Oh dear, I 💛❤️💖 this book so much. I adore the storyline as well…😍🥰 𝑻𝒓𝒊𝒈𝒈𝒆𝒓 𝒘𝒂𝒓𝒏𝒊𝒏𝒈: This book contains marital r@pe.
•
Rating: 🌟🌟🌟🌟.5
•
Pertemuan pertama terus membibitkan rasa cinta di antara seorang lelaki dan wanita. Mereka jatuh cinta dan terus berpasangan. Masalah utama mereka, apabila ibu si wanita itu menentang keras hubungan mereka berdua kerana tidak mahu bermenantukan orang jauh…😔 Apabila keadaan mula terdesak, adakah mereka akan terus berpasangan, atau berpisah atas kehendak ibu wanita itu? As usual, kalau nak tahu jalan cerita, kena lah baca buku nie…😎
•
ML - Muhammad Haikal Hakimi / Haikal / Kimi
•
Berumur 29 tahun. Tinggal bersama keluarganya di Brunei. Berkenalan dengan FL melalui email. Good looking. Mempunyai pesona yang mampu mencairkan wanita…😏 Tapi, dalam masa yang sama, ML juga ada sisi gelapnya yang boleh membuatkan wanita jadi takut dengannya…😩😖
•
“𝑨𝒑𝒂 𝒃𝒆𝒛𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒉𝒖𝒋𝒂𝒏 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑴𝒊𝒏? 𝑩𝒆𝒛𝒂𝒏𝒚𝒂, 𝒉𝒖𝒋𝒂𝒏 𝒋𝒂𝒕𝒖𝒉 𝒌𝒆 𝒃𝒖𝒎𝒊. 𝑻𝒂𝒑𝒊, 𝑴𝒊𝒏 𝒋𝒂𝒕𝒖𝒉 𝒌𝒆 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒂𝒃𝒂𝒏𝒈.” 𝑲𝒊𝒎𝒊 𝒕𝒐 𝑴𝒊𝒏.
•
Kita angau tahap langit ketujuh dengan ML nie…❤️💛💖
FL - Adillah Nur Yasmin / Dilla / Min
•
Berumur 23 tahun. Pelajar tahun akhir di UiTM Shah Alam. Mempunyai lesung pipit yang menjadi kegilaan ML. Anak bongsu dari 3 beradik.
•
Honestly, pada permulaan kita baca buku nie, perasaan kita macam dibuai2, like I was on a cloud nine…☁️. Bukan setakat FL jer, dengan kita sekali jatuh cinta bergolek2 dengan watak ML nie…🥰😍 He’s so dreamy, despite his dark side…🥲
•
Kita suka cara author olah scene pertemuan pertama mereka. That particular scene is just pure chef’s kiss…👨🏻🍳😘 ML dan kawan2 nya datang mengelilingi FL, dah macam ala2 gangster dah…😂😅 Tapi, gangster yang tak menjadi…🤣 And then, FL kena teka ML yang mana satu, sebab at that time, mereka tak kenal wajah masing2. Then, bila mereka bertentang mata, dunia seolah2 terhenti. Bagi kita, scene tue romantik sangat, walaupun takder aksi berpegangan tangan and all…🌺🌸
•
Apabila ML & FL met for the first time, they fell in love on the spot with each other. And they fell harder and deeper. Their chemistry is way off the charts…📈 To a point, ia agak menakutkan bagi kita yang membacanya. Takut dengan keyakinan mereka dalam hubungan mereka yang agak baru nie…😳 Tapi, orang2 macam nie memang wujud yer. Jumpa sekejap, terus declare cinta, dan couple. And bila dah couple, mereka lah pasangan paling bahagia, kalah orang yang dah couple bertahun2 sebelum mereka…😂😅
•
