Jump to ratings and reviews
Rate this book

Antologi Cerpen Kelip-kelip Kusangka Api

Rate this book
Sesungguhnya, meraikan Antologi Cerpen Adiwarna (ACA) saban tahun, meriahnya bagaikan berpesta. Lalu, kali ini pesta menulis diberi nama Kelip-kelip Kusangka Api.

40 Penulis. 40 Ceritera...
Sekerat pantun penuh makna ditafsirkan pelbagai gaya bercerita. Naskhah penuh rencah dan rasa ini, terbang hinggap bercahaya di hati pembacanya bagaikan kelip-kelip terbang malam.
Namun... dapatkah ia menyelesaikan sekerat pantun berikutnya itu, terus menjadi tanda tanya? Bukankah, kalau api mana sumbunya, tuan?

40 Pengarang. 40 Citra...
Tertunailah hasrat Adiwarna menghimpunkan penulis dan cerita dalam sebuah naskhah berjilid. Kisahnya disusun kemas lagi cantik, bagai orang Melayu menyisip sirih junjung buat dijadikan pembuka bicara.

Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya, tuan?

Mudah-mudahan ramai yang suka membaca cerpen penuh santun dan tertib. Membaca bahasa yang cantik - tidak campur-campur dan cacamarba, bukankah itu budaya asal orang budiman? Lalu janganlah pisahkan bahasa Melayu yang indah dalam penulisan sepertimana kita pernah pisahkan tulisan Jawi yang indah ini di hati kita, ya!

Sungguhkah tuan kasih akan bahasa, kalau sungguh tunjuklah tandanya! - Noor Suraya

704 pages, Paperback

First published November 1, 2017

6 people are currently reading
48 people want to read

About the author

Ika Madera

14 books54 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (48%)
4 stars
10 (34%)
3 stars
4 (13%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
Currently reading
September 23, 2018
1. Ada Apa Dengan Ikan Bilis
by Ika Madera

~kegilaan Rodin terhadap ikan bilis membingungkan Ilya, sehingga di perantauan pun menu itu mesti dipesan!. Namun, dugaan menimpa Ilya.. dan, Rodin sedar dia lebih rela tak dapat makan ikan bilis daripada kehilangan Ilya.

2. Aku, Cakoi & Donat
by Noriha

~Ratna, yang tinggal bersama papanya sejak kematian ibunya, sanggup belajar membuat donat kesuakaan Abang Pol,abang Mardhiya, kawan baiknya, supaya kembali bersemangat selepas ditinggalkan kekasih. Namun, rupa donat Ratna seperti cakoi kerana tersalah sangka kuih mardhiya buat itu adalah donat!

3. Biar Bedar Berlalu
by Misa Faizal

~kerana Tok Man mewariskan seni mengukir perahu layar kepada Zaim, sepupunya, Cempaka memusuhi lelaki itu. Pertemuan semula setelah beberapa lama mengungkap kembali apa yang tersirat sebenarnya.

4. Biar Rasa Tidak Punya Warna
by Nurazz Ahmad

~percintaan Najla dan Wazeer setelah bertahun2 bagaikan tiada kesudahan tatkala Wazeer sibuk dengan kerjanya di Australia. Kedatangan Najla ke sana bukan sahaj untuk bertemu Wazeer, tetapi ada misi yang harus dilaksanakan.

5. Bibi dan Mesin Basuh Layan Diri
by Bidayatul H

~Bibi yang memberontak kerana ayahnya ingin berkahwin lain setelah kematian ibunya, menerima tawaran ke sekolahh asrama. DI sana, Bibi selalu menggunakan sebuah mesin basuh di blok baru sekolahnya yang masih belum siap. Namun, setiap kali membasuh di sana, ada saja baju entah siapa yang termasuk sekali..dan, selepasa itu pasti akan bertemu pemiliknya, walaupun hanya sekilas.

6. Budak Yang Ingin Bermimpi Buat Kali Terakhir
by Fakhrull Halim

~Teguh Yahya dan Tuah Hamdan, pencetus mimpi di dunia manusia, didatangi oleh seorang perempuan yang meminta mereka menghadirkan mimpi yang indah kepada Uwais, seorang budak berusia 5 tahun yang terlantar dan ditinggalkan keseorangan...

7. Bunga Api Mimpi
by Dhiaz Diandra

~Senah dan Derus, sepasang suami isteri yang asalnya bahagia seperti insan lain. Namun, Derus yang selalu lupa aka nyanyuk, menuntut kesabaran Senah menanganinya.

8. Cahaya Cinta Ramadan
by Ezzan Haqis

~Syawal dan Ramadan, sepasang kembar namun berbeza sekali - Ramadan aka Adan dilahirkan autisme.

9. Cerita Dalam Kebun
by Nazira Ilias

~sejak menganggur, kerja Sarah hanya mengikut Tok Wan ke kebun sawit. Kehadiran Malik yang rapat dengan Tok Wan menimbulkan cemburu di hatinya.

