Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dia... Dato' Terlajak Sengal

Rate this book
Dia..lelaki yang punya segalanya. Harta, pangkat dan kedudukan. Rupa paras yang mampu menggugat hati si gadis. Belum lagi dengan body ‘tilam kekabunya’ yang cukup untuk membuatkan si gadis dilanda angau.

“Makhluk apa ni Pija?”
“Inilah makhluk pembunuh, D.”
“Bukan orang utan ke?”
“Orang utan mana ada jambang yang ohsem macam ni. Inilah makhluk Tuhan yang paling seksi yang aku pernah nampak.”
“Ini bukan seksi Pija, ini seksa namanya..”

Namun, bila sengal seorang Dato’ Arjuna itu muncul, Irdina yang blur dan sopan juga boleh bertukar menjadi senget dan kuat menjawab demi melayan si sengal yang kadang-kala boleh bertukar menjadi mamat ketul ais.

“Betis yang tengah bunting tu tak payah nak tunjuk dekat orang. Orang tak terliur pun kalau tengah bunting macam tu.”
“Bukannya sengaja saya nak tunjuk, yang awak pergi pandang tu kenapa?”
“Kalau dah terpampang depan mata, semua orang pun akan pandang, Dina.”
“Awak saja yang pandang, bermakna awak jelah yang terliur dengan betis bunting padi saya ni. Cakap tak terliur, tapi pandang jugak.”

Itu baru seisi ‘beramah mesra’ antara si sengal dan si senget. Belum lagi si kecik bulat a.k.a M.R. Riezman yang turut menyelit bersama dengan sengalnya.

“Kenapa aunty tepung gomak pakai gaun kembang macam ni?”
“Cantik kan? Macam Puteri Elsa.”
“Tak nampak pun macam Puteri Elsa. Riez tengok dah macam lampu meja dalam bilik kerja daddy je.”

Bila anak buah dengan pak buah bergabung kesengalan, yang menjadi mangsa sudah pastilah si senget Irdina. Huru-hara hidupnya dalam melayan kesengalan yang mampu menyentap hati dan jantung. Belum lagi dengan sikap Arjuna yang sentiasa berubah-rubah. Sengal, sinis dan beku.

Sesungguhnya sengal itu ohsem, namun hanya ada satu di dalam kepala Irdina.


‘Kalaulah membunuh itu bukan satu jenayah berat.

Paperback

First published May 1, 2017

22 people are currently reading
197 people want to read

About the author

Cik Tet

35 books114 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
34 (29%)
4 stars
45 (39%)
3 stars
24 (20%)
2 stars
8 (6%)
1 star
4 (3%)
Displaying 1 - 25 of 25 reviews
Profile Image for zairaidah.
409 reviews40 followers
November 10, 2021
Aduhhh... Tak boleh nak habis kan. 😵😵😵
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
November 13, 2018
[BOOK 108]

Dia ... Dato' Terlajak Sengal by Cik Tet.
.

Buku ke-3 Cik Tet selepas MKP dan UUB.
.

Arjuna jatuh cinta kepada Dina 18 tahun dulu. Semasa Dina baru berusia 8 tahun. (Untungla. Aku masa 8 tahun tu sememeh giler lagi kot) Setelah Arjuna ditunangkan dengan Lidya, pilihan keluarganya, barulah Arjuna ni terjumpa semula dengan Dina. Arjuna cuba untuk melawan rasa hatinya. Namun, takdir berpihak kepada Arjuna apabila Lidya melarikan diri pada hari perkahwinan mereka dan pengantin perempuannya digantikan dengan Dina.
.

Jujurnya, ku sangat bersetuju dengan beberapa komen kat Goodreads.
.

Cik Tet masih mengekalkan gaya penulisan yang sama dengan novel terdahulu. Watak lelaki dan perempuan yang handsome dan cantik giler. Ya Allah, si Dina ni pergi pasar malam pun, ramai lelaki duk tegur. Masa dia pergi syarikat Arjuna, even ada Arjuna kat sebelah pun, pekerja lelaki duk bersiul kat Dina. Wehhh.. Bini bos kot. (Okay, ku tahu bunyi macam ku dengki)
.