As usual, dalam buku2 author nie, mesti akan ada watak yang terlalu menjengkelkan. And for this book, watak ibu FL…😓 Allah, tak tahu lah berapa kali kita maki hamun watak ibu FL nie…😫😤 Title jer ibu, tapi tersangatlah pentingkan diri sendiri. Dia punya reason tak nak bagi anak berkahwin dengan orang yang jauh2, punya lah tak masuk akal. Punya lah insecure, takut sangat takder orang nak jaga dia…😫😔 Kita memang paling benci dan meluat bila watak seorang ibu yang abuse her power. And selalu gunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. In this book, ibu FL selalu canangkan, “𝑶𝒉, 𝒌𝒂𝒖 𝒌𝒆𝒏𝒂 𝒊𝒌𝒖𝒕 𝒂𝒌𝒖, 𝒔𝒆𝒃𝒂𝒃 𝒂𝒌𝒖 𝒎𝒂𝒌, 𝒌𝒂𝒖 𝒂𝒏𝒂𝒌. 𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒂𝒌𝒖 𝒕𝒂𝒌 𝒓𝒆𝒅𝒉𝒂, 𝒌𝒂𝒖 𝒕𝒂𝒌 𝒎𝒂𝒔𝒖𝒌 𝒔𝒚𝒖𝒓𝒈𝒂.” I really despise this kind of mother…😖😑 Sebab dalam agama pun tak ajar macam nie. What makes you think you have this power untuk tentukan masa depan anak2, dengan siapa patut anak kita kahwin, just for the sake of your security? And langsung takder toleransi. Siap paksa2 lagi. Memang benci sungguh kita dengan watak ibu FL nie…🤬😤😡
•
In the end, memang padan muka ibu FL nie, sebab memang anak2 dia tinggalkan dia kerana perbuatannya sendiri. Disebabkan perbuatannya yang suka memaksa, yang langsung tak boleh nak bertolak ansur, memang patut anak2 nya buat apa yang mereka buat. Nak salahkan anak2 pun tak boleh. Sebab bukannya pasangan yang mereka pilih nie tak baik. Semua datang dari keluarga yang baik. Tapi tue lah, si ibu nie insecure terlebih2. Rasa nak lempang dengan kuali, dengan senduk besi pun ada…🙄😤
•
And to make matter worse, ibu FL nie suka guilt trip anak2 dia. Seolah2, apa yang anak2 dia buat tue, melukakan hati dia sangat2. Padahal yang dia buat kat anak2 dia, sampai perkahwinan kak long bercerai berai bagai, ada si ibu nie minta maaf? Ada lah satu scene dia minta maaf, tapi macam so aloof. Macam “𝑶𝒉𝒉, 𝒎𝒂𝒌 𝒕𝒂𝒌 𝒇𝒂𝒉𝒂𝒎 𝒌𝒆𝒏𝒂𝒑𝒂 𝒌𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒄𝒆𝒓𝒂𝒊, 𝒔𝒐 𝒎𝒂𝒌 𝒎𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒎𝒂𝒂𝒇 𝒍𝒂𝒉 𝒌𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒔𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒂𝒌.” What the hell?!!! 🤬😡 Dia ingat, anak2 dia tak sakit hati dengan apa yang dia dah buat? Allah, memang maki hamun sumpah seranah kita dengan watak ibu FL nie…😫😖 Kita memang tak puas hati dengan apa yang ibu FL nie kena hadap atas segala perbuatannya. Macam tak cukup. I really want her terseksa jiwa raga supaya dia betul2 learned the lesson. Biar padan muka. Tapi, oh well, anak2 kan selalu cakap, “𝑩𝒖𝒓𝒖𝒌2 𝒑𝒖𝒏, 𝒎𝒂𝒌 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒋𝒖𝒈𝒂.” Sheeeshhhh…😩😓 Tak suka betul ayat tue. Panjang pula bebelan kita dengan watak ibu ML nie…😂😅
•
Banyak pengajaran dan nasihat yang kita boleh ambil melalui cerita nie. While the author advised to the young couples out there, kalau nak kahwin jangan belakangkan mak ayah kita, but for this story, I really encouraged ML & FL untuk kahwin jer. Biarlah ibu FL tak tahu sekalipun. After all, hanya ibu FL sahaja yang tak tahu. Tokwan, kakak2 FL semua tahu jer…🤭 Padan muka ibu FL…😈 Tapi, in reality, if your parents tak membuta tuli menghalang untuk you all nak berkahwin dengan pasangan you all, then, do it properly. Jangan sesekali membelakangkan parents you all kerana cinta. Cinta nie, manis sekejap jer. The rest is all hard works…😮💨