10. Cikgu Tuah
by Ema Asmadi

~Cikgu Tuah yang hensem dan digilai bukan saja pelajar, malah guru2 perempuan! sejak kehairan beliau, semua pandai bersolak ke sekolah. kerana tak tahan, akhirnya CIkgu Tuah mengambil keputusan berkahwin. Siapakah yang bertuah itu?

11. Dia Yang Manis Tunggu di Jendela
by Noor Suraya

~Uwair menemani adiknya, Afiya ke Nepal untuk mendaki,s etelah sembuh daripada kemalangan. Dan, membawa amanah atuk mereka bersama. Pertemuan dengan Chahya, tour guide mereka memberi getar di hati Uwais

12.Doa Seorang Kekasih
by Aulia Iman

~Sarah, anak yang do benci ibunya sendiri lantaran kekurangannya dalam akademik dan kerjaya, sehingga memusnahkan impian untuk menikahi kekasihnya.

13. Gelap.Hitam.Kosong.
by Wizana Emilia

~Amara yang tersedar dari koma akibat kemalangan, kehilangan memorinya. Tanpa sedar, suaminya menjadi dalang dalam kemalangan itu.

14. Ilham Buat Jannah
by Aina Najiha

~konflik perkahwinan Ilham dan Jannah, dipisahkan oleh mama Ilham sendiri lantaran mengganggap Jannah tidak sekufu. Ilham pula diserang penyakit misteri menambahkan beban di hati Jannah.

15. Jelita Pertapa
by Monalita Mansur

~cebisan Ainulbanat, mengisahkan Tuanku Puteri Mambang Si Bongsi, sang pertapa jelita yang terkandas di bumi selama 100 tahun dek kerana ulah manusia Lela Kecana, tidak dapat kembali ke kayangan.

16. Juadah Menantu Mama
by Dhuha Steffa

17. Kalau Adilah Ada..
by Nurul Shifa

18. Kubur Panjang-Kuala Ketil-Kulim
by Syarmiza Basir

19. Matahari
by Chrysalis

20. Mekar Bunga Airis
by Amira Aurora

21. Mekar Senyum dan Sebuah Mesin Basuh
by SMahadzir

22. Menanti Dia
by Normaslina Masri

23. Mencari Muhammad
by Xenia Zidane

24. Nukilan Buat Nilam
by Djohan Rahman

25. Penakluk Hati
by Deia

26. Penat Berlari
by Shaf

27. Permintaan Hati
by Anisa Alfateh

28. Pondok Cinta Usu Limah
by Norisah A Bakar

29. Rotan Terbelah
by Fyda Adim

30. Sato
by Bam Bam

31. Sayang Abah
by Addi Shalala

32. Sayang Sarawak, SUngainya Sempit
by Aylannis

33. Selamanya, 22 April 2015
by Rosdiana Idham Halis

34. Semalam Hanya Sekejap
by Noor Hidayah Johari

35. Siti, Tanjung, Perak
by Pingu Toha

36. Surat Dari Khutubkhanah
by Ika4may

37. Tidurlah Soniaku
by Nor Janati Ibrahim

38. Tum
by Mahizan Husain

39. Waris II
by M Myhaimin

40. Warung Bakso Saka Tok Meon
by Tany Leia Harris
Profile Image for Azizah.
388 reviews6 followers
April 29, 2018
1. Ada Apa dengan Ikan Bilis - Ika Madera

Seperti biasa karya Kak Ika tetap ada spark walaupun kisah biasa-biasa sahaja. Suka penamatnya kerana rasa sayang @ cinta tidak tergugah dengan kekurangan orang yang dicinta. Dan yang penting nama pendek Ilya & Rodin tu senang nak baca. :P

2. Aku, Cakoi dan Donat - Noriha

Yang ni KakChik terjatuh hati dengan penghujung. Ingatkan Abg Pol jatuh cinta dengan Ratna selepas kuih cakoinat. :P

3. Biar Bedar Berlalu - Misa Faizal

Aduhh, kerana salah faham semuanya jadi dendam. Dan seperti biasa orang tua-tua kan egonya kadang kala tinggi melangit, jadi yang muda memang kena banyak beralah. Tapi sayangnya segala bakat ilmu tidak ada warisan.

4. Biar Rasa Tidak Punya Warna - Nurazz Ahmad


Dan 3 cerpen terakhir di dalam naskhah ini memang buat KakChik tersenyum puas. Ong yang berkorban untuk suku kaumnya yang buat air mata kasih KakChik jatuh.

Rasa sayang sungguh nak menghabiskan antologi cerpen ini kerana di tengah-tengah keasyikan mengulitnya mendapat khabar duka bahawa penerbitnya akan menutup rumah penerbitan mereka. :(

Yang paling KakChik suka adalah typing error yang hampir tiada/tiada langsung. Itu yang buat pembacaan dan penghayatan lancar.

