perjalanan politik antarabangsa selepas ini?

Kalau kita lihat isu-isu antarabangsa dari kaca mata geopolitik, pastinya kita tidak akan mudah-mudah 'membawang' dan mengecam~ misalnya dalam kes pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara tu...

Cuma satu perkara, sebagai manusia biasa, aku benci dengan hakikat peperangan itu perlu kalau mahu aman damai...
Profile Image for Siti.
Author 3 books18 followers
June 10, 2022
Akhirnya. Setahun dan hampir sebulan diambil nak menyelesaikan buku ni.

Tiga bintang sebab aku editor dan banyak sangat penggunaan tatabahasa bahasa Melayu yang biasa dan perlu dibetulkan. Ianya, di mana, yang mana, berbeza dengan (sekadar menyatakan beberapa contoh).

Tapi sebab isinya penting dan menarik, aku maafkan diri sendiri dan teruskan hingga ke penghujung.

Naskhah yang sesuai untuk memulakan perjalanan memahami tentang hubungan antarabangsa dan geopolitik.

Okey, boleh sambung DTT2 dan DTT3 lepas ni.
Profile Image for Ikram Noor.
17 reviews5 followers
December 18, 2020
Buku ni bukanlah ensiklopedia untuk tahu segalanya tentang dunia, tapi cukup untuk membuka sebuah pintu yang menarik minat kita untuk tahu tentang kenapa dunia kita sekarang adalah dunia kita yang sekarang.

Ayman (penulis) bukan hanya menabur pembaca dengan fakta, tapi beliau mengulas dengan bahasa yang kau dan aku boleh faham, dengan celoteh yang kita boleh relate.

Nanti nak baca 2 dan 3 pulak!
Profile Image for Arif Samshuri.
6 reviews
June 23, 2021
Bacaan santai kerana setiap topik di hidangkan dengan isi isi yang pendek. Penulis membawa pembaca memahami 'International relations' dengan bahasa yang sangat mudah. Sedikit sebanyak boleh membantu kita untuk memahami perihal politik yang berlaku di antara negara negara di seluruh dunia.
Profile Image for Faisal Rosli.
10 reviews2 followers
June 21, 2021
I didnt know this book won the 2019 Malaysian National Book Winner. But I was not wrong to read this book. The former Malaysian Prime Minister, Najib Razak was seen to hold this book when reporters met him for some news coverage.

Ayman gave a full context and his years of reserach in geopolitics and the event that brought what we have seen today. His research is current and would add to great knowledge for his readers

This book is a must read for all.
Profile Image for Hanis Khaleeda.
90 reviews10 followers
April 8, 2019
Dunia Tanpa Tembok by Ayman Rashdan Wong.

- Satu penceritaan fakta tentang dunia politik antarabangsa yang sangat baik.

- Bila baca buku ni, aku tak cepat bosan sebab gaya penulisan macam penceritaan. Kiranya macam ada orang yang duk cerita dekat kau bila baca buku ni.

- A lot of information yang kau akan dapat bila baca buku ni. Aku berani jamin anak muda sekarag mana nak ambil tahu pasal dunia luar, ye sebab aku pun macam tu. Tapi bila baca buku ni, aku rasa macam lepas ni aku KENA ambil tahu pasal apa yang berlaku kat dunia luar sekarang.

- Banyak benda yang selama ni aku salah faham, yang aku memang tak pernah tahu aku dapat tahu melalui buku ni. Aku macam dapat tahu kenapa jadi world war 1 and 2, kenapa negara besar ada tenaga nuklear dan macam-macam lagi !

- Dalam buku ni ada kisah pasal US, Korea, China, Russia, Negara Arab, pasal Rohingya, pasal Syria, Turki banyak weh banyak ! Kau kena baca ! Kau pun dapat tahu serba sedikit permainan dunia masa dulu dan sekarang.

- Aku recommend untuk semua terutama anak muda untuk baca buku ni ! Kita patut baca sebab kita patut tahu !

- Dah tiba masa untuk kita buka mata untuk tengok dunia luar dalam banyak perspektif. Betul, belajar belajar jugak, tapi tak membaca sebab tak cukup masa tu BUKAN ALASAN.

- Salute dekat brother ni sebab nak buat buku pasal politik antarabangsa ni bukan calang-calang, kena banyak membaca, kena kaji, kena ambil tahu isu semasa dan memang betul pun, banyak rujukan yang penulis ni rujuk sebelum terbitnya buku ni.

- Sesekali ubah haluan baca buku pasal politik dunia is not a crime pun kan? Selamat membaca !

#2019readingchallenge
#duniaBOOKku📚
#bukuempat
Profile Image for ainisreading.
86 reviews9 followers
June 28, 2022
Buku ini sebagai 'eye opener' tentang kepentingan ilmu hubungan antarabangsa (IR). Seperti yang dikatakan oleh penulis, tiada yang mustahil untuk sesiapa menguasai ilmu IR ini.