Selain tu, ada elemen tarik tali. Macam biasa, dalam novel sebelum ni pun, si hero memang susah sangat nak confess his feeling. Tapi, hero akan compensate dengan layan semanis mungkin. So, si heroin akan terbuai-buai dengan layanan hero. Dan pada masa yang sama, heroin confuse, hero ni sayang dia ke tak? Aku pun tak tahu la apa masalahnya yang si hero duk mendera perasaan heroin. Dan seriously, aku rasa, instead of Arjuna tunggu je Dina muncul depan mata setelah 18 tahun, dia boleh je kot cari Dina. Bukannya Arjuna tak kenal keluarga Dina. Haihh. Arjuna ni bersungguh ke tak cintakan Dina nih? 😒
.

Oh ya, Arjuna ni seorang Dato'. Mungkin lebih best kalau diceritakan apa sumbangan Arjuna yang membolehkannya dapat title tersebut. Dan mungkin lepas ni, Cik Tet boleh create watak heroin yang lebih berpendidikan tinggi supaya setanding dengan hero yang gah. Tak, ni bukan status condemn. Hurm. Mungkin aku la kot yang jealous. Kat mana entah nak cari Dato' muda untuk aku.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
December 4, 2018
yang sengal sebenar banyak ke dina rasanya. dato' arjuna ni berkarisma dan smart je tingkah laku walaupun sempoi dan nampak sedikit arrogant. cheh... macam korang lalu depan mata akak pulak ya. hehe... itulah salah satu kejayaan penulis kalau wataknya 'hidup'. Cik Tet, sebenarnya kesengalanmu yang terserlah sepanjang kisah dato' sengal ni. nak marah jadi tergelak, nak sedih jadi mengekek, nak gelak memang berdekah dibuatnya. ingat senang nak buat pembaca pun sama jadi sengal. hambik kau...

dina, rupanya cinta hatinya lama pendam rasa. cantik dan comel je watak ni, jangan korang yang dah baca kata tak sengal langsung ya. mulut dina ni, adoi. menjawab je. konon hati ada dag dig dug tapi bila hadap dato' arjuna menceceh je dia. bagus juga sebab watak dia ni bukan watak control ayu. selamba badak dilanggar je.

dato' arjuna. handsome, smart, ceo syarikat, kaya, jutawan, bos yang ego (bos wajib ada ego ya)... apa lagi. tipikal watak hero kaya ya. tapi tu tak langsung ganggu cerita. alah korang ni, relaksla. apa salahnya watak dato' kaya banyak duit ni. after all dia pencinta yang setia. dina yang senget tu ditunggunya bertahun.

nak kata ada banyak konflik kisah, sebenarnya biasa-biasa je. berkahwin sebab nak cover malu keluarga bila pasangan yang nak dikahwini lari. bekas tunang datang mengganggu. berebut lelaki kaya. tapi olahan yang cantik buat pembaca tak jemu nak baca. eh. tapi akak sukalah watak gibran dengan imran, kembar bodyguard yang setia dengan dato' arjuna. dapat bayangkanlah MIB yang sentiasa menemani mereka. cuma tak dapat sambung gelak sebab takde pulak part dina sambung gelakkan diorang berdua pakai pink. spec pink dengan kasut pink ada sekali tak tu? haha!! you did excellent joblah cik tet...

kaya itu bukan untuk dimegahkan atau riak. sepatut tahu mana arah kekayaan yang dikurniakan. cantik, kacak juga bukan pengukur kebahagiaan. romantis biarlah bukan hanya permulaan rumah tangga. sengal, ceria, takkan nak kehidupan hanya statik keras, ye tak?
Profile Image for Jaja  A.
148 reviews27 followers
May 20, 2017
best tp ujian utk bahagia dan menantu komando pencen lebih menyengat padaku...tahniah cik tet teruskan berkarya..sesungguhnya karya cik tet list wajib baca ..tahniah
Profile Image for Mslvoe.
2,052 reviews200 followers
January 21, 2023
Tak sangka F boleh layan kisah Dina dan Juna. Not bad jalan cerita dia. Watak Dina jenis suka melawan. Jenis berani.

