Kasih sayang kadangkala membutakan sang pencinta. Kadang-kala apa yang dilakukan dirasanya betul walaupun sudah menyakiti si dia yang dikasihi. Namu ego payah nak mengaku kalah. Sehinggaka benar yang dinafikan dan yang curiga ditekankan.
BIla Nur Yara terima Khan Daris, dia sayang sunguh-sungguh. Malah dia tahu lelaki itu juga sayangnya berganda-ganda. Tapi Daris punya cara tersendiri untuk mengzahirkan perasaannya itu.
"I taknak you layan dia lebih-lebih." "Jangan kata lebih, cukup-cukup pun tak."
Berbuih sudha mulut Yara meyakinkan Daris, namun lelaki itu tetap juga dengan apa yang berada di fikirannya yang bukan-bukan itu.
"Kalau you sedar yang I ni suami you, you shouldn't cheated on me." "Saya tak curang! Berapa kali saya nak cakap?"
Sabar Yara ada hadnya. Kalau dahulunya Daris kenal dia sebagai seorang yang lembut, tapi ternyata lelaki itu silap. Bila berkali-kali dia 'basuh' otak Daris dan dia menemui kegagalan, nampaknya dia perlu tegas membuat keputusan.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM22. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Bila N baca cerita ni, N teringat pada seorang kawan zaman universiti dulu. Hubungan dia dan teman lelakinya sebijik dengan hubungan Nur Yara dan Khan Daris. Seperti Yara, teman N juga tidak dibenarkan untuk pakai lawa-lawa bila keluar berjalan tanpa teman lelakinya, dan dia langsung tidak boleh berbual dengan lelaki lain. Nak senyum dengan lelaki lain, jawabnya memang dah tak sayang gigi lar.
I like KHAN walaupun watak Daris sebenarnya merimaskan. N tak berapa nak ingat dengan watak Khan Daris ni from JAD. But it's not a problem, N masih dapat follow cerita ini dengan baik.
Kata orang cemburu tandanya sayang. Namun cemburu buta yg berpaksikan curiga & syak wasangka mampu membawa binasa.
Sikap paranoid Khan Daris tanpa disedarinya menjadi ancaman kepada rumahtangganya sendiri. Selalu berburuk sangka terhadap org sekelilingnya bahkan terhadap isterinya sendiri, sentiasa dominan & mudah membuat kesimpulan mengikut perasaan...pakej lengkap yg mampu meruntuhkan tembok kesabaran seorang Nur Yara (Yara).
Apalah gunanya segunung sayang andai prasangka sering beraja di minda. Apalah maknanya selautan cinta andai jiwa sentiasa curiga. Sesungguhnya teras sesebuah perhubungan adalah "percaya". Tanpanya, sesebuah ikatan mudah tenggelam punca.
Sehingga tiba ketika di mana akhirnya Yara lelah menghadapi...& memilih untuk berlalu pergi.
Ancaman kepada sesebuah perkahwinan itu tak semestinya kerana faktor luaran, tetapi faktor dalaman juga adakalanya mampu menggugah keharmonian.
First of all nak ucapkan tahniah untuk novel ke-10 kak wawa. Dan penceritaan kali ni lebih matang. Ada input yang bermanfaat especially kepada mereka yang dah berkahwin. Kepercayaan antara pasangan teramatlah penting. Tapi ada faktor2 yang akan menyebabkan kepercayaan itu hilang iaitu sifat cemburu berlebihan mcam Khan Daris.
Honestly rasa mcm nak lepuk je Daris ni. Rasa cemburu dia tu nampak sngat tak boleh kawal. Sama macam dgn Alena dulu. Kalau hak dia, dia je boleh sentuh & pegang. Kesian dekat Yara. Sabar je sbb tak nak keruhkan keadaan. Tapi biasalah manusia, tahap sabar dia pun ada limit. Kalau dah suami(orang yg kita sayang, orang yg rapat dgn kita) tuduh kita ada affair dgn lelaki lain. Uishhh, mmg tak leh nak bertahan lagi.
But, Rizal tu pun jahat gak. Tahu dah Yara dah kahwin masih nak kacau lagi. Setimpallah pembalasan yang dia peroleh. Just nak sedarkan Rizal yg tak berpijak di bumi yg nyata tu.
Kalau nak tahu apa yang jadi di akhirnya, boleh dpatkan novel LE ni dgn penerbit. To kak wawa, goodluck for your next novel!
