Jump to ratings and reviews
Rate this book

My Secret Husband

Rate this book
ATAS dasar simpati, Aifa Asyikin sanggup berkahwin dengan Ryan Danish walaupun penampilan Ryan sangat ‘klasik’. Disebabkan itu, Aifa terpaksa menyembunyikan status perkahwinannya dari pengetahuan orang.

Aifa memberi syarat kepada Ryan. Jika Ryan mahu diiktiraf sebagai suaminya, dia harus membuat perubahan ke atas dirinya yang tidak ubah seperti ketua pengemis itu. Namun tidak semudah itu untuk Ryan mengubah cara kehidupannya. Dia selesa dengan gaya ‘purbakala’nya itu.

Dalam melayari bahtera perkahwinan bersama suami rahsianya itu, Aifa saban hari pening kepala melayani setiap sikap aneh dan ‘jakun’ Ryan. Dia hanya mahu makan roti sahaja dan mempunyai tabiat mengikat straw pada rambutnya. Malah, Ryan lebih selesa tidur di bawah katil sedangkan isterinya tidur di atas katil.

Namun Aifa langsung tidak menyangka bahawa suami misterinya itu adalah pewaris harta pusaka ayahnya, Zaid yang berjuta ringgit. Datin Syerina, peguam ayahnya itu telah pecah amanah dan menukar segala harta milik Zaid kepada namanya. Sampai sanggup mengkurung Ryan di bilik rahsia bawah tanah hingga 23 tahun. Begitu kejam tindakan Datin Syerina.

Dapatkah Ryan merampas kembali harta milik Zaid kembali? Bagaimana pula dengan Datin Syerina, dapatkah dia mempertahankannya? Apa pula tindakan Aifa setelah mengetahui suaminya itu seorang jutawan.

Semuanya akan terjawab dalam novel ini.

464 pages, Paperback

First published January 1, 2017

10 people are currently reading
136 people want to read

About the author

Siti Nur Dhuha

12 books65 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
30 (43%)
4 stars
17 (24%)
3 stars
11 (15%)
2 stars
8 (11%)
1 star
3 (4%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for SS.
515 reviews5 followers
January 16, 2024
✒️ Tajuk novel ni My Secret Husband sebab Aifa sorok Ryan sebab Ryan aneh dan degil. Sampaikan dia sendiri perit nak menelan tohmahan orang yang mengatakan dia tak pandai urus suami sendiri.

Mengisahkan tentang Aifa yang secara tidak sengaja terjumpa Ryan yang dikurung di bawah sebuah bilik bawah tanah. Selama 23 tahun Ryan terkurung. Ryan seperti katak bawah tempurung, berkelakuan aneh & pertuturannya terbatas. Mujur Aifa tidak berfikir panjang untuk menyelamatkannya pada malam itu. Padahal, Aifa pada ketika itu hanya ada rumah sewa dan hidup tunggang langgang. Besar risiko yang Aifa ambil. Ryan pula kena hidup dengan seseorang yang tidak dikenalinya. Weh awkward sangat❗️

Idea penulis lain dari yang lain. Sebab jarang baca main character tersangat jakun. Dikurung di bawah tanah dalam tempoh masa yang tersangat lama. Ada unsur lawak namun lama kelamaan dia jadi tak lawak sebab nampak macam try to hard untuk buatkan scene tu kelakar. Ada juga yang meleret dan tak logik. Tapi saya layankan saja sebab dah halfway baca.

Aifa ialah seorang gadis yang TERPALING lurus bendul. Hati dia yang selalu bersangka baik dengan orang tu telah membuatkan dia tak sedar yang dia dikhianti. Orang sekeliling dia sangat toksik. Sakit hati kita bila Aifa kena faceshaming & buli (pukul sampai berdarah). Watak heroin yang sangat lemah sampai tak dapat nak protect diri sendiri dan biarkan diri dipijak-pijak.