Dan Juna pulak dengan sikap dia yang sombong tapi sebenarnya sentiasa aware dengan Dina.

Ada 1 part masa parents Dina slow talk tentang permintaan untuk jadikan Dina isteri Juna F kurang senang. Tak rasa rude ke bila cakap dengan parents "so"?... bukan sekali, rasa cam 2x.

F macam boleh bayangkan masa cakap "so" dengan mata juling ke atas 🙄.

Watak Lydia "gila talak" ni terlalu panjang kisahnya. Takanlah tak faham² bila orang dah tak sudi.
Profile Image for Annakarenina.
142 reviews15 followers
May 25, 2017
PBAKL2017 #29

4.5*

WORTH TO READ !

Sangat best kisah Irdina dgn Dato Arjuna sengal ni. Rasa sweet giler Dato Juna tetap setia mencintai Dina selama 18 tahun (lama gile woo!), iaitu sejak dorang kecik2 lagi. Bila dh dewasa then berjumpa kembali, macam-macam perangai dorang tunjuk. Dina yg kuat melawan tapi agak penakut dengan Juna yg kejap-kejap baik, kejap-kejap beku dan sinis.

Namun, sy rasa Menantu Komando Pencen still the one dlm carta sy. Kemudian baru DDTS, then UUB. Btw, tahniah buat Cik Tet.
Profile Image for Ctsue.
56 reviews9 followers
May 21, 2017
Agak tebal. Tp tak membosankan langsung. Buku pertama dari penulis yang aku cuba baca lepas join group fb cik tet sebab tertarik dengan penulisan di dalam tu.

Memang Dato' ni sengal tapi Datin pon sengal sama. Tapi aku suka watak Arjuna, bijak dan matang. Walaupun dia dah jumpa perempuan yang dia cinta bertahun dulu saat dia dah terikat dengan pernikahan yang diatur keluarga tapi dia redha. Dia fikir panjang tak nak maruah keluarga tercemar disebabkan cinta dia.

Tapi dorang bersatu juga. Cuma watak Dina ni agak melemaskan sebab dia asyik fikir Juna tak sayang dia. Salah Juna juga sebab tak berterus terang dari awal sampai Dina nak larikan diri, tapi Juna sempat jelaskan semua dan happy ending.
Profile Image for Claire S.E.
51 reviews5 followers
July 15, 2019
Best..sweet...sengal..tapi geramlah dengan dina..
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,548 reviews41 followers
October 1, 2017
Watak Dina..., boleh imagine mulut dia yang pot pet pot pet, sentiasa tak lupa yang dia cantiks, jenis yang boleh cakap "sekali petik (jari), sepuluh (mambang) yang datang tauuu" (style Sarimah). Arjuna pun boleh tahan karisma.... Tapi entah kenapa, saya kurang nak faham, kenapa Arjuna tak betulx2 cuba cari Dina? Tunggu 18tahun dan since tak jumpa dia agree untuk ditunangkan dengan pilihan papa? Just because Dina tak pernah attend family functions, mereka tak jumpa, tapi boleh jer kalau betulx2 nak cari kan? Duit banyak, bodyguard ada, susahx2 pasang jer PI untuk cari Dina, tak kan tak boleh. Dina pun sama sengal jer dengan Arjuna, boleh pulak macam tak sure lagi siapa budak lelaki yang bagi dia patung kertas & yg sayang sangat dengan dia; Arjuna ke Andika? Aisyyy, rasa macam tak logik la konflik dia... clixhe punya love story. Apapun, boleh la boleh laaa. ...
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
November 6, 2017
Novel kedua dari cik tet yang saya baca selepas Menantu Komando Pencen.tak dapat tidak ter'compare jugak antara dua hero ni.Hero heroin cik tet memang suka main tarik tali kot.Susah sangat nak terus terang bab perasaan.Duk pendam je nasib baik tak melepas.
Dina tu sengal tapi kekadang kurang matured.Berbekalkan wajah comel sahaja. n saya lagi suka kalau cik tet tonjolkan heroin yang educated n taklah nampak cliche sangat.Baru padan bergandingan dengan Dato' Arjuna.Cinderella sangat tetiba putera raja serba lengkap tangkap cintan sebab comel je.Rasanya dalam MKP pun heroin dia lebih kurang watak Dina.Comel tapi tak ditonjolkan kelebihan lain. Yang si hero je hebat serba serbi.
Konflik tu kurang umphh. Tebal sebab duk main tarik tali je.huhu..apa pun penulisan cik tet xmembosankan.masih mampu untuk dihabiskan sampai page terakhir.
Profile Image for Liya71.
111 reviews13 followers
May 13, 2020
Nak jugak buat review, sebenarnya dah lama beli buku ni kat PBAKL, ada banyak siri buku cik tet acik beli tapi ni yang first nak baca setelah diperam bertahun lamanya.. oh my god! what have i done!...

