"Sesiapa yang mendakwa dia memahami Mekanik Kuantum maknanya dia tak faham Mekanik Kuantum". Begitulah kata Niel Bohr, seorang ahli Fizik mengenai Mekanik Kuantum. Michio Kaku pula menganggap Mekanik Kuantum sebagai "the silliest theory proposed in this century." Albert Einstein pula sangat membenci Mekanik Kuantum malah telah berusaha membuangnya daripada subjek Fizik. Dan begitulah beberapa perkara yang boleh disebutkan mengenai Mekanik Kuantum. Ia merupakan teori yang memeningkan sehinggakan Richard Feynman pun pernah memanggilnya mengarut.
Dalam kekalutan itu pun sebenarnya teknologi hari ni sangat terhutang budi dengan Mekanik Kuantum. Sebutlah apa saja daripada internet ke komputer riba, dan segala peralatan elektronik semuanya kerana Mekanik Kuantum tadi.
Apakah Mekanik Kuantum? Bolehkah subjek ini difahami oleh golongan belia seawal pelajar sekolah menengah? Ya, Mekanik Kuantum mampu difahami oleh sesiapa pun. Manifesto Kuantum Fizik adalah buku paling santai dan minimum mengenai Mekanik Kuantum yang pasti semua orang akan dapat memahaminya.
Bacaan yang bagus sebagai pintu masuk ke "dunia fizik". Kan bagus kalau zaman tingkatan 4 dulu aku jumpa buku macam ni. Takde la aku mengelamun panjang dalam makmal sorang-sorang. Kah kah kah
Tapi tu la, untuk 2/3 bahagian awal buku ni, aku boleh ikut lagi. Masuk part "quark" tu, aku dah mula menguap. Mungkin sebab dulu tak fokus dalam kelas kot?
Apa pun, saya selaku orang yang dah habis baca buku Manifesto Kuantum Fizik ni amatlah mengalu-alukan korang yang minat sains fizik untuk baca buku ni. Confirm tak bosan!
Buku ni saya beli semasa PBAKL 2017 di PWTC. Sebelum ni saya dah kenal penulis dalam Facebook melalui pos-pos "Surat Cinta Saintis", koleksi pos berkenaan sains antara kami yang merupakan penuntut bidang sains (Bioteknologi bagi saya). Selepas membaca buku ni, boleh dikatakan buku ini bermutu dan sangat disyorkan oleh saya kepada penggiat dan pencinta sains, terutamanya berkenaan mekanik kuantum/kuantum fizik.
Isi keseluruhan buku ini terbahagi kepada 3 yakni berkenaan atom, cahaya dan jisim. Susunan dan penceritaannya adalah mengikut kronologi pemahaman konsep, bermakna disusun berdasarkan bila konsep ini ditemui sampailah konsep ini berjaya difahami komuniti sains. Oleh itu, buku ni memudahkan pemahaman sesuatu konsep dengan senang secara kronologi, berbanding disusun berdasarkan zaman. Walaupun buku ni agak nipis, isinya padat dan kompak, sesuai untuk pembaca yang tak mahu bacaan meleret dan panjang.
Walau bagaimanapun, Manifesto Kuantum Fizik masih lagi mempunyai jargon-jargon yang agak susah untuk difahami. Mungkin bagi saya, saya boleh faham. Tapi kalau untuk golongan pencinta sains tapi bukan berlatar belakangkan sains, boleh jadi buku ini agak berat untuk dibaca. itupun saya masih lagi ada masalah untuk memahami 'Persamaan Neelofa', sekalipun konsep asasnya saya faham.
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan buku ni dan tahniah serta terima kasih kerana menulis Manifesto Kuantum Fizik. Buku ini sangat membantu saya dalam menulis fiksyen sains yang memerlukan pemahaman sains yang tinggi, dan saya taknak baca buku yang terlampau berat bagi menjimatkan masa saya. Saya syorkan buku ini untuk penggiat sains di luar sana yang mahukan buku sains yang nipis tapi padat.
Buku ini adalah bacaan santai saya di rumah. Buku ini sesuai untuk orang-orang yang sudah sememangnya belajar Fizik sedari sekolah, cuma isinya ditulis dalam bahasa Melayu. Saya kurangkan bintang kerana terdapat kesalahan tatabahasa yang bagi saya kurang enak dibaca, editor sepatutnya lebih peka. Pun begitu, saya akan terus menyokong karya-karya saudara.
Im confidently can describe this book as a must-have book for people who interested in modern physics. Good choice of word and arrengement of idea, thus bringing firm introduction of quantum physics. As says ' tak kenal maka tak cinta', im sure this can help even uni student to gain proper intro about qm/nuclear before trying to digest a detail yet complicated book in the library. kudos to the author!