"Jealousy only eats up your kindness ands it's a sign that you lack confidence..."
Ini bukan kisah Shah Rukh Khan, Salman Khan, Aamir Khan atau mana2 hero hindustan yg ada nama Khan... tapi ni kisah Khan Daris. Daris, seorang yg bekerjaya, pewaris kilang textiles... Marco Textiles... Daris, bila sudah jatuh sayang, dia akan semai bnyk perasaan itu dlm dirinya... Sayang sungguh2, Kasih sungguh2, Cinta sungguh2... Daris akan jaga haknya dengan sepenuh hati tapi... Daris cepat marah & mudah sgt cemburu, mmg cemburu tanda sayang tapi terlebih cemburu jgk membawah padah kan.
Saat Daris sedang lepak2 sambil melepaskan geram bila kekasih hati, Alena sudah berkahwin dengan mamat lain, Jad Jazman, teman baik Daris sendiri.... dan saat itu lah Daris bertemu Nur Yara. Pertemuan di Istanbul....
Nur Yara bekerja di Saentero Travel. Yara tk pernah ada hubungan cinta yg serious. Munculnya lelaki bernama Daris dengan pesona kekasih yg menawan, gentleman, ada aura menggoda dengan gaya & wajah yg tampan, sempurna pada pandangan matanya.
Siapa sangka, pertemuan di Istanbul 8bulan lalu membawa hubungan ke jinjang pelamin. Kerana sifat Yara membuatkan hatinya yg luka dengan Alena kembali sembuh bit by bit. Perkenalan dlm 2bulan da cukup meyakikan Daris yg Yara is "The One". Daris tk mahu ada "Jad Jazman" yg kedua. Almost 6months mereka berkahwin. Awal perkahwinan, Yara sangkakan sifat cemburu Daris hanya sebab kerana Yara belum "jadi miliknya"... tapi rupa-rupanya cemburu itu merupakan sifat azali Daris yg tertanam dlm diri suaminya. Pantang kalau ada lelaki, walaupun rakan sekerja atau pun teman sekuliah... senang ckp, Daris tak suka ada LELAKI yg berbual dengan Yara. Kalau ikutkan, Yara yg patut cemburu. Yelah, isteri mana yg tk cemburu kalau Daris tk henti2 sebut nama Alena ketika dlm tidur!! Isteri mana yg sanggup hadap kalau "jaganya" pelik Yara tapi "tidurnya" peluk Alena...
Selalunya kalau Yara ditugaskan ke luar negara, mesti...mesti ye Daris ikut sekali "melancong". Cuma, the recent trip ke Maghribi, tempat idaman Yara... Daris tk dpt ikut sebab terlalu sibuk kat kerja. Berat hati jgk wei Daris nak lepaskan Yara.
Small world, sape sangka, membawa pakej melancong ke Maghribi, Yara bertemu kembali dengan Ahmad Rizal, cinta monyetnya semasa di zaman universiti. Rizal, mmg sukakan Yara dari U lagi... Yara aje mcm tk ambik kisah. Rizal, merupakan salah satu eksekutif yg turut bersama dlm trip kali ni. Almost 2 years tk jumpa Rizal yg bagaikan lesap ditelan bumi... tetiba leh jumpa di Maghribi. Rizal asyik "ikut" aje kemana Yata pergi. Yg pasti, Yara tk selesa dengar Rizal. Yara, dari teruja nak spend time di Maghribi, bertukar menjadi org tk sabar2 nak balik KL. Rizal da mcm jadi mamat gila. Bercinta ngan Rizal dulu pun tk pernah... hari ni lagi lah Yara tk ingin. Tapi Rizal tekad inginkan Yara kembali 🙄
Daris menjemput Yara di airport. Sesedap mulut Rizal aje perkenalkan dirinya sebagai "EX" Yara... Padahal bercinta pun tk pernah. Menyirap ler Daris kan... Kepala otak Daris da ingat yg Yara sengaja nak bercuti dengan Rizal... sempat dia perli Yara.."Cukup ke 9 hari tu..?" Allahuakbar 😭
Benci sgt Yara kepada Rizal. Kerana mulut Rizal, hubungan Yara & Daris berantakan. Da 5 hari Daris tk bertegur sapa dengan Yara. Ingat Rizal berhenti setakat tu saja... Nope... Rizal "ganggu" Yara di tempat kerja pula. Ingat Dari tk tau ke yg Rizal cari Yara di sana?? Well, Daris tau ok... lagi ler dia panas!! Otak dia ingat yg Yara & Rizal dating kat sana pulak. Daris pasang pengintip!