Sweet kisah mr arrogant Arjuna dan Dina yang kawan since kecil dah besar tak ingat.. ahah klise macam drama korea.. but wait, ni resepi melayu, sedap di baca dan rhythm nya sangat menyentuh perasaan acik. Watak Arjuna ni berjaya menarik acik untuk baca dan terus membaca hingga ke titisan mukasurat terakhir.. dah la handsome, semestinya hero novel yang didambakan sang pembaca.. Awwww.... Nasib la Dina ni cantik, set set ore klate mace nelofa la kot.. kan....

Overall acik bagi 4 bintang .. Yahooo nak baca lagi karya cik tet! Tahniah!
Profile Image for Nurul Aisyah.
24 reviews1 follower
January 3, 2023
arjuna yang sengal & dina yang senget 😂 heroin dalam ni memang tak control ayu ya memang main aci redah je & suka menjawab. kelakar betul part dia gaduh mulut dgn riez si budak kecil yg comel ni. riez pun mulut kemain eh tak padan dgn budak kecil.

arjuna pula typical orang kaya, CEO, ada syarikat, dato’ muda okayy, umur baru 33 tahun. dia dah jatuh cinta kat dina sejak kecil lagi tapi setia selama 18 tahun menunggu dina. hampir kahwin dgn lidya tapi lidya tiba-tiba lari dgn lelaki lain then arjuna dijodohkan dgn dina.

