Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aku Shark

Rate this book
Dia bukan anak raja, bukan juga CEO syarikat ternama atau pelajar lulusan dari luar negara, tetapi dia hanyalah insan biasa yang punya kisah hidup yang penuh duka dan tidak sempurna.

Dialah Shark... Lelaki yang punya pesona dan digilai ramai gadis popular dan ternama. Biar dipikat dan digoda tetapi hatinya tetap dijaga hanya untuk dimiliki oleh seorang gadis bernama Jeslina yang digelarnya bunga.

Bagi Jeslina, nama Shark atau digelar si pembuli itu memang sedari awal lagi sudah dipangkah-pangkah dari senarai calon teman lelaki pilihan. Dibuli tanpa henti ketika di sekolah menengah dahulu membuat dia sangat membenci biar lelaki itu gigih mengambil hati. Lebih-lebih lagi ketika itu dirinya bakal dimiliki oleh sahabat baik lelaki itu sendiri.

“Dengar sini Shark, antara kita tak mungkin akan ada apa-apa ikatan sebab aku akan berkahwin dengan Redza. Faham? - Jeslina

“Kuasa Tuhan tak siapa yang tahu, Jes. Orang yang dah berkahwin pun boleh bercerai, inikan pula baru bertunang. Eh! Pembetulan…Belum bertunang pun lagi.” – Shark

Terjalinnya ikatan pertunangan antara Redza dan Jeslina membuatkan Shark panasaran. Tetapi, jika sudah namanya Shark, biar hak orang akan tetap diredah juga selagi belum disahkan dengan akad dan perkahwinan.Walaupun dimarahi, juga dinasihati, dia tetap tidak peduli lebih-lebih lagi bila hati sudah terlalu mencintai.

“Astaghfirullahalazimmm... Kamu ni dah kenapa? Lupa Jes tu tunang kawan baik kamu?” – Mak Ngah Iman

“Untuk memiliki perempuan yang kita suka bukan senang mak ngah, jadi kalau ada peluang, kawan pun boleh jadi lawan.” – Shark

Sayangnya ketika ikatan dengan Jeslina hampir dimeterai, kebenaran terbongkar. Kerana seorang gadis bernama Nadrah, kisah silam yang hitam menjadi pertaruhan disebabkan dendam. Ugutan demi ugutan yang diterima daripada Redza membuatkan hatinya goyah dan mula hilang keyakinan.

"Well... The best man win. Sayangnya kau dah kecundang!” – Redza

“Kau ingat aku akan rahsiakan perkara ini dari Jes? Aku bukan lelaki macam kau. Berani buat tapi tak berani bertanggungjawab.” – Shark

“Dan kau ingat dengan berterus terang akan memulihkan keadaan? Tak, Shark… Kau hanya akan buat mereka benci dan jijik dengan kau.” – Redza

Mampukah Shark bertahan atau melepaskan demi melindungi insan tersayang? Dan bisakah kisah silam yang selama ini menghantui hidupnya berakhir dengan bahagia atau akan membuat jiwanya lebih merana? Dan siapa pula Nadrah yang tiba-tiba muncul membawa bencana?

726 pages, Paperback

First published January 1, 2017

8 people are currently reading
108 people want to read

About the author

Myra Ameer

12 books97 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
41 (41%)
4 stars
39 (39%)
3 stars
16 (16%)
2 stars
3 (3%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 24 of 24 reviews
Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
September 28, 2017
1. Cover hitam - check. Tetapi too many words dalam satu page yang cenonet je tu, buatkan pembaca confuse. Tajuk buku ini sebenarnya apa? 'aku'nya kecil, 'SHARK'nya besar gedabak. Takkan penulis minat lagu "Baby shark" kot? Yang "...dan akulah lelaki itu" tu part of tajuk juga ke? Ke tagline macam peserta AF tu? Dan nak berpuisi pujangga tu kenapa dekat cover? Semuanya nak sumbat dalam satu tempat yang kecil, ingat ni tauhu sumbat ke?

2. Overall cerita okay. Tak pasti samada pernah baca buku2 dari penulis yang sama atau tidak sebelum ini. Tetapi cerita oklah. Cuma ada part macam penulis nak buat gempak, cuma belum cukup umph lagi. It's okay. Usaha lagi yek.

3. One thing buatkan Yuni musykil. Betulkan Yuni kalau Yuni ada salah faham.

Redza ada company sendiri kan? Dia ada pinjam dari ah-long (?). Untuk tujuan apa pinjaman itu? Untuk company dia ke? Selepas Sheren kenakan dia, Redza diisytiharkan muflis. Dan tiba2 dia masuk gang kongsi gelap.