Yara tk boleh hidup dengan org ygpenuh dengan curiga. Bila melibatkan kepercayaan, dia tk boleh buat ape. Yara keluar dari rumah, biar masing2 tenangkan diri. Ada lah org yg "basuh" otak Daris... sedikit sebanyak Daris rasa terpukul. Hati rasa bersalah sebab sudah menuduh Yara yg bukan2. Tapi, Yara tk mampu nak hidup dengan org yg sering was2 & tk percayakan dia. Not only that, Yara tk sanggup hidup dlm keadaan dikongkong, diawasi, sering kali ragu2 oleh suami sendiri. Biarlah Daris buat keputusan. Sebab ape Yara da mcm mengalah... sebab Yara da tau tentang pengintip yg Daris hantar tu.
Daris jadi takut. Dia takut kehilangan Yara. Tapi Daris tk boleh nak buang rasa was2 pada dirinya... tk mampu nak hapuskan perasaab cemburu yg da sebati dengan dirinya. Salah ke Daris berjaga-jaga? Salah ke dia mahukan Yara hanya untuk dirinya? Dia tk suka kongsi perhatian isterinya itu dengan org lain terutama sekali dengan lelaki...
Yara ada msg Daris untuk buka laci bwh sekali dlm aari Daris... kata Yara, tu semua hak Daris. Yara mahu Daris ambil semuanya, kalau Daris rasa tk cukup, atau rasa Yara ada sembunyikan sesuatu... just let her know. Ohya, Yara pun da berhenti dari kerja. Brg2 dari rumah nanti Yara akan dtg ambik bersama dengan ayah... Geram, gelisah, takut, terkejut...semuanya bercampur aduk. Bila Daris bukak kotak yg disebutkan tu... terkejut wei Daris bila nampak isi kandungan dlm nya. Agak2 korang ape?? Yara mengatakan yg dia cuma pulangkan balik hak Daris. Sesen pun duit nafkah yg Daris kasi tiap2 bulan selama mereka berkahwin berapa bulan ni, Yara tk gunakan pun. 😩
Akhirnya Yara pulang... pulang untuk mengambil brg2nya. Tapi... Tak sempat pun... Daris yg Yara sangkakan bekerja, ada. Masa itu lah, masing2 luah rasa... terutamanya Yara yg selama ini tk pernah "bnyk ckp". Diamnya Daris seakan menunjukkan yg diri tu tk bersungguh-sungguh untuk pertahankan perkahwinan mereka.
Kerana sifat cemburu Daris, sifat suka buat tanggapan sendiri, tak terima & dengar penjelasan Yara... perkahwinan mereka jadi mcm ni. Kalau Daris rasional, duduk berbincang, dengar penjelasan & percayakan Yara...mesti ni semua tk akan jadi.
Ok lah, stop review kat sini... Biar tergantung 🤣🤣 Agak2 korang ape jadi dengan perkahwinan Daris & Yara. Berpisah ke? Rizal? Terus menerus kacau Yara? Yara betul2 da give up dengan Daris ke? Ape pun novel ni mmg Best!! Superb!! #Khan #KalauHanyaAdaNamamu
Aku suka watak Yara ni. Like a perfect wife material gitu. Bertuah la Khan Daris dapat kahwin dengan Yara. .
Daris ni pulak, perangainya memang la menguji kesabaran. Sejenis kuat cemburu, kuat mengongkong, pantang tengok Yara berbual dengan lelaki, nasib baik bukan kaki pukul je. .
Dan hebatnya seorang Yara, sentiasa mengalah, sentiasa dahulukan suami, sentiasa menjaga aib suami. .
Konfliknya bila munculnya Rizal, kawan lama Yara. Bila Rizal perkenalkan dirinya as 'her ex', that's it. Memang Daris berasap la. Sian Yara. Sehinggalah Yara keluar dari rumah dan balik kampung. Itu pun, Daris masih tak sedar salahnya apa. Sehingga Alena yang brainwash Daris ni. .
Okaylah. Selain aku suka watak Yara, aku suka sebab ceritanya matang. Maksud aku, bukanlah part sweet geli-geli tu, tapi contentnya, dialognya. Buku ni tak childish la. Boleh nampak betapa Yara tegas dengan prinsipnya, tapi pada masa yang sama, dia memberi peluang untuk Daris berubah. Dan boleh nampak juga Daris cuba untuk berubah.