bacaan santai, takde konflik berat pun. dalam ni ada kemunculan adam, hawa & suri dahlia as jiran mereka.
Profile Image for Sera.
92 reviews14 followers
June 10, 2017
Cerita yg santai. Penuh dgn adengan yg mencuit hati bcos both Arjuna & Dina ni sama2 sengal sebenarnye. Agak klise lah jugak. Tapi suke watak Arjuna yg overly sweet. Hanye kekadang buat lelah membaca ialah watak Dina yg pada saya so immature & cepat sgt buat kesimpulan. Agak tertanya2 brape umur si Dina ni? Ingat kan baru 17 tahun rupenye dah 26 tahun. Dgn budak kecik si rendang pon nak gaduh. Over all, hanya the funny moments & Arjuna's character yg winning point dlm crite ni.
129 reviews3 followers
August 16, 2019
admin rasa admin suka dgn watak si heroin dalam novel ini. biasanya kita tgok kalau heroin mesti lemah lembut, ayu, sopan-santun tetapi dlm novel ni si gadis senget yg bernama dina selamba je dia menghentam dato arjuna. novel ni tidak banyak konflik tp admin rasa seronok baca....at the end diorang kahwin. tapi dina sudah sayangkan arjuna. adakah arjuna jugak merasakan begitu? kalau nak tahu boleh dapatkan buku ini di https://www.e-sentral.com :))
Profile Image for Puteri Nurcahaya.
160 reviews12 followers
November 9, 2017
buku yang introduce me to cik tet...and im not dissapointed. memang suka jnis hero yg overprotective and muka beku, x bosan, but.. yg last2 je mmbuatkan kite akan lambat2 baca,sbb sesi memujuk and merajuk.. tp mmg i ulang baca..sbb kesengalan dato tu akan menghilangkan rasa malas nk baca kat akhir part...
Profile Image for Penchinta Novel.
78 reviews
April 25, 2019
Done.. Nak taip review mood tak mari. Haha.. Maafkan hamba.
Best novel ni. Sesuai la dengan tajuk.. Kisah pasangan sengal yang buat aku gelak tak hengat.. 😅😅😅
Memang makanan penulis nih. Tulis citer lawak. Haha. Masing-masing ego tak nak ngaku perasaan masing-masing.. Sekian.
#reviewpendekje
75 reviews4 followers
October 8, 2018
Tak faham macam mana boleh jatuh cinta dengan budak 8 tahun dan bertahan walaupun tak pernah jumpa selama 18 tahun.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for INADM.
20 reviews1 follower
October 16, 2019
Maaf...tak dapat nak habiskan.Bosan dengan perangai heroin yang asyik2 sentap dan merajuk mengalahkan budak sekolah menengah padahal umur 26 tahun.
Profile Image for Syuhada.
20 reviews
January 28, 2024
Best cerita ni, pasal sedara yg terpisah lps tu jumpa balik bila dh besar... Tk sangka pula kahwin, hehehe~❤️

Agak spicy la cerita ni,lawak pun boleh tahan juga... Senak perut baca😂😂😂😂😂

Tapi kepada yg single tu mmg byk blushing lah ⁄(⁄ ⁄•⁄-⁄•⁄ ⁄)⁄... Saya berani ckp mcm tu sbb saya sendiri single as pringle 😂
Profile Image for ctomeyyy.
7 reviews
August 3, 2022
Rasa tak syok sangat novel mungkin sebab tak baca yang lagi satu tapi bagi Siti novel cik tet yang ni kurang lahh. Jalan cerita dia banyak yang macam tak syok sangat plot dia pun bagi kita biasa jerr 😁
3 reviews
June 13, 2020
so good
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nita.
75 reviews
December 18, 2022
Bercinta nak boleh ke habis baca buku ni! sebab tebal sangat. Cerita yang menarik.
Profile Image for Fira Idora.
6 reviews
July 22, 2017
Ni novel ketiga dari Cik Tet yang saya baca.Bagi saya kurang umph berbanding novel sebelum ni.Bagi saya yang sengal adalah heroine, dah la tu lurus sangat.Kisah diorang xde la halangan sangat, cuma sikap heroine yang suka tarik tali jea yang jadi masalah.Sama jea novel lain yang berlambak di pasaran.Tak baca pun x apa..Lepas baca, terus jual novel ni..
1 review
September 22, 2017
Buku pertama Cik Tet yang dibaca walau ada dua buku sebelum tajuk ni.
Awal baca, rasa macam susah nak habiskan sebab tebal dan mood membaca memang tak ada sungguh.

Bila dah mula baca,tertarik dengan watak Dina ni. Ada sahaja benda yang dia hendak menjawab. Ada juga bab-bab yang melucukan hati. Dato ni pun nama sahaja dato tapi senggal. Dina ni dengan budak pun hendak bergaduh. Dan perasaan insecure dia ni terlebih sangat. kuat merajuk lagi, jenuh nak layan....

Watak Lidya sekeluarga pun menjengkelkan juga. Teruk sangat jadi orang. Peluang Ada depan mata dilepaskan. Sudahnya meroyan menjatuhkan maruah sendiri. Stupid.

Selepas segala salah faham terlerai dan melepasi segala ujian dalam kehidupan berumah tangga bahagia juga akhirnya...
Displaying 1 - 25 of 25 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.