Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kerana Kau... Aku Kembali

Rate this book
KAU bangkitkan aku dari lena aku yang panjang. Ratusan purnama berlalu, saat kau mengukitkan kata cinta dan kini aku kembali menuntut sebuah janji.

Naili, dendam itu adalah luka yang sangat parah. Saat kau bersendirian, mereka akan datang sebagai sahabat dan kawan. Tapi syaitan dan Iblis adalah penipu yang sangat licik. Mereka bukan teman tetapi adalah musuh yang akan merosakkan jasad dan jiwamu. Naili di jiwanya penuh dendam. Dia mahu mengusir semua manusia yang penuhkan hatinya dengan kebencian.

Satu saat di waktu bersendirian, lelaki itu muncul sebagai kawan. Dan kemudian iblis itu pula muncul dengan satu perjanjian. 7 helai rambut perawan mati dibunuh beserta tujuh titisan darahmu adalah perjanjian yang kita akan pateri.

Naili, kau akan jadi milik aku dan aku akan bersamamu sehingga mati. Dalam gelap malam tujuh helai rambut perawan mati dibunuh diambil. Dicampur tujuh titisan darahnya. Si iblis tersenyum megah. Seorang lagi anak Adam bakal diheret bersamanya ke neraka. Hari demi hari, dia menjadi penjaga pada Naili. Setiap teman yang mendampingi Naili buatkan dia membenci.

“Wan...tolong pos kat aku sebuah buku ini....buku seramkan?”

Tiada siapa disisinya. Tapi suara siapa yang menjelma. Waktu Mak Wan nampak Adam yang bertukar menjadi makhluk hodoh di dapur sedang meratah daging mentah diatas meja, dia pengsan. Di rak televisyen Jumay nampak seekor pontianak sedang duduk sambil menyanyi lagu yang menyeramkan. Waktu lena Aisyah diganggu dengan suara Satu dah tidur...dua dah tidur..tiga dah tidur...empat pura-pura tidur ya?

Mereka dalam ketakutan apatah lagi bila seorang lelaki minta Ayman mencarikan kepalanya yang hilang. Sesat di hutan menghampiri rumah syaitan yang penuh dengan ketakutan. Naili terus hidup bertemankan iblis sehingga satu saat seorang lelaki muncul.

Siapa lelaki itu yang menuntut janjinya pada Naili? Dan ustaz Zakuan yang selalu menganggu ketenangan dirinya.

Satu ketika Naili dibawa pergi jauh ke alam lain. Cuma jasad dan nafasnya sahaja yang tinggal di dunia nyata. Naili dibawa pergi oleh Hibni yang meminjam jasad Megat yang sudah mati ratusan tahun dahulu.

391 pages, Paperback

First published May 1, 2017

2 people are currently reading
34 people want to read

About the author

Sophilea

31 books252 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (24%)
4 stars
8 (32%)
3 stars
8 (32%)
2 stars
3 (12%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Annakarenina.
142 reviews15 followers
May 17, 2017
PBAKL2017 #21

4*

Naskhah seram pertama dari kak Sophilea dan sy sukaaa... Best sangat. Tak bosan langsung dan ada part-part yg agak seram boleh meremang bulu roma sy. Pada mulanya sy nak bg 5* tapi disebabkan banyak typing error dan ada nama watak yg tertukar-tukar, so sy tolak 1*. Diharap pihak penulis dan editor lebih alert dengan kesalahan ejaan dan pertukaran nama-nama watak dalam karya yang seterusnya di masa akan datang.
Profile Image for Ynah Smdg.
108 reviews16 followers
April 30, 2020
Sy dah lama x baca genre seperti ini. Kesalahan ejaan banyak. Seram tiada. Tp good job as this is first try untuk kelainan.
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews24 followers
October 31, 2018
BEWARE of SPOILER

Ku sangkakan buku dari luar Malaysia kerana ada perkataan yang sedikit pelik. Bagaimana kamu boleh menjadi mabu? Rupanya kesalahan ejaan yang tidak dikemaskini sebelum dicetak dan dijual. Dan pabila bertemu lebih banyak kesalahan ejaan, rasa seperti makan peria; pahit ya amat.