Persoalannya, usia hubungan Shark dan Jes rasanya takdelah lama benor. Paling2 lama pun 6 bulan. Bukan ke untuk seseorang itu diisytiharkan muflis perlu masuk court. Dan ambil masa agak lama juga untuk muflis tu. So how come sekejap je dah muflis?

Persoalan kedua, Yuni takdelah pernah join gang2 ni tapi ikut logiklah, impossible seseorang yang baru masuk gang, dah dapat kepercayaan oleh big boss. Sampaikan boleh suka-suki pergi Thailand, gunakan orang2 dalam gang. Macam tak logiklah. Dah macam Redza tu jadi orang kedua plak dalam group. Seriously? Ada ke ketua yang bodoh sangat mudah percaya kepada orang baru??? Point2 atas tu, Yuni boleh tutup mata lagi. Tapi yang ni, macam tak masuk akal lah. Sebab setahu Yuni, dalam satu group/gang, loyalty dan trust bukan datang dalam sekelip mata. Ianya muncul selepas bertahun2 bersama, susah senang. Ini...I can't lah.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
November 29, 2017
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Watak Shark agak awesome to me. Dia seorang yang humble, berdikari dan bertanggungjawab. Plus, I have always have a soft spot for photographer ;)

Watak Jeslina, on the other hand, sangat annoying. I want to sympathise with her but I can't. She's like a damsel in her distress tapi keras kepala. She's one those character yang N kategorikan under TSTL.
Profile Image for Annakarenina.
142 reviews15 followers
June 7, 2017
PBAKL2017 #43

5*

Sangat best ! Dari awal bab pun buat sy tertanya-tanya siapa 2 orang budak yg ditinggalkan oleh maknya sendiri. Lepas tu konflik-konflik dalam novel ni pun rupa2nya bersangkut-paut antara satu sama lain. Bila di kemuncak cerita baru sy tahu siapa Lady Mae, Intan, Pram, Baron pada Shark. Pandai naa puan author buat teka-teki.
Profile Image for Pips.
220 reviews30 followers
June 9, 2017
3.5*

Tak sangka boleh la kalau nak dikatakan best. Walaupun awal-awal tu cuba berkali-kali mencari rentak, lama kelamaan baru nampak cahaya dekat bahagian mana baru rasa best.

Cumaaaa, soal perlakuan dan pergaulan, harap sangat penulis titik beratkan. Sebab dalam novel ini ada terselit tazkirah.
Jadi tak ada correlation betul antara pergaulan (biarlah tak seteruk mana pun) vs tazkirah. 😑

Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
December 28, 2022
[BOOK 253]

Aku Shark by Myra Ameer.
.

Okay, buku ni best je, sebab aku boleh habiskan dalam masa 1-2 hari.
.

Pertama sekali, aku agak rimas dengan covernya. Terlalu crowded, sampaikan aku confused yang mana satu tajuknya.
.

Ceritanya, Shaqir aka Shark, Jeslina dan Redza ni kawan sejak sekolah. Jeslina dan Redza ni bercinta. Shark pula dalam diam, cintakan Jeslina.
.

Jeslina dan Redza ni nak kahwin la. Shark la, yang dorang upah sebagai photographer. Kesian Shark.
.

Tapi, perangai Redza ni memang jahat. Depan Jes, bukan main warak. Tapi dibelakang, dialah kaki perempuan, gigolo semua tu la. Dan bila kantoi waktu hari perkahwinan dorang, Jes putuskan hubungan mereka. Dan saat-saat hati Jes terluka tu la, Shark muncul merawat.
.

Lama-kelamaan, hubungan Shark dan Jes makin rapat.
.

Tapi di sebalik hubungan cinta mereka, ada lagi plot yang tersembunyi. Redza yang berdendam, identiti Shark dan Lady Mae.
.

Overall, best je cerita ni walaupun agak dark dengan aktiviti pelacuran, dadah, pembunuhan.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
March 31, 2020
Satu lagi kebetulan yang menarik, telah beberapa kali saya alami sejak mula baca novel Melayu beberapa tahun kebelakangan. Saya baca buku Aku Shark sejurus selepas tamat baca novel Waja karya Lamia Aimal. Rupa-rupanya, persamaan ketara : watak utama wanita dalam keduanya, Hana dalam Waja dan Jaz dalam Aku Shark, mereka berhati waja, menguruskan perusahaan berkaitan textile, keduanya berbakat design pakaian (fashion designer), Jaz butik pengantin, Hana butik baju batik, mereka ada bengkel menjahit dan design di tingkat atas kedai. Mereka dicintai dua lelaki, cuma Hana dah bercerai dengan Najid, Jez kahwin tak jadi dengan Redza. Hana diguna-gunakan towkay kedai jiran yang cemburukan kejayaannya, hingga kedainya dicerobohi dan kilang bajunya dibakar. Kedai Jez pula dicerobohi, cumanya pelakunya bukan musuh, tapi masih bermotifkan cemburu. Waja cerita tahun 80an atau 90an. Aku Shark lebih recent. Keduanya sangat best. Sangat jarang jumpa watak lelaki se awesome Shark dan watak wanita se amazing Jez, dengan kisah Cinta sangat manis di celah kedurjanaan manusia berhati jahat, watak-watak sokongan juga bernas dan bukai tangkap muat, konflik pelbagai tapi sangat jelas dan konsisten suspense nya digarap. Comel ya Mak Ngah, nama Dia Mak Ngah Iman. Sedih juga pertemuan Shark dengan emak ya... gitu.
Mesti baca buku lain karya Myra Ameer.
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
August 22, 2020
[82-2020]