Cuma saya suka dengan cara Aifa menerima suaminya dengan hati terbuka. Menjaga suami yang tidak boleh nak uruskan diri sendiri. Yang tak lelah mengajar dari segala sudut. Kira macam Aifa ni berperanan sebagai suami pada awal perkahwinan mereka. Sebab Ryan memang blur sangat. Mujur la saat Aifa betul-betul memerlukan bahu untuk bersandar. Ryan itu ada walaupun sengal-sengal ubi.

Simpati juga dengan keadaan Ryan yang masanya banyak terbuang di bilik bawah tanah. Sudahlah mempunyai sejarah pahit ketika kecil. Kawan pun tiada. Dianiaya dan hartanya jatuh pada orang salah. Hm. Masa yang sangat tepat bila Aifa terjumpa dia di situ. Mujur member tak tinggalkan dia. Haha. Sudahlah masa jumpa tu keadaan memang macam tarzan. Dengan rambut siap ada straw aduh. 🤣

Cumanya, saya tak berapa faham kenapa Ryan tinggalkan Aifa selama setahun. Kalau demi untuk mengubah diri, mempelajari dan mendalami ilmu, menuntut hak dan cari jati diri. Kenapa tidak dibawa isteri?. Apa semua benda yang dia nak buat akan terbatas ke kalau ada Aifa di sisi?. Sudahlah ditinggalkan gantung tidak bertali. Khabar berita pun tiada. Tiba-tiba datang secara mengejut. Hm. Entahlah 🤷🏻‍♀️ Kenapa suka sukarkan benda yang boleh memudahkan diri. Dan tidak diceritakan juga macam mana proses pembelajaran Ryan ketika dia menghilangkan diri.

Watak antagonis dalam ni ramai juga. Cuma saya musykil dengan pengakhiran watak mereka ini sebab tidak diceritakan dengan lebih terperinci. Ending juga habis dengan cepat dan begitu saja.
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
February 17, 2019
Ok citer ni memang lawak walaupun lama2 macam makin bodoh pulak lawaknya tu.haha..
Kisah Aifa yang tersangatlah lurus bendul secara tak sengaja telah menyelamatkan Ryan yang telah dikurung selama 23 tahun. Tak boleh dibayangkan macamana kehidupan Ryan selama 23 tahun tu.keluar je mestilah jakun ya amat. Nasibla si Aifa ni walaupun lurus bendul mempunyai hati yang baik dan ikhlas dengan Ryan.Rela berkahwin dengan Ryan demi untuk menghalalkan hubungan supaya dia boleh menjaga dan mengajar survival kehidupan kepada Ryan.

Hiduplah diorang laki bini.sorang dikatakan katak puru sebab muka rosak teruk angkara khianat dan sorang lagi dikatakan orang hutan dengan jambang n rambut tak terurus.memang sepadan!

Melihat kesengsaraan Aifa yang sentiasa dibuli,Ryan tekad untuk mengikut Pakcik Shake untuk mengubah hidupnya dan menuntut kembali harta ibubapanya yang dirampas oleh Datin Syerina.

Selepas setahun Ryan kembali ala2 putera raja dan Aifa pun dah kembali cantik.Punyala lurus si Aifa ni macam2 clue dah Ryan bagi masih tak boleh cam suaminya tu.Geram betul bab ni.haha..Selepas setel konflik hiduplah mereka happily ever after.
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
September 29, 2017
Karya Siti Nur Dhuha kot... ko expect apa? Mestilah lawak kan? Biar pun kadang2 lawak tu sampai tahap x logik akal. Hahaha...

Citer ni best. Lawak + sedih. Sedih sbb org2 sekeliling Aifa & Ryan selalu hina diorang. Mentang2lah Aifa tu kulit mukanya bermasalah, semua duk pandang jijik. Dan mentang2 Ryan tu mcm... err... tarzan? Ah apa2 jer lah! Mentang2 Ryan tu mcm tarzan, semua duk cemuh.