•
Lagi satu pengajaran yang kita boleh ambil melalui cerita nie, belajar untuk kenal betul2 dengan pasangan yang kita nak kahwin tue. In this book, walaupun ML nie dreamy, romantik bagai, tapi tetap ada bau2 red flag 🚩. Suka marah, a bit possesive, and suka berahsia. Tapi, disebabkan cinta, FL cuba tutup mata jer semua tue. And everything about ML, terbongkar selepas mereka berkahwin. Nohhh, kalau kita pun, kita lari…😱😳 Boleh trauma dengan apa yang ML buat. Walaupun dengan alasan sayang sekalipun, do not condone the act of r@pe or yang seangkatan dengannya. My goodness, dari cinta, terus bertukar jadi rasa takut…😰😨
•
Walaupun kita suka sangat dengan buku nie, ada beberapa bahagian yang kita rasa macam boleh ditambah baik.
▪️Scene ML & FL bertemu pertama kali. I was so sure yang ML bagi salam, but then it was mentioned, kawan ML yang bagi salam. But, in another page, it was kawan ML yang sorang lagi bagi salam. So, kat sini, cerita pertemuan mereka macam tak consistent. I was confused juga sampai baca scene tue berulang kali nak bagi faham…😓
▪️Isu marital r@pe tak diselesaikan dengan baik. Ia dihabiskan macam tue jer. I really want the grovel part from ML nie biar berpanjangan sikit. After all, isu nie bukannya isu kecil. Kalau dipanjangkan lagi bab grovel tue, barulah nampak ML nie betul2 menyesal dengan perbuatan dia.
▪️Scene brotherhood di antara ML dan kawan2 nya, tak banyak sangat. I want more scenes with them together…😩 Kawan2 ML nie muncul sekejap sangat…🥲 I want to see them being the protective friends towards FL apabila ML mengeluarkan sisi gelapnya.
▪️Scene FL dengan keluarga FL pun tak banyak. I really want more scenes FL berinteraksi dengan ahli keluarga ML. Sekurang2 nya, balance kan semula apa yang ibu FL nie dah buat. Biar ibu ML menjadi ibu yang baik untuk FL. Menerima segala baik buruk FL. Haaa, baru padan muka ibu FL…😈
▪️Kita rasa agak ralat, sebab tak diberitahu apa kesudahannya dengan pengajian FL. FL minta tangguh pengajiannya sebab at that time she got pregnant, lepas tue ada masalah dengan ML. Kita harap sangat, ada scene yang FL berjaya tamatkan pengajiannya dengan cemerlang, walaupun dah berkahwin dan mempunyai anak…❤️💖💛 Tak nak lah dikatakan cinta ini hanya membawa keburukan semata2.
•
As usual, penulisan author nie sedap dibaca. Cuma untuk buku nie, banyak kesalahan ejaan and missing words (sampaikan ayat tue memang jadi pelik bila dibaca). Untuk publisher yang memang ada nama dalam industri buku nie, this is quite dissapointing. Sebab macam careless mistakes jer…😫🥲 Tapi, buku yang kita baca nie edisi cetakan pertama. So, hopefully, kalau ada second printing, all these silly mistakes boleh diperbetulkan…👏🏻👍🏻
•
Apa2 pun, kita masih sukakan buku nie. Untuk author, semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan, dan diberi ilham untuk terus menulis. All the best, author…👏🏻👍🏻