#AkuShark #MyraAmeer

Sama juga seperti karya penulis sebelum ini, banyak teladan yang boleh diambil melalui perjalanan hidup hero dan heroin. Pergerakan cerita di samping perwatakan watak yang ada dikembangkan dengan baik membuatkan naskhah ini antara naskhah nukilan Myra Ameer yang wajib dibaca. Tahniah buat penulis!
Profile Image for Wan  Farahana.
91 reviews22 followers
July 25, 2017
Jalan cerita dia menarik. Ramai watak sampai ada ketika saya rasa tercicir waktu baca. Dan saya rasa kurang selesa dengan adegan yang terlalu terbuka. Rasanya perlu ada klasifikasi 18x untuk bahan bacaan ini. Tak sesuai untuk anak-anak remaja. Selebihnya boleh di hadam :)
Profile Image for Marta Dafid.
89 reviews3 followers
May 10, 2017
BEST SNGAT2...
Congrats Myra Ameer...
"Aku Shark ...Dan Akulah Lelaki itu" memang karya yg hebat...
Nasib baik bintangnya hanya 5..klu 10? 10 bintang sya bgi 😊☺

Mengenali Shark..seorg pencinta yg setia..wlupn ramai yg menghampiri...Hanya Jeslina @ Jess @ Bunga yg bertaktha d hati...Rasa syng yg berputik berbelas tahun hampir2 membuat Shark nanar...pabila Jes bertunang dgn kwn baiknya Redza (baiklh sngtttt...hehe).

Jes perancang majlis perkawinan cum mak andam cum pereka fesyen...akibat slh faham srta perbuatan org lain buatkn dia membenci Shark bertahun lamanya.

Dari kisah silam Shark yg sedih menemukan kita dgn watak2 lain dlm cerita ni...(sbgi penambah perencah yg molek rasanya... Utk mecantik kan jln cerita ..hehe..) Tapi dlm ramai2 tu sya terkesan dgn watak Benz si kwn baik, Lady Mae, Pram @ Mohd Firdaus, Kina & Intan.

Bagi sya karya ini hebat sebab ia dapat menzahirkn berbagai rasa; suka duka, ketawa, tersenyum, marah, meluat, menyampah, terharu, sedih & happy. Opss rasa jijik pn ada ...CUKUP smua rasa ada...

Bgi yg blum baca novel ni...bacalah anda tak kn menyesal.✌😘😘😘
Profile Image for Yuziara Bahari .
18 reviews1 follower
May 9, 2017
Buku pbakl yang ke 3 dibaca dari one of my fav author. Setakat ni karya2 dari author ni tak pernah mengecewakan aku. Ceritanya juga berlainan bagi setiap karya. Kisah kali ini agak berat sedikit bagi aku tapi cukup rencahnya. Ada lucu, sakit hati, geram, menyampah, benci, meluat, geli geleman, berbunga2 bahagia dan sedih.
Tahniah writer untuk cerita yang awesome dan banyak pengajarannya ini. Serius aku mmg suka sangat dengan watak Shark. Nakal dan kuat mengusik tapi caring melampau. Suka juga dengan watak Jes. Walau pun macam poyo tapi comel. hehe
Watak Redza pulak, memang bikin panas. Meluat dan benci betul dengan dia. Memang emolah baca. Apa yang dia buat pada Jes dan Shark tu memang menyakitkan hati. Rasa nak tembak aje dia.
Lady Mae...rasa nak kesian tapi tak sampai kesian tu...haha
Sekali lagi tahniah writer... terbaikkkk!




56 reviews2 followers
October 21, 2017
Shark & Jes, couple yang cute! Cara Shark lindung & ambil berat kesah Jes memang sweet.
Jes yang kalut bila Shark beritahu dia nak berkahwin. Jes yang kemudiannya jadi busybody, nak tahu dengan siapa Shark akan berkahwin dengan.
Ibu Shark & Redza yang memilih jalan hidup yang kemudiannya makan diri sendiri.
Suka dengan watak Shark yang bertanggungjawab dengan keluarga kandung & keluarga tiri. Shark yang kemudiannya menyesal kerana tidak mahu menerima maaf dari ibunya.
Bila Jes dah boleh terima Shark, terus sweet semacam hehhehe!