GRC: #17/15
Profile Image for vnouraa.
80 reviews1 follower
July 27, 2019
Paling suka dengan cerpen karya Aylanins (Sayang Sarawak, Sungainya Sempit)~sekufu. Rasa macam cerpen ni sangat 'humble'. Rasa macam bertuah sangat sebab ada 2 novel penulis dalam simpanan saya; Suri Hati Abang & Warkah Pengikat Hati.

Yang kedua, suka dengan karya Tany Leia Harris-Warung Bakso Saka Tok Meon. Ada unsur komedi dan seram kat situ. [update: Yang ke-3, of course kisah kucing-kucing karya Pingu Toha dalam Siti, Tanjung, Perak.]
Profile Image for Mohamad Nasrul.
195 reviews6 followers
August 15, 2023
Tarikh beli: 15 Januari 2021 (beli melalui WA daripada Noor Suraya JS)
Tempoh baca: 6 Ogos - 13 Ogos 2023

✨ Antologi Cerpen Kelip-kelip Kusangka Api
✨ Penyelenggara: Noor Suraya
✨ Penerbit: JS Adiwarna
✨ Tahun terbit: 2017
✨ Jumlah Halaman: 696 ms

Secara keseluruhannya, benarlah seperti mesej Kak Su selepas buku ini sampai ke tangan saya, banyak cerita kecil yang sedap-sedap dalam ni. Sungguh, sungguh.

Semua cerpen yang tersiar mempunyai kekuatan yang tersendiri, setiap satunya. Ada bahagia, ada manisnya, ada hiba, ada duka lara yang menggugat emosi. Pendeknya, emosi yang dibawa penulis di dalam cerpen, nyata sampai sekali ke sukma pembaca.

Bahasa yang digunakan juga sangat indah, tertib dan cantik. Semuanya tersusun indah, terasa lancar dibaca.

Namun, apabila hendak dibaca di bahagian tengah, jenuh jugalah menjaga supaya buku tidak patah tulangnya. 😅 Sebab panjang sangat. Tapi, panjang-panjang pun sangatlah berbaloi semua cerpen di dalam antologi ini. ⭐🥺🔥💔🤯🤩🥲❤️‍🩹😭❤️

Usai membaca antologi ini, tak sabar rasanya nak membaca Rumah Cinta pulak. 🤩
Profile Image for Khaulah Zulkifli.
94 reviews3 followers
December 2, 2018
mula-mula supaya tak bias komen cerpen pertama di Ika Madera. Saya mula baca dari belakang.

kali ini baca malas nak fikir terjemahaan kelip-kelip kusangka api dari setiap penulis.

cuma, ada beberapa yang saya boleh komen.

1. Waris II : sungguh saya blurr. Nak faham karangan penulis. Nak faham ayat. Nak faham mesej. rasanya saya faham tentang mesejnya cuma wataknya saya kurang pasti. terma bahasa yang dipakai barangkali buat otak saya malas bekerja.

2. 20 terakhir cerpen tema yang berbeza. Jadi saya sangka tiada cerpen cinta romantis. Rupanya 20 cerpen terawal ada diselit. Saya sangka kelip-kelip kusangka api ni cinta tak kesampaian. Banyak terjemahannya cinta bercerai mati. ghaib. Yang lain-lain saya baca sahaja tanpa faham apa yang disampaikan oleh penulis.

3. Jelita Pertapa : juga, saya blurr. blurr dengan karangannya. Guna bahasa melayu klasik. yang lebih sepuluh tahun saya tinggal. Jadi sekali lagi, otak saya malas bekerja. Apatah lagi nak pegang buku tebal hampir 700 muka surat dengan tangan yang halus ini. Dua-dua pakai tenaga.

lama ambil masa nak habiskan. Sebab 40 cerpen. ceritanya berbeza. purata 2 cerpen sahaja saya baca untuk sehari.Saya gigihkan untuk habiskan bacaan antologi cerpen ini.

betul seperti kata penyelenggara -Kak Su. Tema cerpen kelip-kelip kusangka api adalah tema bebas.
2 reviews
March 1, 2019
Menarik tapi saya nak komen jugak. Hehe~

Yang tak berapa nak menariknya ialah setiap cerpen (hampir semua kecuali 1@2 cerpen awal) ada ABANG. Buka bab baharu ada ABANG. Bab ini ada ABANG. Bab seterusnya ada ABANG lagiiii. Abang(suami), abang(adik-beradik), abang(crush). Memang semua lelaki ke nak kena bahaskan diri sebagai ABANG. Naik muak iols membacanya.

Walaupun muak tapi saya gigihkan membaca sampai habis. Setiap cerpen ada jalan cerita tersendiri, tapi itulah sana sini ada ABANG ABANG ABANG...
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.