Faktor seram juga tidak begitu menyengat bagiku kerana sebelum membaca buku ini, ku telah maraton semua filem Ju-on versi Jepun. Bukan salah buku ini tapi salahku sebab hampir setiap hari menonton filem seram. Makanya meter seram sudah gelong.

Watak utama terpengaruh dengan bisikan syaitan demi keluar dari seksaan keluarganya. Maka satu perjanjian tercipta. Selepas berbelas tahun dan hampir semua orang yang dibencinya menerima 'seksaan', dia mahukan jalan keluar.

Jalan cerita okey. Keseraman boleh tahan, terutamanya hantu yang menyanyi tu, tapi rasanya dah guna acapkali babak tu. Ala sama macam babak, "Nak tidur ke atau dah tau?". Tapi itu la, geram sebab ketara sangat buku ni digesa untuk penerbitan sampai kualiti ke laut.

Firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 99 dan 100 yang bermaksud:

Hingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka (orang kafir) dia berkata: Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong). Dan di hadapan mereka ada dinding (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan.

Ayat ini jelas memberitahu bahawa barzakh adalah tembok yang menghalang roh orang yang telah mati daripada kembali ke dunia.

Jadinya, babak Suraya tu memang tak menyengat langsung. Tapi ku akui sedih babak tu.

Keseluruhan, untuk cubaan pertama kali dari penulis yang sebelum ini menulis genre romantis, tahniah.
Profile Image for Aezra.
108 reviews16 followers
July 31, 2017
Seram memang seram... Cuma dari segi teknikal tengok macam buku ni agak tergesa-gesa penghasilannya. Kepada penerbit dan penulis, pastikan buku anda berada di tahap terbaik sebelum ia diterbitkan. Kepada penulis, bacalah berkali-kali manuskrip anda sebelum sampai ke tangan pihak penerbit. Sekalung syabas untuk penulis atas lahirnya karya yang seram begini!
Profile Image for Lea Azleeya.
39 reviews2 followers
January 1, 2019
Sebenarnya novel ni layak diberi 4 bintang kerana jalan ceritanya agak menarik tetapi aku terpaksa bagi 3.5 bintang sahaja kerana terlalu banyak typing error sehingga menggangu pembacaan dan penghayatan..

Dari segi jalan cerita memang boleh puji.. Perjanjian antara manusia dan iblis yang membawa kepada kesengsaraan hidup dek dendam dan rasa benci sang manusia..

Ada terselit kisah cinta sweet² diakhir cerita antara ustaz zakuan dan naili yg berakhir ke jinjang pelamin setelah perjanjian antara iblis n syaitan dapat dihapuskan.. nice story!
Profile Image for Haziea Hassan.
5 reviews2 followers
June 6, 2017
Novel seram pertama penulis, jalan cerita menarik. Gaya penceritaan pun boleh layan. Tp spoil bila melambak typo. Agak terganggu jugak 😓😓
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
August 2, 2017
pujian harus diberikan buat puan penulis Sophilea Novelis yang sebelum ini kuat berdiri dengan karya cinta, kali ini beralih arah mencuba genre seram. idea yang sangat menarik dari puan penulis tapi sepanjang pembacaan ada sesuatu yang bermain difikiran. jadi setelah bertanya secara peribadi barulah faham kenapa. nak tau apa dia?.. hehe...

mengisahkan naili, seorang gadis yang sering ditidakkan hak sebagai anak. Kakaknya hanis suka mengadu domba dan memutar belitkan kisah membuatkan dia didera. dia menyimpan dendam dalam diam dan tanpa disedari dendam memakan diri. bila sering bersendirian, dia mula tergoda dengan hasutan syaitan. perjanjian dimenterai dan tanpa sedar dia mula menjadi tunggangan iblis laknat. dan lagi, bila dia terjumpa dan memakai gelang yang bukan miliknya dia mula diekori...