Dan ada part aku rasa plg aku tak boleh nk terima. Part di mana mak ayah Aifa sendiri pun duk hina muka anak mereka mcm berus lantai & katak puru. What? Seriously? Ko berdua boleh kata mcm tu kat ANAK SENDIRI? God... speechless jap aku. Kalau mak ayah sendiri pun sanggup ckp mcm tu, org luar apatah lg, kan?

Ryan & Aifa, memang sedih betul hidup pasangan ni. Tp Aifa ni memang baik giler lah... baik + lurus bendul. Hmm...

Watak Wan Z tu tah pape jer. Bajet diri tu bagus sgt.

Watak Helena tu layak mati jer. Sungguhlah pompuan mcm ni patut pendek umur jer atas muka bumi ni.

Err... novel ni akan ada sekuel ke? Bkn apa, sbb ending mcm tak berkesudahan sikit. Tak tahu apa yg jd kat watak2 sampingan dlm cite ni. Alih2 Ryan & Aifa ni jd kaya-raya n bahagia mcm tu je. Mcm cpt sgt part ending tu.

Tp kalau ada sekuel best jugak, kan? Hehe...

Btw, part selepas setahun tu... aku x puas hati sebenarnya sbb Aifa tak boleh cam siapa Encik Abang tu. Padahal Encik Abang tu dah bg byk klu siapa dirinya. Masa ni aku rasa si Aifa tu bodoh sgt. Hmm...
Profile Image for Ashy Khaira.
518 reviews52 followers
Read
March 19, 2018
the story starts of with aifa being invited to herlina's and z's engagement and she is upset as ashe has loved z in silence for years.at the engagement party she is humiliated by z's mother and finds ryan who has been kept as a prisoner in a cellar underground for 23 years ever since he was 7 since his parents passed away.Aifa brings him back to her village and after several weeks gets married to him,accepting his weird ways of sleeping under the bed,tying straw to his hair,wearing his torn and tattered clothing etc.we find out through the story that herlina is pretending to be friends with aifa out of jealousy and the skin problem faced by aifa is due to herlina.everything that is done to harm and humiliate aifa leads ryan to agree following his family friend shake to learn the ways of the world and lead a better life for him and his wife.after a year he and aifa meet each other again although he kidnapped her first and then gave clues to his true identity before telling aifa that the both of them,a lawyer,shake and the police will go to teguh enterprises and get him back his rights.z breaks off the engagement with herlina because she is nasty and seen his weakness of not having any body hair and labeled him as feminine where she admits all that she did wrong to aifa infront of z in her anger
This entire review has been hidden because of spoilers.
2 reviews10 followers
Read
April 20, 2019
Anyone selling this book? Pls drop me a comment thank you
Profile Image for Suzyanna yap.
118 reviews9 followers
May 6, 2019
Hanya Kerana dendam Aifa disakiti Helina yang dianggapnya sebagai sabahat rapatnya..Bukan hanya muka yang dirosakkan tetapi dijadikan orang suruhan...sampai tahap mandi kan helina...paling menyakitkan hati apabila aifa dimalukan di majlis pertunangan Helina dengan Wan Z(*lelaki yang dicintai Aifa)

Ketika kejadian yang menyakitkan hati itu,Aifa terdengar suara darii sebuah bilik di rumah Wan Z...dan yang mengejutkan seorang lelaki yang berambut panjang,berjambang, pakaian lusuh dan takut kepada cahaya dikurung disitu...

Atas dasar simpati Aifa membawa Ryan balik ke rumahnya namun sebaliknya terjadi lagi sekali dia dimalukan kali ini siap dihalau keluar dari rumah sewanya sendiri..dan akhornya dia mengambil keputusan balik d kampung,,,

atas rasa kesian dan menunaikan janjinya terhadap Ryan dia berkahwin dengan Ryan ,,namun perkahwinan mereka tidak direstui ibu Aifa yang menginginkan kan menantu seorang cikgu...dan Ryan menjadi secret husband aifa sehinggalah Ryan mahu berubah ...