Langkah pertama; Biasakan diri dengan istilah dan konsep teras IR seperti "alliance", "balance of power", "national interest", "international norm".

Langkah kedua; Membina keupayaan membuat analisis. Seseorang perlu mempunyai kemahiran untuk mengaplikasikan teori ke atas isu-isu semasa politik antarabangsa.

Langkah ketiga; Bukan setakat mampu mengaplikasikan teori malah boleh mengkritik teori dan membina kerangka analisis sendiri.

Menurut penulis lagi, untuk mencapai tahap ketiga itu, seseorang haruslah mengkhatamkan sekurang-kurangnya 200-500 buku ilmiah tentang IR dan juga diselitkan dalam diri untuk memiliki perspektif "inter-disciplinary" seperti ilmu dalam bidang sains sosial yang lain (sains politik, sosiologi, falsafah).

Akhir kata daripada penulis ialah bersedialah menerima kritikan dan teguran kerana perspektif kita tidak semestinya benar dan tidak semestinya popular. Jangan berhenti belajar dan merasa angkuh dengan ilmu yang dimiliki.
Profile Image for Jannahniknur.
18 reviews6 followers
July 23, 2020
Pertama kali membaca buku yang mengetengahkan isu politik dunia dalam bentuk yg padat dan menarik. Pertama kali membaca, buku ini dapat membuka mata pembaca yg sering mengaitkan sesuatu isu antarabangsa dengan freemason & illuminati. Hakikatnya, apa yg berlaku sebenarnya adalah percaturan politik antarabangsa, bukanlah agenda yahudi semata.

Untuk mereka yg meminati isu politik, isu dunia & hal ehwal semasa, ya buku ini sesuai untuk anda. Tetapi untuk mereka yang kurang meminati topik sebegini atau sedang mencari buku untuk menghilangkan stress, adalah kurang digalakkan untuk membaca buku ini.

Dan buku ini sangat digalakkan buat anak-anak muda bagi membuka mata serta memberi kesedaran kepada mereka tentang situasi dunia sekarang.

Tahniah pada penulis kerana mampu menterjemahkan isu yang rumit kepada bahan bacaan yang mudah untuk difahami pembaca!
Profile Image for Nuur Syahidah.
160 reviews
June 18, 2020
The world does not revolve around you. Kajian hubungan antarabangsa yang dilakukan penulis menyatakan bahawa apa yang berlaku di dunia ni saling bersangkut paut. Bukan hitam putih. Siapa pun boleh jadi kawan dan lawan silih hari berganti.

Kudos untuk penulis yang menjadi pioneer dalam memudahkan pemahaman orang awam.
Profile Image for Anas.
142 reviews4 followers
May 17, 2020
Kadang-kadang ada baca tulisan Ayman, dan belek buku dia di pesta buku baru kali ni tergerak hati nak beli. Saya dari tak tau langsung pasal geopolitik dan IR, lepas baca tau la sikit. Kalau ada peluang mungkin nak beli sambungan dunia tanpa tembok.
Profile Image for Nadiah Razali.
133 reviews57 followers
October 30, 2020
Baca buku ni membuatkan minda lebih terbuka dan dapat mengintip sekilas apa yang sedang berlaku. Ada banyak bab, yang saya perlu ulang baca, maklum lah saya kurang arif tentang isu sejarah/ isu semasa dunia.

Memang tersangat wow. Highly recommended, penulisan yang mudah di fahami. Buku ni a MUST READ untuk semua orang. 😊

Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews59 followers
March 25, 2019
Himpunan catatan Ayman Rashdan Wong yang pernah beliau tulis di FB. Sangat menarik apabila peristiwa dilihat dari sudut geopolitik
Profile Image for Ejen Fuad.
2 reviews
March 6, 2021
Menarik, Disampaikan dalam bentuk mudah dan senang dihadam untuk menambah perspektif tentang apa yang berlaku di medan antarabangsa selain dari bacaan dari laporan media umum.
Profile Image for A.S.
6 reviews
February 21, 2025
Author: not my style but its a 5/5
Content: 5/5

I take this a book that welcome u about the world.
Place u can learn about how International relation become the way it is today.
Profile Image for Muizu ismail.
111 reviews4 followers
April 21, 2019
Berbaloi untuk dibaca. Buku ini membuka Minda Kita tentang Isu politik semasa, geopolitik Dan geoekonomi.
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
April 17, 2021
Pembacaan kali ini telah membuka mata dan minda aku tentang isu-isu geopolitik. Ada perkara yang aku kurang faham dahulunya, diterangkan dalam buku ini. Sungguh banyak informasi baru.
Displaying 1 - 30 of 173 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.