puan penulis sememangnya merangka cerita dengan baik dan memang terserlah semua kajian dan homework yang dibuat sebelum menulis kisah ini. tapinya, bila baca akak terasa bukan seperti karya yang dulu yang lebih kuat ketelitiannya.. setelah diberitahu, wahh... patutlah. ada kesukaran yang perlu puan penulis tempuh sebelum karya ini diterbitkan. Maaf bila akak nyatakan terlalu banyak kesalahan ejaan dan tertukar nama watak sebenarnya dalam novel ini. penyusunan cerita pun sedikit longgar dan ada seperti di tempel masuk. Walaupun agak terganggu tapi akak tak rasa rugi teruskan pembacaan kerana masih ada kekuatan dalam jalan ceritanya. bukan senang beb... nak buat satu novel bermuka surat 391 dalam masa yang singkat! akak tabik you maz!!

korang nak ke berkawan dengan naili nih? berani tak kalau malam-malam terkebil-kebil nak lelap tiba muncul menyeringai depan mata tersengih-sengih dengan pandangan yang menyeramkan? takpun nak bangun ke dapur sebab haus tiba-tiba tengok ada yang duduk kat meja meratah makanan berdarah-darah. mampu tak nak hadap bila sedap-sedap berborak masuk topik seram tiba-tiba kawan berborak cabut kepala? Haa... kawan-kawan sekelilingnya juga sering terganggu nak pulak selepas bercuti bersama ke pulau perhentian. naili tahu dan nampak setiap makhluk hodoh dan seram disekelilingnya. kawan-kawannya juga terganggu dengan makhluk durjana tersebut. kena kacau, nampak depan mata, kena gigit... adoi!.. tapikan.. hehe.. pada yang dah baca mesti ada perasan sesuatu tentang kawan-kawan naili nih. akak terasa yang watak-watak tersebut di ambil dari teman sekeliling puan penulis kan?. agak-agak betul tak apa yang akak rasa nih?.. hehe... nampak tak yang puan penulis hargai teman sekelilingnya hingga dimasukkan dalam novel. Thumbs up!!

payah sebenarnya zakuan mahu membantu naili kembali ke pangkal jalan. dalam diri naili dah lama terpasak dengan semua syaitan dan jin itu. bantuan tetap cuba di hulur. adakah berjaya zakuan menarik kembali naili yang sudah menghilangkan diri mengikut megat? kenapa zakuan beria-ia mahu jauhkan naili dari megat? manusia, seharusnya tahu yang diri jauh lebih sempurna dari syaitan dan jin ini. janganlah sesekali walaupun sedetik dalam hati nak ikut telunjuk mahkluk durjana ini. Allah ada, apa saja berlaku sama ada baik atau buruk kembali saja padaNya. dan lagi semangat setia kawan bila kuat dan ampuh, walaupun besar kesalahan pasti tidak mampu digoyahkan. kemaafan yang diberi sungguhpun terasa pahit dan perit tapi itulah keindahan... tahniah buat puan penulis untuk karya seram pertama ini. moga akan terus hebat berkarya...
Profile Image for Mida Zainal Abidin.
26 reviews
May 29, 2020
5 bab awal,mood bacaan turun naik.,lost pada watak yg tiba2 ada masa naili di pulau perhentian.bnyk sgt pertambahan watak,bila start muncul ustaz bakri baru rasa dtg blik feel nak baca tp skip bnyk baca part naili je..kesalahan ejaan agak teruk....apa kaitan naili dgn watak lain?watak asyik bertukar..
sayang plot dah best.tp perlu buat lebih kemas.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,523 reviews1 follower
May 13, 2017
Cerita yang sangat unik..
Gangguan dari dua makhluk kepada manusia yang kesunyian..
Leka dan hanyut dalam kesesatan..
Syaitan tak pernah berhenti melaksanakan kerjanya..
Profile Image for Azee Shiraz.
66 reviews1 follower
July 11, 2020
Cerita best cuma cetakan banyak salah ejaan tapi tak mengapa. Ada satu cerita yang kurang fokus kat watak Nicol kut tak silap.
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.