Jump to ratings and reviews
Rate this book

KRONOLOGI KIAMAT

Rate this book
Islam memberikan perhatian terhadap kejadian masa hadapan serta huru hara yang bakal berlaku terhadap umat Islam menerusi keterangan Al Quran dan Al Sunnah. Perkara ini turut diberi keutamaan oleh para sahabat dan para ulama selepas mereka.

Kini, perbahasana berkenaan perkara ini semakin hangat diperkatakan, terutama berkenaan situasi masa hadapan yang bakal berlaku. Hal ini memberikan harapan kepada umat dalam menghadapi kemunduran dewasa ini, yang turut sama dirasai oleh manusia sejagat.

Buku ini dibahagikan kepada pendahuluan dan dua bahagian utama

145 pages, Paperback

Published December 1, 2016

1 person is currently reading
6 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (75%)
4 stars
2 (25%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
40 reviews4 followers
April 29, 2017
Saya mula mahu mengetahui lebih lanjut tentang hari kiamat setelah mendengar kuliah di TV 9, oleh Dr Danial.

Huru haranya dunia waktu itu, sehinggakan apabila dajjal mengatakan dia tuhan, terlalu ramai yang mengaku dia tuhan. Na'udzubillah min dzalik

Daripada penulis :
Bagaimana untuk selamat daripada fitnah?

1. Melazimkan al quran dan al sunnah

2. Melazimkan jemaah orang Islam

3. Ibadah dan amal soleh

4. Dakwah dan islah (pembaikan)

5. Menetap di bumi Syam
Profile Image for MUHAMMAD NABIHAN.
26 reviews
June 3, 2021
Alhamdulillah. Senaskhah buku yang ringkas dengan hanya 145 halaman ini telah menghimpunkan Al-Mubasysyirat wa al-Fitan dengan kaedah penggunaan dan pemahaman yang betul. Buku ini wajar dimiliki oleh mereka yang ingin mempelajarinya.

Pada saya, penulis dan penterjemah telah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memberitahu kepada umum tentang kaedah berinteraksi dengannya. Hari ini, kita dapat lihat terlalu ramai berkata tentang masa hadapan dengan bersandarkan kepada "hadith fitan" tetapi dengan pemahaman dan cara yang salah seperti memasukkan riwayat Israi'iliyyat, kajian barat bahkan filem-filem.

Moga buku ini sampai ke tangan lebih ramai umat manusia. Amin ya rabbal alamin.
10 reviews
June 23, 2021
Buku yang sangat baik untuk pemula yang ingin mengetahui kronologi kiamat melalui Al-Quran dan Hadith Nabi Muhammad ﷺ . Buku yang sarat dengan dalil serta sumber hadith yang diambil juga disebut untuk mudah pembaca merujuk semula di kitab-kitab hadis. tiada huraian yang berlebih-lebihan dan sekadar menyatakan hadith berkaitan akhir zaman sahaja . Alhamdulilah itulah sepatutnya kita mengimani dalil akan berlakunya kiamat dan tidak terlalu mudah membuat kesimpulan mengaitkan hadith fitan dengan situasi yang berlaku pada zaman sekarang .
230 reviews4 followers
January 18, 2023
Buku yang sangat baik. Penulis mengetengahkan perkara-perkara penting tentang tanda-tanda kiamat mengikut kronologi berdasarkan dalil dari Al-Quran dan hadith sahih, disertakan sumber rujukan. Di samping itu, penulis juga menerangkan dengan jelas cara untuk berinteraksi dengan dalil-dalil sedemikian. Walaupun buku ini tipis, tetapi ia cukup padat. Penterjemah juga telah menulis dengan baik, tidak ada kejanggalan dalam bahasa seperti beberapa buku lain yang diterjemah dari bahasa Arab. Patut dimiliki atau dijadikan bahan rujukan pertama bagi sesiapa yang mahu tahu tentang tanda-tanda kiamat.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.