Flow of the story is very smooth. Story is more towards family & love.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
November 5, 2017
Saya suka sangat2. Cerita yang cukup rencah. Ada sweet, ada sad, ada thrill, ada mystery, ada suspens, ada harapan dan lain-lain lagi. Mohammad Syakir bin Hussein a.k.a Shark kecewa bila 'bunga' idaman hati jadi tunangan kawan baik sendiri. Tapi dia tidak pernah putus harapan. Tapi 'bunga' itu (Nur Jeslina binti Abdul Razak) tidak pernah suka padanya sejak dari sekolah lagi. Namun, hatinya tidak pernah goyah untuk memiliki Jes. Adakah Shark akan dapat memiliki Jes? Apa akan jadi dengan persahabatannya dengan Redza? Siapa pula Nadrah, Lady Mae dan Intan? Bagaimana dengan pencarian Shark selama ini? 👏👏👏
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
July 6, 2019
Yes!! Finally! Akhirnya! Berjaya juga habiskan buku ni. Sis tak minat sangat dengan cover buku ni, entah kenapa, tengok cover ni rasa macam cerita tak best. Tapi, sebenarnya, cerita okay je, best, biasa-biasa, plot dia predictable sangat lar. Ala, macam cerita-cerita drama melayu kt tv petang-petang tu. Lagi satu, tak berkenan betul dengan tajuk buku ni, mungkin sebab tajuk sama kot yang buat sis dok 10 kali nak start baca, tapi tak jadi. Haha.
39 reviews4 followers
November 3, 2020
Tengok cover memang dah terpikat....tapi bila baca lambat sikit nak dapat rentak....mungkin terlalu meleret....rasanya boleh aje buku ini diringkaskan dengan menuju terus kepada plot2 utama yang boleh diadun dengan lebih baik untuk menarik perhatian dan membuat pembaca lebih teruja. Jalan cerita sebenarnya dah ok....cuma tak perlu terlalu meleret.
Profile Image for Rosniyati Othman.
220 reviews7 followers
June 4, 2017
First time baca buku dari myra ameer ni..gara-gara terjebak dengan my BFF. lastly...I must say tak menyesal beli...

best..dan banyak pengajaran. comel ajer tgk si shark tu. nama panggilan ajer ganas tapi sweet overdose.
Profile Image for santira.
36 reviews3 followers
July 2, 2017
maaf, bukan ceritanya tak bagus, tapi kadang-kadang plot yang ringkas dipanjangkan menjadikan saya rasa macam ' tak perlulah nak dihurai' panjang-panjang, contohnya bunyi loceng ding dong ding dong mengambil dua perenggan, patutlah naskah ini jadi berat. jalan cerita ok
Profile Image for Eta My.
79 reviews
July 25, 2017
PBKL2017 #No4

Sampai dah abis syawal..baru berkesempatan nk update..hehehe

Overall jln cerita best suka watak shark yg kasar tp dlm hati ada taman..😁

#Shark❤Bunga
Profile Image for Ubi.
314 reviews
March 29, 2018
Sbb bukan tipikal love story. Aku bg 4 bintang!
Profile Image for YM: Yang Manis.
1 review
September 1, 2021
Beli sebab cover buku je mula². Tapi lama² baca makin jatuh hati pulak dengan watak Shark ni hahaha
Profile Image for Dahlia reads.
35 reviews2 followers
September 24, 2022
DNF.
entahla kenapa tak boleh go dengan cerita ni. gagah la baca tapi takleh jugak simpan jela dalam rak sampai 4-5 tahun dah.
Profile Image for Nurul.
80 reviews3 followers
June 13, 2021
Buku yg best. Kisah Shark seorang yg tegas, byak memendam rasa dan pencinta yg setia, yg hanya mencintai Jeslina sejak zaman sekolah. Bila mengetahui gadis yg dicintai akan berkahwin dgn sahabat baik ya, Redza, dia tidak berputus asa cuba mengambil hati Jes hinggalah sesuatu berlaku yg menyebabkan perkahwinan Jes & Redza musnah. Selepas itu, Shark sentiasa ada dimana2 sahaja bila Jes dalam masalah, sentiasa ada bila Jes memerlukannya hingga akhirnya Jes jatuh cinta dgn Shark. Redza berdendam dgn Shark & dia menculik Jes yg akhirnya terbongkar rahsia kegiatan Redza selama ini.
15 reviews1 follower
Read
February 22, 2019
Nak jual buku ni. Batu baca and masih sempurna. Nak jual RM20 je. Berminat?whatsapp 0138745199
Displaying 1 - 24 of 24 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.