Namun bukan mudah,pelbagai dugaan yang berlaku...kali ini...rasa cinta Wan Z terhadap Aifa membuatkan sekali lagi dia disakiti...kali ini rambutnya menjadi mangsa tidak cukup itu dia menjadi hinaan di pejabat,,,

Dan ketika dia mula menyayangi dan memerlukan suaminya,apatah lagi dia sudah menjadikan Ryan Unsecret husband si suami pergi meninggalkan dia...kala itu Wan Z datang menabur cinta..namun setianya hanya pada Ryan,,,

Bagaimana Aifa melalui hidup tanpa suami di sisi...dan ke mana Ryan menghilang...
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
February 21, 2018
Siti Nur Dhuha memang tak pernah menghampakan saya dan juga pembaca tegar yang lain.

Cerita ini best sangat. Jiwa saya bergetar bab Ryan didera. Saya tak dapat bayangkan Ryan ditinggalkan dalam bilik gelap di bawah rumah oleh Datin Syerina. Watak utama Aifa Asyikin yang lurus tapi baik hati sangat menyerlah. Kisah kemiskinan keluarga Aifa di kampung dan kesetiaannya dengan Ryan, suami 'purbakala' Aifa sudah dapat menghidupkan cerita ini. Cukup semua rempah ratus untuk buat kita tak mahu berhenti membaca sehingga habis. Cliche jauh sekali.

Olahan yang baik sekali. Fantasi Aifa yang direalisasikan oleh Ryan buat isterinya. Rumah, taman bunga, kuda dan buaian impian Aifa begitu menakjubkan sampai boleh saya gambarkan sekali. Sungguh wow! Syabas buat penulis Siti Nur Dhuha!

Profile Image for Yattie Norhayatie.
75 reviews4 followers
May 30, 2020
Cerita best... Kesian si heroinnya...penyabar yakmat ... Menyelamatkan org yg dah lama terkurung...susah menerima perubahan... Menduga akal dan kehidupan sungguh... Aigoo... Namun siapa sangka dia sebenarnya sang putera raja... Menahan hati untuk melamar sang penyelamatnya... Bertahan demi sebuah tuntutan kehidupan sebenar... Menuntut semula haknya...
Bahagia tercipta dihujung jua...
Happy ending...yeyyy...😂😂

Layannnn...
Profile Image for Aarai.
1 review
March 24, 2024
First time jumpa novel teruk macam ni.Buat rugi duit. Penulis tolong la belajar balik banyak jer tips penulisan dalam internet. Jangan tulis syok sendiri please... Penatlah macam ni. Idea ada tapi pengolahan cerita merapu. I beli excited da nak baca sebab sinopsis macam menarik sekali baca hurm. Kecewa.

1. Tak salah nak selitkan unsur islamik tapi olah la kasi senang pembaca hadam. Ni macam hurm.
2. Watak takde identiti yang menarik
3. Jalan cerita tak best.
Profile Image for Shimah.
62 reviews1 follower
January 9, 2021
Sejujurnya dah lama saya tinggalkan novel cinta cintun ni. Baca untuk selingan je tadi. Wahh , sangat best plot ceritanya , ada yang lawak , ada yang sedih.
Profile Image for Ubi.
314 reviews
November 21, 2023
Kenapa tak ada cerita pasal kesudahan Helina. Cerita terperinci masa Ryan hilang pun tak ada. Suka cerita Dhuha walaupun macam tak logik. Hilang stress baca.
2 reviews
February 9, 2024
Mungkin tak berapa kena dgn jiwa. Jalan cerita yg tidak membumi & banyak meleret.
1 review
March 4, 2024
amazing humor, original storyline and just immaculate book in general
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.